Tuesday, July 5, 2011

218. Bila kecewa jatuh ke tahap yang paling dalam, pergi bukan kerana sayang itu mati, diam bukan kerana hati tak rindu lagi.

Pernah tak korang rasa begitu kecewa? sangat-sangat kecewa? sampaikan korang tak sanggup nak berpaling lagi walaupun rasa cinta dan sayang tu masih ada?


Aku pernah baca satu cerita di Mastika. Keluaran bulan berapa aku tak pasti. Samada awal tahun ni iaitu 2011 atau hujung tahun lepas, 2010. Yang aku pasti, cerita tu mengisahkan sepasang suami isteri, yang mana si isteri telah berkorban macam-macam untuk suami, tolong suami dalam peniagaan, bagi modal, bagi duit, hingga si suami berjaya jadi orang senang. Tapi sayang nya, bila dah senang, si suami pasang lain, yang muda. Dan si isteri di ceraikan. Tak lama selepas tu, si suami jatuh bankrup, plus si isteri muda tu pun mata duitan. Lepas dah bankrup, memang la bini baru tu blah, kan. Dan kemudiannya baru si suami menyesal. Nak berbaik semula dengan bekas isteri, si isteri tu dah taknak.


Ini la yang aku cakap, kecewa yang paling dalam. Aku percaya, si bekas isteri tu masih cintakan si suami. Kenangan sepanjang bercinta, kawen, kenangan hidup di bawah satu bumbung, suka duka susah senang yang dah diharungi bersama, memang tak akan di lupa, tapi bila wujud satu kenangan lain yang membawa kepada tahap kecewa paling terdalam dan tertinggi, memang payah untuk patah balik walaupun hati masih ada sayang.


Ramai manusia yang aku kenal, kebanyakan begitu. Menangis bila berpisah. Rindu bila berjauhan. Sedih, berduka, muram, bila hidup dah tak ditemani insan tersayang. Tapi, bila datang keadaan yang mana hubungan yang pernah runtuh dulu boleh disambung kembali, kebanyakan memilih untuk tidak menyambung. Kebanyakan memilih untuk biar perasaan tu berkubur di hati saja, memilih untuk bergembira dengan orang-orang sekeliling yang lain. Bukan kerana cinta tu mati, bukan kerana sayang tu pergi, tapi kerana rasa kecewa bila dikhianati dan tak dihargai, kecewa bila pasangan sanggup mendustai, kecewa bila si isteri dah korbankan segalanya untuk si suami, but still ended up with, si suami pasang lain, atau pakwe pasang perempuan lain. kenapa manusia begitu?


Seriously, aku tak faham, bila orang yang pernah berada di tangga teratas dalam hati, orang yang pernah kita perlukan setiap detik waktu, in the end kita boleh lepaskan dia macam tu saja,kita boleh sakiti dia sedalam-dalamnya, berpaling pada orang baru yang kenal kita waktu kita senang.


Kenapa begitu mudah tinggalkan seseorang yang kenal kita waktu kita susah, dan hidup bersama kita hingga kita jadi orang senang? Kenapa cinta salah satu pihak mudah mati sedangkan di pihak yang lain begitu setia menyintai?



Thanks reading !