Saturday, May 21, 2011

210 - Part 2

Hai kalian.

Dah tengok dan dengar semua OST dalam entry Part 1 sebelum ni?
kalau belum, sila berbuat demikian sekarang. heh.

Aku suka gila wekh OST cerita Dalam Mihrab Cinta ni walaupun aku tak pernah tengok pun cerita nya. haha
Aku dapat tahu lagu Bunga-Bunga Cinta ( OST DMC) pun lepas Hami Asraff tweet lagu ni kat twitter.
Aku terus klik link yang dia post, lepas tu aku cari lagi lagu2 lain. Best woo lagu-lagu nya.


Tapi kan...sebenarnya aku tak faham apa itu mihrab. hihi
Jadi dengan rajinnya aku google dan aku jumpa,

Mihrab - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Mihrab (dalam bahasa Parsi مهراب atau محراب, dalam bahasa Arab ألمحراب pl. محاريب), adalah sebuah ceruk di dinding sebuah Masjid yang menunjukkan Kiblat ...

source : http://www.kotapuisi.com/search/maksud-mihrab


Jadi, aku agak mihrab tu kiblat. ehh, yeke?



Oh btw, korang dah tahu kan pasal pemergian penulis belog telurdibasuh?
Ramai blogger dah buat entry pasal ni.
Aku terkejutsangat bila Mr.K post pasal ni. Masa tu baru dapat tahu pasal pemergian arwah.
Ajal, tak kira masa, tak kira umur, kan. Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. ameen.
Aku tak ada lah kenal mana pun arwah ni, cuma selalu jugak melawat belog dia, dan arwah pun pernah singgah di belog aku ni, dan pernah je shout kat shoutbox tu.
Memang tak sangka la pemergian arwah.
Apa pun, kita memang harus selalu percaya, mati itu pasti, dan mungkin sekejap lagi atau esok lusa tak mustahil giliran kita pulak yang dipanggil menghadap Nya.






Aku tengah ada masalah yang paling besar sekarang ni. Tuhan, tolonglah.. ;(




Thanks reading !

No comments: