Monday, February 25, 2013

319. Berjuang untuk agama ke, berjuang sebab nak Putrajaya -.-'

Asyik asyik, "menuju ke Putrajaya",

Asyik asyik, "selangkah ke Putrajaya",

Asyik asyik, "menawan Putrajaya",


BOSANNNN~



Aku hairan dengan manusia yang tercokoh menunggu sosok yang dipanggil pemimpin datang (tidak kiralah sama ada Perdana Menteri baru, Imam Mahdi, atau apa jua gelaran kepada impian pasif berusaha) untuk mengubah nasib mereka. Bukan Tuhan sendiri sudah bicara, ubah dirimu dahulu?  -matluthfi-


 Nak pangkah mana satu ni  -,-




Thanks reading !

318. Home #3

TV tunjuk iklan budaya membaca,

Mak:Kak, tengok tu dia suruh baca buku. Bukannya dok men handphone ja.
Aku:Takde buku, buku tak bawak balik (dalam kepala dah terbayang novel Fixi)
Mak:Baca bahan ilmiah. Buku-buku agama. Menambahkan iman.

Sentap -____-






Thanks reading !

Sunday, February 24, 2013

317. Home #2

"Mak buat la sat istikharah untuk kak"

"Hang yang buat pilihan, mak pulak kena buat, mana boleh. Bla bla bla....istikharah...bla bla bla"

Mula dah khutbah Jumaat minggu ni. Hehe.

Terus nyanyi Istikharah Cinta. Ahah ;p





Thanks reading !

316. Home #1


"Mak,kita ada pucuk pegaga."

"Mana?"

"Tu.."

"Manaa"

"Tuuu"

"Tu pucuk ulam raja"

"Ohh. Okay, ulam raja."





Thanks reading !

315. Dont tidur petang plisss

Assalamualaikum, dan hai korang!

Tengah maghrib ni. Aku nak cerita hanhan. Eheee.

Tadi, dalam pukul 6 lebih, mak aku kejut bangun solat Asar. Aku memang suka tidur petang.
Eh tak, actually bukan suka, tapi kalau dah takde ape nak dibuat, bosan sensorang, aku pun tido je lah. Ahah.

Okay, sambung seterusnya. Aku tak pergi solat pun sebab perempuan kan ada time tak boleh solat. Jadinya, aku masuk bilik, sambung tidur sekejap. Buruknya perangai -.-' Then, boleh pulak mimpi yang menaikkan darah dan kaki aku. Haaa sekali kaki naik. Sebab geram.

Aku mimpi, main2 kat taman permainan. Dah habis main, untuk balik, aku kena lalu jalan yang macam terbiar usang. Memula aku taknak lalu, sebab dah lewat dah nak magrib kan, takut la kang ada benda pelik2. Tapi aku terpaksa lalu jugak. Otw tu, terserempak dengan anjing yang jalan dari arah btentangan. Aku bagi nama AA. Mula dah seram sejuk. Oh btw, dalam mimpi ni, aku berkawan dengan kucing dan anjing, dan boleh cakap dengan dorang. -.-"  Aku pandang AA sebab dia kan kawan aku, haha, tapi mata dia merah! Dia pun pandang aku lain macam je. So aku pun tak tegur. Dalam hati aku dah agak macam ada benda tak kena. Dah sampai hujung jalan, aku terserempak kucing, aku cakap la kat dia pasal AA. Lepas tu tserempak dengan anjing lagi sekor yang juga merupakan kawan aku. Aku kasi nama AB. Tapi belum sempat aku borak dengan AB, AB tengok je aku terus dia lari. Si kucing pun lari. Aku dah rasa something, tapi aku tak lari. Mesti ada yang tak kena dengan aku, tu pasal dorang lari. Aku pun pusing belakang, cissssss ada 'benda' ikut aku rupanya. Ni mesti pasal aku lalu jalan tadi tu.

Lepas tu tetiba, scene bertukar. Aku dah kembali ke bilik aku tengah tidur tadi. Tapi aku tak boleh bukak mata. Haihhh, dah mula dah. That thing yang ada kat belakang aku, dia sua muka ke depan tengok muka aku. I can feel it. Tapi aku tak berani bukak mata. Takut weh nak tengok. Aku cuba baca ayat kursi. Tapi sebaris je aku ingat >.< Dah lama sangat tak baca ini la jadi nya. Huhu. Tapi takpe, aku baca Alfatihah. Walaupun benda tu dok kacau, aku baca jugak dalam hati berulang kali. So korang kalau mimpi macam ni, baca lah alfatihah. Nak2 kalau korang tak yakin, ayat kursi korang baca tu betul ke apa yang korang sebut, jadi baca lah alfatihah, plus surah ni kita baca hari2 waktu solat jadi sebutannya inshaaAllah lebih betul. Aku memang tak bergerak apa, dan tak bukak mata langsung sebab aku taknak dia tahu yang aku tahu dia ada. Tapi aku risau kalau dia tahu aku tengah uzur, benda ni kan suka benda2 kotor. Dan akhirnya, cisss, dia dah mula tarik kaki aku. Amboi. Sesuka hati kau je ek. Takkan la aku nak biar je, ishh tak senonoh betul. Memang tak boleh jadi. Aku pun cuba sedaya usaha bukak mata, dan aku nampak benda tu -.- Tengah duduk tepi katil kat bahagian kaki aku. Yang pernah kena mimpi camni, mesti korang tau kan, bila mimpi camni, anggota kita jadi tak boleh gerak. Tapi korang jangan biar dan berserah je. Korang cuba gerakkan jugak sebab nanti kita akan sedar dan terjaga dan keluar dari mimpi tak best ni. Hoyehhhh. Itu la yang aku buat, aku cuba gerakkan kaki untuk tendang kepala dia! Haaaa terus tersedar. Puas hati! Huhuhuhu.


Moral of the story: Jangan la tidur petang dah nak dekat2 maghrib. Hehe.


Sebenarnya, aku ada cerita lain lagi. Hehh. Tapi nanti2 la cerita. Anyway, kalau ikutkan kajian, tak boleh gerak time tidur bukan sebab hantu tindih ke hape ke, tapi sebab Sleep Paralyse. Haa boleh lah google dan baca sendiri ye.

Okay. Dadidu.


Thanks reading !

314. Part 2: Sambung atau kerja dulu?

Perghh berpart-part kemain. Hehe

Cuma entry ringkas. Cuma nak bagitau, eceh, macam ada je orang nak tau. Ahah

Petang semalam, lecturer yang akan jadi supervisor aku (if aku sambung master), called.
Dia call terus ketawa.

"Ni social networking la malina, bukan subjek network macam awak belajar tu"

Hehe....tapi saya memang sensitive perkataan network/networking. Walaupun saya selalu habiskan masa dengan social networking -.-'

Jadinya, Dr. suruh aku cuba dulu, baca2 dulu, cuba fahamkan, katanya InshaaAllah aku mampu, sebab katanya ni topik paling senang berbanding tajuk2 lain.

Aku baca tajuk pun tak faham sepatah, Dr. kata paling senang? Nampak sangat master ni susah. Huahua.

Dah tahu susah, nak jugak sambung kenapa malina? =.=

Err errr. Sebab,macam  satu kepuasan. Bila dapat sesuatu yang kita nak. :')

Tapi tak semua kita nak tu terbaik untuk kita ye dak. But for the time being, aku nak cuba dulu bagi faham. Mungkin minggu depan balik UTM sekejap. Huhu. And kalau rasa mampu, dan takde masalah lain, InshaaAllah sambung :)


So that's all. Goodnight!





Thanks reading !

Friday, February 22, 2013

313. Part 1: Sambung atau kerja dulu?

Assalamualaikum.

Hai korang! Ecehhh bajet ramai plak baca -.-'

Sebenarnya, aku mengantuk sangat tapi kepala...zzzzzz....seghabuk wehh.
Dah habes belajar pun serabut lagi -.-
Seghabuk memikir nak sambung master or duk rumah goyang kaki sampai dapat kerja, heww.

Jadinya,
niat di hati sejak tamat degree, memang semangat berkobar-kobar eden ntuk sambung master.
Tapi ada kriteria jugak lah yang eden tetapkan untuk sambung ni which is, ada tajuk bidang yang wa minat and ada income tiap bulan.

Boleh dikata, memang ada tajuk bidang wa suka and buat Master by Research under coordinator yang ada grant, so ada income tiap bulan aroun rm1500 cmtu la lebih kurang.

Dan, sebenarnya juga, dah dapat offer letter untuk sambung Master by Research, dan kena daftar 15hb Feb yang lepas. TAPI, memandangkan 15hb tu baru sampai rumah, so lepas2 tu baru check email, dan juga, internet ada masalah so tak boleh nak tengok link dokumen yang di attach, boleh bukak link utk reply nak ke  idak je, jadinya memandangkan setahu aku, untuk buat research, bila apply, kena attach skali tajuk research and proposal, memang sah-sah la aku takde apply langsung, sebab masa aku isi SPS untuk apply master aku takde attach apa2 langsung, even tajuk and supervisor pun takde, plus aku tak klik pun button submit, so boleh diconsiderkan sebagai tak apply la kan? Tapi tetiba dapat email offer master, jadinya aku  ingatkan yang UTM offer ni master taughtcourse, so aku pun reject -.-'

Tapi, 2, 3 hari lepas, aku tengok balik email tu, cuba bukak balik link utk tengok dokumen2 yang kena ada untuk daftar master sebab aku nak mohon untuk buat master by research. Haa boleh bukak pulak link tu. EE geram tu. sebelum ni, 10x tekan tak mau keluaq apa2 langsung. Antara yg ada dalam link tu adalah surat tawaran. Aku pun bukak la tengok. Haa amek kau, rupanya bukan taughtcourse, tapi dorang offer penyelidikan aka. research!

Terkedu wa. Kalaulah aku tau tu offer research, takde nye la aku reject, aku tangguh ke hape ke, sebab aku nak masuk April punya intake. sobsob.
Esok nak call SPS untuk tanya boleh cancel ke tak reject tu. huahua.

Seterusnya,
sekarang ni seghabuk tak nampak jalan pulak either sambung atau kerja dulu.

sebab,

1. Takde duit bayar yuran.

Yuran master 3k something weh. Celah mana nak cekau. And dorang cakap, masa daftar kena bayar terus. ZZZZZ pengsan. Memang tak sambung la jawabnya kalau dah kena terus sedebuk 3ribu kat situ. Aku ni, 300 pun takde  -,-  Harap duit mak, mak aku pun kena tanggung adik-adik belajar. Harap gaji abah, gaji dia sebulan pun tak sampai 4k. Dah la bayar duit kete, duit rumah, plus living cost kat KL yang cekik darah, uish tak sampai hati nak mintak ribu2.

Supervisor suruh tanya pihak SPS, yuran kena bayar terus atau tunggu dapat duit grant baru bayar. Untuk 2nd semester takpe la boleh mohon myBrain, then ada income tiap2 bulan. Untuk 1st semester ni la macam pakai duit banyak je  T^T . Dah la bulan ni aku guna duit mak aku banyak gila, sebab hujung-hujung sem lepas masa degree untuk settlekan thesis, aku mintak rm500 wuuu T____T Pastu aku mintak lagi rm300 pulak pegi Kelantan minggu depan. Sebelum mintak 500 tu, dah dapat dah 200 plus plus. Seribu lebih weh mak aku dah invest kat aku dalam masa sebulan lebih -.-' Ni tetiba balik duk rumah sebulan, mintak 4ribu pulak? Macam anak menyusahkan mak bapak je rasa T________T


Kalaulah kan yuran boleh bayar pakai duit grant tu,  then duit poket sementara dapat yg rm1500 tu kena mintak duit mak dulu la kan, errr errrr.

