Thursday, October 9, 2014

336. The Haura Shop - Minyak Kelapa Dara aka. VCO (VCO OASIS)

Assalamualaikum 

Pernah dengar tentang Minyak Kelapa Dara? atau nama omputeh nya Virgin Coconut Oil (VCO). Pernah dengar? Pernah guna? If pernah guna, mesti korang dah tahu kan kebaikkan minyak kelapa dara atau VCO ni. Atau pun pernah guna, tapi macam tak berkesan je? Haa jangan putus asa dengan VCO ni, meh cuba VCO OASIS pulak  ;)



Minyak Kelapa Dara Ajaib (VCO OASIS)





Formula pembuatan Minyak Kelapa Dara (VCO) OASIS ni lain dari yang lain tau. Tak sama macam cara pembuatan vco lain yang ada di pasaran atau yang korang tengok kat youtube tu hehee. VCO OASIS sangat-sangat berbeza. Tekstur nya lebih pekat tapi rasa nya seeedappppppp! Aku lebih suka VCO OASIS ni sebab tak rasa seperti minyak yang dibakar/dimasak dan kurang rasa minyak dan sedap lah senang cakap hehee.  


Cara guna Minyak Kelapa Dara OASIS





Best betul guna VCO OASIS ni sebab senang sangat. Nganga mulut luas-luas pastu spray jee hihhi. Memang senang sangat guna Minyak Kelapa Dara OASIS ni sebab botol nye jenis spray. So korang just spray je lah dalam mulut, atau pun pada anggota badan yang ade masalah gatal-gatal kulit atau boleh juga spray pada rambut. Untuk sapu pada muka, aku spray kat tangan, pastu sapu kat seluruh muka memalam sebelum tido. Bangun pagi habis kecut semua jerawat huhuuu. 


Waktu terbaik pengambilan VCO pada waktu pagi selepas breakfast dan juga pada waktu malam sebelum tidur. Lepas dah sarapan tu, korang spray je dalam mulut, then malam nya sebelum tidur, korang spray lagi. Senang, kan?  Kalau spray pun malas jugak, suruh la suami ke, bini ke, or anak-anak korang tolong spray kan, korang just nganga mulut jee hehe :p




Banyak lagi tauu kegunaan minyak kelapa dara ni. Korang boleh tengok contoh gambar bawah ni, macam-macam kegunaan minyak kelapa dara. 





Kebaikan Minyak Kelapa Dara OASIS




Antara kebaikan Minyak Kelapa Dara OASIS

- Anti-penuaan
- Menyeimbangkan hormon sekaligus mendapatkan berat badan yang ideal
- Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh
- Membunuh organisma perosak seperti virus bakteria, kulat dan protozoa (cacing)
- Mengurangkan keadaan mudah lapar
- Mengurangkan kandungan lemak badan (Boleh kurus :D)
- Melindungi tubuh daripada serangan kanser
- Mengurangkan risiko serangan jantung, dan darah tinggi
- Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
- Menghasilkan tenaga
- Mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
- Mengatasi masalah monopaus awal
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil







Minyak Kelapa Dara hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat



Korang pernah guna Minyak Kelapa Dara (VCO) sapu pada seluruh muka? Rugi sangat kalau korang yang ada minyak kelapa dara ni tapi tak pernah sapu kat muka, especially yang ada masalah kulit berminyak,  jerawat, jerawat pasir, jerawat kronik, jerawat batu, dan parut jerawat.

Kenapa aku cakap rugi? Sebab nya minyak kelapa dara ni SANGAT BERKESAN tauuu untuk hilangkan jerawat dan parut jerawat, dan vco ni jugak buatkan kulit kita tak berminyak bila bangun pagi huhuu.






