Friday, December 13, 2013

319. Produk Minyak Kelapa Dara aka. VCO (Virgin Coconut Oil) Bio4Cure


Minyak kelapa dara (untuk minum) 
Losyen kelapa dara (Lotus & Lavender)
 Sabun kelapa dara 
Sabun limau purut

  Produk-produk ni produk Bio4Cure keluaran Perusahaan Tradisional Herba Sari.


Untuk student UTM, boleh beli by-hand, saya boleh deliver ke kolej anda :D  atau yang area skudai, atau johor bahru, boleh datang ambil di UTM, ehhe.


Minyak kelapa dara (boleh minum)  -  RM23



- Boleh diminum begitu saja.
- Boleh dicampurkan dengan minuman ( panas atau sejuk )
- Boleh disapukan pada rambut, melebatkan rambut
- Boleh digunakan sebagai conditioner rambut dan scalp kepala, merawat kelemumur
- Di sapu pada kulit untuk merawat penyakit eczema, gatal -gatal kulit, ruam, ruam lampin, kulit kering, dan sebarang masalah kulit.
- Merawat masalah tumit dan kulit tapak kaki ( keras, berkematu, pecah-pecah )
- Merawat sakit gout, resdung, mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi, buasir
- Mengawal kolestrol dalam badan
- Merawat kesihatan dalaman badan dan luaran



Testimoni  : 


1. Merawat buasir
My dad ada sakit buasir, and memang selalu la pergi check doktor and makan ubat hospital. sebab abah saya dia memang , sakit je mesti pegi hospital.  Abah jenis rajin makan ubat hospital and sangat follow arahan doktor. Huhu. But then sejak saya kenal produk ni, saya suruh abah minum minyak kelapa dara ni. Mana la tahu kan, dengan izin Tuhan, boleh rawat sakit buasir abah, dan tak perlu makan ubat hospital lagi. Makan ubat hospital selalu, bukan nya elok sangat, ye dak. Dan alhamdulillah, sekarang abah dah takde makan ubat buasir lagi. Abah minum kelapa dara ni je. Dah takde masalah buasir lagi.  :)  


2. Merawat Gout
Kawan abah, mengidap sakit gout. Abah cerita, kawan dia ni memang selalu ulang-alik hospital. Jadi, abah suggest minum minyak kelapa dara ni. Alhamdulillah, sekarang kawan abah dah takde ulang-alik hospital lagi  :)


3. Merawat darah tinggi
My mom pun amalkan minum minyak kelapa dara ni, hari-hari . Mak minum sehari sekali je. Should be two times per day, tapi nanti cepat habis, hehe, so mak minum sekali je sehari.  Mak sebenarnya ada darah tinggi. Most of warga emas ada darah tinggi kan. Tapi mak pernah pegi check kat doktor sekali je, and doktor sahkan ada. Lepas tu mak dah tak nak pergi check lagi, sebab my mom memang paling tak suka makan ubat hospital. Berbeza dengan abah, huhu. Ada sekali tu, mak pening kepala sangat. Biasa nya darah tinggi kan, kalau tak jaga makan, memang sakit kepala kan. contoh nye, terlebih makan daging . So mak terus minum kelapa dara, then alhamdulillah, sakit kepala hilang, alhamdulillah sihat walafiat. :)


4. Merawat thyroid
My kakak angkat, doktor sahkan mengidap sakit thyroid. and you know what, doktor tu suggestkan untuk minum minyak kelapa dara. Seee doktor pun suruh minum minyak ni. Huhu :)  Korang boleh google, memang ada info pasal Minyak Kelapa Dara rawat thyroid.




Cara kitaorang minum minyak kelapa dara ni --  Minum one cap of minyak kelapa dara ( penutup botol minyak kelapa dara) / satu sudu plastik, dan kemudian minum air. 



Losyen Kelapa Dara - RM15



- Tidak boleh di minum ( untuk kegunaan luaran sahaja )
- Boleh disapukan pada hujung rambut -- melebatkan rambut (elakkan kena kulit kepala) 
- Boleh digunakan sebagai conditioner rambut dan scalp kepala -- merawat kelemumur (elakkan kena kulit kepala)
- Di sapu pada kulit untuk merawat penyakit eczema, gatal -gatal kulit, ruam, ruam lampin, kulit kering, dan sebarang masalah kulit.
- Merawat masalah tumit dan kulit tapak kaki ( keras, berkematu, pecah-pecah )
 - Di sapu pada muka untuk merawat kulit muka berminyak, jerawat, jerawat batu, jeragat, resdung
- Memudarkan parut 
- RECOMMENDED PADA YANG MENGALAMI MASALAH KULIT MUKA ATAU JERAWAT YG TERUK!


Saya cuma jual dua jenis losyen ni. Yang merah tu Lotus, dan yang ungu Lavender. Dua-dua wangi. Lavender sesuai untuk pelajar yang stress study,  atau dekat-dekat nak exam -- boleh sapu kat dahi , release stress  :)


Testimoni :


1. Kulit muka berminyak, dan biji-biji kecil di dahi.
Ini tuan tanah punya testimoni. Hehe. sebab kulit muka saya memang jenis oily and suka naik biji-biji kecil kat dahi, pastu jadi parut  :(  Serius memang sebelum guna losyen kelapa dara ni, bangun pagi je, mesti muka macam kuali penuh minyak. Memang muka berminyak sangat. Tak suka tau. Tapi lepas guna losyen ni, alhamdulillah, bangun pagi dah takde lagi macam kuali penuh minyak, hehe. Setakat sikit-sikit tu biasa la kan. Tu pun kekadang jek. And biji-biji kecil kat dahi pun dah tak naik lagi bagai cendawan tumbuh selepas hujan :)  sampai sekarang saya memang sapu losyen ni kat muka setiap malam sebelum tidur. 


2. Jerawat
Ini pun testimoni tuan tanah. Hehe. Sape yang tak pernah naik jerawat kat muka ? Budak belum cukup umur jek yang belum pernah naik jerawat, haha  :P   Selalunya, dekat-dekat nak datang bulan tu, mesti naik sebiji dua. Kalau tak kat hidung, kat dagu . Kalau tak kat dagu, kat atas mulut. Kadang-kadang, naik kat dua-dua tempat terus. Huhu. Tapiiiiiii  , relakss jangan stress-stresss, sapu je losyen ni kat jerawat tu. InsyaAllah, sehari dua lepas tu, mesti kecut, dan kemudian hilang, hehe ! Memang itu yang saya buat sejak guna produk kelapa dara ni, naik je jerawat, memang terus sapu losyen ni. Alhamdullillah berkesan pada saya, dan insyaAllah berkesan pada semua yang guna produk ni  :)  


3. Parut di jari kaki akibat kasut
Ini testimoni dari kawan saya. One of my friend ni, hujung jari kaki yang anak tu, macam jadi parut hitam sikit. Ala, setengah orang kan, bila pakai kasut yang ketat sikit bahagian jari, nanti jadi macam hitam sikit kat tepi jari anak tu kan, so kawan saya ni kes nya macam tu la. Dia sapu losyen kelapa dara ni kat bahagian parut hitam tu. Then lepas beberapa kali sapu, dia bagitahu saya yang parut tu makin pudar dan terus takde :D


4. Eczema, gatal-gatal kulit
Kalau gatal je kaki, terus sapu losyen ni, tak payah garu-garu lagi. Hehe. Alhamdulillah berkesan merawat eczema dan kulit kering. :)



Sabun Kelapa Dara - RM12



-  Merawat kulit muka berminyak
- Merawat jerawat, jerawat batu
- Memudarkan parut jerawat di muka
- Melicinkan dan membersihkan kulit muka
 - Merawat resdung
- RECOMMENDED PADA YANG MENGALAMI MASALAH KULIT MUKA ATAU JERAWAT YG TERUK!



Testimoni  :


1. Jerawat batu 
Ini adik lelaki saya punya testimoni. Heh. Adik lelaki saya sorang ni, muka dia ada masalah resdung dan jerawat batu. Seriously, saya akan membebel kat dia bila tengok muka dia penuh jerawat batu. Tolong ah, muka dah hensem tapi pipi macam sarang tebuan. Saya dah la jenis tak suka tengok dia tak jaga muka. And excuse me, bukan perempuan je tau kena jaga muka, lelaki pun kena jaga jugak tau. Especially muka jenis naik jerawat batu, tolong lahhhh do something untuk pulihkan semula kulit muka anda. Huhu. So bila  muka adik saya da penuh jerawat batu, saya ape lagi, terus suruh dia guna sabun kelapa dara ni. My bro ni jenis tak pakai pencuci muka. Lelaki kan, bukan rajin sangat guna produk pencuci muka. Tapi for this time, saya membebel - bebel paksa guna jugak. Saya kan jarang ada kat rumah, sebab belajar kat UTM, so one months after kalau tak silap, saya balik rumah, then saya macam, eh muka hang, bersih nya ? Rupa nya dia pakai sabun kelapa dara ni la, hilang jerawat skali ngan parut-parut haa. Memang tak nampak langsung muka pernah ada jerawat batu. Alhamdulillah berkesan  :)  Dan sekarang ni pun, memang naik je jerawat, dia rajin la sikit sabun muka. Kalo tak, ham ham hampeh la kannn. Dia memang tak rajin pun jaga muka -.-  Saya jek yang rajin membebel suruh dia jaga. Haha.


2. Merawat dan membersihkan kulit muka
Ini testimoni dari kawan-kawan di UTM. Some of my friends here, dorang guna sabun kelapa dara ni. Lepas guna satu, alhamdulillah sampai sekarang berterusan guna. :)  Sesuai untuk semua jenis kulit. Bila tanya dorang, okay ke guna sabun ni, sebab mula-mula dulu saya cuma suggest untuk dorang cuba guna sabun ni, and tak sangka pulak, lepas dah habis satu, dorang nak lagi. Huhu. Dorang cakap okay dengan kulit muka, muka tak berminyak.  :)




Sabun Limau Purut - RM12


Sabun limau purut ni tekstur nya kasar sikit. So tak sesuai sangat kut untuk kulit muka. Ada yang pakai sesuai, macam mak aku, and ada yang tak sesuai, macam aku dan kawan2 yg dah cuba, hehe. So aku tak guna sabun limau purut ni kat muka, aku guna kat badan. 

Limau purut kan boleh :

- membantu menghilangkan bau badan hehe 
- dan boleh sental ketiak guna sabun ni  ;)  
- untuk yg mengalami masalah badan berbau boleh la cuba guna sabun ni :) 
- juga sesuai untuk merawat masalah kulit kering dan bersisik! Masa mandi tu, guna sabun ni kat tempat yg bersisik tu. :)  
- juga sesuai untuk membersihkan rambut, merawat dan mencuci kulit kepala yg berkelemumur! 





So, apa lagi, jom laaa beli ! Hehe.  Untuk minyak kelapa dara untuk minum tu, kalau taknak minum sebab muda lagi kannn, takde sakit pape, boleh belikan untuk ibu bapa anda. Tak mahal pun, RM 23 je, untuk kesihatan ibu ayah. InsyaAllah, membantu mencegah dan merawat penyakit . Student pun boleh minum, bagi hari-hari anda bertenaga. Yang kena study sampai lewat malam pun boleh minum, bantu bagi tenaga untuk stay up. Untuk losyen pulak, sebotol RM15 jerrrr.  Dan untuk sabun kelapa dara dan sabun limau purut, RM12 je.  Cepat-cepat beli. Apa salahnya cuba jinakkan diri dengan produk berasaskan bahan semulajadi pulak kan. :) Produk-produk kelapa dara ni, keluaran orang kampung. Pakcik ni proses sendiri kat rumah dia.


Student UTM, saya boleh hantar ke kolej anda ye. Tanpa cas penghantaran :)



Untuk sebarang pertanyaan atau rasa nak cuba produk-produk ni, 
boleh email saya di haura.malina@gmail.com
atau msg 013-5925359
atau msg/whatsapp 017-7713819 
atau
 klik link di bawah, Like page and PM me :) 



mari mari mari sihatkan kulit muka dan tubuh badan dengan bahan semulajadi  !  ;D



Thanks reading !

Tuesday, December 10, 2013

318. But now, its time for her to say goodbye and move on.


Alhamdulillah.
Enough for more than 5 years of waiting.
I finally officially move on!

All praises to Allah  :)




Thanks reading !

Wednesday, September 18, 2013

317. Kurung moden - Stripe Kurung | Purpleblue

Hi.

Nak letgo kurung moden, Stripe Kurung LeeyanaRahman Collection. Size s.
Baru je beli and pakai untuk fitting je. Besar dengan I, sebab I saiz xs :(




Material : valentina heavy silk + Soft cotton

Price: RM220 inc postage (actual price RM230 inc postage)

S size: 
Shoulder :13.5-14 
Bust : 32 
Waist :27 
Hip: 35 
Length (Top) : 26-27 
Length(Skirt) :41 


Anyone interested boleh whatsapp/text 017-7713819.


Boleh pakai raya :D




Thanks reading !

Monday, September 16, 2013

316. Kesian orang macam ni

Tuhan cipta manusia yang pendek pendek ni untuk bagi peluang pada orang yang dicipta sempurna lah konon kan, untuk mengutuk dan jadikan yang pendek pendek ni bahan ketawa ke?


Dah bertahun tahun, I am so disappointed dengan sikap manusia manusia sekeliling yang tak sedar diri sendiri tapi seronok ketawakan orang lain. Ketawakan ni I mean dalam kategori fizikal orang tu la. Orang gemuk ke, pendek ke, hitam ke. Manusia takkan ketawakan orang yang putih dan kurus k. Selalunya yang aku nampak, yang gemuk and pendek lah. yang hitam pun, jarang2 lah tapi ada jugak, aku penah baca somewhere.


Aku ni termasuk dalam kategori pendek lah atau lebih sopan rendah, kecik. Pendek cam kuang ajar kan bunyi nya haha. Seriously, hati aku sangat lah tak suka manusia yang sesuka hati panggil orang yang dicipta macam aku ni, pendek. Tapi nak buat macam mana, aku hidup dalam kalangan masyarakat yang sememangnya suka membahan dan melabel manusia rendah rendah ni sebagai pendek dan jadikan tu sebagai bahan gurauan dan bahan ketawa. Ingat orang macam ni takde perasaan ke?


Aku rasa kan, kalau lah sebelum lahir tu kita boleh request nak tinggi banyak mana, takde nye weh yang nak request tinggi 145cm masa umur dah 23 tahun ni. Sebab tak tahan dengan mulut longkang manusia sekeliling. Mesti semua request 160 ke atas aku rasa lah. Selalu nya nampak cantik je pompuan tinggi macam ni, hihhi.


Hmm.
Kalau lah kan, kalau lah korang yg badan berisi sket ni kena bahan as gemuk, or gorila ke ape ke, terasa hati tak weh? Depan depan mmg lah kita senyum sengih je kan, tapi dalam hati sedih and malu jugak beb.


Jujur weh aku cakap, kebanyakan manusia yg suka membahan dan jadikan aku bahan ketawa nih, yang boleh je aku nak panggil as gemuk haa. Tak pun boleh je aku balas, "pendek pun at least, belajar dah sampai master. Kau ntah2 degree pun takde kan." Takpun, "pendek macam darjah empat pun, belajar tinggi." Takpun kalau nak sopan lagi, "anugerah Allah. Jadi tak payah la menghina dan ketawakan sangat." haa camtu. Dan ada jugak tu yang dok membahan aku tu pun, padahal takde lah tinggi mana pun. Setakat lebih 5cm, 10cm, sibuk jugak kan nak panggil orang pendek. Tak faham manusia cenggini.


Duk cerita-cerita ni, jadi sakit pulak hati aku ni haa.


Kuman seberang laut nampak sangat, gajah depan mata tak nampak. Diri sendiri pun tak berapa nak sempurna, sibuk je kan ketawakan orang lol. Selalunya orang melayu lah yang berperangai buruk cenggini. Sedih betul.


Aku ada member. Lelaki lah. Chinese. Dia adalah satu-satu nya manusia yang terkejut bila aku bgtau ketinggian/kerendahan aku adalah 145cm. Serius dia terkejut. "Serius u 145cm? U nampak macam 150cm". and I was like, omaigod, tak sangka. Kalau orang lain kan, mesti cakap, macam 130cm la, macam darjah 1 la, darjah 4 la, darjah 6 la. Serius weh, dia lah manusia pertama yg cakap aku 150cm. Nak je aku belanja dia makan, haha.


And aku ada classmate yang tinggi nya 180 something la. Lelaki for sure. Kekadang dia selamba je ajak aku g makan. Aku jadi pelik la, dia ni biar betul, tak segan ke jalan dengan aku haha. So aku pernah la tanya dia. Frankly speaking, pernah ada kawan kawan pmpuan yang taknak pun berdiri sebelah or berjalan dengan aku sebab aku ni pendek sangat. Huhuu. Sejak zaman sekolah. So bila member aku ni macam tak segan, aku tanya je lah kan dia tak segan ke jalan ngan aku yang rendah ni. Katanya nak segan apa, relax sudah, tak jadi hal pun. huhu.


Selalu nya lelaki, walaupun dorang tinggi, tapi macam jarang la jumpa yang spesis suka ngutuk pompuan pendek ni. Ada certain tapi macam aku cakap, jarang jumpa. Kalau ada pun, tu jenis spesis yang sekolah takde ah tinggi mana pun. SPM 5A pun belum tentu. Sigh.


Aku cakap ni based on experiences la. Macam kat uni, sejak masuk uni, cam susah lah nak jumpa yang suka suki mulut dia je, apa ingat mulut tu tuhan kasi untuk  kutuk orang ke, duk panggil orang pendek. Selalu nya kebanyakan dorang cakap kecik la. Pendek tu mmg tak ah. Pendek ni budak2 sekolah tak tinggi je kebanyakkan nya yg guna. Pendek akal. Haha. Tetiba aku yang mengutuk orang kan, eheee. At least aku tak tujukan pada sesape. Kalau terasa tu, makna nya memang pernah buat lah perangai cenggitu :P


Tipu lah wei, kalau aku tak pernah nangis bila kena kutuk macam ni. Yelah, kalau dah asyik kena, pastu diketawakan ramai ramai, mmg rasa down and malu sangat. Ikut hati nak je aku balas balik, "diri sendiri gemuk tak sedar." "pendek pun at least belajar tinggi"  tapi so far tak penah la kan aku balas camni. Biasalah. Orang sampai hati je kan mengata aku, tapi aku selalunya tak sampai hati malukan, or kecikkan hati orang haa camtu.


Dan, kekadang, bila kena cmni, dalam hati aku actually terdetik jugak la, "kau dapat anak pendek nanti baru kau tau" ehee. Aku pun manusia biasa, ada perasaan. Kalau dah sakit hati sangat, kita kutuk dia pun tak, dia sesedap mulut je asyik mengata kita, mesti terkeluar jugak kan dalam hati benda benda yang tak best huhu.


