Wednesday, September 18, 2013

317. Kurung moden - Stripe Kurung | Purpleblue

Hi.

Nak letgo kurung moden, Stripe Kurung LeeyanaRahman Collection. Size s.
Baru je beli and pakai untuk fitting je. Besar dengan I, sebab I saiz xs :(




Material : valentina heavy silk + Soft cotton

Price: RM220 inc postage (actual price RM230 inc postage)

S size: 
Shoulder :13.5-14 
Bust : 32 
Waist :27 
Hip: 35 
Length (Top) : 26-27 
Length(Skirt) :41 


Anyone interested boleh whatsapp/text 017-7713819.


Boleh pakai raya :D




Thanks reading !

Monday, September 16, 2013

316. Kesian orang macam ni

Tuhan cipta manusia yang pendek pendek ni untuk bagi peluang pada orang yang dicipta sempurna lah konon kan, untuk mengutuk dan jadikan yang pendek pendek ni bahan ketawa ke?


Dah bertahun tahun, I am so disappointed dengan sikap manusia manusia sekeliling yang tak sedar diri sendiri tapi seronok ketawakan orang lain. Ketawakan ni I mean dalam kategori fizikal orang tu la. Orang gemuk ke, pendek ke, hitam ke. Manusia takkan ketawakan orang yang putih dan kurus k. Selalunya yang aku nampak, yang gemuk and pendek lah. yang hitam pun, jarang2 lah tapi ada jugak, aku penah baca somewhere.


Aku ni termasuk dalam kategori pendek lah atau lebih sopan rendah, kecik. Pendek cam kuang ajar kan bunyi nya haha. Seriously, hati aku sangat lah tak suka manusia yang sesuka hati panggil orang yang dicipta macam aku ni, pendek. Tapi nak buat macam mana, aku hidup dalam kalangan masyarakat yang sememangnya suka membahan dan melabel manusia rendah rendah ni sebagai pendek dan jadikan tu sebagai bahan gurauan dan bahan ketawa. Ingat orang macam ni takde perasaan ke?


Aku rasa kan, kalau lah sebelum lahir tu kita boleh request nak tinggi banyak mana, takde nye weh yang nak request tinggi 145cm masa umur dah 23 tahun ni. Sebab tak tahan dengan mulut longkang manusia sekeliling. Mesti semua request 160 ke atas aku rasa lah. Selalu nya nampak cantik je pompuan tinggi macam ni, hihhi.


Hmm.
Kalau lah kan, kalau lah korang yg badan berisi sket ni kena bahan as gemuk, or gorila ke ape ke, terasa hati tak weh? Depan depan mmg lah kita senyum sengih je kan, tapi dalam hati sedih and malu jugak beb.


Jujur weh aku cakap, kebanyakan manusia yg suka membahan dan jadikan aku bahan ketawa nih, yang boleh je aku nak panggil as gemuk haa. Tak pun boleh je aku balas, "pendek pun at least, belajar dah sampai master. Kau ntah2 degree pun takde kan." Takpun, "pendek macam darjah empat pun, belajar tinggi." Takpun kalau nak sopan lagi, "anugerah Allah. Jadi tak payah la menghina dan ketawakan sangat." haa camtu. Dan ada jugak tu yang dok membahan aku tu pun, padahal takde lah tinggi mana pun. Setakat lebih 5cm, 10cm, sibuk jugak kan nak panggil orang pendek. Tak faham manusia cenggini.


Duk cerita-cerita ni, jadi sakit pulak hati aku ni haa.


Kuman seberang laut nampak sangat, gajah depan mata tak nampak. Diri sendiri pun tak berapa nak sempurna, sibuk je kan ketawakan orang lol. Selalunya orang melayu lah yang berperangai buruk cenggini. Sedih betul.


Aku ada member. Lelaki lah. Chinese. Dia adalah satu-satu nya manusia yang terkejut bila aku bgtau ketinggian/kerendahan aku adalah 145cm. Serius dia terkejut. "Serius u 145cm? U nampak macam 150cm". and I was like, omaigod, tak sangka. Kalau orang lain kan, mesti cakap, macam 130cm la, macam darjah 1 la, darjah 4 la, darjah 6 la. Serius weh, dia lah manusia pertama yg cakap aku 150cm. Nak je aku belanja dia makan, haha.


And aku ada classmate yang tinggi nya 180 something la. Lelaki for sure. Kekadang dia selamba je ajak aku g makan. Aku jadi pelik la, dia ni biar betul, tak segan ke jalan dengan aku haha. So aku pernah la tanya dia. Frankly speaking, pernah ada kawan kawan pmpuan yang taknak pun berdiri sebelah or berjalan dengan aku sebab aku ni pendek sangat. Huhuu. Sejak zaman sekolah. So bila member aku ni macam tak segan, aku tanya je lah kan dia tak segan ke jalan ngan aku yang rendah ni. Katanya nak segan apa, relax sudah, tak jadi hal pun. huhu.


Selalu nya lelaki, walaupun dorang tinggi, tapi macam jarang la jumpa yang spesis suka ngutuk pompuan pendek ni. Ada certain tapi macam aku cakap, jarang jumpa. Kalau ada pun, tu jenis spesis yang sekolah takde ah tinggi mana pun. SPM 5A pun belum tentu. Sigh.


Aku cakap ni based on experiences la. Macam kat uni, sejak masuk uni, cam susah lah nak jumpa yang suka suki mulut dia je, apa ingat mulut tu tuhan kasi untuk  kutuk orang ke, duk panggil orang pendek. Selalu nya kebanyakan dorang cakap kecik la. Pendek tu mmg tak ah. Pendek ni budak2 sekolah tak tinggi je kebanyakkan nya yg guna. Pendek akal. Haha. Tetiba aku yang mengutuk orang kan, eheee. At least aku tak tujukan pada sesape. Kalau terasa tu, makna nya memang pernah buat lah perangai cenggitu :P


Tipu lah wei, kalau aku tak pernah nangis bila kena kutuk macam ni. Yelah, kalau dah asyik kena, pastu diketawakan ramai ramai, mmg rasa down and malu sangat. Ikut hati nak je aku balas balik, "diri sendiri gemuk tak sedar." "pendek pun at least belajar tinggi"  tapi so far tak penah la kan aku balas camni. Biasalah. Orang sampai hati je kan mengata aku, tapi aku selalunya tak sampai hati malukan, or kecikkan hati orang haa camtu.


Dan, kekadang, bila kena cmni, dalam hati aku actually terdetik jugak la, "kau dapat anak pendek nanti baru kau tau" ehee. Aku pun manusia biasa, ada perasaan. Kalau dah sakit hati sangat, kita kutuk dia pun tak, dia sesedap mulut je asyik mengata kita, mesti terkeluar jugak kan dalam hati benda benda yang tak best huhu.


Dan paling menyedihkan, selalu nya melayu lah yang ramai mulut cenggini. Ingat lawak ke kutuk kutuk ciptaan Tuhan nih?


Haihh. Kesian.







Thanks reading !