Gambar atas ni, gambar aku masa tahun 2010 & 2011. Obvious tak dahi yang sadis sangat keadaan nya T___T  Aku ada masalah kulit yang sangat kering, tapi berminyak pada area T-zone. and percaya tak, aku tak guna pencuci muka for years? Haha. Muka aku ni, kalau guna pencuci muka jenama apa pun, untuk 3 bulan pertama memang cantik sangat kesannya, kulit, putih bersih je cewahh. Tapi lepas 3 bulan tu, haa mesti kulit start gelap dan kusam. Sampai la akhirnya masa form 4 ke form 5 entah, kulit muka macam dah rosak, so aku stop guna segala jenis pencuci muka yang ada kat pasaraya tu.  Masa matrik (2008) aku beli pencuci muka olay ke garnier entah, tapi guna 3-4 kali je, tak sesuai. Terus taknak guna pencuci muka dah. Masuk universiti (2009), tahun 1, aku rasa aku lah manusia yang takde pencuci muka. Aku cuci muka dengan air semata  T^T 



Gambar masa tahun 2 di universiti tahun 2010. Cantik sangat kannn dahi, penuh parut jerawat -,-
Bila dengar orang cakap,

"Lelaki pantang tengok perempuan dahi licin."

..terus rasa down sebab confirm la takde lelaki pandang aku, sebab dahi berkerutu T^T Masa ni belum start guna VCO lagi. Aku start guna VCO bulan September/Oktober 2010 gitu. Sebelum tidur malam, sapu seluruh muka. Esok nya bangun pagi, terkejuttt sangat sebab kulit muka dah tak berminyak macam selalu. Biasa nya kalau bangun, minyak muka boleh guna buat goreng cekodok.


Sejak 2010 sampai sekarang 2014, aku masih pengguna setia VCO walaupun dah ada Sensual Plus Serum. Sekarang ni guna Minyak Kelapa Dara (VCO) OASIS sebab 1 botol boleh guna luaran dan dalaman, boleh sapu luaran & makan sekali untuk kesihatan dalaman.

Macam mana aku guna vco & serum? VCO guna waktu malam sahaja (atau waktu pagi hari cuti), siang guna serum ;) VCO tak sesuai guna waktu siang sebab tekstur nya berminyak sikit, aku pakai macam susah nak blend dengan foundation. Pakai serum dengan foundation best, rasa smooth je ;) Memalam nak tido takde tempek foundation kannn, so sapu VCO je satu muka huhu.





Ni gambar tahun 2011 & 2012. Jerawat pasir dan parut jerawat kat dahi dah makin hilang.





Haaa yang ni gambar terbaru masa raya haji baru-baru ni hehee. Memang tak flawless ye sebab kulit jenis kering, kusam, dan ada spots sikit-sikit, jeragat, bintik2 hitam, dan parut jerawat. But at least, dah takde parut2 hitam yang teruk kat dahi tu macam dulu wuwuu. 



Tips guna VCO untuk hilangkan jerawat & parut:

--Hari pertama naik jerawat tu, kena sapu terus tau vco. Jangan nak tangguh-tangguh supaya cepat kecut dan parut cepat hilang. Kalau sapu time dah jadi parut hitam tu, memang take time sikit nak betul-betul hilang parut tu. Aku pernah skip sapu vco masa naik jerawat. Saja nak tengok, kalau aku tak sapu vco, dan guna pencuci muka semata untuk hilangkan jerawat, boleh surut tak jerawat tu. Jawapannya, memang TAK lahh. Makin masak jadi nanah tu ade ahh. Lepas tu jadi parut hitam. Padan muka. 


Kalau korang ade masalah jerawat kronik, jerawat batu, SANGAT DISYORKAN untuk guna Minyak Kelapa Dara OASIS sebab sangat berkesan. InshaAllah sangat mujarab untuk hilangkan segala jerawat tu. Apatah lagi kalau korang jenis kulit allergic bahan kimia macam kulit aku, so sangat lah sesuai guna VCO OASIS sebab ni minyak kelapa dara asli yang 100% takde bahan kimia :)  Thats why lah boleh makan skali  ;)



Cleanser/Pencuci muka, serum (sebagai pelembab) dan produk untuk hilangkan jerawat adalah penting ye. Tapi pakai yang sesuai lah dengan kulit korang. Jangan la jadi macam aku takde pakai pencuci muka bertahun-tahun haha... Ended up muka gelap, kusam, tona tak sekata, jeragat, pigmentasi, jerawat, parut jerawat, semua menempek kat muka haa.



 Harga Minyak Kelapa Dara (VCO OASIS)


RM60  (exclude postage)


Postage: Semenanjung (RM6) ; Sabah/Sarawak (RM10)




Untuk order:

sms/whatsapp 013-5925359
PM -->  https://www.facebook.com/messages/thehaurashop



Jemput singgah
TheHauraShop





:)






Thanks reading !

No comments: