Friday, December 9, 2011

266. Ombak Rindu and Twilight Saga : Breaking Dawn

Hai korang. Huehuehue.

Baru ada masa nak update pasal benda nihh. Sighh. Tak ada masa sangat pun... Thesisss banyak kena buat pembetulan :(
Tapi..abaikan je lahh benda tu, nanti-nanti je buat... zzzzz!  Padahal ESOK dah nak email kat lecturer >.<
Huhuhu.

Satu hari dua cerita. Aci dak ? hehe.


Ombak Rindu.

Ngehh. Orang lain dan berkurun buat entry pasal ni, aku baru sibuk nak buat hari ni. Hahhaha. ape2 je lahh, blog aku kan. hehe!


So, Ombak Rindu kan release, 1hb doblas, one day before tu memang aku dan roommate aku, Mira, dah plan dah nak pegi tengok. Plus, 1hb tu aku memang takde kelas langsung. Yes, aku memang takde kelas pada hari Khamis, so tiap minggu kira aku cuti 3 hari lahhh. Hahaha.  tapi Mira nak jumpa supervisor, so ktorang keluar jam 3 lepas dia dah settle hal2 dia tu. Dan ktorang berempat ( aku, mira, alia, gee) tengok Ombak Rindu yang pukul 5 petang punya, kat Giant Taman U. Ktorang dapat seat yang agak depan, sebab penuh ! Hmm. depan pun depan lahh, asalkan dapat tengok. Huhu.

and, apa yang boleh aku katakan lepas dah tengok filem ni, tak sampai aku punya expectation. Kalau baca novel, memang lagi whoaaaa! tapi bila tengok movie ni, aku rasa macam...tak sama dengan apa yang aku expect, tak rasa nak cakap whoaaaa! pun..


But that doesnt mean cerita ni tak best bagi aku. Cerita ni okay, aku suka jalan cerita and skrip nya, cuma macam x puas tengok.. macam setiap part tu sekejap2 je. kalau ikut novel, kan memang macam2 Izzah kena hadapi sebelum baik dengan Haris. tapi yelahh, kalau ikut novel tu sebijik, agak2 nya berapa jam la ek movie ni. HUHU. and ada scene2 tu jugak yang tak sempat habis cakap, dah masuk scene lain. Apecer ?


Erm, yang lain komen aku, part Haris balik rumah dia, Izzah pakai telekung nak solat, tapi dia tanggalkan semula bila Haris ketuk2 pintu. Izzah pakai inner and kain batik, and tutup kepala dengan tuala kecik. masa tu Izzah tak kawen lagi kan dengan Haris. Kalau dah Izzah tu menjaga sangat, kenapa tak je dia pegi bukak pintu dengan pakai telekung tu instead of wearing that tight inner. Heh. and kalau ye pun memang taknak buat Izzah pakai telekung g bukak pintu tu, pakai lah baju elok sket, perlu ke nak pakai inner je? Haihh. tak faham aku cerita melayu nihh.


Lagi satu, Lisa dalam cerita ni tetiba sexy pulak ek. Sirius aku terkejut. Sebab selama ni aku mengganggap lisa tak akan pakai baju yang mendedahkan ketiak mahupun bahu.  Tapi dalam cerita ni..... aku dan member2 aku saling berpandangan....  Part lisa dengan aaron yang korang paham2 sendiri tu lagi lahh... Hmm... Terkejut lagi sekali.


And another one thing, baju putih yang si apa nama entah pakai tu. Lupa pulak. Sowwie. Aku macam, what the heck kau pakai macam ni?? Failed. Perlu ke nak pakai yang melekat kat badan sampai macam tu sekali. dah la kaler putih, memang nampak perut buncit, selulit, semua terbonjol keluar. adoii. aku pulak yang termalu kat situ. Kalau nak pakai dress singkat2 tu boleh tahan lagi, tapi, tak payah ler nak pakai yang dah macam sarung nangka tuuuu,, buruk benau aku nengok. sory, bukan nak mengutuk tapi aku rasa, pemilihan pakaian sangat penting.


Okay, sebelum aku teruskan, aku harap takde la peminat Ombak Rindu yang nak hentam aku balik  sebab aku rasa aku cuma sampaikan pandangan aku dan apa yang aku rasa tak betul dan tak patut. HUHU.


Tapi overall, cerita ni okay ( <----bak kata fynn, ayat standard selepas mengata) , aku pun nangis,, haha, cuma itu lah, aku rasa cerita melayu tak perlu kut nak pakai sexy sangat, and ada scene kiss bagai, dan scene2 tetttttt!  family yang bawak anak2 tengok, macam mana la ek, huhuhu.



[tetiba pandangan aku sama pulak macam Fynn Jamal. Hehehe. 
korang boleh baca full version di sini (klik sini)]





Twilight Saga : The Breaking Dawn

Lepas habis Ombak Rindu, ktorang pegi makan..and...karok sejam.. Heee. Keluar je bilik karok, dalam pukul 10 macam tu, member aku dapat SMS, kelas BI takde. Perghhh! menjerit aku kat situ! haha. aku memang selalu excited terlebih bab-bab takde kelas nih. hehe!  So, apa lagi, terus naik tingkat atas tempat wayang, sambung tengok Twilight yang jam 10.15 punya.

And again, hmm, memang 1hb ni nasib aku kut untuk tengok cerita2 yang mempunyai unsur-unsur....zzzzzz!  Mana yang dah tengok tu, paham la kan =.=


Twilight kali ni, Bella kawen dengan Edward. manusia kawen dengan  vampire . dan lepas kawen, dorang honeymoon. memang lama betul part honenymoon nihh =.=


Dan lepas tu, Bella pregnant. and masa pregnant nih, memang keadaan Bella teruk sangat. tu kan anak vampire, so aku rasa baby dalam perut tu isap darah Bella la. sampai dia da pucat kurus kering. sampai kan, at last, dorang jumpa cara untuk selamatkan Bella dengan kasi dia minum darah. dan, Bella mati masa lahirkan baby dia. and,, dia hidup semula sebagai vampire.. Huhu.

Dan, sape2 yang baru nak pergi tengok, maaf lah, korang dah tahu dulu ending nye. Hehe.




[Bukti. Haha]  ;P




So apa pulak pendapat korang ? Boleh share sini. Hee. ;D








Thanks reading !

2 comments:

[SAYASKEMA] said...

tetiba aku rasa nak tengok twilight..mcm ngeri ja..hahaha..

buat keja wey~~~

Unknown said...

mmg ngeri sangat, rasa nak tutup mata je. haha xD