Wednesday, July 28, 2010

HIJRAHKAN HATIMU.

ahlan wa sahlan. :)

well well well..actually since last three week lagi nak buat entry nih
tapi waktu tak mengizinkan untuk menghabiskan banyak masa menulis blog
ditambah pulak dgn internet yg tenggelam timbul
dan window 7 yg tak support aku punye broadband
luckily, lappy lagi satu window xp. kira boleh jugak on9.n last saturday, terus tukar guna wimax. laju dah tenet. dah boleh selalu update blog. alhamdulillah.  kalau tak mesti korang sekalian rindu nak baca aku punya bebelan. kan kan?
baik korang angguk. kalau tak aku denda ketuk ketampi ! ahha. ;p


 NISFU SYAABAN. semalam kan. aku bukan nak sentuh banyak2 pasal Nisfu Syaaban sebab aku rasa dah banyak dah blog yg tulis pasal ni. Jadi korang baca je la kat belogbelog dorang. Just aku cuma nak kongsi sikit apa yang aku tahu, Nisfu Syaaban ni malam tukar buku baru. since dulu till now memang itu yang aku paling tahu. tutup buku lama, buka buku baru.



HIJRAHKAN HATIMU. ya, itulah tajuk bebelan aku kali ni. dan aku rasa sangat sesuai dgn 'tutup buku lama, buka buku baru'.
most people said, just be yourself. dah banyak kali dah aku jumpa ayat nih. dan selalu juga orang cakap, buat apa nak hipokrit, jadi diri sendiri sudah. buat apa nak berubah, peduli je apa orang nak kata.
betul. buat apa hipokrit? buat apa nak berubah? buat apa nak jadi orang lain? jadi diri sendiri sudah.
but seriously, aku sangat benci perkataan 'just be yourself'.
ntahh.memang aku tak suke. sebab bagi aku hidup kena ada perubahan. dan changes yang aku maksudkan is from bad to good, from good to better person.
semua orang patut macam tu. CHANGE ! bukan setakat just be yourself.


kalau dulu mat rempit ke, mat minah club ke, kaki popuan ke, kaki botol ke, kaki bangku ke, heart breaker ke, perompak, pencuri, kaki tipu ke, pakai baju tak cukup kain ke, bla bla bla..it doesnt matter. semua orang buat silap. leave the past and start the new begin. a good begin. a good teacher is experience. learn from the past. trust me, kita belajar lebih banyak dari masa silam kita.

lantak la apa orang nak cakap pun, just pekakkan telinga, tetapkan niat, Allah knows u better.
selalu orang kata, "ala..kau dulu pun bla bla bla..tak payah nak berlagak baik la." heyyy,,bia je apa dia nak cakap, bukan dia yang bagi dosa pahala kat kita. bukan dia yang boleh jamin hantar kita masuk syurga. Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya.

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar: 53,54).

sakit. memang. nak tinggalkan benda yang macam dah jadi darah daging. nak tinggalkan cara hidup yang macam dah melekat kuat kat tulang. susah. payah. tapi kena paksa. dan orang akan cakap, buat apa nak paksa-paksa diri, just be yourself sudah. yuckss. i hate dat. nak buat benda yang baik memang kena mula dengan paksaan. contoh macam, mak bapak ajar anak-anak sembahyang. kecik2 lagi memang dah kena ajar walaupun tak cukup umur lagi. sebab nanti bila dah cukup umur senang, dah tahu cara solat, dah tahu bacaan dalam solat,dah tahu yang tiap kali masuk waktu, wajib kena solat. dan bila anakanak dah baligh tapi tak solat, ibu bapa kena ajar dengan rotan. rotan tapak kaki sbb itu tempat yg elok utk rotan anakanak. tell me, berapa ramai ibu bapa yg rotan anak dorang kalau tak solat? berapa ramai yg tiap hari tanya anak dorang, dah solat belum?
i'm twenty oke but stil when at home, tiap hari my mom akan tanya, dah solat belum? kekadang dalam hati rasa nak marah sebab mama mcm tak percaya anak dia ni solat but i know she's care of me. dan memang, bertuah sebab ada mama macam ni. i love you mama!

my mom teacher di sekola menengah. dia selalu juga cerita masalah student2 dia. and so sad yeah, ada antara pelajar2 tu yang tak tau solat, tak tau bacaan dalam solat. heyy,, sekolah menengah oke. umur 13, 14, 15, selama ni solat baca apa? ke tak pernah solat? kalau laki, mungkin la boleh considered sebab lelaki baligh umur 15 kan? tapi perempuan yang baligh umur 9 tahun ni? umur 9 tahun dah wajib solat penuh lima waktu. tapi kalau dah naik sekola menengah, bacaan dlm solat pun terkebilkebil lagi, macam mana ni? nak salahkan siapa?

