Friday, August 26, 2011

239. Cinta Kura Kura . .


...serius lawak ! Gerenti best nih !

Tak caye ?

Cer korang tengok trailer filem nih


Zasssss !





Penyu abah kau ! 

Hahah !

woi woi sape setan ni setan !  

Haha !


Okay, lagi 5 minit nak masuk waktu berbuka.

Selamat berbuka orang2 utara. Hehe. Yang bukan utara, mesti dah selamat makan. Hee.

Oh btw, aku peminat Tiz Zaqyah. Saja nak bgtau. Haha.







Thanks reading !

238. Jom EXCHANGE LINK !

Selamat Pagi Semua ! Hihi

Korang, jom exchange link nak ? 

Kat sini (click sini)

Nanti boleh Haura lawat blog korang !

Tak pun, korang boleh terus click kat tab menu, kat atas tu.

Tab menu yang macam dalam gambar nih. Click Link Exchange. Okaii ?


Korang tinggalkan URL korang tau ?  Tau tau ?





Thanks reading !

Monday, August 22, 2011

237. Wooot wooot ! Dah ada pengganti seyh !

Hai semua.

Macam dah banyak hari tak hupdate belog. kan kan. Well, aku kan pemalas busy sket. ;D

Lagi 7 hari kan nak raya. Means,  tolak tambah campur bahagi ada la dalam 336 jam je masa yang tinggal untuk aku berfoya-foya sepuas nya di rumah. Saja kira dalam jam biaq nampak lama sket, padahal... Sobs Sobs.

Okay, sebenarnya aku bukan nak cakap pasal raya mahu pun cuti aku yang dah makin nak habes nih. Sebenarnya aku nak cakap pasal sesuatu yang baru dalam belog nih which is blog header.

Pada yang pernah jenguk blog aku, mungkin korang perasan hari ni belog ni dah tukar topi. Topi belog ni aku dah gantikan dengan topi baru. Hehe...

Sehari suntuk buat semalam. Header tu aku start buat petang dalam jam 5 camtu. Pastu malam sambung lagi, pastu masukkan dalam belog. Sampai jam 5 pagi baru siap semua.  =.=

Mesti ada yg cakap,

"Buat header buruk camni amek masa sampai 12 jam?"

"Budak ni takde skill langsung, buat header macam 1 jam siap ni pun dia buat sampai berbelas jam."

"Ape la budak ni, bla bla bla... "

Okay, takpe, aku tak marah kalau ada yang cakap macam tu, sebab aku tau takde yang akan cakap macam tu, sebab korang kan baik-baik. ( Bulan puasa harus bersangka baik. Hehe. )

Sebenarnya, bukan buat header tu yang lama, nak masukkan header tu dalam blog yang buat aku macam nak pecah kepala.

Kenapa ?

Begini jalan ceritanya.


1. Ni rupa lama header belog aku.




Header ni takde kena lukis bagai pun. Just HTML je. Tambah background color untuk title tu. Jadi la camtu.


2. Kemudian aku design header ni dan cuba masukkan dalam belog.



Tapi... ini la yang paling sadis skali. Korang tengok la gamba aku tunjuk tu, HEADER TAK BERSAMBUNG DENGAN BODY. Haishh. Aku ubah-ubah coding, tak jadi jugak. Habis rosak coding ada la. Berjam tau buat ni, tapi...kecewa juga yang aku terima. Oh btw, untuk letak header ni, aku tuka template kepada Picture Window. Sebab kalau guna Ethereal, nanti background header takley pakai background belog, background header tak jadi macam transparent. Err, korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan ?

Aku cuba juga ubah coding template asal aku ; Ethereal ; cuba untuk letak header kat luar, tapi tak jadi. Header tetap ada dalam kawasan putih gak.

Aku tuka guna template lain, header tak bersambung pulak dengan body. Ayyak.

