Wednesday, February 29, 2012

285. Coming Soon - HTC One

HTC dah ada product baru !

1. HTC One X

2. HTC One XL

3. HTC One S

4. HTC One V


All these, coming soon !

So korang yang tengah usha-usha HTC and nak angkut HTC, tunggu yang baru ni keluar keyh !
Boley angkut yang baru terus,
This new one, its camera ada aperture tauuuuuu, and front-camera pun 1.3 mp, and storage pun lagi besar.

Untuk baca lebih lanjut, boleh klik pada list di atas ya.




Thanks reading !

Monday, February 27, 2012

284. Be Mine - HTC Sensation XE



Dah 2 bulan 4 hari jadi hak milik, selepas beberapa bulan menaruh harapan. Heh. 
Sebelum ni guna Sony Ericsson W995,
tapi lepas setahun guna, gedik nak guna Android pulak. Ahah. :P

HTC Sensation XE dipilih sebab, faster processor which is 1.5GHz and camera 8mp. 
Though some suggested Galaxy SII, and the price is a bit lower than this HTC,
but I still just followed what heart want. HTC. 

Lagi satu yang baru selepas XE which is Sensation XL yang mana bermaksud adalah lebih besar gedabak mempunyai Beats headset and camera 8mp with F2.2 lens !!  

Sakit hati jugak la kann, kenapa XE punya takdeeee !!!  Sobssss !
Best kann kalau XE pun ada aperture, huhu.


Tapi apa-apa pun, XE best, HTC best, Android best . ^^

Alhamdulillah, ada peluang merasa, thank you Allah.  (:



p/s - Perasan tak watermark baru kite.. hehe.




Thanks reading !

Thursday, February 23, 2012

283. Masih sanggup hidup dalam mati?







Thanks reading !

Monday, February 20, 2012

282. First Day of First Internship .

Hari ni duapuluh haribulan dua, dua ribu dua belas,
saya start saya punya practical training.




Agak penat.
Sebab mula masuk kerja dari jam 8.30 pagi sampai 6 petang.
6 okayyyy. like, seriously, y not 5 ? T___T

Plus, working day, monday to saturday (saturday half day),
Jadi, cuti nya ahad aje lahhhhh ! *nangis*

Kena bertahan dengan situasi ini selama 6 bulan.
6 bulan wehhh.
Satu hari pun macam nak terbalik dah rasa.

Lapar.
Yes, hari ni pagi sangat lapar. Sebab breakfast kek pisang je sepotong.
Then terus pegi. Semangat sangat kannnnn.
Itu pun tertinggal matric card, kena minta yg memandu patah balik pulak. sorry korangggg. :'(
Serius lapar sangat.
Perut kosong dari pagi sampai jam 1.
Jam 1 baru break untuk lunch and solat.
Lepas makan tu, sakit perut macam kena gastrik tu pulak. sakit sangat. solat pun kena membongkok sikit,
sebab bila straight, sakit.

So tomorrow, kena la bawak makanan ! makanan makanan !
Bawak roti and biskuttt.
Sambil buat kerja sambil makan. Like a boss. -.-"
Sorry bosss!

Oh, lupa ! kena update logbook !
Okay bye korang.

selamat malam.




Thanks reading !

Friday, February 17, 2012

281. Tazkirah Jumaat - IMAN

*selongkar draft*

..
....
..

*found*



IMAN


Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillahi ‘alaa kulli haal,

Segala puja-puji kepada Al-Khaliq, Yang Maha Menciptakan ke atas segala-galanya,

Selawat dan salam isyarat kecintaan kepada HabibuLLAH Ar-Rasul SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.


“Al-Iman Yazid Wa Yankus”,

Kita biasa dengar penyataan yang satu ini. Maksudnya, iman itu hakikatnya mempunyai turun naiknya. Sihat dan bertumbuhnya iman itu adalah atas hasil ikhtiar empunya hati yang memiliki iman itu sendiri. Begitu juga apabila bercerita tentang jatuh merudumnya iman, ianya adalah natijah daripada pekerjaan manusia yang ‘asi, atas ikhtiar yang empunya hati itu sendiri.


Susahnya menjaga iman ini.

Susahnya menjaga iman kerana di zaman ini ada banyak macam benda yang mempu mencuri iman itu daripada hati manusia. Tidak perlu melihat ke dalam sudut yang lebih dalam ataupun di perspektif yang lebih jauh, cukuplah dengan memandang keadaan di sekeliling kita – itu sudah cukup untuk menjadi asbab agar iman kita itu dibawa lari.

Aurat yang tidak tertutup sepenuhnya mampu merampas iman dari dalam jiwa hati manusia. Hiburan tanpa mengenal batasan mampu juga merompak iman manusia. Memenuhi tuntutan hawa nafsu makan secara berlebihan juga mampu merombak iman manusia. Di zaman ini, seolah-olah selautan perkara, sebanyak macam benda boleh menjadi asbab kepada berkecainya iman di dalam hati manusia.


Bahayanya bahana iman yang tidak terjaga itu.

Bahayanya sekiranya tuan empunya hati yang menyimpan iman itu tidak menangisi realiti keteguhan iman yang semakin goyah, tercabar semakin hari. Tidak menjaga lidah dalam berbicara, tidak menutup telinga seraya seruan-seruan fahsya’ dan munkar memasuki ruang pendengaran, tidak mahu menoleh ke arah zon yang menyelamatkan iman apabila mata mula meliar mencari dosa-dosa, tidak mahu menarik tangan apabila tangan-tangannya itu ditawarkan dengan emas permata tipuan dunia, tidak mahu mengangkat kaki untuk berhijrah ke arah yang menghidupkan, masih mahu duduk di takuk dosanya yang lama.


Alangkah gelapnya terasa di dalam dunia orang yang tidak mahu menjaga iman itu.

Mahu sahaja datangnya cahaya iman ke dalam hatinya, dia hambat dan dia tutup tingkap hatinya daripada menerima sinaran iman itu. Dia tolak kehadiran cahaya itu. Dia seolah-olah lebih suka di dalam gelap gelita dunia kesesatannya sendiri!


Alangkah sedih melihat iman yang tidak dijaga,

Sedihnya melihat iman yang tidak dijaga, kerana tidak mengetahui ataupun telah menutup mata sendiri tentang hakikat iman yang tidak dapat dijual-beli serta diwarisi. Menangis dan merana jiwa yang hampa apabila melihat sewenang-wenangnya manusia yang pada mulanya beriman di dalam hatinya telah dihanyutkan oleh badai perosak iman.

Hari ini iman sudah mudah-mudah dijual-beli, sudah mudah-mudah digadai. Sedangkan nilai pajakannya itu apabila dibandingkan dengan harga iman, maka harga iman kurniaan Tuhan tiada ditandingi. Iman sudah boleh dijual dengan tawaran gaji yang tinggi, iman sudah boleh ditukar dengan pujukan suami ataupun isteri, iman sudah boleh dilelong dengan pangkat dan jawatan tertinggi, iman sudah boleh dilepaskan dari tambatan hati dengan menunaikan nafsu syahwat yang tidak dipagari.


Hari ini iman menjadi saksi,

Bahawa tanpa dirinya di dalam hati orang-orang yang memiliki hati, nyawa dengan mudah diragut sana-sini. Kekayaan duniawi menjadi sasaran utama sehingga manusia lupa akan tujuan ukhrawi. Pasangan yang belum bernikah sudah boleh jadi persis laki-bini. Amanah pangkat dan jawatan sudah tidak lagi dilihat sebagai ujian daripada Ilahi. Rasuah dan gelap duit semata-mata mahu kaya tanpa mengira keberkatan di dalam rezeki.


Hakikatnya, itulah dia natijahnya, banyak kemusnahan yang terjadi apabila iman yang mahal itu sudah ditolak ke tepi. Iman sudah jadi picisan bagi manusia yang tidak mengenang budi Tuhan hari ini!


Kasihanilah iman,

Kasihanilah ia bukan kerana lemahnya ia, tetapi kasihanilah ia kerana semakin nazak dan mungkin sudah matinya ia di dalam hati diri manusia. Iman tidak dapat dilihat, tetapi manusia yang mempunyai mata hati pasti sedar akan sakitnya iman di hujung zaman ini. Menangis ia. Meraung ia. Meronta-ronta ia. Meminta-minta ia untuk dilepaskan diri daripada dibelenggu nafsu manusia. Dibelenggu kemaksiatan manusia. Ia sudah tidak tahan dengan dosa-dosa kita! Ia mahu dibebaskan daripada penjara ‘melebihkan cinta dunia’!


Maka wahai kaum yang memiliki hati,

"Indeed, it is with the remembrance of ALLAH that the hearts enter into a state of tranquility"


Usahakanlah dirimu untuk menjaga iman di dalam hati itu. Bajai hati yang beriman itu. Kuatkan dirimu untuk bersolat agar subur kembali ia. Sedekahkanlah zikrullah untuknya. Berwudhu’lah untuk mensucikan dirinya. Tadabburlah Al-Qur’an serta alam untuk menerangi ia kembali.

Usahalah kamu ke atas kehidupan iman kamu! Jangan biarkan dia menangis, kerana yang ditakuti dalam ia menangis, ia semakin sakit, sangat boleh jadi kemudian iman itu mati!


