Macam dah banyak tak buat entry baru. Malas. Tak ada hati dan tak ada perasaan nak tulis apa-apa kat sini. haha.
Sebenarnya, tajuk entry ni aku tulis semalam lagi. pukul 11 malam. tapi lepas tu aku stop sambung tengok Maharaja Lawak. Then, pagi ni baru aku sambung tulis isi nye. Hihhi.
Hmm. Sekarang ni aku dah kat rumahku syurgaku. tapi malam nanti kena balik Johor semula. Flight hari Isnin ni. Banyak benda nak kena settlekan sebelum berangkat.
Urmm. Petang Isnin ke petang Ahad entah, biase ah kitaorang dok lepak2 kat meja kat halaman rumah. Sembang-sembang petang. Lepas tu, macam mana entah boleh bukak cerita pasal adek aku yang first tu. Aku dah pernah cerita kat entry ni.
Masa aku balik rumah dua bulan lepas ke masa study week hari tu entah, lupa dah pun, memang mama dah bagitau yang adek aku dah tunjuk gambar dah kat dia perempuan yang adek aku tengah kawan sekarang ni. Tunjuk gambar je la. Tunjuk betul-betul itu memang tunggu nak kawen nanti kut. haha
sambung cerita pasal petang Isnin/Ahad tu, maksu aku la cerita, masa dia pergi dinner kat luar tu, sepupu-sepupu aku (anak-anak maksu aku ) dah cakap dah, yang si gadis tu (kawan adek aku) kerja kat kedai makan. Baru lepas spm kan, kerja sementara. Dorang tak tahu pun kedai mana budak tu kerja, tapi memang dah takdirNya, dorang makan kat kedai budak tu kerja. Sepupu-sepupu aku memang kenal, lagi pun, budak tu ex-student paksu aku, jadi, memang kenal la.
Esok nya, adek aku tanya kat maksu aku, " Cu, macam mana makan semalam? sedap?"
Hahaha! Lepas tu pakat dok bahan la adek aku.
Maksu aku memang dok puji budak perempuan tu, 'comel, lawa, putih, kurus, molek, bla bla bla..'
Memang puji habis okay. Tapi masa ni, adek aku memang dah lari masuk rumah. haha. dia memang, tiap kali sebut pasal budak tu, memang lari. bajet malu la kan, haha. Aku pernah tengok sekali je budak tu. Tu pun tengok sekali lalu camtu je, masa kenduri.
Then, lepas adek aku, turn aku pulak..yang kena =.=
Ini yang aku lemah ni. 12.12.2012. Boleh pulak dorang tanya, jadi ke tak 12.12.2012 nanti?
Terdiam aku. Tapi aku senyum lah.
Sirius tak tau nak jawab apa. Tapi spontan aku jawab, "ade jodoh ade la" .
Lepas tu aku gelak. Haha. dan cakap " calon pun takde." lepas tu aku gelak lagi. haha
Gelak sebab tak nak dorang perasan air muka aku berubah. >.<
12.12.2012.
Kita manusia hanya mampu merancang, segalanya Allah yang tentukan.
Nak tak nak, sebagai orang Islam kita kena beriman dengan qada' dan qadar Tuhan.
100411
Muncit & Mengong, may Allah bless both of us.
Tuhan menguji takkan berhenti.
3 comments:
smoga segala yg dirancang, berjalan dengan sempurna hendaknya. :)
thank you so much dear! hope so . insyaAllah. Ameen. :")
Post a Comment