Jadi, ada sapa-sapa tau apa sebab nye tak header tu tak bersambung ? Ajar aku boley ? Nanti aku belanja topup rm5 !

Bulan puasa tak boley menipu k.


3.  Seterusnya, since tak jadi macam yang aku nak, aku surrender la, tak payah nak buat macam transparent sangat kan. Sobs sobs. Aku guna semula template asal and jadi la macam ni.




Tapi...tak center pulak ! Grrr ! "Haura Malina Hensem" tu nampak macam ke kanan sangat dan membuatkan sebelah kiri nampak banyak kosong. Memang nampak tak center la. Satu kerja pulak kena google carik tutorial untuk centerkan header. Buat punya buat, tak center jugak. Jadi, bermula lah pengembaraan seterusnya...


4. Aku touch up lagi header supaya sebelah kiri tu tak nampak kosong. Kiranya tak ada la korang perasan header tu tak center. Tapi sebenarnya korang baru je tau header tu tak center sebab aku baru je bagitau korang tadi  . =.=

Then, da siap, aku pun masukkan la header, tapi kan.... zzzzzzzzzz kecewa lagik !
Width belog aku, 960px, header pun aku buat 960 gak, tapi still jugak tak muat semua, kira nya ada bahagian tepi yang tak masuk.

Fine.

Sabar.

Aku kecikkan sket baru, ley masuk semua.

Phewww.

Dan, ini lah hasil nya ,




1. Haura Malina Hensem - Tuan empunya belog.  Hehe...

2. Love and Pain Make Us Human - Nama belog atau description pun boley. Haha

3. Tali bentuk hati  + Quote " ikhlas & sabar itu lah Islam"  (Ayat-Ayat Cinta )

Ekceli tali bentuk hati tu macam tali gantung pun ada jugak, tapi Haura pusing biar tak nampak macam tali gantung. Heheh. Dan itu symbol of pain. And that quote, adalah kata-kata semangat yang selalu Haura bisikkan pada diri sendiri bila hati tak kuat. Ikhlas dengan apa yang pernah kita beri atau korbankan, ikhlas dan redha menerima ujian yang Allah berikan, dan bersabarlah menghadapi nya. Sesungguhnya, ikhlas dan sabar itu pasti akan dibalasi dengan kemanisan. (:

4. Love - Symbol of love. Love ties us together.

5. Heart rope - for '&'.  Love and Pain. Nampak macam semak kan letak heart rope ni tapi cantek, so kena letak jugak walaupun jadi serabut. Haha.

6. Ni belog Lyssa. Ushar tutorial dia. Hehe. Singgah ler. Klik nama bawah ni.



7. Ni belog si Gadis Merah. Ushar tutorial jugak. Korang singgah sini jugak tau ! Klik bawah ni.







Eh korang, macam panjang dah kan entry ni ?

Okay la, bai.

Eh sebelum tu, korang rasa okay tak header nih ?  Kthxbai.







Thanks reading !

Thursday, August 18, 2011

236. GADIS itu aku mungkin ?



[click image untuk tumbesaran]


(Sila baca mengikut masa yang tertera - dari bawah ke atas)
   


(Sila baca mengikut masa yang tertera - dari bawah ke atas)




And here it is. Gadis. 

Friday, August 12, 2011


Gadis

Gadis
Masih lena tidurmu?
Bangkit dan terjagalah
Singkap deriamu, ungkapkan
Usah terus meratah yang percuma


Gadis
Dunia ini properti engkau
Dunia ini gadis yang punya
Selayaknya engkau untuk
Bisa terus engkau corakkan
Milik engkau untuk indahkan


Usah dibiarkan masa lalu
Yang indah di masa silam
Waktu engkau tak mampu mewarnakan
Lantas kau cagar detik ini
Supaya teraih impian yang lampau


Gadis
Usah kau berangan lagi
Cukuplah
Hentikan mimpi-mimpimu
Usah hanyutkan dirimu terus memacu
Engkau si anak gadis
Usah toleh ke waktu dahulu
Renung jauh kehadapan
Kerna mereka yang tidur waktu itu
akan tersedar suatu pagi

  




Aku sangat suka okay ! Sangat sangat ! 

Feel free to visit and follow his blog :  http://iamxallehrazax.blogspot.com

and his fanpage as well  ; Teori X ( Xalleh Razak )




Usah toleh ke waktu dahulu
Renung jauh kehadapan
Kerna mereka yang tidur waktu itu
akan tersedar suatu pagi 



See ya.


Update :  Gambar pertama tu macam melampau sangat la pulak tumbesaran nye ye dak. =.= Rajin rajin kan lah jemari anda untuk scroll kiri kanan atas bawah sebab aku malas nak edit bagi kecik. Kesulitan amat dikesali. Maaf yepp.  Hee.






Thanks reading !

Wednesday, August 17, 2011

235. We complete each other



" tapi saya kan rendah ? Awak tinggi . "


Ketawa kecil. "Awak tahu kenapa saya tinggi ? "

Jungkit kedua bahu. 

"Sebab awak rendah la, saya tinggi. We complete each other, and I can take a good care of you."




dunia realiti payah untuk seindah mimpi

aku melakar fantasi sendiri





Thanks reading !

Friday, August 12, 2011

234. Jujur Tulus Ikhlas



"Awak nampak ayu tapi ranggi."



Jujur tulus ikhlas sungguh beliau! haha.


'saya mungkin ranggi seperti rockstar, tapi saya nangis tonton cerita korea'  ;D



[source: Tumblr ]




;)



Thanks reading !

Thursday, August 11, 2011

233. #1 - Comel nya mama saya.

Last few months.
A daughter received a call from her beloved mom.



Kak !
Yer....
Tadi mak dengaq ceramah, ustaz tu kata anak patung, teddy bear, tak boleh buat hiasan dalam bilik. Nanti malaikat tak masuk!
Ye ke ma...
Haa la. Mak dengaq ustaz tu kata macam tu. Ni mak nak kemaih bilik hang. Patung2 tu mak simpan dalam kotak naa?
Yela ma...buat la apa pun.. jangan bakar sudah...





Comel kan. HEHE.


Jadi, bilik aku sekarang, dah suci dari teddy teddy cumel. Huwaaaaaa! Sobs sobs..

Tapi..ada satu...


tak lena tidoq kalau takdak yang nih.. Maap yer ma.. hehe. 





Thanks reading !

232. Hai stalker. You are so sweet.



click image untuk tumbesaran


cer tengok time visit tu
19:49:39

lepas berbuka, terus buka blog Haura Malina Hensem plak eh?

awww. sweet la you sayang.

Terharu I

Singgah la lagi yepp !  :D




notakepalalutut :  ini aku printscreen minggu lepas lagi. kira nya kejadian ni berlaku dalam minggu lepas k. Bese lerr, I kan suka hupdate benda basi. Hahaha. Kbai.









Thanks reading !

Saturday, August 6, 2011

231. Lelaki dan Awek Cunnn

Seriously gua taktau nak letak tajuk apa. Hahaha.

Okay, hello, hai semua.

Last few days, gua ada borak dengan membe gua. Bukan perempuan. Dia ni, boleh dikata jenis suka follow Twitter perempuan cun. Lepas tu, add Facebook pulak. Bila gua tanya, macam mana kenal perempuan itu ini, kebanyakan jawapan, "boleh tahan lawa, aku follow, lepas tu add"  .