Oleh itu, pujuklah hati ini. Pujuklah hati untuk menangis memikirkan hakikat iman di akhir zaman ini!


Menangislah! Menangislah wahai manusia akhir zaman! Menangislah ke atas iman yang kian mati itu!


Wassalam,



source : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4143.0






p/s - Iman senipis kulit bawang  T___T





Thanks reading !

Thursday, February 16, 2012

280. To Forget You


" What if you are forced to forget your true love ? "


Before I met you, I wondered why all the lyrics in love songs were so exaggerated: Why do lyricists create such mushy and overemotional sentences? Why can’t they just write a good melody without those melodramatic lyrics? That is plain exaggeration.

Before I fell in love with you, I thought romance novels were just so silly: Why would a person cry for another person for hours? How could a person wait for his lover for years? That is plain silliness.

Before we became a couple, I thought romance movies were just so stupid: How could a person love another person so deeply that it became an obsession? How could one sacrifice so much, even to the extent of his own life, for his lover? That is plain stupidity.

When I realized I had fallen so deeply in love with you, I finally understood that songs, novels and movies are just reflections of life, inspired by the writers’ true stories.

Because when I decided to end our relationship, I realized our story mirrors a love song that I once heard, a novel you once read and a movie we once watched.









Thanks reading !

Wednesday, February 15, 2012

279. Wordless Wednesday #2 - you are an apple of my eye♥


Ѽ




Thanks reading !

Tuesday, February 14, 2012

278. Dont stop. Believe.



Percaya. Kita tak akan menyesal. 

Jangan berhenti.
Jangan tangisi.

Aku masih nak teruskan.
Biar aku ukir gembira mu, kerna itu bahagia ku. 

Percaya. Penyesalan itu akan ada kalau masa yang dipinjam sekejap mungkin ini disia saja.

Jadi, awak, sila faham. Jangan degil. Sekian. 





Thanks reading !

Tuesday, February 7, 2012

277. GOP to Korea ; ADORE ( Day 2 )

Memang sedap tidur kan bila badan penat.
sampaikan, bangun tengahari la jadi nyeeeeeee =.= 


Date : 24th May 2011
Destination : Seoul National University of Science and Technology 


[ 11:04 - Dah tengahari baru berkumpul untuk pergi jalan. Yek2 je cakap nak bangun awal -.-" ]



[ Haa ini kad untuk naik train (subway) and bus. Muka happy dapat kad -___- ) 


Selepas semua dah berkumpul, baru lah gerak pergi Subway. Bukan Subway yang makan-makan tu ek . Ni Subway, public transportation, macam stesen LRT la. 
Tempat kitaorang menginap ni , dekat dengan Subway. 
Tapi kan asal nama dorang sama ek ? -__-" 

[ Jalan pergi Subway ]


[ Turun tangga untuk ke tempat tunggu train ]



[ Yeayyy ! Da naik trainn ! ]


Lepas tu, turun kat apa nama tempatnya entah aku pun taktau.



[ Jalan pergi Uni. ]


[ Here we are, dah sampai ! ]


[ boleh buat caption sendiri. Ahah ]


Hari kitaorang datang ni, kat tepi-tepi laluan tu, ada pameran Photography. 
Sambil jalan tu, sambil tengok-tengok la ye dak. 





[ 12:51 pm - Jalan lagi dan jalan lagi, sampai lebam. Jauh weh =.= ]


[ Public phone ]


[ Haa korang nampak tak ? Korang nampak tak kat seberang sana tasik ada apa ? Nampak tak ? ]

[ Ada tempat rehat, huhu ! ]


Jadi, meh kira rehat duluuuuuuu. Ponat wehh. 




[ 01:08 pm - The Girls . Rehat sambil makan choki-choki dari Malaysia. ]


[ The Boys nye sebelah sini ]


[ SeoulTech punya bas ]


Mesti dah penat kan mata korang tengok gambar, tapi tempatnya tak sampai-sampai ag. =.=


[ meh sejukkan mata dulu. tengok warna hijau, sehat mata :D ]

[ dan warna bunga ros yang lembut nihhh (: ]


Dah berehat, dah bergambar, sambung la lagi jalannnnnnn. Patut lah orang Korea kurus-kurus.  -.-

[ 01:27 - Dah penat berjalan, berhenti la bergambar. Ape susah ye dak. zzzzz !]


[ Kreatif sangatttt ]


[ Cunnn. Rasa nak seret bawak balik Malaysia ]


Gajah dah jumpa, beskal pun dah, dan akhir nya...


