Saturday, June 8, 2013

312. Kemalangan tak berbau

Assalamualaikum!

Fuhhhhhhh fuhhh fuhhhh. Gila bersawang belog. sebulan tak hupdate  T___T
I busy uolss. Belajar sambil kerja part-time. Terkejar-kejar masa. Huhu.

Tengahari semalam en en, dalam pukul 12 lebih-lebih sket cenggitu, aku accident ehehh.
Aku baru balik kerja, nak terus pegi faculty. Dah suruh member amek kat fac, untuk pergi makan.
Tetiba eksiden pulop, huhuhu.

Cenggini al-kesahnya,

aku baru lepas simpang empat. Jalan nak ke fac aku tu straight aje. Okay lepas simpang empat tu, kat depan ade lagi simpang. So aku tak speed sangat la sebab dalam UTM je takkan nak bawak 80 pulak kan, and kut la ada kete keluar dari simpang tu kang tak memasal langgar. Pastu dari jauh aku dah nampak kete kat simpang tu. Takde la jauh sangat. Dekat je pun simpang 4 dengan simpang lagi satu tu. Okay kereta tu berhenti. Memang kalau ikut rules memang la kan kete kat simpang kena berhenti. Aku yang kat jalan straight ni kena jalan dulu kan. Once aku tengok kereta tu berhenti and wait for me to pass her car so then baru lah dia boleh belok masuk ke jalan tu, so aku pun speed la sket. dalam 50/60 kut. sebab kang aku bawak slow kang orang kat simpang tu kena tunggu lama pulak. Elok je aku tengah speed, dia pergi keluar simpang. Zzzzz. Keluar terus masuk ke lane dia takpe jugak, ini dia g berhenti kat lane aku. Mak aihhh. Aku agak dia terkejut tetiba motor aku tengah laju menghala ke dia, dan buatkan dia terhenti kat tengah jalan aku tu. Aku dalam hati, "Ya Allah, memang langgar la ni. Nak brek ke nak mengelak ni. Yang pergi duduk tengah jalan ni kenapa" I chose to mengelak sebab kalau aku brek, memang brek terkejut laa, sebab memang dah tak sempat nak stop kan motor, dan aku akan hentam body kereta tu dan aku takut aku terpelanting. Muahahha. Memang aku sempat elak sket je, dah terhentam la kat bahagian depan kereta dia. Pastu aku jatuh skali dengan motor tu, memang rasa ah kepala bergegar terseret. Huhuhu. Taknak rasa dah >.<


Lepas dah jatuh dan dah berhenti terseret, seret sket je sebab aku ikut skali motor tu kan huhu. Aku terdiam taktau nak cakap ape, nak bangun tak boleh sebab kaki sebelah kat bawah motor. Then dorang angkat motor tu baru lah aku bangun duduk bersila kat situ sebab kaki aku sakit dan kebas semacam. Huhu.


Okay malas la nak cerita panjang-panjang. Haha. Yang pastinya lepas aku dah bangun tu, aku malas pergi pk because I thought I was fine. Aku tak rasa sakit pun. I tengok jari aku luka sket-sket je. Plus, aku tengah lapar. So aku nak g makan. Hahhaha! But of course la dorang paksa suruh pergi jugak kan. Budak yang drive kereta tu nak jugak bawak ke pk, so I have no choice. Elok sampai pk baru la rasa sakit weh! Sakit gila pinggang aku and luka-luka kat jari ya Allah punya la pedih kemain. Overall, bahagian sebelah kiri la yang luka-luka. Jari, pinggang, kaki, sebab bahagian ni yang terseret tu. Baju kurung langsung takde koyak. Unexpected. Tudung je koyak sket. Muka alhamdulillah terlindung dengan helmet, hehe. The doctor said, nasib baik u pakai seluar kat dalam. So kaki aku calar sket-sket je. Aku memang pakai lengging bila pakai baju kurung naik motor, huhu.


Hari ni pihak UTM hantar motor aku ke workshop. Budak yang drive kereta tu bayarkan ganti rugi. Thankyouu sesangat sebab nak bayarkan, sebab aku memang takde duit. Hahaha. Memula aku taknak. Langsung taknak. Dia pun susah hati sebab aku taknak gantirugi. Aku tak sampai hati ler sebab dia pun student jugak. But then bila dorang cakap repair motor tu mungkin dalam 4,5 ratus sebab kena tukar bahagian yang patah tu I was like...okay..akur..u bayar lah. Heheee. Even gaji aku kerja part time tu pun tak cukup untuk bayar repair motor tu. Huhuhu.


Dorang cakap, tengok motor teruk. Ingatkan orang nya dah teruk tapi ni okay je. Hehe. Alhamdulillah. Kuasa Tuhan. Aku pun tak sangka aku luka sikit je kat jari kanan kiri, and satu kat pinggang, satu kat peha, luka kat lutut and calar betis. Tapi sikit sangat la. Cuma jari anak sebelah kiri je yang luka dalam dan besar sikit sebab jari tu paling teruk terseret kut. Tersiat nampak isi dalam huhu. Alhamdulillah baju kurung kesayangan takde koyak huhu. Dan sekarang ni, sakit-sakit otot especially pinggang. Pinggang sangat sakit sampai kan aku ketawa sensorang kat bilik ni sebab kelakar sangat rasa sakit nya. Lol.


Okay la thats all. Sakit jari yang luka ni menaip lelama huhu.
Hati-hati di jalan raya, banyakkan bersabar and follow the rules.



p/s : Entah bila la boleh update pasal konvo  :(


Thanks reading !

4 comments:

cimon said...

Rehat leklok kat hostel tu...jgn merayap mana2 hingga motor da elok. Moga cepat sembuh.

(^_^)

Haura Malina said...

accident siang, malam nye dah merayap la cimon. dgn sakit2 pinggang tu takleh jugak dok diam kat bilik. Hehe :P Motor hari ni kut baru siap, harap2 la, tak tahan dah ni nak naik motor , ehehh.

anyway thankyouu cimon :)

ojayanie said...

Moga cepat sembuh sayang

Haura Malina said...

Tq sayang. :)