Sunday, March 27, 2011

197. MONDAY TILL SUNDAY. FUNN FUNN FUNN .

Hai semua ! Baik-baik saja kan kalian ? Alhamdullilah. ^_^

Dah banyak hari tak update belog. Busy seyhh. Minggu ni sangat la bestt walaupun busy. Sebab busy main.   Kalau busy belajar tak best lahh. Haha.

Banyak benda yang nak diceritakan walaupun tak penting untuk korang tau ( aku punya perjalanan hidup   ade ke orang peduli ? ) tapi penting untuk aku abadikannya di sini sebab aku malas nak pegang pensil  tulis karangan dalam diari. Diari aku tahun ni punya taktau mana letak weyh. maati la.

Seperti yang korang tau, (rasa macam korang taktau) last weekend aku balik rumah, spend cuti with ma lovely  family. Bestt whoa. Eh cupp cupp, korang tau tak, masa dalam bas balik tu, aku tengok cite katun ayam !  HAHA. Pastu cite cine . Then cite penguin ! gila cumel penguin tu berjalan. Haha.

Okay, then i came back to uni on Sunday's night dan selamat tiba di uni pada jam 6.30 pagi. Pukul 11 pagi ada test OS . Tak study hapa. Memang terbaik la aku jawab. =.=

Then, on Tuesday, mula busy dengan Innovation Day.

Orang-orang Johor tau tak pasal Innovation Day ? Haa? Taktau ? Apa nihh.

Sekarang kan uni tengah ada konvo. Pesta konvo pun ada la kan. Seminggu. Sampai hari Isnin. Mana yang belum luangkan masa untuk datang berjalan-jalan, mencuci mata, membeli-belah, menjamu selera di pesta konvo, anda dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan lagi pesta ini. Kelmarin ada Black, semalam ada Irma  Hasmie dan Upin Ipin. Hari ni taktau la ada sapa pulak.

[ IRMA SANGAT CANTEK ! ]

Okay. Pesta konvo tu dekat padang kawad. Yang Innovation Day ni pulak dekat setiap faculty. Bermakna faculty aku pun tak terkecuali lah untuk menjayakan Innovation Day nih. Pelbagai gerai jualan di buka, jual makanan, pakaian, shawl, and macam2 lah. Aku punya jabatan (SCV), kitaorang jual makanan as sosej, nugget, fries. Minuman pun ada dan float as well !  Aiskrim pun ada juga bahh. Ada pakcik belanja aku cornetto ! Terima kasih encik !  Ey ey ey, bukan tu saja tau, jabatan kitorang juga ( SCV ) menyediakan pertandingan KINECT dan PES ( soccer) ! Highest score boley dapat hadiah !

PES aku tak main. Game bola. Mampus nak main. Kat rumah ada pun tak main. Adek aku hari-hari main.
Lelaki dan bola memang macam laki bini kan. Dapat itu tak cari lain dahh. Haih.

KINECT aku main ! Mestilah dan harus lah main ! Chewwah. haha. Padahal mula-mula segan gila nak main. Malu wekh. Main depan orang ramai. Terlompat-lompat. haha. Ey cupp cupp, korang tau tak KINECT ni   apa? Haii. sah-sah la taktau kan. kecuali lah kalau korang datang faculty aku (FSKSM) masa Innovation Day.

Aku nak cerita pun tak pandai cuma boley cakap, KINECT ni game yang ade sensor untuk detect kita punya motion. Means pergerakan player dalam game tu ikut kita punya motion la. Kalau korang angkat tangan, player game kat lcd tu pun angkat la. Bila korang ke kanan, player tu pun ke kanan. Bila korang melompat, player tu pun ikut lompat. Memang best la. Main bowling best. Tak penat nak angkat bola berat-berat. Korang cuma perlu hayun tangan je. haha. Macam -macam game ada. Game-game yang sukaneka tu semua ada. Lumba lari (ini korang kena lari setempat je ) lontar lembing (lari setempat kuat-kuat pastu buat macam nak lontar lembing),   lompat jauh dan macam-macam lagi la. Huhuhu. Game-game lain macam River Rush, Spacepop, 20000 Leaks and lagi satu yang aku suka main apa nama ntah. Lupa la pulak.



Innovation Day ni memang ramai budak sekolah datang. Banyak buah bas datang bawak budak-budak sekolah dari daerah-daerah Johor ni. Dorang pun memang cuba sekali la main KINECT. Ada seorang budak sekolah tu, lelaki, dia tak main tapi dia cakap,


"Wow ! Amazing ! I never seen this before. This is first time in my life. I dont wanna buy the coupon and play, I wanna buy the whole things." 

Haha. Memang budak ni speaking ahh. Borak ngan kawan-kawan pun speaking. KL kut.

[ Ini budak sekolah main ]


Adek, akak pun first time tengok game detect motion nih. Biase main pakai joystick je. Tak pun, game handphone sekarang, yang korang kena shake handphone, pastu gerak hp ke kanan kiri untuk buat bola bergerak tu biasa la. Ni detect pergerakan manusia memang first time in ma life jugak la. Sangat TERUJA ! hahah.

Aku masa mula ada game nih aku tak main. Malu wekh. Masuk hari ketiga macam dah tak tahan je. Nak try. Lepas dah habes orang dah balik, tinggal dak2 course aku je, memang main ah. Dah start main, tak tau malu dahh. Main tak nak berenti. Haha. I heart you Kinect ! You make me happy. <3

Memang sangat best la Innovation Day ni walaupun penat terkejar sana sini, masak untuk gerai, terkejar beli hadiah. Penat tapi best.

Rabu memang takde kelas tapi masak, jaga booth dari pagi sampai petang memang tak study la. Pastu pegi Danga City Mall cari hadiah, malam pegi pesta konvo, balik terus tidur sampai pagi - On Thursday, ada test  Etika. Baca sikit jak. bangun pegi fac masak lagi untuk jualan, pukul 11 test Etika. Jawab je la apa yang  ada dalam kepala +.+

Malam Khamis sempat lagi pergi Jusco cari benda, pastu teman cik Didi lepak Starbuck. Dah setahun wekh tak minum coffee starbuck. Choc javachip, caramel macchiato.. waaaa. Teman Didi dapat gak ah minum air dia . Heh. Thanks Didi ;D



Then, balik dalam pukul 10 macam tu, sambung buat assigment pulak. Kena hantar esok nya, Jumaat . Pukul 3 pagi baru tidur. Pagi Jumaat kelas pukul 8.30 pagi sampai pukul 12tgh hari. Pastu sambung jaga booth dan main Kinect ! Sampai la petang. Heheh.

[yang tak ada dalam gambar : Mira, Alia - Maaf kalian ]

Sabtu -- Hang out kejap, pastu pegi pesta konvo, malam nye pesta konvo lagi. =.=

Ahad which is TODAY -  ASSIGMENT !


Phewww.


p/s : sapa-sapa nak kurus beli lah Kinect. Dijamin lemak anda turun.
Thanks reading !

No comments: