Monday, December 20, 2010

166. Dah habes SPM :D


source : amalinajamal (google kasi)


gambar sekadar hiasan ya.
SPM dah habish baru nak wiSh gud luck? ehem.
takpe, gud luck result nanti. ;P


pagi tadi, adek aku habis last paper pukul 10.30,
so kitaorang pergi la ambil dia kat sekolah.
lepas tu, masa dalam kereta, time tu aku dengan dia je,
yang lain keluar g somewhere 
tiba-tiba dia tanya aku, "kak, nak tengok gambar M***** tak?"
aku macam.. haa? -.-"
terkejut aku dia tanya soalan macam tu. dah la nama pun mula huruf M gak. haish.
lepas tu dia sua handphone kat aku.
aku pun tengok la. boley tahan. bertudung. 

          aku : aik, awek?
          dia : tak lah. kawan je.
          aku : gamba kawan pun letak dalam hp?
          dia : saja je letak. nanti nak masuk lagi gamba kawan len pulak.
          aku : tu gamba dia tu, dia send ke apa?
          dia : ambik kat facebook. (dia dok guna fb adek aku yang kecik. fb adek aku yg kecik ni pun bukan aku buat. tade nye berani minta aku buatkan. jangan harap nak dapat. kakak garang. haha)

haa sudahh. dia mula dah.
aku selalu pesan kat dia, "hang jangan nak menggatal. tunggu habis SPM dulu. facebook pun tak payah nak ada. Mengaji dulu."
well..kakak yang baik kan. wuwuwu.
padahal diri sendiri nak SPM dulu... -.-" Ehem.
tettt. lupakan.

see.. memang jujur dan patuh kan adek i?
habis je SPM pukul 10.30 am, around 11.30 am terus tunjuk gambar kawan perempuan dia kat aku. =.="
minggu lepas siap dah pesan kat aku, "kak, nanti buat Facebook untuk aku."

budak-budak zaman sekarang, like sister like bro la kan.
tapi bagi aku, adek aku ni bagus la,sebab dia tak pernah kapel. hahah.
kalau aku tanya dah ada awek belom, mesti cakap "aku nak belajaq dulu la. nanti cari bini terus. yang ada ni pun kawan-kawan ja."
bagus-bagus, jawapan camtu la yang aku nak dengar. (:

bukan apa, zaman sekarang ni kan banyak sangat kes lelaki lukakan hati perempuan, sama ada sengaja atau secara tak sengaja, dan nanti some of da broken-heart-girls akan salahkan si lelaki. 
dan aku tak nak la adek aku tergolong dalam golongan lelaki yang mainkan perasaan gadis atau golongan yang disalahkan oleh para gadis. 
dan aku pun tak galakkan dia dok bercinta sebab aku takut dia akan dikecewakan atau mengecewakan. 
bahaya woo mainkan orang, buat nya orang yang kecewa dengan kita tu dok simpan dendam, tak ke naya namanya. 
berkawan boleh tapi biar berpada-pada. berkawan biar seribu, bercinta biar satu. 
jadi aku pesan siap-siap kat dia, kalau ada calon, atau dah terbekenan kat sapa-sapa, tunjuk kat aku dulu. muehehe ;p

dan adek aku ni kan, kalau ada kawan perempuan dia cal, nanti mesti dia ngadu kat aku, "dok telefon buat apa taktau, aku dah la tak reti cakap ngan pompuan." 
hee. bagus kan dia. takde bergayut telefon lama-lama.
tapi aku rasa, tu pun sebab yang call tu kawan perempuan,
agak-agak bila dah ada someone special nanti mesti dah tak macam tu kan? wuwuwu. ;P


eh, macam dah panjang pulak kan entry ni?
padahal tadi nak tuleh cinonet je.
aku taktau la ni entry mengutuk ke puji, tiba-tiba nak tuleh pasal adek sendiri. haha
n btw, yang perbualan antara aku dan my adek tu, ayat-ayatnya lebih kurang macam tu la, aku tak ingat ayat asal macam mana. 


okay la, bai.








Thanks reading !

2 comments:

cimon said...

jeless dgn adik sendiri...

haha(^v^)

p/s:takut nanti adik akan lupe nak borak2 lg dgn kakak dia ek (^_~)

Haura Malina said...

cimon : bukan jeles la..itu menjaga adek name nye. hehehe. ^_^