Friday, February 22, 2013

313. Part 1: Sambung atau kerja dulu?

Assalamualaikum.

Hai korang! Ecehhh bajet ramai plak baca -.-'

Sebenarnya, aku mengantuk sangat tapi kepala...zzzzzz....seghabuk wehh.
Dah habes belajar pun serabut lagi -.-
Seghabuk memikir nak sambung master or duk rumah goyang kaki sampai dapat kerja, heww.

Jadinya,
niat di hati sejak tamat degree, memang semangat berkobar-kobar eden ntuk sambung master.
Tapi ada kriteria jugak lah yang eden tetapkan untuk sambung ni which is, ada tajuk bidang yang wa minat and ada income tiap bulan.

Boleh dikata, memang ada tajuk bidang wa suka and buat Master by Research under coordinator yang ada grant, so ada income tiap bulan aroun rm1500 cmtu la lebih kurang.

Dan, sebenarnya juga, dah dapat offer letter untuk sambung Master by Research, dan kena daftar 15hb Feb yang lepas. TAPI, memandangkan 15hb tu baru sampai rumah, so lepas2 tu baru check email, dan juga, internet ada masalah so tak boleh nak tengok link dokumen yang di attach, boleh bukak link utk reply nak ke  idak je, jadinya memandangkan setahu aku, untuk buat research, bila apply, kena attach skali tajuk research and proposal, memang sah-sah la aku takde apply langsung, sebab masa aku isi SPS untuk apply master aku takde attach apa2 langsung, even tajuk and supervisor pun takde, plus aku tak klik pun button submit, so boleh diconsiderkan sebagai tak apply la kan? Tapi tetiba dapat email offer master, jadinya aku  ingatkan yang UTM offer ni master taughtcourse, so aku pun reject -.-'

Tapi, 2, 3 hari lepas, aku tengok balik email tu, cuba bukak balik link utk tengok dokumen2 yang kena ada untuk daftar master sebab aku nak mohon untuk buat master by research. Haa boleh bukak pulak link tu. EE geram tu. sebelum ni, 10x tekan tak mau keluaq apa2 langsung. Antara yg ada dalam link tu adalah surat tawaran. Aku pun bukak la tengok. Haa amek kau, rupanya bukan taughtcourse, tapi dorang offer penyelidikan aka. research!

Terkedu wa. Kalaulah aku tau tu offer research, takde nye la aku reject, aku tangguh ke hape ke, sebab aku nak masuk April punya intake. sobsob.
Esok nak call SPS untuk tanya boleh cancel ke tak reject tu. huahua.

Seterusnya,
sekarang ni seghabuk tak nampak jalan pulak either sambung atau kerja dulu.

sebab,

1. Takde duit bayar yuran.

Yuran master 3k something weh. Celah mana nak cekau. And dorang cakap, masa daftar kena bayar terus. ZZZZZ pengsan. Memang tak sambung la jawabnya kalau dah kena terus sedebuk 3ribu kat situ. Aku ni, 300 pun takde  -,-  Harap duit mak, mak aku pun kena tanggung adik-adik belajar. Harap gaji abah, gaji dia sebulan pun tak sampai 4k. Dah la bayar duit kete, duit rumah, plus living cost kat KL yang cekik darah, uish tak sampai hati nak mintak ribu2.

Supervisor suruh tanya pihak SPS, yuran kena bayar terus atau tunggu dapat duit grant baru bayar. Untuk 2nd semester takpe la boleh mohon myBrain, then ada income tiap2 bulan. Untuk 1st semester ni la macam pakai duit banyak je  T^T . Dah la bulan ni aku guna duit mak aku banyak gila, sebab hujung-hujung sem lepas masa degree untuk settlekan thesis, aku mintak rm500 wuuu T____T Pastu aku mintak lagi rm300 pulak pegi Kelantan minggu depan. Sebelum mintak 500 tu, dah dapat dah 200 plus plus. Seribu lebih weh mak aku dah invest kat aku dalam masa sebulan lebih -.-' Ni tetiba balik duk rumah sebulan, mintak 4ribu pulak? Macam anak menyusahkan mak bapak je rasa T________T


Kalaulah kan yuran boleh bayar pakai duit grant tu,  then duit poket sementara dapat yg rm1500 tu kena mintak duit mak dulu la kan, errr errrr.

Buatnya yuran 3k tu tak termasuk duit kolej, hoi takkan nak mintak ratus2 lagi kat mak untuk kolej and duit poket  T_____T



2. Risau lecturer bagi tajuk bidang aku  tak suka

Memula atas tadi kan aku cakap ada tajuk bidang aku suka tapi tetiba untuk proposal yang aku kena buat untuk daftar master, lecturer kasi tajuk lain pulak, bidang yang aku tak suka which is ada perkataan 'networking'. Subjek-subjek course networking la yang mencacatkan pointer aku. Bayangkan subjek-subjek network selalunya dapat C or C+ aje -.-  Nih tetiba kena baca benda-benda berkaitan network siap kena buat analysis bagai, errr errrr, baru tengok tajuk aku dah sakit kepala weh T______T

Tapi lecturer memang cakap la, ni untuk proposal je, sebab tajuk aku yang sebelum ni takut redundant dengan member aku lagi sorang yang buat Phd. Nanti aku buat master guna tajuk sebelum ni jugak cuma skop kecik la compare dengan budak phd kan, tapi nya untuk proposal hantar tajuk lain.

Masalahnya, risau la buatnya kang Master aku kena buat tajuk proposal tu..haa acane? tak ke menangis siang malam menyesal sambung  master  T_T




Haaa tu la 2 sebab yang berselirat dalam kepala wa sekarang ni. Walaupun dua je tapi impaknya besar. Bayangkan kena buat master tajuk yang kita tak minat dan tak boleh faham langsung, jadahnya nak baca research paper beratus-ratus kalau dah apa pun tak faham, ye dak? Baca boleh, faham nya idak. LOL.


Somehow, macam nak tarik diri je. Takpayah la buat master, takde duit, tak mampu, nanti menyusahkan mak bapak.
Tapi pikir balik, duduk rumah pun sama jugak, selagi takde kerja, selagi tu takde duit. Duit makan takpe duit mak. Duit untuk shopping tu... Tskk tskk tskkk.


Apa kebaikan sambung master? (setakat master je. Phd memang aku taknak.)
Entah lah. Sebenarnya, aku prefer belajar daripada kerja, sebab aku macam tak ready untuk pergi interview sana-sana and put myself into working life. Tapi kalau dah belajar benda engko tak suka, setakat buat sakit otak je kan.

Jadinya, esok aku nak call SPS, then tanya pasal yuran. Kalau yuran tu boleh bayar guna grant which supervisor yang bayarkan, so settle la bab yuran. Then confirmkan balik dgn supervisor, apa tajuk research aku. Kalau bidang aku suka, baru on. Kalau tak, mungkin sambung belajar is not the best for me atau not the time yet.



Korang yang singgah sini ada apa-apa advise?



Thanks reading !

8 comments:

Nurul Aziemah said...

hai saya yang slim singgah di sini :D hmm kalau ikutkan, kalau yuran tu boleh settlekan, i mean boleh tangguhkan, dan dpat pulak tajuk yang kau nak, better sambung je, mungkin tu petunjuk la, hehe. tapi kalau tak, tu tak pasti, ikut kata hati lah kot, mana yg terbaik :D

Unknown said...

wahhhh retis singgah comment laaaa, hehe :D

Yuran macam dah boleh settle sebab tadi Dr dah call. skrg tinggal tajuk je. Kalau rasa boleh bawak and takde halangan lain, inshaaAllah sambung.

Anyway, thankyou gee. :))

cimon said...

Awak cita2 nk jd ape? Kalo nk jd pensyarah, smbg lh sampai Phd. Tp kalo nk keje,bermula lah dr skrg sbb pengalaman itu penting.

p/s: belajar smbl bekerja amat memenatkan

p/s/s: Best of luck!! (^_^)

Unknown said...

Entah la. macam takde cita2 je -.-'
Nak kerja sendiri actually, bisnes2. taknak jd lect, dan xnak phd. susah dan penat. huhu.

Dah mohon spa, tapi...sambung belajar pun dah mohon jugak. ingat nak belajar sambil kerja -.-'

cimon said...

Doa byak2 cik hensem. Kalo dpt usaha yg selari ngan cita2, best taw. (^_^)

Unknown said...

InshaaAllah, thankyouu :)

KHALID said...

Pada pendapat saya kalau betul nk amik master by course make sure lah u betul2 kenal sape supervisor. ade keserasian n tajuk yg bakal diterima tu kenelah bnde yg kita faham n minat.kalau tidak.. kenelah menanggung hazab skit nk buat...apapun.. when there is a will, there is a way. good luck :)

Unknown said...

Hi Khalid Kyle :)

saya dah sambung master, by research. memang hazab master ni kalau kita tak rajin. Ehehh. Yeahh there is a way. and kena rajinnnn!

Thankyouuu and much thanks for your comment :)