Then gua tanya lah, "lelaki cari awek memang tengok lawa ke ?" Macam bodoh je kan soalan gua. hahaha.

dan ini jawapan beliau,



pastu gua cakap lagi,
 "kalau dah lawa tu, bangun pukul berapa pun laki da tak kesah wei."








pastu gua tanya lagi,
"biasa laki dump popuan sebab popuan tu over gedik ekh ? "



he answered,



and i did replied,


dan dia jawab,



soooo guys,, what do you think ?  

mungkin memang betul cakap alif aziz,  


Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas

Pfttt ! har har har

tapi korang jangan risau k ladies. sebab gua rasa kita harus seperti Stacy, 


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna



walaupun Stacy cakap kisah dongeng saja, tapi percaya gua cakap, someday akan ada someone yang betul-betul cintakan korang sepenuh hati dengan seikhlasnya dan terima korang seadanya. okay sayang ?


(padahal gua pun selalu je anggap cinta macam tu kisah dongeng jek. lagi sekali pfttt ! har har har )


 tapi mak gua cakap, "jodoh dah sedia ada sejak azali lagi, cuma belum jumpa je lagi. "  

tapi....kalau dah memang takde jodoh di dunia, janganlah bermuram berduka, sesungguhnya di sana nanti pasti ada putera dan puteri setia menanti untuk menemani.

cecece. ayat nak sedapkan hati sendiri  >.<  


Allah maha mengetahui apa dalam hati.  terus berdoa k supaya tak lagi crush pada orang yang salah. EHHHHH. perlidirisendirinampak.hahaha


peaceeee yawwww !





Thanks reading !

Thursday, August 4, 2011

230. Just sometimes...



Sometimes you love something so much that it hurts to leave it, but you must.
And sometimes you let go of what you love because it hurts, but then just sometimes.. you get it back and live happily ever after.







Thanks reading !

Monday, August 1, 2011

229. Ramadhan 1432H... A new beginning...

Assalamualaikum.

Olla peeps !

Syukur kerana dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah.

Ramadhan 1432H. A new beginning. Yeahh, for me, dan mungkin juga untuk anda anda dan anda di luar sana.


Apa yang gua maksudkan dengan new beginning is... Rasanya tak perlu lah gua nak explain satu satu kat sini sebab gua malas gila nak bercerita hal yang terlampau peribadi kat blog. gagaga.

Cuma...kawan-kawan rapat gua, dan kawan-kawan sekepala gua, most of them tahu apa yang dah berlaku kat gua. 

Entah. Gua bukan jenis nak bercerita pada semua orang. Gua hanya buka mulut pada orang yang memang betul-betul rapat dengan gua. 

Tapi, mungkin kerana, gua dah penat, menyimpan sorang-sorang, penat nak hadapi sorang-sorang, penat untuk terus berpura-pura yang gua happy tapi sebenarnya tak, mungkin kerana itu gua biarkan mereka-mereka tahu apa yang berlaku, apa yang terpaksa gua tanggung.

Langsung tak bermaksud gua nak malukan siapa-siapa. Cuma, gua cuma, tak mampu nak hadapinya bersendirian. Bila sahabat sahabat tahu kemurungan gua, sekurang-kurang nya mereka bagi gua kata-kata semangat and cheer up gua. Sekurang-kurang nya mereka buat gua makin ketawa, ketawa, dan ketawa.

Terima kasih banyak sahabat sahabat !  Aku sayang sangat kat korang wekh ! Nanti aku belanja aiskrim k ! HAHAHA.

Dan, terima kasih banyak Tuhan, kerana panjangkan umur aku. walaupun, pada mulanya gua jatuh, gua minta pada Dia untuk bawa gua pergi jauh. Jauh. Sebab gua betul-betul tak boleh nak bangun semula. Gua berdiri untuk solat, boleh gua terjelepuk jatuh. Bayangkan. Sampai ke tahap tu gua punya sedih, kecewa. Sampai nak mengadap Dia pun, gua kena berperang dengan air mata. Malu. Gua menangis sewaktu bertemu Dia, hanya kerana seorang hamba. Gua malu sangat. Tapi gua yakin, Dia Maha Mengetahui, Dia Maha Tahu apa dalam hati gua, apa  yang gua rasa. 

Satu persatu gua ditunjukkan dengan kabar-kabar kematian. Accident sana sini. Umur-umur muda dah dijemput pulang. Gua jadi takut. Padahal gua minta pergi jauh, tapi kenapa gua takut pulak ? Satu sebab. Takkan gua nak pergi dalam keadaan gua tengah jatuh sekarang ni ? Apa dah cukup, bekalan gua kat sana nanti ? 

Gua serabut.

Gua malas nak fikir apa-apa.

Yang gua tau, gua cuma nak seronok. Funn funn funn. Gelak tawa sampai gua lupa sedih yang gua ada. 

Gua busykan hidup dengan kerja. Dengan kawan-kawan. Gua happykan diri gua sendiri. Semata-mata untuk lupakan hamba tu. Dan dalam masa yang sama, gua minta, panjangkan umur gua, bagi gua masa, untuk hilangkan semua kesedihan ni, dan lepas tu, gua tau, gua akan okay, jadi semula diri gua macam yang sebelum ni.

Empat bulan.
Gua rasa terlalu banyak masa yang dah gua habeskan untuk berpoya-poya, bersuka-ria. tapi memang dalam masa yang sama, gua harap Dia takkan berhenti bagi gua masa, bagi gua peluang, dan sambil gua berharap, Dia ampunkan gua. *gumam*

Gua jahat.

Tapi kebanyakan, bukan kebanyakan, boleh di kata semua yang kenal gua, cakap gua baik, penyabar. Gua bukan nak puji diri, tapi memang betul. Orang-orang Nasi Ayam pun cakap gua baik, sabar.  


but, it just because, they do not know how bad I have been. 


Alhamdulillah, Dia bagi gua masa.

Gua dah janji dengan diri gua, masuk Ramadhan yang mulia ni, gua akan pastikan yang gua pulih sepenuh nya. Gua taknak dah jadi orang lain. Gua nak jadi diri sendiri.

Kadang-kadang, bukan kadang-kadang tapi selalu,gua rasa malu pada Dia.
Banyak yang gua inginkan, tapi gua diam tak meminta. kerana memikirkan terlalu banyak dosa yang gua lakukan, apa masih layak untuk terus gua meminta pada Dia ?

Tapi...macam gua cakap, Dia Maha Mengetahui tiap apa dalam hati. Even gua tak minta pun, tup tup Dia bentangkan depan mata. Gua taktau nak cakap apa. Gua tengah teruk macam ni, Dia masih bagi apa gua nak.

Sebab tu, gua nak cuba untuk berubah. Cuba untuk jadi balik diri gua yang dulu, jadi balik gua yang hebat, gua yang sebelum gua jatuh ni.

Ramadhan ni, awal-awal lagi gua dah sedar, gua akan berpuasa dan beraya tanpa hambaNya yang seorang tu.
Tapi tak apa, sebab gua yakin, Tuhan tak akan saja-saja menguji hambaNya. Dan gua yakin, tiap apa yang Tuhan tentukan, pasti ada hikmah yang terbaik untuk kita. 


Gua tahu, gua masih belum mampu untuk jadi betul baik sepenuhnya.
Sisa-sisa perangai jahat tu masih ada. Cuma, gua akan cuba sehabis baik untuk kawal semua tu.
Tapi...err...tapi kalau gua terbabas jugak macam mana? Hee.No comment.. Hehe...


But at least, I try to be good, rite?  :P




buat "AA" yang mahu berubah
berubah lah walaupun payah
berubah la ke arah hidup yang lebih indah
sanggup nak sia-sia kan hidup tanpa redha-Nya ?

[aku copy ayat hlovate. hee]





Mati itu bila, tak ada siapa tahu. Tapi, mati itu pasti, semua tahu.



Maafkan aku.



Budak tepi jalan tak akan selamanya jadi budak tepi jalan. Tapi sekali sekala jadi jugak lah. ERKK. Hee.







Thanks reading !