Dan paling menyedihkan, selalu nya melayu lah yang ramai mulut cenggini. Ingat lawak ke kutuk kutuk ciptaan Tuhan nih?


Haihh. Kesian.







Thanks reading !

Friday, July 19, 2013

315. Stress nyeeeee master

Hi.

Seteress main Candy Crush. Makin lama makin susah. Sekarang dah level 425, hehe. Oh anyway, level 376 adalah level paling lama aku stuck. Almost 3 weeks tak lepas level tu. Hingga akhirnya aku terpaksa google cara untuk hack, dan main tipu. hehe.


Okay, bukan nak cerita pasal candy crush. Nak cerita pasal master dan betapa seteress nya sejak belakangan ini :(


Seperti sedia maklum, ecehh, (macam lah ada yg ikuti perkembangan aku kat blog ni, lulz) aku sambung belajar peringkat Sarjana (master) di UTM. Degree kat sini, master pun kat sini. Senang. Dah biasa dengan UTM. Sekarang dah hampir 4 bulan dah buat master ni. Awal-awal dulu tak stress sangat. Tiap minggu kena submit progress report, masih okay lagi. Sekarang, haa amek dah berminggu tak submit :(  Bukan sebab taknak buat, atau takde progress but seriously kepala macam dah tak boleh cerna apa yang dibaca, dan dah tak boleh karang ayat summarize apa yg faham dan arghhh tension tau tak. Makin hari banyak kena baca, banyak kena faham, kena paksa faham, kena paksa paksa paksa faham, makin lama makin deep deep deep sesuatu topik tu, makin kena faham dan kena tau lebih dalam.


Seriously, rasa nak QUIT. :(


Aku, sejak tingkatan 4 ada masalah sakit kepala bila aku terlalu paksa otak untuk faham sesuatu benda yang memang sukar nak difahami dan memang macam impossible untuk aku faham dan ambil masa untuk faham. Macam, kau baca kau tak faham. Tapi kau kena paksa jugak untuk faham. Macam kau buat addmath, tapi kau tak reti buat. Tapi kau kena buat jugak sampai betul tu jawapannya! But at least add math, tak dapat full mark, dapat jugak la markah sikit-sikit. Tak dapat final answer pun, cikgu bagi jugak markah utk kira-kirasebelum dapat jawapan final. Tapi master, kau ingat boleh kalau tak dapat final answer? Haa memang tak grad la kau. Proses awal tahu, lepas tu next proses untuk dapatkan jawapan tu, tak tahu. Masak.


Itu lah masalah aku sekarang. Apa yang aku kena buat. Kalau nak improve ni, kena macam mana. Apa current problem research ni sekarang. Apa algorithm and techique bla bla bla. Duhhh.


So..pada yang nak sambung master, sebelum korang sambung tu fikir la betul-betul. Ni untuk master by research k. By course takde masalah sangat kut. Okay, master by research,

1. Sila pastikan tajuk research korang. kalau boleh, pastikan korang ada basic topik tu and tahu pasal topik tu and minat topik tu.

2. Kalau topik tu bukan minat korang, tak ada basic, sekurang-kurangnya pastikan korang jenis cepat belajar dan cepat faham.

3. Kalau topik tu memang langsung korang tak tahu apa-apa, sila pastikan korang ada minat untuk kaji dan baca dan memahami tentang topik tu.

4. Pastikan korang rajin mengarang ayat buat report dan memang takde masalah nak summarize benda yang kita sendiri tak berapa nak faham dalam ayat yang membentuk perenggan-perenggan yang boleh membuatkan kita jadi faham. Ek?


Emm 4 tu je kut. Eheh. Kalau korang tak pasti kan empat-empat tu ada, ermm ermm ermm, kemungkinan korang boleh jadi macam aku sekarang ni. Jadi lost, jadi stress, jadi tak boleh nak go on, rasa macam tak boleh teruskan belajar ni, rasa macam sakit sangat kepala cuba faham topik yang memang tak pernah belajar langsung dan takde asas langsung. Memang la degree belajar sains komputer, master pun sains komputer tapi department lain. Huhu. Degree kebanyakan projek kena develop apps ke, website ke, game ke, sistem ke. Research ni kena kaji deep lagi. Nak propose framework, benda baru. Benda yg orang lain dah kaji, dan kau kaji pulak kekurangannya dan kau propose benda baru untuk mengatasi kekurangan tu/meningkatkan mutu dan kualiti benda tu. Zzzzzz.


Hujung bulan 8, kena complete chapter 1 and chapter 2 :(
Tell me, macam mana nak tulis benda yang kita tak faham dan taktau?  *nangis*


Hmmm.






Thanks reading !

Saturday, July 13, 2013

314. Salam Ramadhan 1434H



:)





Thanks reading !

Thursday, July 4, 2013

313. Independent Girl

Women should learn how to live without men.

I have no one here. I mean close people who always be there when I really need; family; mak, abah, adik-adik, sepupu. And of course no boyfriend, apatah lagi tunang mahupun suami. So I have to learn to do everything on my own.


Last two nights, I was about to get out to get some food and unfortunately I just realized tayar pancit. Dan seharusnya, I dont even know what I should do. Usually lelaki je lah kan yang akan ada nombor pomen so that I called my classmates (guy) to ask for help but they dont even have any workshop number. Then I called some other friends, and yeah finally among them, only one have -.-' Thankyou mir!


However, esok nya baru pomen tu boleh datang baiki sebab malam-malam kedai dah tutup T___T  Perut sangat-sangat lapar dan kat bilik cuma ada roti yang dah expired. Akhirnya terpaksa mintak tolong Ela untuk bawak ke minimart Azah. Fuhhh naseb baik minimart ni bukak 24hours.


Esoknya, around 10am orang pomen tu datang. Sambil tengah tukar tayar tu, he told me that I better change the rim, sebab bahagian dalam rim tu dah berkarat dan karat-karat tu la yang mengakibatkan tayar dalam bocor. Actually, masa tukar tayar dalam last two month pun orang bengkel tu dah suruh tukar rim, tapi bajet tak cukup masa tu. Kali ni, macam tahu je motor ni, duit baru masuk, terus buat hal -.-'


On evening, after back from work, I went to his workshop tapi tak boleh buat pun sebab tak sempat, bengkel dah nak tutup. Jadi tengahari esok nya pergi semula. This is really my first time, sendirian hantar motor ke bengkel. Sebelum ni masa tukar tayar, suruh kawan bawak kan and I just seated at the back.






Oh anyway, ni bukan motor kepunyaan sendiri. Dua pupu punya. Pinjam sampai habis belajar di UTM ni saja. THANKYOUUUU sesangat! Ikutkan hati nak je tukar bakul and make up sket tapi memandangkan motor orang, tahan je lah. Hehe. Apesal ntah hensem sangat 115zr ni. Sakit hati plak tengok. haha lol.

Will you be mine?



Well, I learned so many new things on this semester.

i - Dah berani bawak motor pergi sampai SPS sana, kat area roundabout UTM tu, dekat main gate.
ii -Dah berani pergi isi minyak sendiri kat stesen minyak Esso, keluar gate belakang. (Selama degree, tak pernah langsung bawak motor keluar dari UTM. So isi minyak mintak tolong kawan isikan atau tapaukan.)
iii - Dah berani bawak motor ke Jusco. Sebab kawan minta ambilkan. So demi kawan, sanggup je kan.
iv - Dah berani bawak motor sampai ke Jalan Perubatan 45 sana tu haa, semata-mata nak tempah baju raya LOL


Actually, selama ni aku macam bergantung harap sangat kat lelaki. I mean aku perlu ada kawan lelaki so that senang nak mintak tolong apa-apa sebab kawan lelaki ni selalu nya kalau perempuan mintak tolong, memang akan tolong kan. Hehe. Tak semua lah tapi.


Macam kes tayar pancit ni, yeahh lelaki jugak yang dicari. But when no one cant be there to help, of course la I have to settle it on my own kan. Sendiri bawak pergi kedai walaupun tak tahu kedai tu kat mana, tawakal je lah cari, sendiri bajet tahu rim tu okay ke tak, harga mahal ke murah. Kalau orang bengkel tu tipu harga pun, aku tetap bayar jugak sebab memang tak tahu langsung normal price for this kind of stuff. Huhu.


And finally I know I can live without a man. ehehhehe. But actually tak semua benda perempuan boleh buat sendiri dan tak kira lah perempuan tu kuat tabah independent macam mana pun, she still need a man in her life :)


So, where's my man? Haha :P


Okay lah, thats all. Tak sihat sangat, demam + selsema. Naik motor memang asyik kena hujan je lah kan. Belum sembuh demam, dah kena hujan lagi. Plan nak ambil lesen kereta waktu bulan puasa ni. Lagi pun leceh la naik motor susah pakai baju kurung. Lepas tu bila pakai helmet, tudung habes kemek. Huhu.


Okay jumpa lagi.





Thanks reading !

Saturday, June 8, 2013

312. Kemalangan tak berbau

Assalamualaikum!

Fuhhhhhhh fuhhh fuhhhh. Gila bersawang belog. sebulan tak hupdate  T___T
I busy uolss. Belajar sambil kerja part-time. Terkejar-kejar masa. Huhu.

Tengahari semalam en en, dalam pukul 12 lebih-lebih sket cenggitu, aku accident ehehh.
Aku baru balik kerja, nak terus pegi faculty. Dah suruh member amek kat fac, untuk pergi makan.
Tetiba eksiden pulop, huhuhu.

