Wednesday, December 28, 2011

270. Hmmm...Kesian...



Dari 10pagi semalam sampai waktu ini iaitu 12:37pm, aku masih berjaga dan tak tidur.
Kesian :(

Pukul 8 present projek IP,
dan habis jam 11.30 terus sambung utk present DV.
dan sekarang tgh tunggu giliran untuk present.

Otak da penat sangat.
Mata...lagi la kesian,....
Petang ni macam nak pergi klinik, sebab mata macam da teruk sangat.... :'(





Thanks reading !

Wednesday, December 21, 2011

269. Blog dah buruk

Ni semua sebab arghhhhhhhh !

finally, dapat bukak semula blog nihh,,


tapi lepas tukar template ! cetttt !

virus ke spam ke ape ntahh


HAIHH !


tapi apa pun, alhamdulillah sangat sebab dapat balik blog ni walaupun terpaksa remove template yang haura sayang sangat tu  :(




kena design yang baru... Adoi.... 



Btw, kalau ada yang kena macam ni, which blog korang redirect to unknown site, macam blog Haura ni redirect ke ripway. mmg nak mencarut je ase.  Tapi, tak baik kan... isk...  T.T . and what you need to do is, 

1. maki hamun dulu dalam hati
2. masam muka
3. google pasal siapa2 lagi yang ada masalah macam ni


only then, da jumpa solution, mula lah bertindak berusaha dengan penuh harapan blog anda akan kembali sihat seperti sediakala. 


So what you really need to do is,

1. check coding blog korang kat sini, http://web-sniffer.net/
a. isi url blog korang and click submit.
b. view content. cari link yang blog korang redirect tu. 
contoh macam, blog haura redirect ke ripway, so haura search ripway. 
2. Then, bila dah kenal pasti kat mana useless link tu ada, korang kena remove gadget/javascript yang ada link tu. 
3. Untuk remove, go to layout ( page element) and remove la gadjet2 kat situ. 
4. kalau tak boleh jugak, kena buat macam Haura, change template !  Pfttttt !

Why kena tukar template terus ? sebab in my case, that fooly useless link tu ada kat bahagian template, kat header and footer . Though I tried to delete it by edit the HTML, its quite difficult coz when I open edit HTML it will redirect to ripway !  memang macam... haihhh ! 


so then I guess I need to change the template,  so that the coding will be changed too.
and it works !


ALHAMDULILLAH. 
serius tak sanggup hilang belog ni . :(



dan sekarang, kena cari masa dan rajinkan diri untuk design template baru. isk iskk. 







Thanks reading !

Sunday, December 18, 2011

268. TOLONG !!!! Blog redirect to unknown site !

aaaaaa kenapa tak boleh bukak blog ???????

anyone who knows do email me please, linasoulzleo@gmail.com . please please.

kenapa bila bukak hauramalina.blogspot.com terus keluar macam nihhh,






















T_______________T



anybody knows WHYYY ?


help me pleaseeee. sobssssss! 





Thanks reading !

Sunday, December 11, 2011

267. With hardship come ease... :")

To all those suffering from sadness or depression, know that it isn't your fault. It isn't because you're weak. It isn't because you're just not grateful enough. It isn't because you're just not religious enough. It isn't because you don't have enough faith. It isn't because God is angry with you. To all the well-meaning people who tell you this, just smile. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. And that, verily, with hardship come ease--and like all things of this world--this too shall pass.


This is a status posted by Yasmin Mogahed
(click on her name to go to her fb page)

Subhanallah, I really in sadness and depression right now and this post came in time ! HE show me these beautiful words, such a remedy to heal all those sadness and depression that I had. 



Thank you so much sista. may Allah blissfully bless you.


Ya Allah... Kau Maha Hebat. 


Terima Kasih. 


:")





p/s - masih di library keseorangan siapkan thesis. tidak keseorangan sebenarnya, Dia sentiasa saja ada bersama. baru sahaja sangat sangat dalam kesedihan dan tertekan, dan buka saja fb, terus Dia tunjukan pujukan indah ini. basah mata. 







Thanks reading !

Friday, December 9, 2011

266. Ombak Rindu and Twilight Saga : Breaking Dawn

Hai korang. Huehuehue.

Baru ada masa nak update pasal benda nihh. Sighh. Tak ada masa sangat pun... Thesisss banyak kena buat pembetulan :(
Tapi..abaikan je lahh benda tu, nanti-nanti je buat... zzzzz!  Padahal ESOK dah nak email kat lecturer >.<
Huhuhu.

Satu hari dua cerita. Aci dak ? hehe.


Ombak Rindu.

Ngehh. Orang lain dan berkurun buat entry pasal ni, aku baru sibuk nak buat hari ni. Hahhaha. ape2 je lahh, blog aku kan. hehe!


