Thursday, April 11, 2013

325. Exam PTD (Part II)

Assalamualaikum.
Berkenaan dengan POST yang sebelum ni, jadinya semalam aku menggunakan khidmat pakcik Google untuk tahu berkaitan dengan lebih lanjut dengan exam PTD ni.


Ramai yang buat entry pasal benda ni. Dan dari sumber-sumber ni, baru lah aku tahu rupanya siap ada buku lagi untuk exam ni. Orang sampai sanggup beli haa semata-mata untuk study jawab exam ni. Respect. Heheh. Rajin nya la kan. Bukan macam aku  -.-'


Ada juga yang bagi contoh-contoh soalan. Haa yang mana bakal ambil exam ni, boleh lah refer SINI (http://www.index.my/ads/contoh-rujukan-soalan-dan-jawapan-exam-ptd-12-mei-2012/) . Ni contoh soalan based on tahun lepas punya exam PTD.


Kalau nak dapatkan buku untuk korang study bagi persediaan menjawab exam ni, boleh refer SINI (https://www.facebook.com/tipsptd). Tapi aku ada baca kat satu halaman blog ni, katanya kena baca buku MALAYSIA KITA. Ada jual kat kedai buku. Tapi kalau taknak beli, boleh je pinjam kat library. Dan buku tu tebal hampir 500ms kalau tak silap. Sanggup ke baca -.-'


Dan kalau nak tahu lebih lanjut tentang PTD ni, apa lagi yang korang kena lalui lepas lulus exam ni, haa boleh baca  SINI (http://kemnrocky.blogspot.com/2011/07/mengenai-ptd-exam-pac-skmi-lagi-dan.html) . Bagus tau akak kemn ni. Semangat waja. Hehe.


Sebenarnya banyak lagi yang aku baca, tapi itu je lah yang aku rasa penting untuk share dengan korang. Dan setelah aku baca segala benda ni, dan baca komen-komen kat entries tersebut, aku buat keputusan untuk tidak pergi. mihhmihh. Lagi pun, katanya, kalau tak pergi exam yang ni, nanti dorang akan panggil lagi. Huhu. Dan ditambah pula selepas baca komen Cimon, hai cimon, bertambah lah keyakinan aku untuk tidak pergi. Hehe. Katanya, selagi belum umur 35, boleh je apply government. So nanti-nanti lah apply lagi, kerja gomen yang lain. Hehhh.


Aku rasa macam nak kerja sendiri, jadi bos sendiri. Err..krik krik




Thanks reading !

2 comments:

cimon said...

Study sampai PhD, jd pensyarah pon keje Gov juga. :P

(^_^)

p/s: tp alam pekerjaan senang jumpa jodoh. Hihihi (^_~)

p/s/s: jd saintis pon stylo gak kan!!

Unknown said...

Aiyarkkk kena tunggu sampai kerja baru jumpa jodoh? Lambatnyaaaaa T____T

taknak la saintis, nnt busy takde masa untuk rumah tangga :P