Sunday, July 31, 2011

228. Untuk yang kedua kali nya.


Maghrib tigapuluh Julai, sekejap tapi bermakna.


Salam tangan


Peluk erat


Cium pipi 



Untuk yang kedua kali nya.



Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga kalian sentiasa dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh-Nya .


:")





Thanks reading !

Thursday, July 28, 2011

227. Petang duapuluhlapan haribulan tujuh..


Tak jangka, akan datang lagi,
sengaja datang atau ter-datang?





kenapa rambut dah disimpan panjang ?



kenapa muka nampak sedikit cengkung ?



kenapa badan semakin kurus ?





:\


Pretend like we never know each other and act like stranger.
walaupun jarak kita, hembusan nafas pun jelas di telinga.

Its okay, coz I know, deep in our heart, we both know,

dulu,

pernah,

bahagia,

bersama.

dulu.



Ramadhan dan Syawal tahun ni, dah takkan sama lagi macam lepas-lepas.


Takpe, asal kan awak bahagia, saya okay. Betul.  :D




p/s : awak cakap, awak suka rambut pendek, jadi tolong kemas kan semula rambut k ? dan makan banyak-banyak taw !




Thanks reading !

Wednesday, July 20, 2011

226. Scared




Don't hold too long to what's never meant. Sometimes we need to set things free before it hurts us badly.






Thanks reading !

Tuesday, July 19, 2011

225. Yes, I do.




I DO HATE LOSING 



>.<

Thanks reading !

Wednesday, July 13, 2011

223 . My new name ; NASI AYAM. #LOL !



Tadi, tengah aku menapak menuju gerai satay, tiba-tiba..ada suara-suara mamat-mamat memanggil..


"Nasi ayam nasi ayam nasi ayam"

Perghh. Nak pitam aku kat situ.

"Nasi ayam sombong nye....."

Cisss.

Memang tunduk je aku. Ikut hati nak je aku pusing kepala tengok siapa la yang berani panggil aku camtuh. Haihh.
Tapi, malu la pulak. Hahaha.  Memang aku tahan gelak je ahh. Lol. Haha

Ni mesti kaki lepak Nasi Ayam nihh, sampai kenal aku. cChesss.

Tapi....sebenarnya aku suka jugak well-known macam tu, at least dorang prihatin jugak dengan kehadiran aku, walaupun dengan panggilan Nasi Ayam je =.=  HAHA !

dan for me juga, its much better la drpd panggil nama betul aku, sbb aku tak suka orang tau nama aku. Hahaha.

Kalau pelanggan tanya nama aku, senang je, aku suwoh dorang terbalik kan word Ayam. ; which will be Maya.

So, my name is Maya. Hihhi ;D



AYAM = MAYA



-.-"




Thanks reading !

Tuesday, July 12, 2011

222. Gaji PERTAMA ! Oooyeahh! I wanna marry you !






Tanggal 5 Julai bersamaan hari Selasa TERINDAH,
adalah juga merupakan hari aku dapat gaji pertama aku. hihi

RM396.
untuk lapanbelas hari kerja.
sepatutnya 23 hari kerja, aku masuk kerja 8hb, sampai 30hb,
tapi dah aku ada cuti lima hari, tinggal la lapanbelas hari je kerja. hahaha

Ciput, tapi kira okay la kan daripada takdak langsung?
At least, aku shopping bulan ni, takde la guna duit mak bapak. hahha





HAHAHA !
kan dah kata tak sampai seminggu.

sunday = 10 julai
5 hari je bertahan. Taktau la kat mana aku habiskan. haha
tapi yang pasti nya dua pasang sandal tu ada la aku beli. buat kenangan gaji pertama. hehh.
dannnnn yang pasti nya juga, aku ada simpan sikit *sikitjela >.< untuk beli hadiah untuk abah & mama, 
sempena gaji pertama aku,
duit dari titik peluh aku sendiri. sweet kan I ? hihi :D


zaman sekarang ni duit 400 tu tak banyak mana pun kan? kejap je dah habes.
agak korang, perempuan tiap bulan spend berapa untuk shopping?
eh, bukan tiap bulan lol, tiap minggu.
ehhhh aku perempuan. erkk. 

k, bai.





* aku suka update cerita basi. blog wa, wa punya style lah der.. ;D


p/s : basi-basi pun, takde tarikh luput k. kenangan. (:









Thanks reading !

Monday, July 11, 2011

221. Darah gua manis. Terbukti.



wa tau wa manis.
oleh itu wa pasti dan sangat pasti darah wa pun manis.
dek kerana itu, lu sekalian tak boleh tahan dari menghirup semahu-mahu nya darah wa.
sumpa wa bengang.
bukan wa tak bermurah hati untuk bagi lu sekalian makan,
tapi wa perlukan tido yang cukup, esok wa keja.
kalau dah wa baru lena 5 minit, lu semua dah sedap sedap buat pesta kat kaki wa,
macam mana wa na tidur dengan aman, lol.'

please.
sekali lagi, wa cakap, wa tau darah wa manyak manis.
tapi kesian la sama kat wa.
kulit wa dah la sensitip nyamuk.
lu main cucuk cucuk tak minta kebenaran.
haih. angin la wa tengah tengah malam ni.

lu memang nak wa benci sama lu kan, nyamuk ?
lu memang nak wa hari-hari jadi pembunuh kan?

jangan salahkan wa bila wa ketuk kepala lu sampai lumat.

haihh.



Thanks reading !

Friday, July 8, 2011

220. Mahu ku tak penting lagi Biar ku buat bahagiamu



Tik Tik Tik.. Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Mahu mu jadi mahu ku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu...tak tahu
Rasanya hatiku
Saat berhadapan..kamu...

Tik Tik Tik...air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mahu ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu

Kamu...tak tahu
Rasanya hatiku
Saat berhadapan..kamu...

Kamu...tak bisa
Bayangkan..rasanya
Jadi diri ku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku..yang masih..cinta...








Today July 8th, genap sebulan aku kerja. Dan hari ni juga, aku tak tahu apa aku rasa saat berhadapan....   Tiap apa yang Dia tentukan, ada hikmahnya kan?  


Selepas gerimis, pasti ada pelangi kan? Aku menanti (:







Thanks reading !

Thursday, July 7, 2011

219. July 5th - SELASA PALING INDAH.

Tak sangka, tapi memang itu yang terjadi.

Tuhan... memang sedia tahu, kan,  apa dalam hati kita

dan bila masa nya tiba, Dia akan temukan kita dengan keinginan kita itu dengan takdir yang paling indah. :")


Bulan - Aku teringat. Apa khabar mereka di sana. Makin bahagia itu pasti.


Minggu - DIA pasti sentiasa melindungi mereka.


Hari - Rindu sekali ingin bertemu. Bila agaknya takdir akan bawa aku ke situ. Ke harapan itu.


Satu hari. July 5th.

- Pagi.
Rindu mahu bertanya kabar bagai waktu dulu. *senyum nipis* Sekarang, berbeza. Dah tak ada dia untuk ditanya bagaimana wanita hebat itu di sana, sehat baik2 saja kah dia. Bagaimana adik-adik perempuan, apa cerita agaknya mereka.

- Her lunch hour.
Kaku. Terkedu. Jantung berdegup laju. Aku sedang lihat wajah yang ku rindu ! Aku sedang lihat wanita hebat yang ingin aku tahu kabar nya ! Tapi...apa perlu aku terus menerpa atau buat biasa seperti dia seorang customer.

Namun.... wanita hebat itu senyum memandangku. Menggamit aku datang hampir kepadanya.Setiap langkah ku atur menuju, di iring degup jantung yang berkali ganda pam nya dari biasa.Tangan yang di sua pantas kusambut, ku kucup, pipi nya ku cium untuk yang pertama kali nya.Dan turut ku katakan, aku rindu.

Sebak di dada ku tahan, mata yang hampir basah ku lindung dengan senyuman yang tak mampu aku ungkapkan kan  nilai bahagia nya.

Takdir yang DIA aturkan sangat indah. Sangat.


Di kala pagi aku bertanya, apa kabar wanita hebat itu di sana, alangkah indah andai dapat aku bersua bertemu muka bertanya kabar walau hanya untuk sepatah dua, setelah berbulan tak aku dengar berita,
tengahari tiba, terus membawa aku bertemu dia, wanita hebat.


Terima kasih YA ALLAH untuk moment yang sangat bermakna itu.

Aku begini pun, Engkau masih beri aku bahagia. Terima kasih YA ALLAH.

Terus lindungi mereka, sebagaimana Engkau sentiasa melindungi aku dan keluargaku, kerana mereka juga sebahagian dari keluarga ku.

Ameen.



Thanks reading !

Tuesday, July 5, 2011

218. Bila kecewa jatuh ke tahap yang paling dalam, pergi bukan kerana sayang itu mati, diam bukan kerana hati tak rindu lagi.

Pernah tak korang rasa begitu kecewa? sangat-sangat kecewa? sampaikan korang tak sanggup nak berpaling lagi walaupun rasa cinta dan sayang tu masih ada?


Aku pernah baca satu cerita di Mastika. Keluaran bulan berapa aku tak pasti. Samada awal tahun ni iaitu 2011 atau hujung tahun lepas, 2010. Yang aku pasti, cerita tu mengisahkan sepasang suami isteri, yang mana si isteri telah berkorban macam-macam untuk suami, tolong suami dalam peniagaan, bagi modal, bagi duit, hingga si suami berjaya jadi orang senang. Tapi sayang nya, bila dah senang, si suami pasang lain, yang muda. Dan si isteri di ceraikan. Tak lama selepas tu, si suami jatuh bankrup, plus si isteri muda tu pun mata duitan. Lepas dah bankrup, memang la bini baru tu blah, kan. Dan kemudiannya baru si suami menyesal. Nak berbaik semula dengan bekas isteri, si isteri tu dah taknak.


Ini la yang aku cakap, kecewa yang paling dalam. Aku percaya, si bekas isteri tu masih cintakan si suami. Kenangan sepanjang bercinta, kawen, kenangan hidup di bawah satu bumbung, suka duka susah senang yang dah diharungi bersama, memang tak akan di lupa, tapi bila wujud satu kenangan lain yang membawa kepada tahap kecewa paling terdalam dan tertinggi, memang payah untuk patah balik walaupun hati masih ada sayang.


Ramai manusia yang aku kenal, kebanyakan begitu. Menangis bila berpisah. Rindu bila berjauhan. Sedih, berduka, muram, bila hidup dah tak ditemani insan tersayang. Tapi, bila datang keadaan yang mana hubungan yang pernah runtuh dulu boleh disambung kembali, kebanyakan memilih untuk tidak menyambung. Kebanyakan memilih untuk biar perasaan tu berkubur di hati saja, memilih untuk bergembira dengan orang-orang sekeliling yang lain. Bukan kerana cinta tu mati, bukan kerana sayang tu pergi, tapi kerana rasa kecewa bila dikhianati dan tak dihargai, kecewa bila pasangan sanggup mendustai, kecewa bila si isteri dah korbankan segalanya untuk si suami, but still ended up with, si suami pasang lain, atau pakwe pasang perempuan lain. kenapa manusia begitu?


Seriously, aku tak faham, bila orang yang pernah berada di tangga teratas dalam hati, orang yang pernah kita perlukan setiap detik waktu, in the end kita boleh lepaskan dia macam tu saja,kita boleh sakiti dia sedalam-dalamnya, berpaling pada orang baru yang kenal kita waktu kita senang.


Kenapa begitu mudah tinggalkan seseorang yang kenal kita waktu kita susah, dan hidup bersama kita hingga kita jadi orang senang? Kenapa cinta salah satu pihak mudah mati sedangkan di pihak yang lain begitu setia menyintai?



Thanks reading !