So, Ombak Rindu kan release, 1hb doblas, one day before tu memang aku dan roommate aku, Mira, dah plan dah nak pegi tengok. Plus, 1hb tu aku memang takde kelas langsung. Yes, aku memang takde kelas pada hari Khamis, so tiap minggu kira aku cuti 3 hari lahhh. Hahaha.  tapi Mira nak jumpa supervisor, so ktorang keluar jam 3 lepas dia dah settle hal2 dia tu. Dan ktorang berempat ( aku, mira, alia, gee) tengok Ombak Rindu yang pukul 5 petang punya, kat Giant Taman U. Ktorang dapat seat yang agak depan, sebab penuh ! Hmm. depan pun depan lahh, asalkan dapat tengok. Huhu.

and, apa yang boleh aku katakan lepas dah tengok filem ni, tak sampai aku punya expectation. Kalau baca novel, memang lagi whoaaaa! tapi bila tengok movie ni, aku rasa macam...tak sama dengan apa yang aku expect, tak rasa nak cakap whoaaaa! pun..


But that doesnt mean cerita ni tak best bagi aku. Cerita ni okay, aku suka jalan cerita and skrip nya, cuma macam x puas tengok.. macam setiap part tu sekejap2 je. kalau ikut novel, kan memang macam2 Izzah kena hadapi sebelum baik dengan Haris. tapi yelahh, kalau ikut novel tu sebijik, agak2 nya berapa jam la ek movie ni. HUHU. and ada scene2 tu jugak yang tak sempat habis cakap, dah masuk scene lain. Apecer ?


Erm, yang lain komen aku, part Haris balik rumah dia, Izzah pakai telekung nak solat, tapi dia tanggalkan semula bila Haris ketuk2 pintu. Izzah pakai inner and kain batik, and tutup kepala dengan tuala kecik. masa tu Izzah tak kawen lagi kan dengan Haris. Kalau dah Izzah tu menjaga sangat, kenapa tak je dia pegi bukak pintu dengan pakai telekung tu instead of wearing that tight inner. Heh. and kalau ye pun memang taknak buat Izzah pakai telekung g bukak pintu tu, pakai lah baju elok sket, perlu ke nak pakai inner je? Haihh. tak faham aku cerita melayu nihh.


Lagi satu, Lisa dalam cerita ni tetiba sexy pulak ek. Sirius aku terkejut. Sebab selama ni aku mengganggap lisa tak akan pakai baju yang mendedahkan ketiak mahupun bahu.  Tapi dalam cerita ni..... aku dan member2 aku saling berpandangan....  Part lisa dengan aaron yang korang paham2 sendiri tu lagi lahh... Hmm... Terkejut lagi sekali.


And another one thing, baju putih yang si apa nama entah pakai tu. Lupa pulak. Sowwie. Aku macam, what the heck kau pakai macam ni?? Failed. Perlu ke nak pakai yang melekat kat badan sampai macam tu sekali. dah la kaler putih, memang nampak perut buncit, selulit, semua terbonjol keluar. adoii. aku pulak yang termalu kat situ. Kalau nak pakai dress singkat2 tu boleh tahan lagi, tapi, tak payah ler nak pakai yang dah macam sarung nangka tuuuu,, buruk benau aku nengok. sory, bukan nak mengutuk tapi aku rasa, pemilihan pakaian sangat penting.


Okay, sebelum aku teruskan, aku harap takde la peminat Ombak Rindu yang nak hentam aku balik  sebab aku rasa aku cuma sampaikan pandangan aku dan apa yang aku rasa tak betul dan tak patut. HUHU.


Tapi overall, cerita ni okay ( <----bak kata fynn, ayat standard selepas mengata) , aku pun nangis,, haha, cuma itu lah, aku rasa cerita melayu tak perlu kut nak pakai sexy sangat, and ada scene kiss bagai, dan scene2 tetttttt!  family yang bawak anak2 tengok, macam mana la ek, huhuhu.



[tetiba pandangan aku sama pulak macam Fynn Jamal. Hehehe. 
korang boleh baca full version di sini (klik sini)]





Twilight Saga : The Breaking Dawn

Lepas habis Ombak Rindu, ktorang pegi makan..and...karok sejam.. Heee. Keluar je bilik karok, dalam pukul 10 macam tu, member aku dapat SMS, kelas BI takde. Perghhh! menjerit aku kat situ! haha. aku memang selalu excited terlebih bab-bab takde kelas nih. hehe!  So, apa lagi, terus naik tingkat atas tempat wayang, sambung tengok Twilight yang jam 10.15 punya.

And again, hmm, memang 1hb ni nasib aku kut untuk tengok cerita2 yang mempunyai unsur-unsur....zzzzzz!  Mana yang dah tengok tu, paham la kan =.=


Twilight kali ni, Bella kawen dengan Edward. manusia kawen dengan  vampire . dan lepas kawen, dorang honeymoon. memang lama betul part honenymoon nihh =.=


Dan lepas tu, Bella pregnant. and masa pregnant nih, memang keadaan Bella teruk sangat. tu kan anak vampire, so aku rasa baby dalam perut tu isap darah Bella la. sampai dia da pucat kurus kering. sampai kan, at last, dorang jumpa cara untuk selamatkan Bella dengan kasi dia minum darah. dan, Bella mati masa lahirkan baby dia. and,, dia hidup semula sebagai vampire.. Huhu.

Dan, sape2 yang baru nak pergi tengok, maaf lah, korang dah tahu dulu ending nye. Hehe.




[Bukti. Haha]  ;P




So apa pulak pendapat korang ? Boleh share sini. Hee. ;D








Thanks reading !

Monday, December 5, 2011

265. Lawak of the day























Mengikut kata kawan aku yang turut sama di dalam kejadian ini, boleh dianggarkan kami cuma berada di dalam bas selama 2-3 minit.  H25 - K07 dekat jerrrrr. zzzzz!


Kejadian berlaku pada jam 2 petang hari ini.

Sekian laporan ringkas.

Selamat berbuka puasa pada muslimin muslimat yang berpuasa hari Asyura. (:




Thanks reading !

264. Pakwe dan Makwe yang sweet.



















Hehehe.
Berangan nak pakwe & suami macam tu. Diri sendiri pun takde buat gitu >.<

Tapi member aku cakap,
okay la tu berangan macam tu, daripada berangan nak Aaron Aziz. -..-
Member aku nihh memang sengal sikit. Haha.

Btw, aku tengok cerita ombak rindu masa 1st day release lagi. Pukul 5 petang punya.
Sebab tu asyik kena nganjeng jek. Ngehh.
Nak buat entry pasal ombak rindu tapi tunggu ada masa sket.

Quite busy dengan PSM ( projek sarjana muda)

kbye.




Thanks reading !

263. and Allah hears and knows all things











Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala sesuatu. 





Thanks reading !

Saturday, December 3, 2011

262. Surah Al-Anfaal, ayat 20-22

Alhamdulillah.
Baru lepas baca ayat-ayat cinta Tuhan. Best tau baca Quran, rasa tenang. (:

Masa mengaji tadi, baca Surah al-Anfaal. Rasa nak kongsi dengan korang ayat 20 - 22.
Moga kita sama-sama boleh ambil pengajarannya.


Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah Nya), dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata; "Kami mendengarkan (mereka mendengarkan tetapi hati mereka mengingkarinya), padahal mereka tidak mendengarkan." Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang yang pekak dan tuli (manusia yang paling buruk di sisi Allah adalah yang tidak mahu mendengar, menuturkan dan memahami kebenaran) yang tidak mengerti apa-apa pun.

[al-anfaal, ayat 20-22]



#sampaikan dariku walaupun satu ayat




banyak lagi yang perlu dibaiki.entah bila mampu teguhkan iman diri. ;(




Thanks reading !

Thursday, December 1, 2011

261. Salam Maal Hijrah 1433H

Dah terlewat beberapa hari, untuk ucapkan salam maal hijrah dan sekarang kita sudah di hari ke lima tahun baru
(at first, tak pasti ke-4 or ke-5, then myzamar betulkan(refer comment))
seperti kita sedia maklum, doa awal tahun ini di baca pada Sabtu yang lepas,selepas maghrib,
dan pada waktu tu, I dalam feri pergi Langkawi,
so I satu family and family sepupu I baca dalam feri aje lah.

Ermm, nothing much to talk about, cuma sedikit perkongsian dari Facebook yang ingin dikongsi bersama di sini.


"Andai kita merasa jauh dari Tuhan, dekatkan dgn amalan kebaikan, andai kita berdosa angkatlah tangan mohon keampunan, andai kekosongan dekatilah ulama mencari jalan pulang, andai tiada pengisian kunjungilah rumah Allah utk mencari ketenangan, andai kita tahu betapa hidup ini memerlukan pengorbanan nescaya kita akan korbankan segalanya demi Tuhan dan RasulNya walau nafsu menghalang, walau zaman penuh kemodenan...ayuh HIJRAH untuk kebaikan"


[source: MSI, UTM]


Semoga kehidupan di tahun baru ini lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.


