Hai semua !
ini entry nak cepat siap ! hahah
Tak ley blah la minah ni
kau lambat siap pun takde sape nak kesah pun.. haha.
iklan ; sedapnye CEKODOK mama buat ! nom nom nom~
Dah, dah, takde masa nak gelak banyak
aku nak cepat nih.
jam dah tujuh dua puluh pm
tunggu masuk waktu solat, solat, bersiap, balik Johor malam nih
amma..sedeh seyhh..
kalau la bukan sebab esok ada kuiz 'deadlock', aku balik malam esok tau takkkk ! huhuhu
kuiz deadlock
memang dead pun belajar benda alah ni
urmmm, tadi aku hang out. lepaking sorang-sorang kat bandar.
jalan-jalan tepi jalan. aku memang budak jalanan.
kepala tengah gila.
bila tengok bahagia orang sekeliling, rasa cam terubat jugak la hati
bila kita tak mampu senyum untuk diri sendiri,
tengok kebahagiaan orang lain akan buat kita tersenyum sendiri. (:
tadi masa tunggu bas nak balik,
terserempak kawan masa sekolah, borak-borak, pastu aku sempat tanya la,
"hang dengan budak tu lagi ka?"
dia senyum. angguk.
aku pun senyum.
dah tiga tahun dah dorang kalau tak silap or may be almost four.
pastu masa nak naik bas, terserempak lagi sorang,
kawan baik masa sekolah rendah, dia tanya,
"mana Facebook hang?"
aku sengih.
"dah delete."
"lor? awat? pakwe marah ar tu."
"eh, mane ade." Laju aku jawab.
"eley, pakwe marah la tu."
"tak lah. takde. mane ade."
hmmm. boley dikata, kawan-kawan aku masa sekolah rendah, sekolah menengah, matrik,
semua pakat dah ada pakwe, yang dah bertunang, dah kahwen pun ada.
aku je.....takde sape nak jaga.
kalau lah dorang tau yang aku memang takde pakwe,
tapi aku cakap bukannya dorang caye, pakat dok mengusik lagi ada la
hmm. memang single...but not available.
memang takde pakwe tapi.....
fuyyyo...tinggi nya KLCC. :P
aku bagitau korang aku punya status bukan aku nak buat promotion kay,
aku cuma..cuma...
ntah, saja gedik. haha
haaa ! baru teringat nak cerita pasal adek aku.
dulu kan, aku pernah cerita dah pasal adek pertama aku dalam
entry ni,
kalau belum baca, sila silakan
baca.
ni aku nak sambung cerita,
adek aku ni punya la buas, hari tu aku balik, calar balar jatuh moto,
kali ni aku balik, tangan pulak terseliuh, terlari buku kat lengan masa tangkap bola. memang lawak gila masa mak aku cerita tapi aku dah tak sempat nak cerita kat sini.
tapi sakit-sakit pun, tetap jugak kuat dok tarik telinga aku. =.="
urmm,
jumaat hari tu, masa aku tengah lunch kat dapur,
adek aku ngan mama aku pun ada sekali,
tetiba mama aku sebut pasal M,
pastu aku cam, "eh, ma da tau?"
"tau dah, dia tunjuk gambaq. dia cerita dah kat mak."
aku cam, whooa. gila gentleman adek aku. hensem macam aku.
alhamdulillah, memang adek aku ni kira ikhlas dan jujur la berkawan dengan budak perempuan tu. (:
cuma aku taktau dorang kapel ke tak, rasanya tak,
sebab aku tengok message kat handphone and facebook dia, dorang guna 'hang aku'.
jadi..aku agak masing-masing ada perasaan cuma dua-dua segan nak luah kut. haha
takpe takpe, meh akak korang ni ajar :P
adek aku ni, dia jenis tak simpan message dalam handphone,
tapi macam mana ntah kali ni dia belum sempat padam aku dah baca dulu. hahah
pastu, mesej yang aku baca tu, aku tunjuk kat adek aku yang kecik sekali tu,
dia cakap,
"pehh, jiwang gak. nampak relex macam takdak pa, tapi dalam hati ada taman."
haha. memang aku gelak la.
okay, aku akui aku memang kakak yang teruk, suka cek handphone adek aku.
bukan pe, nanti aku ada bahan nak kenakan dia cukup-cukup. haha xD
ohh, cerita pasal adek aku yang kecik ni lak,
korang tau tak, masa aku turun dari bas, dia terus datang kat aku,
aku bajet datang nak sambut aku balik la kan
tapi hahaampeh, dia datang ukur tinggi dengan aku ! ciss ciss ciss
jadi dengan ini adalah dimaklumkan,
aku sekarang dah turun pangkat dari sulung jadi si bongsu yang mempunya dua orang abang yang tinggi.
tskk tskk.
korangggg ! mama dah bising, got to go.
kena bersiap dahh!
btw, ingat aku pesan nih,
kalau rasa sedih sangat, tengok la hidup orang lain, ramai lagi yang lebih sedih dari kesedihan yang kita sedang tanggung.
(:
wassalam.
Thanks reading !