tengok soalan 1..tuleh2..hmm..tak dapat
masuk soalan dua..tak reti..
tengok soalan 3..cam tak tahu je
4 5 6..bla bla..apesal soalan makin berbelit2 nih?? huh.
tutup buku. buka belog.
:)
nak story pasal semalam(rabu) n hari ni(khamis) punya cite boley?
-rabu-
kelas pukul 8 til 10.
kelas Islam and current issue.
currently falling in love with dis class. best. tak tensen. relax jew. hoho.
hari rabu satu kelas je. kre after 10 mmg dah fully free.
11- 12 buat assigment.
12-3 tido.
pukul 4 gerak pergi futsal.
tapi...futsal canceled. coach ade hal.
then, berbasikal n jog.
sampai pukul 7.
penat.
after maghrib, kayuh basikal berseorangan pergi library.
hantar buku saddam n pinjam buku tentang 'Murtad'.
nanti kena present tajuk Murtad.
"mengapa Islam memberi hukuman yang keras pada orang yg murtad?"
9.40 dah kalut kayuh balik.
dinner with nana di meranti.
bla bla bla bla..pukul 11 baru balik bilik.
bla bla bla bla..pukul 11 baru balik bilik.
terus tido. sangat mengantuk.
pukul 3.30 am, bangun solat isyak (sangat mengantuk sampai tido dulu n baru bangun solat. tolong jangan tiru perangai buruk ni. tak baik lewatkan solat)
mata segar bugar, dah tak ley tidur.
ambil angin di balkoni.
sunyi. sepi. diterangi lampu jalan. diterangi cahaya bulan. bulan penuh. terang. chantek.
orang cakap, kalau rindu pada siapa2, tengok bulan kan?
sejuk kena angin pagi. tapi kat pipi hangat ade benda mengalir. sorry.
pukul 5, tidur.
pukul 5, tidur.
pagi khamis, sangat2 down. sangat ta suke.
after subuh, baca Quran kejap. harap dpt tenang hati.
bla bla bla..dah pukul 8 kalut2 turun bawah nak gerak g clas.
bajet sampai kelas pukul 8.15.
wedges or sneaker? ke selipa je?or sandal?
tak rase nk pakai selipa sbb dah ayu berbaju kurung. lala~
nak pakai wedges, nanti kena jalan sopan. tak boleh. dah lambat.
nak pakai sandal..tobat tak nak pakai dah. gara-gara pakai sandal la, terpaksa menapak ke kelas dgn berkaki ayam sbb bila hujan, sandal jadi licin. kalau terus pakai, kemungkinan akan putus talinye.
result, pakai sneaker. berbaju kurung, menggalas backpack sbb bawak encek lappy dan berkasut sneaker.
elok dah keluar pintu kolej, dah nampak bus.
kedekkedek jalan lajulaju ke bus.
tapi...lagi 10 langkah, bus tu dah gerak pergi tinggalkan aku sendiri.
sob sob.. :'(
sedih di tepi jalan.
tunduk2..tibatiba dengar cam ade orang tegur.
angkat muka. ade pokcik ensem dalam lingkungan 20-an tengah sengih dari dalam kete.
terkebil-kebil kejap. 4 orang dalam kete tuh.
"dik, sini jap. palapes kat mana?"
oh. tanya jalan rupanya.
bla bla bla aku cerita tapi aku tau..dorang tak faham.
aku pun tak pernah sampai kolej palapes. jadi tak boleh bagitau jalan dgn sedetailnya.
then lepas tu, aku nampak dorang tanya lelaki mana entah.
entah2 tadi taktik nak kacau aku pagipagi.macam la aku tak nampak mata sibuk nak baca nametag aku. hahah. *lempang
gurau je oke. dorang betul nak tanya jalan.
rasa macam dah tak ada bus. so....menapak !
kedekkedek sorangsorang tepi jalan. mujur pakai sneaker. sehabis maximum aku mengorak langkah. hoho.
8.40, sampai kelas. kesimpulannya, masuk kelas lambat hari ni.
dan..berkali-kali disoal soalan yg sama, "malin, apesal pakai kasut?pagipagi dah training road relay?"
toink. kena sebijik.
dan berkalikali jugak aku bagi jawapan yg sama, "nak jalan laju."
bla bla bla..pukul 4 habis clas.
aku sangat tak suke hari khamis. jadual pack.
sampai bilik, dah azan asar. lunch n solat asar.
5.30 pm, training road relay.
disebabkan perut masih berat dgn makanan, separuh jalan aku dah pancit.
habes training, berbasikal dari ktf-kdse-ktr-ktf.
naik basikal pun dah penat, apatah lagi kalau berlari nanti? ngee..
esok(jumaat), clas til 12 je..yes!
dan petang nak berbasikal lagi, tengok track road relay.
nak pergi clinic pun belum sempat. insyaAllah esok.
hmm. dah habis cerita tentang rabu dan khamis.
apa makna cerita pasal semua nih? cam takde guna je. haha
memang pun.
aku nak bercakap sebenarnya. aku nak bercerita itu ini. tapi tak tau siapa yg nak dengar aku berceloteh.
rasa nak berbicara macam ni,
"awak awak..tadi kite kan.."
"awak awak..hari ni kite kan.."
"awak awak..kite baru je balik dari...bla bla bla.."
eh eh, lupe nak pesan. korang jangan baca tau entry nih
entry nih aku tuleh utk blog je sbb aku dah tataw nak bercerita kat cpe..
huhu.
boley macam tu? ngee..
mengantuk suda.
chaww.
:)
No comments:
Post a Comment