Buatnya yuran 3k tu tak termasuk duit kolej, hoi takkan nak mintak ratus2 lagi kat mak untuk kolej and duit poket  T_____T



2. Risau lecturer bagi tajuk bidang aku  tak suka

Memula atas tadi kan aku cakap ada tajuk bidang aku suka tapi tetiba untuk proposal yang aku kena buat untuk daftar master, lecturer kasi tajuk lain pulak, bidang yang aku tak suka which is ada perkataan 'networking'. Subjek-subjek course networking la yang mencacatkan pointer aku. Bayangkan subjek-subjek network selalunya dapat C or C+ aje -.-  Nih tetiba kena baca benda-benda berkaitan network siap kena buat analysis bagai, errr errrr, baru tengok tajuk aku dah sakit kepala weh T______T

Tapi lecturer memang cakap la, ni untuk proposal je, sebab tajuk aku yang sebelum ni takut redundant dengan member aku lagi sorang yang buat Phd. Nanti aku buat master guna tajuk sebelum ni jugak cuma skop kecik la compare dengan budak phd kan, tapi nya untuk proposal hantar tajuk lain.

Masalahnya, risau la buatnya kang Master aku kena buat tajuk proposal tu..haa acane? tak ke menangis siang malam menyesal sambung  master  T_T




Haaa tu la 2 sebab yang berselirat dalam kepala wa sekarang ni. Walaupun dua je tapi impaknya besar. Bayangkan kena buat master tajuk yang kita tak minat dan tak boleh faham langsung, jadahnya nak baca research paper beratus-ratus kalau dah apa pun tak faham, ye dak? Baca boleh, faham nya idak. LOL.


Somehow, macam nak tarik diri je. Takpayah la buat master, takde duit, tak mampu, nanti menyusahkan mak bapak.
Tapi pikir balik, duduk rumah pun sama jugak, selagi takde kerja, selagi tu takde duit. Duit makan takpe duit mak. Duit untuk shopping tu... Tskk tskk tskkk.


Apa kebaikan sambung master? (setakat master je. Phd memang aku taknak.)
Entah lah. Sebenarnya, aku prefer belajar daripada kerja, sebab aku macam tak ready untuk pergi interview sana-sana and put myself into working life. Tapi kalau dah belajar benda engko tak suka, setakat buat sakit otak je kan.

Jadinya, esok aku nak call SPS, then tanya pasal yuran. Kalau yuran tu boleh bayar guna grant which supervisor yang bayarkan, so settle la bab yuran. Then confirmkan balik dgn supervisor, apa tajuk research aku. Kalau bidang aku suka, baru on. Kalau tak, mungkin sambung belajar is not the best for me atau not the time yet.



Korang yang singgah sini ada apa-apa advise?



Thanks reading !

Tuesday, February 19, 2013

312. Berjalanlah tanpa henti.


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti






It has been 2 years...
But still, seeing you and her, it still hurts me.

Sampai bila,
terus hidup, dalam kenangan?
Sampai bila,
terus hidup, dalam angan-angan?
Sampai bila,
terus hidup, dalam harapan?

When will I, be okay? Really really okay...

Dont you pray for me, to ease me to forget you? Dont you?


2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013.

Hope this month of this year gonna be the end. really really end.





Thanks reading !

Tuesday, February 5, 2013

311. Alhamdulillah. Done with my Degree :)

Thesis   :)

Dedikasi  :'D




After all the hardwork, so.. yeahh I have finished my study in  Bachelor of Computer Science (Graphics and Multimedia Software). YEAYYYY.
Happy wehh. Dah tak payah pening kepala serabut assigment and project bagai. Hehe.
So, nak rehat dulu 2, 3 bulan.. then baru fikir masa depan. Haa boleh ? Keke  :P


Last but not least, Happy Holiday Malina !  Wiwiiwiiwiwiwi  :D





Thanks reading !