[ sampai punnnn. Phewww ]



[ ada talk skett ]



Gerun gak time talk nih, sebab Profesor tu ada senarai nama kitaorang.
Dia panggil nama untuk tanya soalan. Aku memang lemah sket kena jawab on the spot nih, dah la omputeh, memang lembab sket la otak nak process -_-
Memang dalam hati mintak tolong Tuhan je la. Alhamdulillah, Tuhan tolong gak bagi otak aku berfungsi dengan pantas. 
Entah apa soalannya aku tak ingat, yang pasti aku jawab ''Experience'' . and betol. Hehe!

After talk, berjalan lagi, pergi lawat muzium lak . Eh muzium ker ? Entah lah, rasa macam muzium je -,-"



[ kreatif kan dorangg ]


[ Tengok ni, siap kena lalu jambatan batu-batu ni ag, best best, unik]


[ Dah sampai. Meh bergambar dulu :D ]




[ antara yang ada kat dalam. Too many pictures, cant put all here . Heee ]


Gambar yang kedua tu guna untuk control bangunan2 dalam gambar yang 1st tu. Bila korang pilih mana-mana building kat screen tu, nanti bangunan yang dalam peta tu akan menyala lampunya. Huhu.

3rd picture tu pulak, lecturer ( tak ingat nama , sorry >.< ) tengah tunjuk la apa yang korang boleh tengok dan baca kat screen tu. Touch screen. boleh selak-selak mukasurat macam selak buku. 

Then, lepas dah abes kat muzium ni, kena jalan lagi. zzzzzz ! Dah berapa kilo la lemak aku ilang ek. 
Kali ni lagi extreme sebab jalan nya berbukit. Nasib baik dah biasa panjat bukit kat UTM. Ahah ;P



[ Again, kreatifffff ! ]



[ Finally, sampai la kat bangunan yang dituju ]


Kat sini, kitaorang diperkenalkan dengan student2 universiti ni yang akan belajar di UTM. 
I'm not sure under what program, forgot, tapi sekarang dorang yang seramai lima orang, dah habes satu sem kat UTM. Naik cuti semester ni, dorang masuk lagi. 


[ Ni tengah borak pasal uni masing2. tapi aku cam biasa la, selalu out of topic, sibuk je tanya tempat shopin apa yang best kat Korea nih. -,- ]



Then, bla bla bla, dah habes semua, bergambar jap ! Hehe !

[ kalau korang bijak pandai geliga, cuba cari student2 korean dalam gambar ni, Hee ]


And then, tibalah masa yang paling besttttt, iaitu melantakk ! Pada jam 05:30pm =.= 


[ melantak la sangat kannnnnnn. melantak sayur. -.-" ]



Barisan Atas :

Paling hujung kanan, tu telur. Alar macam telur dadar kat Malaysia nih.

Yang tengah, lupa lah

Yang hujung kiri, sayur macam-macam jenis. Tak ingat dah apa. Tapi satu tu, brokoli.


Barisan Bawah : 

Yang paling hujung sebelah kanan tu , korang tau apa? Haa tu la Kimchi. Aku taktau la kenapa orang suka sangat sebab aku tak suka langsung. Rasa pelik -.-"

Yang kedua kanan tu, aku panggil cucuq. atau bahasa baku nya cucur. Sebab dia punya rasa lebih kurang macam cucur kat Malaysia nih. Aku lupa pulak cucur apa. Boleh la yang ni, kira boleh makan la.

Yang kedua kiri tu, aku lupa.

Yang hujung kiri tu pulak , biji teratai ke akar teratai entah. Google up, macam akar teratai jer. 


[ Haa soup ni sedapp ! Bahan nya banyak gile, tapi sah-sah la aku tak makan sayuran nye. Rasa kuah and mee jer sikit, tu pun terpaksa. dan awas ! ada daging ! huhu. memang lah bukan daging b**i, daging lembu jer but stil cara sembelihannya mesti bukan cara islam kan. Hee ]



[ scene ni aku tak ingat la lecturer ni cakap ape ]



[ Girl yang paling depan tu, Sora. Yang paling depan sebelah kanan pulak, Mori ]



Lepas dah kenyang makan, tunggu ape lagi, balik lah. Heheh.
Professor and lecturer korean yang layan kitaorang nih, dorang hantar kitaorang sampai naik bas.
Memang salute habis ah. Bayangkan dorang jalan kaki dengan kitaorang sampai ke jalan besar, lintas jalan sana-sini, sampai ke tempat tunggu bas. Jalan kaki weh. Jauh kutt. 


Sampai bilik almost 7pm kalau tak silap. 
Mandi, solat, dan bersiap untuk keluar lagik ! oyeahhhh !

Will be continue..

Wait for the next entry k !


(:












Thanks reading !