Monday, March 5, 2012

287. Pernah berhutang ? Atau mungkin sedang berhutang ?




Kenapa sesetengah manusia terlalu meremehkan soal hutang ? 
Mempunyai wang tapi sengaja melengahkan pembayaran dan tidak  membayar langsung hutang sedangkan ber-wang, malahan wang nya digunakan untuk perkara lain yg tidak penting.
Sedangkan masa meminta pinjam, mulut manis berjanji beratus kali untuk pulangkan. 
Dont they know, itu berdosa ? 
Selesaikan dahulu apa yang penting.
Tak ke takut andai dia yg kita pinjam wang nya itu,
pergi dahulu tanpa sempat kita memohon maaf?
atau kita si peminjam ini yang ditarik dahulu nyawanya dalam keadaan sengaja tidak mahu membayar atau sengaja melengahkan demi membeli kehendak yang lain bila ber-wang ?  




"Alah kau, 50 pun berkira " 




Ini bukan soal berkira, ini soal janji, soal amanah, soal kejujuran, soal kepercayaan. 
memang 50 ringgit itu boleh saja dibiarkan,
tapi kalau sudah beratus beribu ?
memang boleh saja dihalalkan, wang bukan boleh dibawa masuk liang lahad, 
tapi tidak kah kau rasa malu, 
tidah kah kau rasa bersalah, 
meminjam tetapi lari dari membayar ?
apa Tuhan tidak tahu ? 


dan apa kau tidak pernah tahu betapa kecewanya seorang sahabat bila kepercayaan yang diberi,
dan kau yang dia bantu waktu kau kesusahan,
akhirnya dia juga yang ditikam jauh ke dalam. 
apa kau tak mengerti sakit kecewa itu ?


andai kau tahu, 
dia mungkin tak akan lama bersama kita,
andai kau tahu itu.. 
pasti kau menangis... macam aku.


aku tahu dia halalkan ribu itu,
tapi pasti,
hati nya kecewa dibuat begitu. 


mohon lah maaf sementara masih ada waktu,
ajal kita tiba bukan boleh ditentu.


cuba letak kan diri kau ditempatnya.
cuba rasakan sakit kecewa itu. 






(segala ini tiada kaitan dengan sahabat2 wa. ini wa tulis bg pihak org lain. seseorang yang bertarung untuk hidup, tapi dalam masa yang sama, ditipu beribu oleh sahabat baik sendiri. kenapa manusia sering terlupa untuk memikirkan perasan org lain ?  sedangkan dia itu yang pernah kita gelak ketawa bersama. sedangkan dia itu yang ada waktu semua yang lain lari dari sediakan bahu. kenapa manusia sering lupa ? )






p/s : Err,,, kalau aku ada tak bayar duit korang, gtau ekhhhh !  >.<


Thanks reading !

2 comments:

shahirahsofie said...

kak haura , ingat tak hari tu akak hutang shas ? agak2 bila boleh bayar ? tak bayo dosa :P hahahaha

Unknown said...

aaaaaaa akak hutang ape ek shas ?? x ingat lar >.<