Wednesday, April 3, 2013

321. Bermulalah, kehidupan sebagai Master student :)

Assalamualaikum dan hi semua!
Wiwiwiwi.

Hari ni Rabu tiga april, parlimen dah bubar! Weeehuuuuu
Kalau tak bubar pun aku tak kesah langsung. Hehe.
Eh, kesah, kesah, tukar lah Kedah ini kali lah :P

Hari ni Rabu, hari ketiga aku di UTM. Bajet tak pernah duduk UTM. Ahah.
Selepas sebulan bersenang lenang makan nasi free tambah nasi kenduri,
akhirnya kembali ke sarang yang ternyata takde dah free, semua berbayar. -.-

Macam yang aku pernah cakap eh tulis dalam previous entry,
aku sambung belajar, buat Master. Heheh.
Sebenarnya, berbelah bahagi. Even sekarang tengah duk siapkan proposal tapi berenti sekejap tulis blog ni amendenye la, still aku berbelah bagi, tak tau betul ke tak keputusan yang aku ambil untuk continue study ni.
Tapi...kalau nak patah balik pun, I should decide it from the start la kan. Rugi la aku tak mintak keje memane sebab nak sambung study. Eh tak, aku mohon SPA sebab JPA suruh mohon, kuikui. Tapi takde pun panggil interview.

Jadinya, sekarang aku di library sejak jam 1 tengahari tadi, duduk Carrel Room ni. Boleh duduk sampai 10 malam. Aku sebenarnya tak daftar lagi pun as master student, sebab proposal belum siap. Wakakkaww. Pepaham la duduk rumah, memang ah tulis sepatah terus buat benda lain. Muahaha. Ni dari semalam aku pulun buat, sampai la ke petang ni, haa nak siap dah pun.

While finishing up the proposal, aku terfikir, betul ke aku nak sambung ni, sebab nya my english is very bad. Tulis proposal bukannya bahasa melayu. No plagiarism. Kalau ada plagiarism, memang tak Master lah ekau haa. Setakat untuk faham what i read, inshaaAllah boleh la jugak lepas selak Google Translate , errr errr. Tapi nak tulis balik in my own sentences, mak aihhh, serius tak tahu. Keje nak copy ayat je, takpun tukar sikit-sikit word tu -,-

Apa pun, how hard it is, aku harap Allah permudahkan segala urusan hamba Nya ni. Hmm. Some people, they asked me to work. Apa guna la sambung belajar ni, dah la pakai duit banyak, nanti kerja belum tentu gaji banyak dari orang lain ye dak. But me myself has my own reasons why nak continue sangat.


1. Am not ready yet to be in working sector

I used to be in working sector,  I mean pernah kerja la. Masa cuti semester and masa praktikal. For me, bila kita dah masuk ke bidang kerja ni, cabarannya lebih hebat and lebih besar. It's about Imaan. Yes, iman kita akan diuji, dan aku tak ready for that. Bila kerja, sangat penat. Pergi pagi, balik petang. dan kerja, sah-sah la kat bandar. dan sah-sah la duduk dengan kengkawan, dan sah-sah la dapat kawan baru kan. Ini la dugaan dan cabarannya. Dan iman aku belum kuat for that. Aku risau, bila aku penat kerja, aku jadi lalai untuk laksanakan suruhanNya. Aku risau, bila aku stress dengan kerja, aku terlampau cari keseronokkan sampai hati jadi kosong. dan aku risau, bila duduk bandar dengan kengkawan, family jauh, I will be the real me. Haaa. Biasalah remaja, masalah sosial. I used to be in that place. Nak-nak tengah heartbroken cenggini. Lagi lah nak cari seronok. Frankly speaking, aku tak suka jadi diri sendiri.


2. Mencari Dia

Ramai lecturer duk cerita, Phd has bring them more closer to Him. Walaupun aku tak buat Phd, tapi Master pun sama jugak la kan, research jugak cuma bawah sikit dari Phd, dan mungkin tak se-taugh Phd but still for me, it is not something easy. One of my lecturer, told us, dia siap nangis lagi depan Kaabah masa buat Phd. And another of the lecturer, cerita, there is an old lady told her, "you are doing your Phd. You should perform Dhuha." Solat dhuha kan membuka pintu rezeki, jadinya semoga urusan lebih dipermudahkan dan Allah sentiasa membantu memudahkan urusan kita. and she did. she did it everyday. and yes it works. She did her Phd in UK, dengan macam-macam masalah, banyak sangat including personal problems tapi memang betul la bila kita dekat dengan Tuhan, susah macam mana pun, pasti ada jalan yang Dia bagi. :')
So that, I take this as an opportunity for me to get closer to Him. Aku nak semula hati aku yang dua tiga tahun dulu. Hati yang kerap nangis kat sejadah dan boleh rasa kemanisan iman tu. Serius tak tipu, aku pernah rasa benda tu. Dulu masa sekolah menengah, belajar je pasal kemanisan iman, tapi tak tau pun rasa nya manis macam mana. Masa zaman matrik, Dia bagi rasa, sekejap. mungkin sebab aku tak jaga. Sejak masuk uni, admit that, hati aku tak terjaga. Nak-nak lepas kecewa. Lagi la terbiar sampai kosong tak rasa apa.


Soooo itulah, sebabnya kenapa aku sambung belajar. Hehe. Oh, ade lagi satu sebab;  cari calon suami. *bunyi cengkerik*

Korang, doakan aku ya. Doakan aku berjaya dapat Master, berjaya jadi hambaNya, dan berjaya dapat suami. Hehe :D

No wonder, Islam memang mementingkan kita menuntut ilmu. Sungguh, mencari ilmu ni mendekatkan kita dengan Tuhan. Sebab untuk berjaya, kita memang perlukan Dia. Ya Allah, berilah aku pertolonganMu dan permudahkanlah segala urusanku. Terima lah doa-doaku. ameen.


Thankyou korang!





Thanks reading !

3 comments:

cimon said...

Aamiin.

Chayo'x2!!

(^_^)

Unknown said...

good luck malina... :)
semoga mencapai apa yg malina nak.. semoga berjaya, dan bahagia.. nsah doakan malina dapat apa yg malina nak dlm hidp malina, aminnnn :)

berusaha k..

Unknown said...

cimon - thankyouuu penyokong tetap! haha^^

Nisah - wahhhh terharu :'D *lap hingus* mekaseh mekaseh, inshaaAllah, ameen! :D