Sunday, April 8, 2012

288. Perempuan ini






Percaya aku cakap, 
tak semua hati manusia itu sama rasa, sama cara.
Walau sama jantina nya - perempuan, 
tapi dalam rasa, dalam suka, dalam sayang, dalam cinta, tak akan pernah sama.

Yang kecewa hari ini, esok nya sudah boleh lupa - ada
Yang ditinggal hari ini, esok lusa sudah boleh cinta semula pada yang baru - ada
Yang kecewa berbulan dulu, tapi hingga sekarang sisa cinta itu masih bernyawa - ada
Yang tak dihargai bertahun lama, tapi hingga saat ini, masih punya rasa untuk bersama - ada

Ada. Tak mustahil semua itu boleh ada.

Percaya aku cakap,
ramai yang hati nya pada yang kecewakannya.
ramai yang hati nya masih pada yang menolaknya.
ramai yang hati nya masih pada yang tak pernah menghargai diri nya.

Itu perempuan.
Hati nya lembut, jiwanya rapuh.
Bila dia benar cinta, sukar untuk lupa.

Perempuan ini - dia kecewa.
Bila mana orang yang dia percaya  akan menerima dia,
Bila mana dia ikhlas bertahan dengan harapan satu hari nanti orang yang dia cinta itu akan memandang ketulusan hati nya, akan  menghargai kesabaran dirinya menanti,
Bila mana orang yang dia harapkan itu, 
akhirnya tidak memilih dia. 

Perempuan ini - dia mengalah. 
Mengalah agar arjuna yang dia cinta itu, bahagia dengan perempuan yang di cinta.

Perempuan ini - korbankan perasaan yang bertahun ada itu.
Biar dia alihkan rasa itu, agar dia tak mengganggu bahagia orang yang dia cinta. 
Ya, biar dia matikan rasa itu, agar dia tak gila mengganggu  arjuna nya yang sedang bahagia.

Ditahan hati nya,
disiksa jiwa nya,
disekat rindu nya,
disebat cinta nya,
semata-mata untuk lupa.
Agar dia tak mengganggu yang bukan miliknya. 

Tapi -

Apa senang melupakan cinta dalam sekelip mata ?
Apa senang mematikan rasa yang sudah bertahun bernyawa ?
Apa senang menukar cinta dalam sekejap sahaja ?
Apa senang mengalih cinta pada yang baru dikenali nya ?

Manusia menuding jari, 
melihat perempuan ini yang cepat ada pengganti.
Apa pernah kau selami hati nya sebelum kau menganggap dia player ?
Manusia mengata,
melihat perempuan ini yang tahunya sudah lama cinta si jejaka, tapi tak sampai setahun ditinggalkan, ah sudah ada yang baru pula.
Apa pernah kau selami apa dia rasa sebelum kau terus melontar kata cinta nya tak pernah setia ?

Percaya aku cakap,
perempuan lembut hati nya.
perempuan setia cinta nya.
setia - walau bukan pada yang membalas cinta.

Kerana itu, perempuan selalu ada,
bila orang yang dia suka perlukannya.
walau dia cuma di cari bila diperlu saja, 
perempuan diamkan gelodak hati nya, senyum mengukir kata, 
asal kan dia boleh ada untuk arjuna yang dia cinta.
perempuan diamkan luka jiwa nya, diamkan kecewa hati nya, 
agar dia tak mengeluarkan kata yang meluka arjuna.

Perempuan ini -bertahun abadikan diri. 
Setia pada yang tak pernah menerima.
Menanti pada yang hanya datang bila sunyi.
Berharap pada yang mulut manis bermain kata tanpa tepati.

Kerana, cinta. 

Perempuan ini - tak pernah mencari
Perempuan ini - menolak yang mahu menghargai 

Kerana, setia pada arjuna yang menganggap dia sekadar kawan biasa.

Perempuan ini - yang dianggap kawan,
tapi 
dilayan bagai yang istimewa, 
diberi lagu-lagu yang lirik nya penuh rasa cinta adam pada hawa,
ditabur harapan bagai mahu hidup bersama,
hakikatnya - perempuan ini dianggap kawan sahaja.

Apa perempuan ini juga yang disalahkan bila dia jatuh cinta ?
Apa perempuan ini juga yang disalahkan bila dia berharap cintanya diterima ?

Apa memang salah dia sahaja?
Si arjuna yang memberi itu tidak salah apa?
Apa memang ?


*pause*


Perempuan ini - mengalah lagi.
Paksakan hati menerima yang mahu menyayangi.
Paksakan hati bagi peluang pada yang ikhlas sudi.
Paksakan hati untuk lupa, yang dicintainya.

Percaya aku cakap,
bukan seorang dua yang aku jumpa,
bersama yang baru untuk lupa yang lama.
Ramai begitu.
Lelaki perempuan, ada.

Bukan mudah, lupakan cinta pertama,
walau tak mustahil, tapi tetap ambil masa.

Dan kenapa harus, arjuna yang hanya menganggap kawan itu kembali,
mengungkit semula kenangan lama,
memberi semula lagu-lagu cinta,
sedangkan dia hanya mahu menganggap kawan sahaja.
Mengapa harus kau begitu, arjuna ?

Apa kau lupa, dia itu yang pernah ada cinta,
Apa kau lupa, dia itu yang belum sampai setahun kecewa,
Apa kau begitu yakin dia sudah tak punya apa rasa,
untuk kembali dijadikan bagai dulu semula ?

Kerana kau tahu, dia sudah ada yang punya,
jadi kau rasa mustahil untuk dia masih cinta?


*ketawa*


Ulang -
Apa senang melupakan cinta dalam sekelip mata ?
Apa senang mematikan rasa yang sudah bertahun bernyawa ?
Apa senang menukar cinta dalam sekejap sahaja ?
Apa senang mengalih cinta pada yang baru dikenali nya ?

Apa kau fikir perempuan ini senang untuk lupa? 

Perempuan ini - 
walau dia cuba alihkan cinta,
walau dia cuba padamkan rasa,
tapi masih , dalam tempoh yang belum boleh dikata lama,
sisa-sisa itu ada.

Perempuan ini-
masih tak mampu untuk menjadi kawan biasa yang tak punya apa rasa.
Perempuan ini -
sudah tidak mampu untuk jadi perempuan yang dahulu,
yang pendam sesak jiwa dada demi kerana si arjuna yang di cinta.
Perempuan ini -
sudah tidak mahu dilayan istimewa sedangkan hanya di anggap kawan sahaja.
Perempuan ini -
sudah tidak mahu diberi lirik cinta sedangkan dia hanya seorang kawan biasa.
Perempuan ini -
mahu lupa segala cinta yang bertahun ada,
mahu padam segala harap yang tak mungkin jadi nyata.
Perempuan ini -
walau dalam terpaksa untuk lupa,
walau dalam payah membina cinta,
dia harus tetap cuba. 
Perempuan ini -
walau pada awal ini dia menipu diri,
walau pada awal ini, manusia menuding jari dia mempermainkan lelaki, 
tapi dia yakin, suatu hari, hati yang ikhlas ini pasti Tuhan bantu.
Hati yang berusaha untuk lupa,
hati yang berusaha untuk cinta pada yang jujur perasaannya,
pasti Tuhan tak akan biarkan dia hadapi sendiri saja.


*tarik nafas*


Manusia,
kau kembali melayan perempuan ini umpama kekasih hingga mati.
sedangkan kau tahu perempuan ini yang pernah cinta kau sepenuh hati.
mana mungkin dia lupa dalam tempoh sebulan dua,
sedangkan lebih dari setahun dua dia mencinta.

Ulang -
Apa kau fikir senang melupakan cinta dalam sekelip mata ?
Apa kau anggap senang mematikan rasa yang sudah bertahun bernyawa ?
Apa kau pernah, menukar cinta dalam sekejap sahaja ?
Apa kau ingat senang mengalih cinta pada yang baru dikenali nya ?

Manusia, 
berhenti lah mengata dia tidak jujur,
berhenti lah menganggap dia penipu,
berhenti lah menuding dia si perempuan jahat,
yang curang dengan lelaki nya.

Cuba faham derita hati nya.

Harus kau tahu,
demi bahagia mu,
dia seksa jiwa dengan menjauh,
demi lupakan mu,
dia tipu hatinya yang masih mahu,
demi padam cinta,
dia paksa berhenti dari menunggu,
demi diri nya yang kian hancur,
dia cuba, terima,
dia cuba, bahagiakan yang menghargai.

Sekurang-kurangnya,
dia cuba untuk lupakan,
dia cuba untuk padamkan,
agar tidak terus mengganggu bahagia mu.


Harus nya kau tanya, apa dia jadi setelah kau pergi.
Harus nya kau tahu, apa jawapan yang dia beri.




**************************  


Yang boleh berkawan semula dengan orang yang pernah di cinta,
adalah yang sudah tidak punya rasa apa.

Payah untuk berkawan biasa, dengan orang yang kita masih ada rasa.

Mungkin tidak bagi orang lain, tapi sukar untuk perempuan ini.



*************************** 


*dua tahun lalu, waktu kau hadiahkan si bebe itu, apa waktu itu perempuan ini hanya seorang kawan sahaja ? apa waktu itu kau memang tak punya walau sikit pun rasa cinta ? kenapa waktu itu kau tak jujur kata perempuan ini hanya sekadar kawan biasa yang tak mungkin kau terima jadi suri hidup sampai bila-bila. kenapa kau tak kata ? * 


*kenapa kau begitu yakin, belum hampir setahun kau pergi, perempuan ini sudah tidak cinta ? apa kau fikir lima enam tahun suka, boleh dipadam sekelip mata ? *


***************************


-- Pada awak yang menghargai, terima kasih kerana mengerti keadaan saya yang begini. Maafkan saya tak cukup baik untuk awak yang cukup sempurna. 





Bak kata leplep ; kadang-kadang kebahagiaan bermaksud melepaskan.


Thanks reading !

No comments: