Sunday, February 24, 2013

315. Dont tidur petang plisss

Assalamualaikum, dan hai korang!

Tengah maghrib ni. Aku nak cerita hanhan. Eheee.

Tadi, dalam pukul 6 lebih, mak aku kejut bangun solat Asar. Aku memang suka tidur petang.
Eh tak, actually bukan suka, tapi kalau dah takde ape nak dibuat, bosan sensorang, aku pun tido je lah. Ahah.

Okay, sambung seterusnya. Aku tak pergi solat pun sebab perempuan kan ada time tak boleh solat. Jadinya, aku masuk bilik, sambung tidur sekejap. Buruknya perangai -.-' Then, boleh pulak mimpi yang menaikkan darah dan kaki aku. Haaa sekali kaki naik. Sebab geram.

Aku mimpi, main2 kat taman permainan. Dah habis main, untuk balik, aku kena lalu jalan yang macam terbiar usang. Memula aku taknak lalu, sebab dah lewat dah nak magrib kan, takut la kang ada benda pelik2. Tapi aku terpaksa lalu jugak. Otw tu, terserempak dengan anjing yang jalan dari arah btentangan. Aku bagi nama AA. Mula dah seram sejuk. Oh btw, dalam mimpi ni, aku berkawan dengan kucing dan anjing, dan boleh cakap dengan dorang. -.-"  Aku pandang AA sebab dia kan kawan aku, haha, tapi mata dia merah! Dia pun pandang aku lain macam je. So aku pun tak tegur. Dalam hati aku dah agak macam ada benda tak kena. Dah sampai hujung jalan, aku terserempak kucing, aku cakap la kat dia pasal AA. Lepas tu tserempak dengan anjing lagi sekor yang juga merupakan kawan aku. Aku kasi nama AB. Tapi belum sempat aku borak dengan AB, AB tengok je aku terus dia lari. Si kucing pun lari. Aku dah rasa something, tapi aku tak lari. Mesti ada yang tak kena dengan aku, tu pasal dorang lari. Aku pun pusing belakang, cissssss ada 'benda' ikut aku rupanya. Ni mesti pasal aku lalu jalan tadi tu.

Lepas tu tetiba, scene bertukar. Aku dah kembali ke bilik aku tengah tidur tadi. Tapi aku tak boleh bukak mata. Haihhh, dah mula dah. That thing yang ada kat belakang aku, dia sua muka ke depan tengok muka aku. I can feel it. Tapi aku tak berani bukak mata. Takut weh nak tengok. Aku cuba baca ayat kursi. Tapi sebaris je aku ingat >.< Dah lama sangat tak baca ini la jadi nya. Huhu. Tapi takpe, aku baca Alfatihah. Walaupun benda tu dok kacau, aku baca jugak dalam hati berulang kali. So korang kalau mimpi macam ni, baca lah alfatihah. Nak2 kalau korang tak yakin, ayat kursi korang baca tu betul ke apa yang korang sebut, jadi baca lah alfatihah, plus surah ni kita baca hari2 waktu solat jadi sebutannya inshaaAllah lebih betul. Aku memang tak bergerak apa, dan tak bukak mata langsung sebab aku taknak dia tahu yang aku tahu dia ada. Tapi aku risau kalau dia tahu aku tengah uzur, benda ni kan suka benda2 kotor. Dan akhirnya, cisss, dia dah mula tarik kaki aku. Amboi. Sesuka hati kau je ek. Takkan la aku nak biar je, ishh tak senonoh betul. Memang tak boleh jadi. Aku pun cuba sedaya usaha bukak mata, dan aku nampak benda tu -.- Tengah duduk tepi katil kat bahagian kaki aku. Yang pernah kena mimpi camni, mesti korang tau kan, bila mimpi camni, anggota kita jadi tak boleh gerak. Tapi korang jangan biar dan berserah je. Korang cuba gerakkan jugak sebab nanti kita akan sedar dan terjaga dan keluar dari mimpi tak best ni. Hoyehhhh. Itu la yang aku buat, aku cuba gerakkan kaki untuk tendang kepala dia! Haaaa terus tersedar. Puas hati! Huhuhuhu.


Moral of the story: Jangan la tidur petang dah nak dekat2 maghrib. Hehe.


Sebenarnya, aku ada cerita lain lagi. Hehh. Tapi nanti2 la cerita. Anyway, kalau ikutkan kajian, tak boleh gerak time tidur bukan sebab hantu tindih ke hape ke, tapi sebab Sleep Paralyse. Haa boleh lah google dan baca sendiri ye.

Okay. Dadidu.


Thanks reading !

2 comments:

cimon said...

Yg penting perlu amalkan adab2 dlm Islam especially waktu tido sbb time nh, kita da msuk alam roh, so yg tgl hanyalah amalan kita time kita berjaga tuh utk bawak kita ke tempat yg elok or tak elok. Kalo time mimpi ngeri, ayat2 al-quran yg biasa kita amalkan shj akan ingat, maka banyakkan beramal ngan ayat2 pendiding k.

p/s: sowy sbb membebel di sini

Haura Malina said...

Ohh. Baik cimon! Thanks nasihat berguna ^^