Sunday, April 14, 2013

328. Stealth II Ninetology

Yawww! 
Semalam (Sabtu) pergi jalan-jalan carikan handphone untuk adik. Biasalah, kakak yang baik ye dak. Tolong carikan dan tolong belikan, guna duit adik lah tapi. Ehehh.


As we know, untuk belia yg berusia 21 dan ke atas kan dapat rebate smartphone RM200. Jadinya, aku adalah salah seorang yang memohon rebate tersebut. Muehehe. Dah orang bagi, ambil je lah. Bulan 1 hari tu lagi dapat, tapi tak digunakan. Nak guna sebenarnya tapi smartphone yang aku nak tu, dah habis stock. Kena order. Jadinya, malas lah. Lagi pun tengah sengkek masa tu. Pinjam RM300 kat mak untuk beli smartphone. Kuikui. Then minggu lepas tu kena pergi Kelantan pulak. Aiyarkk. Jadi aku batalkan je lah hasrat untuk guna rebate tu. Duit 300 tu guna untuk ke Kelantan. Rebate tu biar je lah dulu kan. Tunggu ada duit baru guna. 


Hari ni April 14th, adalah due date rebate aku. Tapi alhamdulillah, dah selamat digunakan semalam. Ehee. Last friday, adek aku called, bagitau Stealth II takde stok. Kena order. Sementara tunggu stok sampai, memang dah expired la rebate aku. Jadinya aku syor kan kat dia, takpe lah akak cari kat Johor. Kut sini ada stok. So semalam memang keluar mencari la.


First kedai takde stok Stealth II. Erghh. Black Pearl ada pulak. Dulu aku cari Black Pearl, semua takde stok. Stealth II je ada. Ni aku cari Stealth II, Black Pearl pulak yang ada. Grrr. Thank God, ada kawan yang tolong. Dia tanyakan kawan dia mana-mana kedai kat Taman U yang ada jual smartphone model ni dan terima rebate. Dann...yesss katanya kat Giant U-mall ada! Wuhhhhhh. Nasib baik la dia tolong tanyakan. Kalau tak, aku dah pergi mencari kat Kluang  -.-'


[source:google]


Inilah model-model Ninetology yang korang boleh guna rebate 200 tu. Kawan aku guna yang Black Pearl II. Katanya, harga murah tapi spec power. Sepupu aku baru je guna yang Insight. Dia pun beli guna rebate. Haa sekarang adek aku pulak guna Stealth II. Tapi dia belum guna lah. Aku rasmi dulu. :P Kena tunggu aku balik Kedah la baru dia boleh guna. Eheee. Oh anyway, harga dalam gambar atas tu silap tau. Kena tambah RM599 je :)  







*yang macam telur, kaler pink tu, hiasan je. Ehehh. Tu pewangi bilik. Beli kat Jusco masa promotion C:


Smartphone ni besar tau. Besar gedabak orang panggil. Kalau dibandingkan dengan HTC Sensation XE aku, memang nampak cenonet je htc aku nih. Aku pun taktau camner lah adik aku nak bawak jalan nanti. Macam tak muat poket seluar je  -.-'  Primary camera 8mp, secondary camera 0.3mp. 1Ghz Dual Core Processor, RAM 512. Internal storage 2gb. External storage support to 32gb tapi tak dapat sekali memory card, kena beli sendiri.


Seee! Dulu hp aku la paling besar dalam rumah tu, tapi sekarang tak lagi  -.-




Konklusinya, smartphone ni sesuai untuk korang-korang yang nak pakai S3 tapi poket kering, haa boleh lah
cuba guna Ninetology punya. Kalau setakat nak whatssap or wechat and main Candy Crush or Subway, lepas jek. Heheh


Esok banyak urusan nak settlekan. Moga selamat selesai semua. Adiosss.





Thanks reading !

5 comments:

cimon said...

Besaq nye. Huhu.

p/s: semangat gilerr carik hp. Hahaha ~_^

Unknown said...

semangat la..tak sanggup kecewakan adek. ecehh ;p

cimon said...

Jgn lupa rasmikan kamera 8megapixel tuh kat UTM ek, lama xg sana, last cimon g...10thn lepas time jenguk adik plkn kat sana. Lamanya... Huhu.

Unknown said...

10 tahun lepas adek plkn?? Jadinya...cimon dah tua? :O haa kantoi umur! :P

cimon said...

Sweet 28. Hahaha ^^