itu hal solat. belum lagi masuk bab mak bapak bia anak dara tayang rambut sana sini. cakap sayang anak, kalau dah sayang, apesal bia anakanak buat benda yang Allah larang? dah tau kan dedah aurat tu berdosa? ke saja buat tak tau? atau mungkin..mak bapak dah larang, dah pesan itu ini, tapi anakanak degil tak dengar cakap. rasanya ye. saya remaja. saya seorang anak. saya tau.

masa umur 14 tahun, form 2, i asked my mom, "mama, nak pergi bandar pakai shortsleeve boley?" dan mom jawab, "boley. tapi biar mama potong dulu lengan tu. then nak pakai yang sleeveless pun boleh." saya merajuk. muncung je mulut. lembut mama cakap, "bukan mama tak bagi, tapi Allah yang tak bagi. Kalau Allah bagi, pasti mama pun bagi akak pakai." dan itu kali terakhir saya tanya soalan macam tu. u see, how she teach me.

masa umur 17 tahun, tingkatan 5, i asked my 1st lil bro, "yon, chantek tak rambut baru akak?"( baru lepas potong rambut kat saloon.) and he answered, "bangga sangat la dengan rambut tu.nanti rambut tu jugak yang bawak hang masuk neraka." see..brape ramai adek2 n abang2 yang cakap macam ni pada adek2 perempuan dan kakak2 mereka yang freehair? saya bukan tak bertudung. saya dah diwajibkan bertudung since sekolah rendah. tapi bila kat halaman rumah, memang saya tak bertudung. rambut perempuan ni chantek. dan memang rasa nak tunjuk tu ada. buat hairstyle itu ini. tapi sekarang alhamdulillah,  saya dah bertudung di halaman rumah. dan memang adek2 cakap i dah muslimah, hahah, dan my mom cuma senyum saja. saya tahu dia gembira. semoga Allah terus tetapkan hati saya. amin.

berubah is ongoing process. tak bermaksud kena totally berubah hundred percent. berubah sikitsikit. mula dengan yang simple like cukup solat, bertudung,puasa. kalau rasa susah, kena cuba jugak! sebab itu perintah Allah. kenapa kalau manusia yang suruh kita ikut, Dia yang suruh kita tak nak ikut? sedangkan Dia yang ciptakan manusia. Dia yang cipta kita. kalau kat tempat kerja, ketua kita bos kita la kan. dia arah itu ini, kalut2 kita ikut sebab tak nak kena marah. Dalam konteks hidup, Allah bos kita. Dia suruh itu ini, tapi lambat2 kita ikut atau tak ikut langsung. kenapa macam tu? sedangkan kita patut takutkan Allah dari takut pada bos kita yg spesies manusia sama macam kita.

jangan takut untuk berubah. means berubah dari tak baik ke baik, or baik ke lebih baik. but dari baik ke tak baik, please dont oke ! dan kalau tengah dalam jalan berubah ke arah kebaikan tu, jatuh tersungkur, bangun semula, dan kalau terserong masuk jalan lama semula, pls dont give up!  iman manusia ni turun naik. cant deny it.

mulakan buku baru dengan kita yang yang baru. tanamkan azam. tanamkan niat. bina semangat. bina keberanian. bina ketakutan(rasa takut pada azab neraka,rasa takut pada mati yang mungkin sekejap lagi atau esok lusa tiba). yakin pada Dia. Dia maha pengampun. 

saya bukannya seorang yg baik untuk cakap hal2 agama ni. dan bukan juga seorang yg muslimah. its too early for me. saya baru di peringkat permulaan. masih kurang serbaserbi. saya remaja yg macam kalian juga. nak seronok je memanjang. nak ikut fesyen. kadangkadang masuk jalan kiri sampai lupa patah balik ke jalan kanan. Semoga Dia mengampuni kelemahan saya. amin.
tapi as what i said, dont give up! never ever give up! biar apa orang nak kata, dorang pun 2x5 je, Allah je yang tahu apa niat hati kita.

*tibatiba tukar guna saya.. apakah??* haha.
wink wink~~


may Allah bless.


salam sayang, cik haura malina. :)





Thanks reading !

6 comments:

semut lelabah said...

betul apa yang ko bebel ni.. nice entri..

berubah is ongoing process.. (aku suka ayat tue)..

Unknown said...

HR : thanks beb.aku membebel ikut sedap mulut je. haha. :)

cimon said...

betul-betul-betul!! (^v^)

*sila baca gaya upin-ipin k*

p/s:hopefully tak tersasar terlalu jauh, maka senang nak patah balik

IntanBerlian said...

hm, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnye.


so didik anak dari kecik ok. bila dah besar gajah baru nak suruh pakai tudung. payahlah.

Unknown said...

cimon : nk bce gaya sniri boley tak? huhu.

thanks for da hope nwy. heh. ;)

Unknown said...

intanberlian : ade stgh tu, kecik2 da aja pakai, bila da besar, dah x pduli anak2 pkai ke tak sbb dah besar dah boley pk sniri.. hmm..