Cenggini al-kesahnya,

aku baru lepas simpang empat. Jalan nak ke fac aku tu straight aje. Okay lepas simpang empat tu, kat depan ade lagi simpang. So aku tak speed sangat la sebab dalam UTM je takkan nak bawak 80 pulak kan, and kut la ada kete keluar dari simpang tu kang tak memasal langgar. Pastu dari jauh aku dah nampak kete kat simpang tu. Takde la jauh sangat. Dekat je pun simpang 4 dengan simpang lagi satu tu. Okay kereta tu berhenti. Memang kalau ikut rules memang la kan kete kat simpang kena berhenti. Aku yang kat jalan straight ni kena jalan dulu kan. Once aku tengok kereta tu berhenti and wait for me to pass her car so then baru lah dia boleh belok masuk ke jalan tu, so aku pun speed la sket. dalam 50/60 kut. sebab kang aku bawak slow kang orang kat simpang tu kena tunggu lama pulak. Elok je aku tengah speed, dia pergi keluar simpang. Zzzzz. Keluar terus masuk ke lane dia takpe jugak, ini dia g berhenti kat lane aku. Mak aihhh. Aku agak dia terkejut tetiba motor aku tengah laju menghala ke dia, dan buatkan dia terhenti kat tengah jalan aku tu. Aku dalam hati, "Ya Allah, memang langgar la ni. Nak brek ke nak mengelak ni. Yang pergi duduk tengah jalan ni kenapa" I chose to mengelak sebab kalau aku brek, memang brek terkejut laa, sebab memang dah tak sempat nak stop kan motor, dan aku akan hentam body kereta tu dan aku takut aku terpelanting. Muahahha. Memang aku sempat elak sket je, dah terhentam la kat bahagian depan kereta dia. Pastu aku jatuh skali dengan motor tu, memang rasa ah kepala bergegar terseret. Huhuhu. Taknak rasa dah >.<


Lepas dah jatuh dan dah berhenti terseret, seret sket je sebab aku ikut skali motor tu kan huhu. Aku terdiam taktau nak cakap ape, nak bangun tak boleh sebab kaki sebelah kat bawah motor. Then dorang angkat motor tu baru lah aku bangun duduk bersila kat situ sebab kaki aku sakit dan kebas semacam. Huhu.


Okay malas la nak cerita panjang-panjang. Haha. Yang pastinya lepas aku dah bangun tu, aku malas pergi pk because I thought I was fine. Aku tak rasa sakit pun. I tengok jari aku luka sket-sket je. Plus, aku tengah lapar. So aku nak g makan. Hahhaha! But of course la dorang paksa suruh pergi jugak kan. Budak yang drive kereta tu nak jugak bawak ke pk, so I have no choice. Elok sampai pk baru la rasa sakit weh! Sakit gila pinggang aku and luka-luka kat jari ya Allah punya la pedih kemain. Overall, bahagian sebelah kiri la yang luka-luka. Jari, pinggang, kaki, sebab bahagian ni yang terseret tu. Baju kurung langsung takde koyak. Unexpected. Tudung je koyak sket. Muka alhamdulillah terlindung dengan helmet, hehe. The doctor said, nasib baik u pakai seluar kat dalam. So kaki aku calar sket-sket je. Aku memang pakai lengging bila pakai baju kurung naik motor, huhu.


Hari ni pihak UTM hantar motor aku ke workshop. Budak yang drive kereta tu bayarkan ganti rugi. Thankyouu sesangat sebab nak bayarkan, sebab aku memang takde duit. Hahaha. Memula aku taknak. Langsung taknak. Dia pun susah hati sebab aku taknak gantirugi. Aku tak sampai hati ler sebab dia pun student jugak. But then bila dorang cakap repair motor tu mungkin dalam 4,5 ratus sebab kena tukar bahagian yang patah tu I was like...okay..akur..u bayar lah. Heheee. Even gaji aku kerja part time tu pun tak cukup untuk bayar repair motor tu. Huhuhu.


Dorang cakap, tengok motor teruk. Ingatkan orang nya dah teruk tapi ni okay je. Hehe. Alhamdulillah. Kuasa Tuhan. Aku pun tak sangka aku luka sikit je kat jari kanan kiri, and satu kat pinggang, satu kat peha, luka kat lutut and calar betis. Tapi sikit sangat la. Cuma jari anak sebelah kiri je yang luka dalam dan besar sikit sebab jari tu paling teruk terseret kut. Tersiat nampak isi dalam huhu. Alhamdulillah baju kurung kesayangan takde koyak huhu. Dan sekarang ni, sakit-sakit otot especially pinggang. Pinggang sangat sakit sampai kan aku ketawa sensorang kat bilik ni sebab kelakar sangat rasa sakit nya. Lol.


Okay la thats all. Sakit jari yang luka ni menaip lelama huhu.
Hati-hati di jalan raya, banyakkan bersabar and follow the rules.



p/s : Entah bila la boleh update pasal konvo  :(


Thanks reading !

Thursday, May 2, 2013

311. 27:04




Thankyou Allah,  for every single breath I take, for every single food I eat, for giving me a great family, for giving me success and failure, for every every single thing, for the twenty-three years being your servant-- all them are your rahmat.


Ya Allah, semoga aku terus dilanjutkan usia, menjadi hambaMu, aminn.


Dan terima kasih kengkawan untuk semua doanya. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati. ameen.





Lagi beberapa hari je untuk mengundi. Mungkin kali ni, Ini kalilah, or mungkin juga lain kalilah.
But for me, tak kesah la memana, asalkan aku dapat belajar dengan tenang. muahahha

Alhamdulillah, selama belajar, takde masalah kewangan untuk hal pelajaran. I mean, untuk yuran and hal-hal berkaitan study. Masuk matrik, dapat elaun tiap sem. Masuk uni, JPA tanggung. :)  Cumanya, selalu kekurangan wang sebab suka shopping. -.-' Kerja tidak, tapi shopping macam gaji kau 2k sebulan. Barang nak branded je ye dak. Mostly, uni student memang, mungkin tak semua tapi memang wujud spesies cenggini including aku salah sorang, tak kisah lah kau ptptn ke, biasiswa ke, memang jadi tak sedar diri sikit. Duit habiskan untuk shopping/beli benda mahal and hua-hua. True story. Oh nanti dapat belajar free, lagi la sakan shopping ye dak, sebab yuran tak bayar dah, jadinya duit yuran tu transfer jadi duit poket ke guane? Hehe.

.






Thanks reading !

Friday, April 26, 2013

310. Takkan la takdak lagi?

"Ish takkan la takdak lagi?"

"Boyfriend orang mana?"

"Kau bila nak kawen weh?"

"Takkan la takde boyfriend?"

"Dah bertunang ke?"


Lately, banyak sangat dengar soalan macam ni. Even mak and family sendiri termasuk sedara mara pun dah mula tanya. -.-


And I was like....tahu tak soalan korang tu heartbreaking  t_t


Jumpa kawan, pun tanya pasal kawen. Naik bas, naik taxi, pun pakcik2 pemandu tu tanya pasal boyfriend. Jumpa stranger yg peramah pun, tanya jugak soalan gini.


Umur dah 23. Bila jawab takde, semua pakat pelik. Jangan ingat korang je pelik, aku pun pelik gak muahahha. Padahal, diri sendiri memilih sangat. Ehee.


Nak buat guane, asal aku berkenan je, dorang pulak tak berkenan kat aku. *kesian, haha* Yang aku tak berkenan, sibuk pulak berkenan -.-'


Kekadang, sunyi and bosan gak la takde teman rapat ni. Nak - nak sekarang ni duk bilik single, memang tak bersembang la. Agak dah bosan sangat and nak berborak, call je la mak. Huhu. Pergi makan pun sensorang.  Agak segan nak duk makan sensorang time orang ramai, tapau je lah makan kat bilik. Tak pun, ikat perut beli benda-benda ringan je. Huhu.


Macam hari ni, pergi buat kad ATM baru sebab hari tu purse tercicir. Tapi alhamdulillah dah dapat balik, cuma for safe, buat la baru kan, plus free. Lepas tu, singgah DSI tengok festival Indonesia. Sensorang je aku. Pastu pegi beli makanan, makan sensorang  -.-


Hari tu, pergi SPS, sensorang. Lepas tu call taxi, hantar pegi Pejabat Bendahari. Terserempak kawan masa matrik, teman awek dia pegi pejabat Bendahari. Bukan dia sorang je, ada je lagi yang lain datang berpasangan. Aku buat-buat sibuk je la main Candy Crush. Haha.


Actually, nak berpasangan atau tak ni, pilihan sendiri sebenarnya. Macam aku, boleh je kalau aku nak sangat ada boyfriend. Terima je lah sape-sape yang nak. Or berkawan je la dengan sape-sape pun yang nak berkawan. Tapi, tak syok la kan. Padahal hati tak nak pun. Plus, aku bukan nak sangat pun ada boyfriend ni. Aku cuma nak sangat ada teman rapat merangkap bakal suami. Hehe :P


And admit that, aku sangat memilih. Huhu. Bukan memilih apa, aku cuma nak yang first time aku tengok, hati aku boleh suka. :) Sedap mata memandang, sejuk hati melihat haaa gitteww.


So, semoga cepat jumpa la yang first time lihat dia, terus hati berbunga. wahhahaa. cinta pandang pertama. kehhkehhh.


Tapi kan, orang cakap, selalunya, kalau kita suka orang tu, orang tu tak suka kita. dan cinta pandang pertama ni......tak semua orang dapat.


Errrrrrr krik krik.







Thanks reading !

309. Candy Crush Saga Level 210

Hai! Hihi

am currently on level 210. Hohoo.
Oh, level 208 susah tau. Tapi macam biasa la, jangan give up. Hehe.

Level 210 ni pun, macam susah.
Punya la duk membebel, bagi move sikit, camner nak boleh lepas.
Pastu apa lagi, main asyik tak lepas je, tengok la video kat youtube.

Rupa-rupanya...kena mix je dua candy bom tu. Cehhhh. -.-

Haa korang boleh tengok SINI video tu.

Kbye.




Thanks reading !

Wednesday, April 24, 2013

308.

Salam alaik.

Banyak hari tak update belog, sebab internet kat rumah rosak, dan kat UTM busy.

Pagi ni, cuma sedikit nak luah,

Ramai yakin kalau PR menang, negara Islam dapat ditegakkan, undang-undang Islam dapat dilaksanakan sepenuh nya, hukum hudud, tutup semua kedai judi arak, wajibkan semua tutup aurat. Kalau PR menang. Senang kata, kalau menang, Islam dapat ditegakkan di Malaysia.

Aku, sikit pun tak yakin. Unless, if Pas bergabung dengan Umno, islam sama islam bergabung, then it seems more possible untuk sama-sama tegakkan Islam. Orang islam tolong orang islam. Kita bantu ajar kaum seagama kita sendiri instead of biarkan dorang sesat. Walhal we as a muslim sepatutnya doakan diberi petunjuk hidayah.

But if PR menang dan Malaysia jadi negara Islam memang betul jadi, ALHAMDULILLAH :) Tapi, kalau tak? Or kena tunggu sampai 50 tahun?

Still, aku was-was.

Oh, btw, bila PR menang, do they still look Umno as a kafir? sampai sanggup mulakan ceramah tak nak bagi salam, sebab kat situ ada orang Umno. Umno kafir tak boleh jawab salam. How sick you are. Nak buat kenduri, taknak jemput orang Umno, nak jemput orang PR je. whatta? Again, if PR win, do they still look Umno as kafir? Moga Allah mengampuni dan berikan petunjuk pada kita semua.

Nabi Muhammad Saw, masih lagi boleh menyuap orang yang mencaci maki beliau tanpa memarahi atau membalas hinaan dan cacian tersebut. Kita? Tengok sendiri. Kat facebook, bersepah.



p/s - Alhamdullillah, dah dapat kerja part time kat Fac Tamadun Islam. Hehe  ;)






Thanks reading !

Wednesday, April 17, 2013

307. The new HTC one

Dengar-dengar, the new HTC One gonna be released in Malaysia end of this month.
Tapi kalau nak beli yang takde terikat dengan contract (Digi, Maxis, etc) kena tunggu pertengahan bulan 5 or  after election. Price around RM2299.


Nak menangis boleh dak, sebab duit belum ada untuk beli HTC ni. n_n
Dah la kena kumpul duit beli laptop baru sebab laptop yang sedia ada nih asyik bunyi bising je  T___T
Al-maklumlah, laptop ni dah berjasa sejak 2009 hinggalah 2013 ni haa. Sampai sekarang elok lagi, cuma tulah, kipas bunyi bising. Dah cuci 2kali tapi still bising jugak. Mungkin sebab bahagian pengudaraan tu ada patah sikit, kuikui. Masa hantar cuci kipas, abang kedai tu yang tanya, laptop pernah jatuh ke sampai patah ni. Taktau la mana aku hentak sampai tak sedar pun patah  -.-'


Dah la kena duduk lab. Takkan la nak guna laptop yang bising ni dekat lab tu. Situ tempat student master and phd. Ada yang kena buat coding. Stress tau coding ni kalau buat banyak hari tak dapat-dapat. Huhu. Kalau aku guna laptop bising ni kat situ, kang bertambah pulak stress dorang. Aku pun stress gak -.-


Oh, the new HTC One boleh chekidaut SINI.


[taken by using Stealth II]
































* Harap dapat la balik rumah minggu ni. Hohooo







Thanks reading !

Sunday, April 14, 2013

328. Stealth II Ninetology

Yawww! 
Semalam (Sabtu) pergi jalan-jalan carikan handphone untuk adik. Biasalah, kakak yang baik ye dak. Tolong carikan dan tolong belikan, guna duit adik lah tapi. Ehehh.


As we know, untuk belia yg berusia 21 dan ke atas kan dapat rebate smartphone RM200. Jadinya, aku adalah salah seorang yang memohon rebate tersebut. Muehehe. Dah orang bagi, ambil je lah. Bulan 1 hari tu lagi dapat, tapi tak digunakan. Nak guna sebenarnya tapi smartphone yang aku nak tu, dah habis stock. Kena order. Jadinya, malas lah. Lagi pun tengah sengkek masa tu. Pinjam RM300 kat mak untuk beli smartphone. Kuikui. Then minggu lepas tu kena pergi Kelantan pulak. Aiyarkk. Jadi aku batalkan je lah hasrat untuk guna rebate tu. Duit 300 tu guna untuk ke Kelantan. Rebate tu biar je lah dulu kan. Tunggu ada duit baru guna. 


Hari ni April 14th, adalah due date rebate aku. Tapi alhamdulillah, dah selamat digunakan semalam. Ehee. Last friday, adek aku called, bagitau Stealth II takde stok. Kena order. Sementara tunggu stok sampai, memang dah expired la rebate aku. Jadinya aku syor kan kat dia, takpe lah akak cari kat Johor. Kut sini ada stok. So semalam memang keluar mencari la.


First kedai takde stok Stealth II. Erghh. Black Pearl ada pulak. Dulu aku cari Black Pearl, semua takde stok. Stealth II je ada. Ni aku cari Stealth II, Black Pearl pulak yang ada. Grrr. Thank God, ada kawan yang tolong. Dia tanyakan kawan dia mana-mana kedai kat Taman U yang ada jual smartphone model ni dan terima rebate. Dann...yesss katanya kat Giant U-mall ada! Wuhhhhhh. Nasib baik la dia tolong tanyakan. Kalau tak, aku dah pergi mencari kat Kluang  -.-'


[source:google]


Inilah model-model Ninetology yang korang boleh guna rebate 200 tu. Kawan aku guna yang Black Pearl II. Katanya, harga murah tapi spec power. Sepupu aku baru je guna yang Insight. Dia pun beli guna rebate. Haa sekarang adek aku pulak guna Stealth II. Tapi dia belum guna lah. Aku rasmi dulu. :P Kena tunggu aku balik Kedah la baru dia boleh guna. Eheee. Oh anyway, harga dalam gambar atas tu silap tau. Kena tambah RM599 je :)  







*yang macam telur, kaler pink tu, hiasan je. Ehehh. Tu pewangi bilik. Beli kat Jusco masa promotion C:


Smartphone ni besar tau. Besar gedabak orang panggil. Kalau dibandingkan dengan HTC Sensation XE aku, memang nampak cenonet je htc aku nih. Aku pun taktau camner lah adik aku nak bawak jalan nanti. Macam tak muat poket seluar je  -.-'  Primary camera 8mp, secondary camera 0.3mp. 1Ghz Dual Core Processor, RAM 512. Internal storage 2gb. External storage support to 32gb tapi tak dapat sekali memory card, kena beli sendiri.


Seee! Dulu hp aku la paling besar dalam rumah tu, tapi sekarang tak lagi  -.-




Konklusinya, smartphone ni sesuai untuk korang-korang yang nak pakai S3 tapi poket kering, haa boleh lah
cuba guna Ninetology punya. Kalau setakat nak whatssap or wechat and main Candy Crush or Subway, lepas jek. Heheh


Esok banyak urusan nak settlekan. Moga selamat selesai semua. Adiosss.





Thanks reading !

Saturday, April 13, 2013

327. Hey it's Saturday!





HAPPY SATURDAY EVERYONE! 


:P




Thanks reading !

Friday, April 12, 2013

326. Tembam?

Hari tu kan,
aku pegi kedai fotostat. Kat meranti tu je lah.
Budak kat situ kan tetiba,
"tembam la kak ni. "

Erkk -.-'
Down terus.

Lepas tu ada lagi sorang kat situ, pangkat abang. Dia dok sembang dengan aku.
Budak tadi tu ckp kat abang tu,
"tembam kan kakak ni, macam akak yang tadi tu (akak yg datang before aku)

Hoi siot punya budak  -___-

Lepas tu, dia terus dok ngejek aku tembam. sambil ukur kerendahan aku. kuangsam tol. haha.

Lepas tu terus aku cakap, "mulut longkang".

Pastu dia bengang. HAHHAHA.

Ingat kau sorang je pandai mengata orang  :P


Then, tadi, aku blogwalking blog intannurulfateha. Dah jadi puan dah. Hehe. Tahniah kak intan! Ehee. Padahal dia tak kenal aku pun  -,-

Haa kak intan ni kan, kurus je, kecik comel. Badan kurus, muka pun kurus. Lawa je. Terus aku pikirkan muka aku yang tembam ni. Ahhhh tetiba stress. Sobss.

Tapi memang tak dapat dinafikan pun, badan aku makin naik, gemuk sket la senang cite, kalau dibandingkan dengan 2010, isk isk, serius jeans Levis dah tak muat. Rugi je pakai setahun, dah tak boleh pakai  T_____T

So sekarang beli jeans murah2 jek sudah. Pakai sekali dua pastu taknak pakai dah pun takde ah membazir sangat huhuuu.

Okay, tu je, nak tido. bye






Thanks reading !

Thursday, April 11, 2013

325. Exam PTD (Part II)

Assalamualaikum.
Berkenaan dengan POST yang sebelum ni, jadinya semalam aku menggunakan khidmat pakcik Google untuk tahu berkaitan dengan lebih lanjut dengan exam PTD ni.


Ramai yang buat entry pasal benda ni. Dan dari sumber-sumber ni, baru lah aku tahu rupanya siap ada buku lagi untuk exam ni. Orang sampai sanggup beli haa semata-mata untuk study jawab exam ni. Respect. Heheh. Rajin nya la kan. Bukan macam aku  -.-'


Ada juga yang bagi contoh-contoh soalan. Haa yang mana bakal ambil exam ni, boleh lah refer SINI (http://www.index.my/ads/contoh-rujukan-soalan-dan-jawapan-exam-ptd-12-mei-2012/) . Ni contoh soalan based on tahun lepas punya exam PTD.


Kalau nak dapatkan buku untuk korang study bagi persediaan menjawab exam ni, boleh refer SINI (https://www.facebook.com/tipsptd). Tapi aku ada baca kat satu halaman blog ni, katanya kena baca buku MALAYSIA KITA. Ada jual kat kedai buku. Tapi kalau taknak beli, boleh je pinjam kat library. Dan buku tu tebal hampir 500ms kalau tak silap. Sanggup ke baca -.-'


Dan kalau nak tahu lebih lanjut tentang PTD ni, apa lagi yang korang kena lalui lepas lulus exam ni, haa boleh baca  SINI (http://kemnrocky.blogspot.com/2011/07/mengenai-ptd-exam-pac-skmi-lagi-dan.html) . Bagus tau akak kemn ni. Semangat waja. Hehe.


Sebenarnya banyak lagi yang aku baca, tapi itu je lah yang aku rasa penting untuk share dengan korang. Dan setelah aku baca segala benda ni, dan baca komen-komen kat entries tersebut, aku buat keputusan untuk tidak pergi. mihhmihh. Lagi pun, katanya, kalau tak pergi exam yang ni, nanti dorang akan panggil lagi. Huhu. Dan ditambah pula selepas baca komen Cimon, hai cimon, bertambah lah keyakinan aku untuk tidak pergi. Hehe. Katanya, selagi belum umur 35, boleh je apply government. So nanti-nanti lah apply lagi, kerja gomen yang lain. Hehhh.


Aku rasa macam nak kerja sendiri, jadi bos sendiri. Err..krik krik




Thanks reading !

Wednesday, April 10, 2013

324. Master dan Exam PTD

Tengah dalam dilema ni. Ecehh.
Petang semalam, alhamdulillah dah berjaya daftar Master. Hehe.
Tapi yuran tak bayar lagi. Kuikui
Dan progress report kena submit before 28hb April. Zzzzzz


Dan petang semalam jugak, SPA email, suruh pergi peperiksaan untuk jawatan PTD.
Huwaaaa, dah daftar Master tetiba baru suruh pegi kan.


Jadinya sekarang ni dalam dilema lah jugak, pergi ke idak. Kalau aku tak sambung Master ni, memang aku pegi jek. Mana la tau kut dapat. Bajet senang je kan. Padahal macam-macam kena jawab nanti. Exam 9 pagi sampai 3 petang. Tapi sekarang ni aku dah sambung, jadinya macam, pergi buat apa, kalau lulus untuk pergi interview, dan lulus interview, bukannya aku boleh masuk kerja pun. Takkan la tetiba nak berhenti Master pulak kan. Kalau pergi, dan tak lepas pun exam ni, kuikui, memang padan muka. Haha.


Kawan mak aku suh pergi, cari pengalaman. Mak aku pulak memula cakap tak payah la sebab dah masuk belajar. Katanya, rezeki ada je nanti, inshaaAllah. Nanti ada la tu kerja lain. Yang penting, habiskan master dulu. Itu memula la tapinya. Lepas dengar kawan dia suruh pergi cari pengalaman, mak aku pun ubah fikiran -.-' Tapi tapi tapi aku macam kejap nak, kejap tak. Bukan taknak pergi, cuma dah sambung belajar kan, macam tak payah la kut. Tunggu lepas habis belajar, mohon semula SPA. Boleh kan? Plus, kat surat tu tulis kalau tak hadir takkan di-blacklist, so kiranya kalau tak blacklist, nanti-nanti boleh mohon semula la kan? Ke dah tak boleh kerja kerajaan? -.-'  Harap-harap even tak pergi, still boleh kerajaan la nanti. wuhuuu. Jangan blacklist teruss  ><


Okay, sekarang ni yang penting, pergi ke tak exam PTD sabtu ni. Kalau pergi pun, macam aku cakap la kan, cuma untuk cari pengalaman. Tapi kan, possibility aku untuk lulus exam ni memang macam takde harapan sangat la, haha, sebab aku punya general knowledge memang fail. Hehe.


p/s: cepat cimon kasi your point of view :p


Read Part II




Thanks reading !

323. Candy Crush Saga Level 135 ( Tips)

Level 135 ni kan, kira killer level gak la. Ecehh.
Teringat zaman sekolah, bila time exam je, mesti sebut subject kimia, fizik, add math as killer paper. Hehe.
Kimia masa zaman sekolah killer subject, tapi masuk zaman matrik, alhamdulillah boleh score A :D
Tapi add math sampai ke matrik tak pernah A, B je dua-dua sem. Haha.

Okay, back to the topic,
level 135 ni kan kena buat dua wrapped candies and then 'cross' kan dua-dua tu. Cross ke ek word nye? Haha. Okay taktau perkataan apa yang sesuai. Tapi maksudnya, wrapped candy 1 swap kan dengan wrapped candy 2. Haa gittew.

Memula, taktau pun camner buat wrapped candies. Haha. Nama je dah main sampai level 135, tapi tak pernah buat wrapped punya. Selalunya tetiba je dah jadi. Ahahh. So aku pun google. Main benda ni kan, untuk level yang susah tahap dua hari main tak lepas-lepas memang aku google :p Rupanya kan, untuk dapatkan wrapped ni kena buat T atau pun L. Haa macam gambar kat bawah ni.



[source: google]

Soo dah berjaya buat wrapped candy. Tapi tapi tapi, nak tunggu dapat buat tu bukan nya senang ye -.- Bila dah dapat buat satu, lepas tu kena buat lagi satu pulak. Belum pun buat candy kedua, yang pertama tu dah meletup dulu. Huhu. Stress dan hampir give up. Haha.

Rasanya 3 hari juga struggle to pass this level. Semangat waja. :P Dan akhirnya aku buat keputusan ecehhh untuk tengok video kat youtube. Keke. Dan boleh bukak SINI untuk tengok tips :D Dan sekarang dah level 141 dah pun. Hihhi.


Sampai tweet haa 135 ni impossible ehee. tapi 12 minutes later, yeayyy PASS!  :D



Actually, aku main benda ni guna Booster la jugak. Eheee. Nak buat guane, terdesak. Kalau tak guna, memang rugi habis sebab situasi aku ni, aku dah lepas 1 swap, dan tinggal lagi 1 je. Wrapped candies dua-dua dah ada, tapi jadi macam gambar kat bawah ni. Buruk nya la aku lukis  -.-'  Gasak la. Hehe. Plus, move left pulak tinggal lagi satuuuu jeeee. Jadinya, haruslah kita buat pilihan yang bijak, ye dak. Soo aku pun guna la booster lollipop tu, untuk smash candy yang menjadi pemisah antara wrapped candies tu. Haa gittew. Lepas dah smash, nanti wrapped candies yang atas tu turun la ke line bawah. Berbekalkan saki baki satu je move yang ada, laju je terus swap wrapped candies tu. Dan kemudian Sugar Crush! Yeayy level completed. Heheh.



Semangat kan aku main game ni. Haha.
Tips to success: main dengan penuh sabar, tengok betul-betul candies tu, dan jangan gelojoh make step laju sangat, dan jangan give up. Eheee.

Okay, thats all, have fun ye korang :D








Thanks reading !

Sunday, April 7, 2013

322. Candy Crush Saga (Lessons & Tips)

Haa ini lah game yang tengah aku addicted sekarang ni. Haha.
Tiap malam tidur lambat sebab main game nih.. Teruk nya perangai -.-'




Candy Crush Saga




Rasanya dah nak masuk 3 minggu kut aku main game ni, dan sekarang dah level 118. Hihhi.
Ada level yang senang, ada yang susah sikit, and ada yang payah gila. 
Ada yang main ikut suka hati, and ada yang kena atur strategi. 

Jadinya, entry ini bukan saja nak suruh korang buang masa jugak main game ni untuk suka-suka. Oh tidak. actually nak berkongsi, lessons yang aku dapat bila main game nih. Haaa.
Aku sangat la kagum dengan orang yang buat game ni, sebab kepala otak dia sangat laaa geliga. Haha.
Game ni nampak je macam game bebudak, tapi nak main ni pun kena fikir jugak tau. Kena tengok betul-betul macam yang kena gerakkan, kalau tak rugi la move kita. 

Okay, berbalik kepada lessons yang aku nak share tu ;  the main point is-- Never ever give up no matter how hard the thing is. 

Haa tudia. Tak kira la susah macam mana pun, jangan putus asa. Sebab, semua benda ni ada jalan nya, ada penyelesaiannya, dan ada kejayaannya. Macam main Candy Crush ni, ada level yang susah tahap kau stress gila-gila, tahap istigfhar tak henti-henti sebab geram sangat, tahap maki hamun sebab tak lepas-lepas level, haaa tak kira lah sampai tahap apa pun yang penting nya jangan putus asa. Terus je cuba banyak kali, sebab bila kita tak dapat yang tu, rupanya Dia nak bagi yang lebih baik. InshaaAllah. Serius tak tipu. Bila main benda ni, kekadang tu tak boleh lepas sebab tinggal lagi satu jelly je yang unclear. Tak ke kau rasa nak mengamuk habes. Tapi takpe, kau main je lagi. Haaa rupanya tak boleh memang yang tadi, sebab main yang next round ni lagi cepat menang and dapat lagi banyak markah! Haaa gitteww. 

Samalah juga macam kehidupan kita ni. Kita buat macam-macam, tak jadi jek. Jangan give up. Cuba je lagi. Kalau tuhan taknak bagi yang ini, Dia bagi yang lain yang lebih baik. Kalau tuhan taknak bagi kali ni, Dia bagi lain waktu dengan ganjaran yang lebih banyak sebab kita bersabar dan tak mudah putus asa dan terus usaha. Sama lah macam study, usaha usaha usaha. Mintak pertolongan Allah. Hidup kita ni, memang tak boleh lari dari mintak tolong dari Dia. Even main Candy Crush ni pun, dalam hati aku duk doa, 'ya Allah, bagi la lepas bagi la lepas'  , hehe :p

Anggap lah setiap kesusahan tu ujian untuk ganjaran yang lebih hebat. Dan disebalik setiap kesusahan tu ada kebaikan dan hikmah nya. Contohnya, frust nak keluar dating tak dapat, abe busy memanjang, bersangka baik lah. Tuhan taknak kita dating selalu selagi belum kawen. kuikui  :p Tapi, kalau busy memanjang sangat, message call kita seminggu sekali pun jarang, tapi facebook dok comment dengan pompuan, haaa ni jangan bersangka baik sangat. Doa lah banyak-banyak mintak pertolongan Tuhan supaya berikan petunjuk. am talking based on my experience. I used to be in that place. memang, aku mintak tolong Dia. sebab cuma Dia yang boleh tolong. Aku kan jenis susah percaya benda buruk2 ni kalau tak tengok dengan depan-depan. Setakat tengok kat fb, and dengar orang cakap, susah la nak caye sket. Jadinya, aku harap sangat, kalau benda tu memang betul, tunjuk lah depan aku, biar aku tengok sendiri supaya aku boleh percaya. Haaa memang terus ada depan mata. Tak pernah-pernah terserempak selama dalam hubungan tu, tapi bila tengah masalah cenggini, mohon tolong Dia supaya bagi terserempak, terus terjumpa terserempak dalam mall. Elok je berdua. Haa. 

Nasihat saya, untuk yang heartbroken cam saya ni, bila dah jadi macam ni, dan kita yang kedua, jangan la berebut dengan yang pertama tu. Biar orang hancurkan hati kita, jangan kita hancurkan hati perempuan lain. kuikui. Walaupun sakit dalam hati tu, Tuhan je yang tau, bersabarlah. Marah si jantan tu, jangan marah yang pompuan. kecuali lah kalau kita yang first, pmpuan tu second, haa yang ni marah dua-dua. :p

Haaa ni apesal aku tetiba masuk cerita lain pulak nih. ciss ciss. 
Okay lah korang, selamat beramal. *tetiba*

Oh btw, game ni boleh download dari google play untuk Android. Kalau takde smartphone, boleh je main kat Facebook! :D






Thanks reading !

Wednesday, April 3, 2013

321. Bermulalah, kehidupan sebagai Master student :)

Assalamualaikum dan hi semua!
Wiwiwiwi.

Hari ni Rabu tiga april, parlimen dah bubar! Weeehuuuuu
Kalau tak bubar pun aku tak kesah langsung. Hehe.
Eh, kesah, kesah, tukar lah Kedah ini kali lah :P

Hari ni Rabu, hari ketiga aku di UTM. Bajet tak pernah duduk UTM. Ahah.
Selepas sebulan bersenang lenang makan nasi free tambah nasi kenduri,
akhirnya kembali ke sarang yang ternyata takde dah free, semua berbayar. -.-

Macam yang aku pernah cakap eh tulis dalam previous entry,
aku sambung belajar, buat Master. Heheh.
Sebenarnya, berbelah bahagi. Even sekarang tengah duk siapkan proposal tapi berenti sekejap tulis blog ni amendenye la, still aku berbelah bagi, tak tau betul ke tak keputusan yang aku ambil untuk continue study ni.
Tapi...kalau nak patah balik pun, I should decide it from the start la kan. Rugi la aku tak mintak keje memane sebab nak sambung study. Eh tak, aku mohon SPA sebab JPA suruh mohon, kuikui. Tapi takde pun panggil interview.

Jadinya, sekarang aku di library sejak jam 1 tengahari tadi, duduk Carrel Room ni. Boleh duduk sampai 10 malam. Aku sebenarnya tak daftar lagi pun as master student, sebab proposal belum siap. Wakakkaww. Pepaham la duduk rumah, memang ah tulis sepatah terus buat benda lain. Muahaha. Ni dari semalam aku pulun buat, sampai la ke petang ni, haa nak siap dah pun.

While finishing up the proposal, aku terfikir, betul ke aku nak sambung ni, sebab nya my english is very bad. Tulis proposal bukannya bahasa melayu. No plagiarism. Kalau ada plagiarism, memang tak Master lah ekau haa. Setakat untuk faham what i read, inshaaAllah boleh la jugak lepas selak Google Translate , errr errr. Tapi nak tulis balik in my own sentences, mak aihhh, serius tak tahu. Keje nak copy ayat je, takpun tukar sikit-sikit word tu -,-

Apa pun, how hard it is, aku harap Allah permudahkan segala urusan hamba Nya ni. Hmm. Some people, they asked me to work. Apa guna la sambung belajar ni, dah la pakai duit banyak, nanti kerja belum tentu gaji banyak dari orang lain ye dak. But me myself has my own reasons why nak continue sangat.


1. Am not ready yet to be in working sector

I used to be in working sector,  I mean pernah kerja la. Masa cuti semester and masa praktikal. For me, bila kita dah masuk ke bidang kerja ni, cabarannya lebih hebat and lebih besar. It's about Imaan. Yes, iman kita akan diuji, dan aku tak ready for that. Bila kerja, sangat penat. Pergi pagi, balik petang. dan kerja, sah-sah la kat bandar. dan sah-sah la duduk dengan kengkawan, dan sah-sah la dapat kawan baru kan. Ini la dugaan dan cabarannya. Dan iman aku belum kuat for that. Aku risau, bila aku penat kerja, aku jadi lalai untuk laksanakan suruhanNya. Aku risau, bila aku stress dengan kerja, aku terlampau cari keseronokkan sampai hati jadi kosong. dan aku risau, bila duduk bandar dengan kengkawan, family jauh, I will be the real me. Haaa. Biasalah remaja, masalah sosial. I used to be in that place. Nak-nak tengah heartbroken cenggini. Lagi lah nak cari seronok. Frankly speaking, aku tak suka jadi diri sendiri.


2. Mencari Dia

Ramai lecturer duk cerita, Phd has bring them more closer to Him. Walaupun aku tak buat Phd, tapi Master pun sama jugak la kan, research jugak cuma bawah sikit dari Phd, dan mungkin tak se-taugh Phd but still for me, it is not something easy. One of my lecturer, told us, dia siap nangis lagi depan Kaabah masa buat Phd. And another of the lecturer, cerita, there is an old lady told her, "you are doing your Phd. You should perform Dhuha." Solat dhuha kan membuka pintu rezeki, jadinya semoga urusan lebih dipermudahkan dan Allah sentiasa membantu memudahkan urusan kita. and she did. she did it everyday. and yes it works. She did her Phd in UK, dengan macam-macam masalah, banyak sangat including personal problems tapi memang betul la bila kita dekat dengan Tuhan, susah macam mana pun, pasti ada jalan yang Dia bagi. :')
So that, I take this as an opportunity for me to get closer to Him. Aku nak semula hati aku yang dua tiga tahun dulu. Hati yang kerap nangis kat sejadah dan boleh rasa kemanisan iman tu. Serius tak tipu, aku pernah rasa benda tu. Dulu masa sekolah menengah, belajar je pasal kemanisan iman, tapi tak tau pun rasa nya manis macam mana. Masa zaman matrik, Dia bagi rasa, sekejap. mungkin sebab aku tak jaga. Sejak masuk uni, admit that, hati aku tak terjaga. Nak-nak lepas kecewa. Lagi la terbiar sampai kosong tak rasa apa.


Soooo itulah, sebabnya kenapa aku sambung belajar. Hehe. Oh, ade lagi satu sebab;  cari calon suami. *bunyi cengkerik*

Korang, doakan aku ya. Doakan aku berjaya dapat Master, berjaya jadi hambaNya, dan berjaya dapat suami. Hehe :D

No wonder, Islam memang mementingkan kita menuntut ilmu. Sungguh, mencari ilmu ni mendekatkan kita dengan Tuhan. Sebab untuk berjaya, kita memang perlukan Dia. Ya Allah, berilah aku pertolonganMu dan permudahkanlah segala urusanku. Terima lah doa-doaku. ameen.


Thankyou korang!





Thanks reading !

Monday, March 18, 2013

320. Kesayangan yang hilang

Satu halaman--
yang aku sayang,
yang aku coretkan kenangan,
yang aku karangkan perasaan,
yang aku pentingkan untuk tidak hilang,
yang aku harap satu hari nanti aku boleh tunjuk sehelai halaman buku itu padanya.

tapi--
tadi aku puas cari, langsung tak temui :(

selama ini, ingatkan buku tu aku simpan dengan buku-buku sekolah yang lain,
tapi rupanya tak.

Majalah KMPP tahun 2008/2009.

Dalam tu, ada halaman, yang dipaparkan nukilan aku sendiri.
Yang aku karang, untuk Dia dan dia.

dia--
yang sekarang ini walaupun bukan yang dulu lagi,
yang sekarang ini dah tak berhubung bertegur hari-hari,
yang sekarang ini nombor barunya pun aku tak ketahui,
tapi masih, aku peduli tentang halaman dan buku itu.

Silap sendiri mungkin.
Selalu saja aku teringat untuk baca semula halaman tersebut itu,
tapi sering saja terlupa untuk mencari bukunya.
kerana di saat ingatan itu datang, aku di tempat belajar.
Pulang ke rumah jarang-jarang.
Jadi bagaimana.

Semua almari buku digeledah,
Semua kotak simpanan buku lama dipunggah.
Lain yang dijumpa.

Menangis boleh?

Mungkin--
sesuatu yang kita sering ingat,
tapi kita tangguh mencari,
lama-lama kita dah tak akan dapat temui lagi.

Macam kita suka--
tapi kita cuma ingat tanpa buat apa,
memang boleh hilang terus tak jumpa.

Jadinya,
walaupun nukilan itu ada dalam diary,
tapi arghh sayangnya,
yang aku coret untuk tatapan semua,
untuk aku tunjukkan pada dia,
satu halaman tentang dia,
dah tak ada.  :(

Mungkin, hilang ini--
Macam aku dan dia,
yang tak bertegur sapa,
hilang tiba-tiba.

Yang hanya ada, kenangan.




SYUKUR SEORANG HAMBA
Di hening subuh sunyi
Tatkala insan lena diulit mimpi
Aku bangun menyucikan diri
Menghapuskan dosa-dosa kecil
Untuk menghadapMu, kekasih hati..
Tuhanku,
Betapa aku tenang ketika bersamaMu
Betapa aku menagih keampunanMu
Betapa aku mengharapkan kasihMu
Betapa aku merinduiMu
Betapa di saat ini aku terasa dekat denganMu
Tanganku tadah, mataku pejam
Memohon keampunanMu untuk dosa-dosa ku yang lalu
Dosa-dosa di saat aku jauh dariMu
Dosa-dosa di saat aku leka dengan dunia ciptaanMu
Memohon keberkatanMu, memohon rahmatMu
Agar senantiasa mengiringi ku
Betapa aku hargai 
Ketulusan yang hambaMu beri
Mengajarku mengenal erti cinta suci yang abadi
Cinta yang mendamaikan sekeping hati
Cinta kepadaMu cinta hakiki
Semoga engkau merahmati jalinan ini
Tuhanku,
Mungkin imanku masih senipis salju
Mungkin pendirianku masih segoyah dulu
Mungkin amalku masih belum mampu menampung dosa lalu
Namun Ya Allah,
Sesuatu yang aku pasti
Aku ingin dekat denganMu
Sesungguhnya aku kini makin mencintaimu,
Tuhanku Ya Rabbi.

*cuma ada simpanan softcopy*








Thanks reading !

Monday, February 25, 2013

319. Berjuang untuk agama ke, berjuang sebab nak Putrajaya -.-'

Asyik asyik, "menuju ke Putrajaya",

Asyik asyik, "selangkah ke Putrajaya",

Asyik asyik, "menawan Putrajaya",


BOSANNNN~



Aku hairan dengan manusia yang tercokoh menunggu sosok yang dipanggil pemimpin datang (tidak kiralah sama ada Perdana Menteri baru, Imam Mahdi, atau apa jua gelaran kepada impian pasif berusaha) untuk mengubah nasib mereka. Bukan Tuhan sendiri sudah bicara, ubah dirimu dahulu?  -matluthfi-


 Nak pangkah mana satu ni  -,-




Thanks reading !

318. Home #3

TV tunjuk iklan budaya membaca,

Mak:Kak, tengok tu dia suruh baca buku. Bukannya dok men handphone ja.
Aku:Takde buku, buku tak bawak balik (dalam kepala dah terbayang novel Fixi)
Mak:Baca bahan ilmiah. Buku-buku agama. Menambahkan iman.

Sentap -____-






Thanks reading !

Sunday, February 24, 2013

317. Home #2

"Mak buat la sat istikharah untuk kak"

"Hang yang buat pilihan, mak pulak kena buat, mana boleh. Bla bla bla....istikharah...bla bla bla"

Mula dah khutbah Jumaat minggu ni. Hehe.

Terus nyanyi Istikharah Cinta. Ahah ;p





Thanks reading !

316. Home #1


"Mak,kita ada pucuk pegaga."

"Mana?"

"Tu.."

"Manaa"

"Tuuu"

"Tu pucuk ulam raja"

"Ohh. Okay, ulam raja."





Thanks reading !

315. Dont tidur petang plisss

Assalamualaikum, dan hai korang!

Tengah maghrib ni. Aku nak cerita hanhan. Eheee.

Tadi, dalam pukul 6 lebih, mak aku kejut bangun solat Asar. Aku memang suka tidur petang.
Eh tak, actually bukan suka, tapi kalau dah takde ape nak dibuat, bosan sensorang, aku pun tido je lah. Ahah.

Okay, sambung seterusnya. Aku tak pergi solat pun sebab perempuan kan ada time tak boleh solat. Jadinya, aku masuk bilik, sambung tidur sekejap. Buruknya perangai -.-' Then, boleh pulak mimpi yang menaikkan darah dan kaki aku. Haaa sekali kaki naik. Sebab geram.

Aku mimpi, main2 kat taman permainan. Dah habis main, untuk balik, aku kena lalu jalan yang macam terbiar usang. Memula aku taknak lalu, sebab dah lewat dah nak magrib kan, takut la kang ada benda pelik2. Tapi aku terpaksa lalu jugak. Otw tu, terserempak dengan anjing yang jalan dari arah btentangan. Aku bagi nama AA. Mula dah seram sejuk. Oh btw, dalam mimpi ni, aku berkawan dengan kucing dan anjing, dan boleh cakap dengan dorang. -.-"  Aku pandang AA sebab dia kan kawan aku, haha, tapi mata dia merah! Dia pun pandang aku lain macam je. So aku pun tak tegur. Dalam hati aku dah agak macam ada benda tak kena. Dah sampai hujung jalan, aku terserempak kucing, aku cakap la kat dia pasal AA. Lepas tu tserempak dengan anjing lagi sekor yang juga merupakan kawan aku. Aku kasi nama AB. Tapi belum sempat aku borak dengan AB, AB tengok je aku terus dia lari. Si kucing pun lari. Aku dah rasa something, tapi aku tak lari. Mesti ada yang tak kena dengan aku, tu pasal dorang lari. Aku pun pusing belakang, cissssss ada 'benda' ikut aku rupanya. Ni mesti pasal aku lalu jalan tadi tu.

Lepas tu tetiba, scene bertukar. Aku dah kembali ke bilik aku tengah tidur tadi. Tapi aku tak boleh bukak mata. Haihhh, dah mula dah. That thing yang ada kat belakang aku, dia sua muka ke depan tengok muka aku. I can feel it. Tapi aku tak berani bukak mata. Takut weh nak tengok. Aku cuba baca ayat kursi. Tapi sebaris je aku ingat >.< Dah lama sangat tak baca ini la jadi nya. Huhu. Tapi takpe, aku baca Alfatihah. Walaupun benda tu dok kacau, aku baca jugak dalam hati berulang kali. So korang kalau mimpi macam ni, baca lah alfatihah. Nak2 kalau korang tak yakin, ayat kursi korang baca tu betul ke apa yang korang sebut, jadi baca lah alfatihah, plus surah ni kita baca hari2 waktu solat jadi sebutannya inshaaAllah lebih betul. Aku memang tak bergerak apa, dan tak bukak mata langsung sebab aku taknak dia tahu yang aku tahu dia ada. Tapi aku risau kalau dia tahu aku tengah uzur, benda ni kan suka benda2 kotor. Dan akhirnya, cisss, dia dah mula tarik kaki aku. Amboi. Sesuka hati kau je ek. Takkan la aku nak biar je, ishh tak senonoh betul. Memang tak boleh jadi. Aku pun cuba sedaya usaha bukak mata, dan aku nampak benda tu -.- Tengah duduk tepi katil kat bahagian kaki aku. Yang pernah kena mimpi camni, mesti korang tau kan, bila mimpi camni, anggota kita jadi tak boleh gerak. Tapi korang jangan biar dan berserah je. Korang cuba gerakkan jugak sebab nanti kita akan sedar dan terjaga dan keluar dari mimpi tak best ni. Hoyehhhh. Itu la yang aku buat, aku cuba gerakkan kaki untuk tendang kepala dia! Haaaa terus tersedar. Puas hati! Huhuhuhu.


Moral of the story: Jangan la tidur petang dah nak dekat2 maghrib. Hehe.


Sebenarnya, aku ada cerita lain lagi. Hehh. Tapi nanti2 la cerita. Anyway, kalau ikutkan kajian, tak boleh gerak time tidur bukan sebab hantu tindih ke hape ke, tapi sebab Sleep Paralyse. Haa boleh lah google dan baca sendiri ye.

Okay. Dadidu.


Thanks reading !