someday maybe ? insyaAllah. The time will come, rite ?
Assalamualaikum & a very good day people.
sebenarnya aku teragak-agak sama ada patut atau tidak buat post nih
sebab..aku takut aku cakap benda yang tak patut aku cakap
sebab..nanti aku akan menyesal
yes.
aku memang jenis macam tu,
bila aku tak tahan, aku akan pour out, bila aku dah pour out, aku akan menyesal gila-gila.
rasa macam.. apesal aku buat benda bodoh tu ?
benci gila kan rasa macam tu ? sumpa aku benci.
aku memang...bukan seorang yang baik ;(
aku memang...bukan seorang yang baik ;(
dulu...
aku seorang yg sangat tidak penyabar, actually sekarang pun tak ada la penyabar sangat,
tapi better dari dulu la, alhamdulillah.
kalau dulu, aku cepat marah, cepat melenting, cepat merajuk,
tapi sekarang... aku sendiri boleh rasa, yang aku dah kurang marah, tak melenting, dan tak merajuk.
probability untuk aku marah, melenting, merajuk tu bukan tak ada, masih ada, cuma..bila sesuatu tu aku tahan dan tahan, sabar dan sabar, but people keep making me rasa macam nak marah, sapa la boley sabar lama-lama kan. memang ended up, dengan melenting. wahaha.
oh, btw, terima kasih pada seorang hamba Allah ni, yang dah banyak mengajar aku untuk jadi seorang yang penyabar. semoga anda senantiasa berada di bawah redha dan rahmatNya. jauh mana pun jarak kita, kita masih pandang bulan yang sama. (:
dan...aku percaya satu benda, dan aku cuba pegang,
"banyak mana bahagia, banyak mana derita, seelok nya kita tak terlalu bercerita pada satu dunia, kerana...bukan semua orang untung nya sama, dan kerana..tidak elok kita terlalu mengeluh pada ujian yang Allah berikan." lontarkan pada langit dan awan, kerana di situ rahsia mampu tersimpan. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang hati bicarakan.. (:
hmm.
hmm.
hmm.
pernah tak korang rasa kehilangan sesuatu dalam hidup dan itu buat korang rasa kosong sangat?
aku sedang alami.
for the first time, aku rasa aku dah hilang dua permata yang sangat sangat sangat berharga dalam hidup aku.
aku boleh cakap, 20 tahun aku hidup,
ini pertama kali aku rasa kehilangan yang amat, kehilangan yang buat aku rasa macam tak nak hidup lagi.
tiap pagi aku bukak mata, aku macam taknak bangun, tak nak hidup,
teruk gila kan ?
aku usaha cari gali semula permata yang dah tak ada tu, tapi hampa !
dan aku macam nak berputus asa, tapi aku tak boleh sebab Tuhan tak suka orang yang mudah berputus asa
aku cari lagi dan lagi, usaha lagi dan lagi, tapi sama saja, tak ada apa yang berbeza,
permata yang hilang tu tetap aku tak jumpa.
aku tak boleh hidup, aku tak boleh hidup,
bila dua-dua tu tak ada
at least, mesti kena ada satu.
ya, yang pertama itu harus dan wajib ada dalam diri aku,
tapi.....kenapa susah sangat nak dapatkannya?
sebab....kehilangan permata yang kedua, buat aku tak mampu untuk dapatkan semula yang pertama.
tapi...kalau aku jumpa yang pertama, insyaAllah, aku boleh hadapi dengan tenang kehilangan permata kedua,
dan insyaAllah tak ada yang mustahil sekiranya, permata kedua yang hilang tu pun aku akan bertemu semula.
but the thing now is.. kenapa aku tak mampu nak cari yang pertama tu ? kenapa tak jumpa-jumpa?
"everything gonna be okay, baby. everything gonna be okay."
......
aku percaya, bahagia yang abadi, adalah bahagia yang ada di bawah redha Ilahi,andai..bahagia yang tercipta itu hanya sekadar nikmat duniawi, bukan bahagia yang bisa mengharum hingga syurgawi, ternyata itu bahagia yang sia-sia.
ada satu rasa dalam hati yang ingin aku kongsi kan dengan kalian, namun tiap kali aku cuba meluahkannya di sini bagai ada sesuatu yang menghalang. jadi..aku buat keputusan, untuk wasiatkan rasa itu pada yang berhak sahaja. semoga satu hari Allah tunjukkannya.
macam dah panjang pulak kan post aku nih. haha.
chaww.
wassalam.
::: bukan mudah nak menjauhkan diri dari orang-orang yg kita sayang. apatah lagi kerna terpaksa.
it needs more than a courage. semoga Allah senantiasa melindungi kalian.
it needs more than a courage. semoga Allah senantiasa melindungi kalian.
No comments:
Post a Comment