Thursday, December 16, 2010

164. Sudah Takdir Kita.




"Saadiah, kenapa baru kini kau memerlukan aku.
Ketika aku amat memerlukan diri mu, kau menghindar dari bertemu dengan ku."

"Saadiah, kau tak tahu betapa hancurnya hati ini, apabila perpisahan yang kau pinta. Berbagai cara ku lakukan untuk mendapatkan mu, namun segalanya sia-sia sahaja."

"Saadiah, belum sempat luka ku sembuh, kau sudah mempunyai kekasih lain. Aku rasakan seperti luka ku ditabur dengan garam. Terlalu pedih untuk aku menerima kenyataan yang kau terlalu cepat mencari penganti ku."

"Saadiah, aku pergi menjauhkan diri, bukan kerana aku benci. Aku tidak mungkin boleh membenci insan yang pernah bertahta dihati ini. Walau hati ini begitu teruk kau hancurkan, namun tiada sedikit pun kebencian hadir dihati ku ini. Aku menjauhikan diri dari mu dulu kerana aku tidak sanggup melihat kau bermesra dengan teman baru mu. Ketika itu aku sedar, aku tidak mungkin dapat memiliki dirimu lagi."

"Saadiah, walaupun hati ini masih mencintai mu, namun aku tidak mungkin kembali kepada mu kerna hati ini sudah dimiliki"

Roy berhenti seketika dan menoleh ke arah isterinya Faridah.

"Aku sedar kini, ada insan lain yang mencintai ku sepenuh hatinya. "

"Di kala hati ini dirobek oleh mu,
Lukanya terasa seperti nyawa melayang,
Ketika itulah si dia setia bersama ku,
Membalut luka ini dengan penuh kasih sayang."

"Bagaimana aku bisa kembali kepada mu, sekiranya detik-detik indah semasa kita bersama telah lama kau lupakan."

"Saadiah, walaupun hati ini pernah dilukai, aku tidak pernah berdendam atau benci kepada mu. Terima kasih kerana memberikan cinta mu dulu, walaupun tempoh cinta yang diberi terlalu singkat, namun kemanisannya masih terasa. Dan terima kasih juga kerana merobek cinta tersebut kerana ia mengajar aku erti kepedihan"

"Segalanya yang berlaku adalah ketentuan Ilahi, aku bersyukur kerana aku ditemukan dengan wanita yang amat memahami diri ini."

"Sekali lagi aku ucapkan terima kasih di atas pengalaman pahit manis yang kau berikan, kerana ia menjadikan diriku lebih prihatin kepada perasaan insan yang mencintai diri ini"

"Selamat tinggal Saadiah, mula malam ini, anggaplah kita hanya sebagai seorang rakan sekolah, tidak lebih dari itu"




tibA-tiba jiwang ? muehehe.

tengah baca online novel nih. macam menarik pulak dia punya cerita.
kadang-kadang kalau ada cinta pun, tak semestinya kawen, kan?
jodoh di tangan Tuhan.
seribu kali cinta pun, kalau dah Dia tetapkan si pujaan hati bukan milik kita, tetap takkan bersama seumur hidup.
tapi sweet kan, bila tengok kawan-kawan or siapa-siapa je, yang bercinta sejak zaman sekolah , bertahan sampai ke jinjang pelamin and sampai ke anak cucu. sweet kan?
nanti boleh cakap kat anak-anak, "abah korang la cinta pertama dan terakhir dalam hati mak." ;P

tapi realiti tak kan seindah mimpi. thats the fact.


tapi kalau dapat pengganti cinta pertama pun sweet jugak,
boleh cakap macam ni kat anak-anak, "mama sayang abah. dia cintakan mama sepenuh hati dan sanggup jaga dan jadi teman hidup mama sampai mama dah tua macam ni." - walaupun dia bukan cinta pertama mama, tapi mama yakin abah cintakan mama lebih dari cinta pertama mama -(ayat ni sambung dalam hati je tau.) he he he.



ehem. bunga pulak.



Sudah Takdir Kita.



meh la baca sekali. (:
Thanks reading !