Macam dah banyak hari tak hupdate belog. kan kan. Well, aku kan
Lagi 7 hari kan nak raya. Means, tolak tambah campur bahagi ada la dalam 336 jam je masa yang tinggal untuk aku berfoya-foya sepuas nya di rumah. Saja kira dalam jam biaq nampak lama sket, padahal... Sobs Sobs.
Okay, sebenarnya aku bukan nak cakap pasal raya mahu pun cuti aku yang dah makin nak habes nih. Sebenarnya aku nak cakap pasal sesuatu yang baru dalam belog nih which is blog header.
Pada yang pernah jenguk blog aku, mungkin korang perasan hari ni belog ni dah tukar topi. Topi belog ni aku dah gantikan dengan topi baru. Hehe...
Sehari suntuk buat semalam. Header tu aku start buat petang dalam jam 5 camtu. Pastu malam sambung lagi, pastu masukkan dalam belog. Sampai jam 5 pagi baru siap semua. =.=
Mesti ada yg cakap,
"Buat header buruk camni amek masa sampai 12 jam?"
"Budak ni takde skill langsung, buat header macam 1 jam siap ni pun dia buat sampai berbelas jam."
"Ape la budak ni, bla bla bla... "
Okay, takpe, aku tak marah kalau ada yang cakap macam tu, sebab aku tau takde yang akan cakap macam tu, sebab korang kan baik-baik. ( Bulan puasa harus bersangka baik. Hehe. )
Sebenarnya, bukan buat header tu yang lama, nak masukkan header tu dalam blog yang buat aku macam nak pecah kepala.
Kenapa ?
Begini jalan ceritanya.
1. Ni rupa lama header belog aku.
Header ni takde kena lukis bagai pun. Just HTML je. Tambah background color untuk title tu. Jadi la camtu.
2. Kemudian aku design header ni dan cuba masukkan dalam belog.
Tapi... ini la yang paling sadis skali. Korang tengok la gamba aku tunjuk tu, HEADER TAK BERSAMBUNG DENGAN BODY. Haishh. Aku ubah-ubah coding, tak jadi jugak. Habis rosak coding ada la. Berjam tau buat ni, tapi...kecewa juga yang aku terima. Oh btw, untuk letak header ni, aku tuka template kepada Picture Window. Sebab kalau guna Ethereal, nanti background header takley pakai background belog, background header tak jadi macam transparent. Err, korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan ?
Aku cuba juga ubah coding template asal aku ; Ethereal ; cuba untuk letak header kat luar, tapi tak jadi. Header tetap ada dalam kawasan putih gak.
Aku tuka guna template lain, header tak bersambung pulak dengan body. Ayyak.
Jadi, ada sapa-sapa tau apa sebab nye tak header tu tak bersambung ? Ajar aku boley ? Nanti aku belanja topup rm5 !
Bulan puasa tak boley menipu k.
3. Seterusnya, since tak jadi macam yang aku nak, aku surrender la, tak payah nak buat macam transparent sangat kan. Sobs sobs. Aku guna semula template asal and jadi la macam ni.
Tapi...tak center pulak ! Grrr ! "Haura Malina Hensem" tu nampak macam ke kanan sangat dan membuatkan sebelah kiri nampak banyak kosong. Memang nampak tak center la. Satu kerja pulak kena google carik tutorial untuk centerkan header. Buat punya buat, tak center jugak. Jadi, bermula lah pengembaraan seterusnya...
4. Aku touch up lagi header supaya sebelah kiri tu tak nampak kosong. Kiranya tak ada la korang perasan header tu tak center.
Then, da siap, aku pun masukkan la header, tapi kan.... zzzzzzzzzz kecewa lagik !
Width belog aku, 960px, header pun aku buat 960 gak, tapi still jugak tak muat semua, kira nya ada bahagian tepi yang tak masuk.
Fine.
Sabar.
Aku kecikkan sket baru, ley masuk semua.
Phewww.
Dan, ini lah hasil nya ,
1. Haura Malina Hensem - Tuan empunya belog. Hehe...
2. Love and Pain Make Us Human - Nama belog atau description pun boley. Haha
3. Tali bentuk hati + Quote " ikhlas & sabar itu lah Islam" (Ayat-Ayat Cinta )
Ekceli tali bentuk hati tu macam tali gantung pun ada jugak, tapi Haura pusing biar tak nampak macam tali gantung. Heheh. Dan itu symbol of pain. And that quote, adalah kata-kata semangat yang selalu Haura bisikkan pada diri sendiri bila hati tak kuat. Ikhlas dengan apa yang pernah kita beri atau korbankan, ikhlas dan redha menerima ujian yang Allah berikan, dan bersabarlah menghadapi nya. Sesungguhnya, ikhlas dan sabar itu pasti akan dibalasi dengan kemanisan. (:
4. Love - Symbol of love. Love ties us together.
5. Heart rope - for '&'. Love and Pain. Nampak macam semak kan letak heart rope ni tapi cantek, so kena letak jugak walaupun jadi serabut. Haha.
6. Ni belog Lyssa. Ushar tutorial dia. Hehe. Singgah ler. Klik nama bawah ni.
Eh korang, macam panjang dah kan entry ni ?
Okay la, bai.
Eh sebelum tu, korang rasa okay tak header nih ? Kthxbai.
2 comments:
ala, siannya. dugaan bulan puasa kan. cube tutorial kat sini plak. :)
http://anis-diyana.blogspot.com/p/tutorials.html
Wahh, banyak nye tutorial dia. Haura tak pernah jejak pulak blog ni. Thanks ye daya ! berguna sangat. ^_^
Post a Comment