**********************************

untuk awak, si teman baru.. Ini tahun baru kita yang pertama..
Terima kasih masih sudi bersama.
Ternyata hanya Dia saja yang tahu apa yang sedang kita lalui dan hadapi
Ternyata hanya Dia saja yang tahu kenapa awak yang dipilih untuk diberi saat saya meminta seseorang untuk memimpin tangan ini
Ternyata hanya Dia saja yang tahu kekuatan kita berdua untuk mengheret langkah kaki memijak setiap onak dan duri
Allah Maha Adil, Maha Pemurah, Maha Penyayang
Pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita untuk dunia dan kehidupan sana
dan pasti segalanya ini untuk buat kita sentiasa bersama Dia.

dan awak, usah di tanya mengapa hingga kini saya masih sanggup,
sedangkan saya punya jalan lain untuk dipilih
saya tak ada jawapan yang pasti
cuma hati ini selalu saja menitipkan, segalanya ini kerana kata yang dipinta dan segalanya kerana Dia yang Maha Esa.
sukar untuk dijelaskan, tiba masanya nanti, pasti awak akan fahami.

Semoga Dia yang menciptakan kita dan hati kita, sentiasa memberkati dan merahmati dan menguatkan hati kita untuk sama-sama terusan bangkit berdiri, menjadi hamba yang redha dengan segala yang diberi. 

Terima kasih, awak.
Dia senantiasa bersama kita. Jangan kita mudah berputus asa. Dia selalu ada. 

**********************************


[source:Facebook's NewsFeed]





aku macam dah banyak berubah ke perangai lama..
which is perangai yang tak baik.hmm.







Thanks reading !

Monday, November 21, 2011

260. #HeartC0nfessi0n

When a girl is silent, she's either over-thinking, tired of waiting, falling apart, crying inside or all above. 


Thanks reading !

Thursday, November 17, 2011

259. #ScreamOutLoud

Do you ever feel like breaking down, and no one understands you.
No one's  there to save you.


Sick of big fake smiles and stupid lies, while deep inside I'm bleeding.

Thanks reading !

Wednesday, November 16, 2011

258. Wordless Wednesday #1





*buang tebiat*


Thanks reading !

Monday, November 14, 2011

257. Ada apa dengan CHROME ?

Pheww.

Lebat nya hujan.

Tersangkut dekat fac. Kelas habis jam 4, tapi jam 6 baru boleh balik..itu pun sebab call cab datang pick up.

Eh, hai korang. Huehue.

Kali ni, Haura ada sumthing nak share ngan korang. Rasanya dah ramai yang tau, tapi Haura baru tau beberapa hari lepas. Katak bawah tempurung sungguh >.<

Harap-harap masih ramai yang belum tau jugak lah. He he he.


Okay, kita pi teruih straight, berapa ramai yang guna web browser chrome?

I'm one of the user. Tapi kalau nak download youtube guna IDM, memang guna mozilla lah, sebab lagi senang dan lagi teratur.

Pada yang guna chrome, korang pernah jelajah chrome punya web store tak? atau nama komersialnya, chrome web store.

What the fish is that Chrome Web Store?

Chrome web store is not a fish. Chrome Web Store is an online store, yang mana ada beribu-ribu atau puluh ribu atau ratus ribu atau bermillion-million mungkin applikasi untuk browser chrome ni.

do you get what i mean ?

Okay, macam ni, korang tahu kan Android ? iPhone pun tahu kan ? Android and iPhone kan korang boleh install applikasi macam Angry Bird tuh, dan macam2 jenis lagi applikasi (application) for android and iphone. Yang femes, sah-sah la Angry Bird tu jek. Oh, ade lagi satu, yang kucing tu, Talking Toms ke ape ntah nama. I takde android. Harap maklum.

Nak cari aplikasi untuk iPhone, kita cari kat Apple Store, kan. For android pulak, cari kat android market.
and..for google chrome, kita cari la dekat Chrome Web Store nih.


[Interface of chrome web store ]




Haa, korang boleh faham tak ?

Macam-macam aplikasi ada. Angry Bird ada. Hehe.
Sebelum ni punya la kutuk, apa yang best sangat la korang dok layan AB tu. Bukannya comel pun. Sekarang ni, aku pulak yang gila dok main. Haha.





Bila korang dah install, apps tu akan ada kat layar skrin chrome korang.  Camni gambar kat sebelah ni, itu I nye.








Untuk install apps ni , korang kena ada google account atau well-known as gmail account.
Kalau takde gmail, takboleh nak sign-in, dan tak boleh la nak install apps tu. So korang yang takde, kena sign up gmail dulu. Pastu boleh la ushar apps dan install mana yang korang nak sampai lebam. Untuk install nya, korang click jer apps yang korang nak, pastu click 'add to chrome', akan keluar pop-up, korang click install.


Okay, itu saja info serba ringkas untuk siapa-siapa yang belum tau lagi. For those yang still guna mozilla, takde chrome pun dalam pc or laptop tuh, jinak-jinak kan lah diri anda dengan chrome. Chrome best dan lebih teratur untuk bookmark page.


K, thats all.


Jumpa lagi.





Thanks reading !

Thursday, November 10, 2011

256. TBS - Pullman Putrajaya Lakeside - PICC

[entry ini mempunyai gambar berlebihan yang mungkin membuatkan anda loya dan nak tekan simbol x di sisi hujung kanan tab, tapi kalau boleh sila lah jangan loya dan buat begitu. Hehe ]



Assalamualaikum ! Hai korang !

Hehehe!

Macam dah lama tak update blog cerita hal peribadi dan tempek gambar muka bajet hot. Wuwuwuu.
Jadi, kali ni, nak letak gambar sket lah. Heee.

Let start our journey guys.

As usual, raya aidiladha ni IPTA dan IPTS mesti lah dapat cuti kan, yang mana juga merupakan cuti pertengahan semester, selama 4 hari. Yes, 4 days only. sebab hari tu da cuti 4 bulan . Sadis kann  T.T
Oh, 4 hari ni UTM je. Uni lain I'm not sure. Rasanya uni lain one week kut ? since kawan2 i yang Uitm cuti seminggu.
Tapi.....berbekalkan semangat untuk cuti lama di rumah, tolak tambah ponteng upssss dapat jugak lah extend cuti jadi seminggu ! Hahaha.


How can it be ? hehehe!
Ashamni, cuti start 5hb iaitu Sabtu, tapi, hari khamis (3hb) i got no class, jadi pagi2 khamis tu i da blah balik kL, and i skip Friday's class. hehe. (but, ekceli, last minute i dapat tau pagi khamis tu ada kelas ganti -.-" )


Dan dalam jam 12 tgh hari camtu, i sampai TBS-BTS . This is my first time been here since dah lama tak balik kL by bus. Last balik masa turun kat pudu lagi. Sekarang ni semua yang dari selatan akan diturun di TBS. No wonder la my friend yang da pernah datang sini dia cakap sangat teruja, sebab i pun teruja jugak ! Hahaha! 

Why ? 
Picture above can tell you. Hehe. Kalau i tak letak caption TBS tu, mesti some of you thought i kat airport. Hehe. sebab i da buat experiment, aiceh ! after taking dis picture i terus upload kat Fb, ade wifi k kat situ ! Terminal bas ada wifi ! Perghh ! haha. and few seconds later got some comments, which some of my friends thought i ada kat airport. see?  heheh!

Tapi terminal ni memang macam airport punnnnnn! 
Terus rasa nak menangis kat situ sebab tak sangka Malaysia da maju camnih ! sebelum ni asyik puji Korea je kan ! Hahahha!

Cuma satu je, i tak puas hati, eskalator untuk naik ke L3 ni, di mana penumpang diturunkan, dan akan terus naik eskalator untuk ke L3 tempat orang menunggu, i rasa eskalator ni patut letak eskalator yang tak bertangga, sebab senang sket bila bawak beg beroda nihh. masa i turun bus tuh, memang i cari eskalator yang takde tangga, yang macam jalan tu. Macam kat certain pasaraya yang untuk bawak troli tu. I rasa eskalator tu lagi sesuai. Huhu.

I rasa i tuleh banyak sangat la, kan ? Takpe, abaikan.

Abah, mama, and adek dah tunggu kat L3. Pastu, terus naik kereta g hotel - Pullman Putrajaya Lakeside. 
Then i macam, okay, time aku takde ni korang duduk tempat mewah pulak ye. Pasrah   T.T

The reason why they ( my family and my maksu's family) menginap kat hotel putrajaya ni sebab sepupu i yang lelaki konvo kat PICC jadi kena la cari tempat menginap yang dekat dengan PICC. Yerlah, i pasrah. sape suruh balik pagi khamis. kan, kan. kalau tak kerana assigment yang kena hantar rabu tu, memang i dah balik rabu malam dan tidur di katil empuk. sobssss!





[source : google ] See, cantik kann ! :D


At first they looking for Shangri-La Hotel tapi tak jumpa. Dan rasanya Pullman ni member sepupu i yang recommend kut, not sure.
Dorang menginap satu malam je sebab kamis malam dah gerak balik Kedah.
Yer, i sempat duduk kejap dan ambil gambar sket je sebelum check-out. Sobssss!


1109. Jom masuk tengok ape kat dalam ! Zassss!!


Pandangan dari tingkap kamar

di bahagian ruang tamu

 Gambar dari dalam cermin. Cermin besar. Tu paksu i tengah duduk di meja makan di dapur. 

I kat depan cermin besar tu. Jenis pantang jumpa cermin, bila da jumpa, camni la jadi nya. =.=


Mama dan Maksu di atas sofa empuk di ruang tamu. kat dinding depannya ada LCD TV.


Abah. Kerusi sikit punya best, tapi duduk kat lantai gak. -.-"




Kitchen.

Bedroom. Kat sebelah kiri tu, ada LCD TV. 


Shower room and toilet. 


Cermin sinki kat bilik air. Kan dah cakap pantang nampak cermin. >.<

Ruang tamu. 

My lil bro pun nak jugakkk. Haha. 




Tudia, some of the pictures taken. 
Yang kitaorang duduk ni, Apartment yang 2 bilik (1 bilik dan 2 bilik tak sama harga), sebab yang bilik biasa da PENUH. Mungkin family2 yang datang anak konvo kut yang memenuhkan semua bilik kat sini. Jadi amek la apartment untuk dua family. Ada dua bilik. Yang gambar  kat atas tuuuuu, satu bilik je, bilik lagi satu i tak masuk pun sebab tu bilik untuk para lelaki (abah, paksu, adek, sepupu laki)

The price quite affordable. Kira berbaloi la dengan facilities semua. Memang puas hati. (:

[source: google] The facilities in the room.



[source : google ] Lebih kurang cenggini la rupa keseluruhan apartment tuh. 



Tu gambar kat dalam. I sempat jugak snap gambar kat luar hotel, i mean dalam kawasan hotel tapi bukan dalam bilik.



Satu je gambar sebab gambar yang lain pun sama jek, kat tempat yang sama gak. Tak sempat nak cari port lain. Semua pakat kalut nak pergi kat sepupu aku yang konvo tu. >.< 

So then lepas da check-out, lepas dah tangkap gambar kat tempat yang sama banyak kali (=.=) , kitaorang bergerak la pergi PICC.  Ekceli, masa I sampai TBS tu sepupu I da abes pun konvo. Jadi i tak sempat pun tengok dia pakai jubah dengan topi tu dengan pegang scroll. I cuma ikut pergi ambek dia kat PICC ni jer.
Pastu amek gambar sket. Hehe !


Nanti I konvo, nak lagi besar dari ni. taknak satu. Nak 2, 3, 4, eh 5 pun boleh, lagi banyak lagi bagus! Haha.


4 orang jer. Lagi sorang tak ikut datang KL sebab ada kelas. Dia tak kaki ponteng cam kakak dia. Haha! Okay, jangan gelakkan I pliss. 



Lepas tu g solat kat Masjid Putrajaya. Dan melantak skali kat sana. Hehe.

Chicken chop. Sedap tapi ayam kecik. Tak puassss. Kalau kat Jusco Taman U, ayam nye boleh share 3 orang. Huhu!




Phewww. 
Banyak nye gambar. =.=
Dah lama tak tempek kan, skali dapat tempek, lebih-lebih pulak. Hehe!



So,sebagai conclusion, sedikit pesanan untuk semua pembaca, 
  • kalau belum pernah jejak TBS-BTS tu, jejak jejak lah ke sana. Cer try naik bus dari Johor balik KL. Hehe. 
  • yang mana pergi bercuti kat KL, ataupun honeymoon ke, menginap la satu malam saja pun takpa, kat Pullman Hotel ni, tak kan menyesal. rasanya sangat sesuai untuk yang nak honeymoon. Heheh!
  • selalunya yang cantik, indah, dan serba lengkap ni, harga nya pun cantikkkk. zzzzz! Yang kitaorang menginap ni hampir Rm700 satu malam .  


Sekian laporan ringkas dan padat dari saya, Haura Malina Hensem. 
Selamat meratah daging korban cicah ayaq asam.


Wassalam. Babai. 





I LOVE MALAYSIA !




Thanks reading !

Wednesday, November 9, 2011

255. Susu Kacang Soya Punca Kanser ?

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual/sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2)

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen/sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung).

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ˜phytic acid" (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3: Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4: link hemaggluttin inilah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuelnya).

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!!! Pergh...!!!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.



Source : http://cancer-b17.blogspot.com



So..agak-agak korang sejauh mana kesahihan maklumat ni ? Hee.

For me, selama ni memang ingat soya bagus untuk kesihatan, tak sangka pulak lain rupanya.
Tapi few years ago, memang pernah ada penghidap kanser cakap kat mama i, yang soya boleh buat kanser makin merebak. Dan sejak tu, memang i kurangkan pengambilan susu soya. Kekadang je minum. Kalau sebelum tu memang tiap pagi nak minum soya. Beli soya kotak besar tu kan. Huhu.


Mungkin boleh search lagi pasal soya nih.

Wallahualam.






Thanks reading !

Tuesday, November 1, 2011

254. You n Me



Bila aku mengantuk waktu talk dan tak faham apa yg d'sampaikan, inilah jadi nye.

Ngehh.

-.-'


Thanks reading !

Monday, October 31, 2011

253. Semakin Allah sayang kepada hambaNya itu...


[source : google]


... semakin kuat ujian buatnya.. 

Setiap ujian ada hikmahnya.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~



source : Jom Share

Thanks reading !

Friday, October 28, 2011

252. Whisper



How i wish, someone text me and thats my name on the screen.
And i could reply, by typing his name, and then send .


Thanks reading !

251. Aku taknak.


Ermm.
Tiba-tiba,
Aku terfikir, dan ter-rasa,
kemewahan,kesenangan,ke-mahal-an mampu buat manusia ada rasa bangga.
Rasa bangga hingga wujud rasa untuk meng-exposed,
Rasa macam jalan sambil angkat dada, rasa macam orang tengok dan kagum.
Ah,macam bangga la,macam nak semua orang tengok.
Kau orang pernah rasa macam tu ?
Pembohong kalau cakap tak pernah.
Pen-tipu !

Tapi
Kalau lah memang pernah,
Tolong lah cepat istifar,
Tolong lah segera sedar,
Angkuh itu bukan sifat kita,
Takbur itu bukan ajaran agama.

Segala nya yang kita banggakan itu, bukan milik kita.
segala nya hak dia.
bersyukur lah.

Jangan angkuh, walhal itu bukan kita punya.

Tuhan,aku tak mahu jadi manusia seperti itu.
Tuhan,tolong selalu ingatkan aku.
Ingatkan aku. Selalu.

Aku, kadang-kadang, macam tu.
Terima kasih selalu ingatkan aku.


Thanks reading !

Thursday, October 27, 2011

250. am here again. Oh my.




Macam biasa.

Thanks reading !

Wednesday, October 26, 2011

249. ...., apatah lagi nak letak tajuk ( Part 2)

'kau nak ape2 tak ? '
Yesss. Aku memang tunggu soalan tu keluar dari mulut didi si gadis starbucks.
'nak java chip.'

Grande java chip.Masuk tekak. Asyik. Tapi caramel memang lagi ummphh!

Gadis gadis yang lain tengah layan roller blade kat SP.
Layan sampai malam katanya.

Timbul p'soalan ; aku sama didi,balek dengan apa nih ? -.-'








Masih di kerusi dan meja yang sama

Thanks reading !

248. Tulis apa pun tak tahu,apatah lagi nak letak tajuk.


Kaki yang bersarung sepatu merah,
Aku goyang ke depan belakang.
Sambil mata kiri kanan,
Melihat manusia sekeliling yg semuanya b'teman.
Rupanya hanya aku sorang duduk sendirian.
Oh, lupa.
Aku juga b'teman ;
Venti caramel frap,buku nota,Bogel Menuju Tuhan, dua gajet merah jambu.
Facebook twitter facebook twitter, bosan.
Bogel Menuju Tuhan,cukup la di sini dulu.
Oh,hujan lebat yang tadi menurun dah berhenti.
Langit dah ceria semula.
Gajet merah jambu,sedang riuh suara Avril.
Venti caramel frap,dah tinggal sisa.
Didi,aku nak tambah lagi satu venti punya boley ?
Aku menggila.




Starbucks Jusco Bukit Indah


Thanks reading !

Saturday, October 22, 2011

246. Either its our first or our second, my heart cant stop saying..





...........terima kasih , awak. 


terima kasih 

terima kasih

terima kasih


awak. 


yes, awak. 



i really meant it. 







Thanks reading !

Tuesday, October 4, 2011

245. Apabila Allah menguji . . .


"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi,maka mereka mesti melihat dengan mata hati,dan memikirkannya dengan akal,agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak,itu petanda penglihatan hati tidak jauh,akal yang pendek".



-solusi-




:")





Thanks reading !

Monday, October 3, 2011

244. Tuhan, permudahkan segalanya.


Aku tak nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri.

Walaupun bukan ini yang aku mahu,
Walaupun bukan ini yang aku minta,
Walaupun bukan ini yang aku harapkan..

Tapi sungguh aku tak mahu pentingkan diri

Aku cuma mahu buat orang bahagia

kerana itu buat aku lebih gembira, melihat mereka.

Walaupun kekadang hati aku meronta.

Pasti...Tuhan lebih mengerti segalanya.

Aku tahu aku mampu, walaupun ada ketika.....  *kaku*










Thanks reading !

Tuesday, September 20, 2011

243. Allah tidak jauh, Doa sentiasa mustajab








Thanks reading !

Thursday, September 15, 2011

242. Kenapa wujud perempuan gedik ? Buat semak otak.

Apa perasaan korang kalau ada perempuan yang suruh mak dia g jumpa mak pakwe korang, suruh satukan pakwe korang dengan dia ? Padahal pakwe korang tak pernah kawan pun dengan perempuan tu. Mak pakwe korang je kawan mak perempuan tu.

Boleh sabar lagi kan. 


Apa perasaan korang bila perempuan tu dah kena reject tapi masih tak faham bahasa jugak, g ajak mak pakwe korang lunch dan bawak pakwe korang sekali ?

Eee. Hangin jugak la kan ! Nak je cabut gigi pompuan tu !


Apa perasaan korang bila perempuan tu amek nombor pakwe korang dari mak pakwe korang, dan mesej pakwe korang ajak lunch tapi pakwe korang cakap busy, pastu dia ajak pakwe korang dinner pulak ?

Grrrr ! 



Apa perasaan korang bila perempuan tu call mak pakwe korang, tanya ada buat apa-apa tak petang, dan mak pakwe korang cakap nak pergi beli barang, dan bila mak pakwe dan pakwe korang dah sampai mall,  perempuan tu dah tunggu kat mall untuk join beli barang skali  !


Erghhh !  




Apa perasaan korang ? Sakit hati ke tak ? Rasa nak tumbuk orang ke tak ?
Aku yang dengar ni pun rasa nak je sula pompuan tu 10x , apatah lagi orang yang kena, ye dak.

Dah si laki tak layan, tak payah la nak sangat sampai macam tu. Haihhh. Bukannya budak sekolah lagi, dah kerja dah pun, tapi perangai tak matang langsung, kan ? Desperate sangat ke hapa.

Kalau ye pun dah suka sangat, belajar la terima hakikat. Kesian la sama kat awek laki tu. Kesian weh member aku. Haihh.

Takde niat nak mengata atau mengutuk, tapi sirius tak boleh tahan wei tengok perangai perempuan macam ni.

Kecuali - perempuan tu memang taktau yang dat guy dah ada girlfriend. So, memang tak boleh salahkan dia la . -.-"

*ni kisah member aku, tapi aku yang hangin. Hahaha. *  



Well, aku pernah la terkejar-kejar gyle kat member baik aku. Nak buat camne, dah hati suka sangat. For years okayyy. HAha. Tapi, bila dia dah ada girlfriend, aku stop la buat benda bodoh dan tak malu tu, sebab bila dia dah pilih orang lain means memang dah confirm dia taknak kat aku  , so tak payah la nak kacau rumah tangga orang. sekian.











Thanks reading !

Tuesday, September 13, 2011

241. Rindu nak bersiar kat blog korang lah !

Hai korang.

Macam biasa la ; entry pendek. Hee.
Banyak benda nak di cerita sebenarnya. Nak cerita pasal Korea, pasal P.Pinang, pasal raya, pasal dah masuk sem baru, tapi tu la, entah bila nak rajin entah. Haha. Bukan pemalas sangat sebenarnya, cuma tak sempat nak jenguk lama-lama dan buat entry panjang berjela.

Dah masuk sem baru ni, dah mula busy dengan kelas. Bila malam dah mula busy dengan benda merapu. Biasa la, geng labut, suka buat benda x dirancang. Ngahaha. Macam tadi la kan, asalnya pergi meranti nak dinner. Masuk 20 hengget dalam poket dan kunci bilik jer. IC, matric card memang tak bawak. Meranti je kan.. Haaa..Meranti la sangat. Pegi melantak penyet kat Pinang Taman U ade la. Hahah. Lepas tu terus gi Giant tengok Hantu Bonceng. Ngehh, terbaik kan. Haha.

Benda yang tak dirancang ni selalunya menjadi dengan cemerlang dan jayanya tau. Ha ha ha.

Pastu bila balik mula cuak takut makguard mintak matric card. Takkan baru first day sem baru, dah kena denda takde kad matrik, ye dak ? Budak skema mana boley kena denda awal sem cmnih. Hah ha.

Okay la korang, report gua tak siap lagi, boley pulak bukak blog ni haa.

Tak sabar weekend, boley jalan-jalan kat blog korang. Eceh ! ;D

Okay, selamat malam.



Besok kelas jam 11. Heaven nya. 






Thanks reading !

Friday, September 9, 2011

240. Quote of The Day #1



When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.


Alexander Graham Bell



Thanks reading !

Friday, August 26, 2011

239. Cinta Kura Kura . .


...serius lawak ! Gerenti best nih !

Tak caye ?

Cer korang tengok trailer filem nih


Zasssss !





Penyu abah kau ! 

Hahah !

woi woi sape setan ni setan !  

Haha !


Okay, lagi 5 minit nak masuk waktu berbuka.

Selamat berbuka orang2 utara. Hehe. Yang bukan utara, mesti dah selamat makan. Hee.

Oh btw, aku peminat Tiz Zaqyah. Saja nak bgtau. Haha.







Thanks reading !