yippii ! setelah dua bulan membina badan di rumah,
akhirnya bermula sudah hari pertama Tahun Dua
tahun dua? cam tak sesuai je kan dengan ketinggian yg cumel ni
oke, tahun satu ! yay! hahah. ;p
first class, subjek data analysis n design..
ade kaitan dgn software engineering n database yg dah belajar sem lepas
ohh.sangat ta suke -.-
satu jam pertama je boley focus
masuk satu jam kedua, otak dah mula melayang sana sini
dannn...sempat je aku mengarang puisi indah ! ahax !
nahh,, kasi korang baca..wee~
bila kelas bermula,
bermakna kaki dah mula berpijak di negeri yg penuh rahsia dan cerita.
bila kelas bermula,
dah tak ada lagi bangun tengahari,
pagi-pagi buta dah mula cuci gigi.
bila kelas bermula,
dah mula kalut serba serbi
dah mula pening itu ini
cakap pun dah lagak laju kereta api
bila kelas bermula,
makanya dah mula kerja,
kerja didik otak dan akal yg Allah bagi,
kerja didik hati rapuh seorang manusia yg tak lengkap sana sini
kerja tunai tanggungjawab seorang hamba yg selalu salah jalan
masyaAllah.
bila kelas bermula,
bukan setakat kena belajar ilmu dunia,
tapi ilmu akhirat pun kena pulun jugak
dunia tak kekal lama, akhirat yg abadi selamanya
bila kelas bermula,
bermakna kaki dah mula berpijak di negeri yg penuh rahsia dan cerita
jadi kena selalu ingat,
Allah sentiasa ada bersama
jangan berduka, senyum saja
apa yg bakal berlaku atau dah berlalu bukan utk sukasuka, tapi ada hikmah
ada pahit, ada masam, tetap ada juga manisnya
kena sabar dan yakin manisnya selalu ada.
bila kelas bermula,
jangan lupa Dia kerana kejar dunia,
jangan lupa Dia kerana ikut perasaan hati yg selalu membara,
ingat, hati dan rasa ini anugerah dariNya
cerita lah, lontar lah, bisik lah, ucap lah, diam lah
Dia tetap tahu segalanya.
:)
wahh wahh..best tak madah puisi hasil ciptaan ku? kehkeh.
bila ngantuk dalam kelas, mmg akan mula gatal tangan coret itu ini. hahah.
hari ni punya class, sampai pukul 7 babe ! fuhh,, gila mencabar kesabaran dan keimanan ! ahha.
tapi lecturer cakap, nak tuka kelas gi pagi. tuka la tuka la.
kelas petang memenatkan tau tak.
haih. mmg penat dah pun.
mau tidur mau tidur.
esok kelas akan bermula lagi.. ngee..
till then, chaw. ^_-
2 comments:
leteyy laa klas ptg (ngantok)...tukar pagi lg bgus...otak segar-bugar lg.
petang boleyy jln2 & mlm buat asgmt or jln2 lg.
hehe (^v^)
p/s:first class (petang) aku batal-penat je berjalan dr stesen bas ke fakulti,terbakar sume lemak2 panda nih (T_T)
mmg dah tukar g pagi. start 8pg till 1 ptg. 5 jam non-stop. best kan? hahah. *bestlasangat
p/s : first class haura pukul 8 pg. 2jam clas pnye la seksa tahan bosan dgr briefing. alih2 abes je clas, lecturer ckp, attendance utk hari ni tak d'kre. chett. tak dtg pun xpe. haha. ;)
Post a Comment