Monday, August 1, 2011

229. Ramadhan 1432H... A new beginning...

Assalamualaikum.

Olla peeps !

Syukur kerana dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah.

Ramadhan 1432H. A new beginning. Yeahh, for me, dan mungkin juga untuk anda anda dan anda di luar sana.


Apa yang gua maksudkan dengan new beginning is... Rasanya tak perlu lah gua nak explain satu satu kat sini sebab gua malas gila nak bercerita hal yang terlampau peribadi kat blog. gagaga.

Cuma...kawan-kawan rapat gua, dan kawan-kawan sekepala gua, most of them tahu apa yang dah berlaku kat gua. 

Entah. Gua bukan jenis nak bercerita pada semua orang. Gua hanya buka mulut pada orang yang memang betul-betul rapat dengan gua. 

Tapi, mungkin kerana, gua dah penat, menyimpan sorang-sorang, penat nak hadapi sorang-sorang, penat untuk terus berpura-pura yang gua happy tapi sebenarnya tak, mungkin kerana itu gua biarkan mereka-mereka tahu apa yang berlaku, apa yang terpaksa gua tanggung.

Langsung tak bermaksud gua nak malukan siapa-siapa. Cuma, gua cuma, tak mampu nak hadapinya bersendirian. Bila sahabat sahabat tahu kemurungan gua, sekurang-kurang nya mereka bagi gua kata-kata semangat and cheer up gua. Sekurang-kurang nya mereka buat gua makin ketawa, ketawa, dan ketawa.

Terima kasih banyak sahabat sahabat !  Aku sayang sangat kat korang wekh ! Nanti aku belanja aiskrim k ! HAHAHA.

Dan, terima kasih banyak Tuhan, kerana panjangkan umur aku. walaupun, pada mulanya gua jatuh, gua minta pada Dia untuk bawa gua pergi jauh. Jauh. Sebab gua betul-betul tak boleh nak bangun semula. Gua berdiri untuk solat, boleh gua terjelepuk jatuh. Bayangkan. Sampai ke tahap tu gua punya sedih, kecewa. Sampai nak mengadap Dia pun, gua kena berperang dengan air mata. Malu. Gua menangis sewaktu bertemu Dia, hanya kerana seorang hamba. Gua malu sangat. Tapi gua yakin, Dia Maha Mengetahui, Dia Maha Tahu apa dalam hati gua, apa  yang gua rasa. 

Satu persatu gua ditunjukkan dengan kabar-kabar kematian. Accident sana sini. Umur-umur muda dah dijemput pulang. Gua jadi takut. Padahal gua minta pergi jauh, tapi kenapa gua takut pulak ? Satu sebab. Takkan gua nak pergi dalam keadaan gua tengah jatuh sekarang ni ? Apa dah cukup, bekalan gua kat sana nanti ? 

Gua serabut.

Gua malas nak fikir apa-apa.

Yang gua tau, gua cuma nak seronok. Funn funn funn. Gelak tawa sampai gua lupa sedih yang gua ada. 

Gua busykan hidup dengan kerja. Dengan kawan-kawan. Gua happykan diri gua sendiri. Semata-mata untuk lupakan hamba tu. Dan dalam masa yang sama, gua minta, panjangkan umur gua, bagi gua masa, untuk hilangkan semua kesedihan ni, dan lepas tu, gua tau, gua akan okay, jadi semula diri gua macam yang sebelum ni.

Empat bulan.
Gua rasa terlalu banyak masa yang dah gua habeskan untuk berpoya-poya, bersuka-ria. tapi memang dalam masa yang sama, gua harap Dia takkan berhenti bagi gua masa, bagi gua peluang, dan sambil gua berharap, Dia ampunkan gua. *gumam*

Gua jahat.

Tapi kebanyakan, bukan kebanyakan, boleh di kata semua yang kenal gua, cakap gua baik, penyabar. Gua bukan nak puji diri, tapi memang betul. Orang-orang Nasi Ayam pun cakap gua baik, sabar.  


but, it just because, they do not know how bad I have been. 


Alhamdulillah, Dia bagi gua masa.

Gua dah janji dengan diri gua, masuk Ramadhan yang mulia ni, gua akan pastikan yang gua pulih sepenuh nya. Gua taknak dah jadi orang lain. Gua nak jadi diri sendiri.

Kadang-kadang, bukan kadang-kadang tapi selalu,gua rasa malu pada Dia.
Banyak yang gua inginkan, tapi gua diam tak meminta. kerana memikirkan terlalu banyak dosa yang gua lakukan, apa masih layak untuk terus gua meminta pada Dia ?

Tapi...macam gua cakap, Dia Maha Mengetahui tiap apa dalam hati. Even gua tak minta pun, tup tup Dia bentangkan depan mata. Gua taktau nak cakap apa. Gua tengah teruk macam ni, Dia masih bagi apa gua nak.

Sebab tu, gua nak cuba untuk berubah. Cuba untuk jadi balik diri gua yang dulu, jadi balik gua yang hebat, gua yang sebelum gua jatuh ni.

Ramadhan ni, awal-awal lagi gua dah sedar, gua akan berpuasa dan beraya tanpa hambaNya yang seorang tu.
Tapi tak apa, sebab gua yakin, Tuhan tak akan saja-saja menguji hambaNya. Dan gua yakin, tiap apa yang Tuhan tentukan, pasti ada hikmah yang terbaik untuk kita. 


Gua tahu, gua masih belum mampu untuk jadi betul baik sepenuhnya.
Sisa-sisa perangai jahat tu masih ada. Cuma, gua akan cuba sehabis baik untuk kawal semua tu.
Tapi...err...tapi kalau gua terbabas jugak macam mana? Hee.No comment.. Hehe...


But at least, I try to be good, rite?  :P




buat "AA" yang mahu berubah
berubah lah walaupun payah
berubah la ke arah hidup yang lebih indah
sanggup nak sia-sia kan hidup tanpa redha-Nya ?

[aku copy ayat hlovate. hee]





Mati itu bila, tak ada siapa tahu. Tapi, mati itu pasti, semua tahu.



Maafkan aku.



Budak tepi jalan tak akan selamanya jadi budak tepi jalan. Tapi sekali sekala jadi jugak lah. ERKK. Hee.







Thanks reading !

No comments: