Olla ! dan hai semua !
Lama aku tak hupdate kan. hahaha. kalau update pun macam la ada orang nak baca. ye dak? =.=
Tapi frankly speaking, aku tak kesah pun apa yang aku tulis kat sini orang baca ke tak. sebab itu bukan motif sebenar aku buat belog. Apa yang aku coret kat sini, saja nak buat kenang-kenangan, kut nanti dah tua kepala dah nyanyuk (
okay okay, lupakan aku melalut ape entah. straight to the main point. ekceli aku nak update pasal aku punya vacation (betul ke ejaan camtu? ) ke korea last few weeks, tapi still not in mood untuk buat entry panjang, dan gambar pun belum letak lagi watermark so nanti nanti lah bila aku dah betul rajin aku update pasal tu okay. lagi sekali, macam la ada orang nak baca. wahaha. perlu ke aku ulang penjelasan kat atas tu?
NUR KASIH THE MOVIE
NKTM release 19hb mei kan.
aku balik semula ke skudai hari rabu malam. khamis pagi dah ada kat skudai la. alone. budakbudak lain pakat dok bekubang kat rumah lagi. haih. jeles betul waa =.=
aku punya flight ke korea 23hb jam 1.55 pm. Jadi, hari yang ada untuk tengok cuma Jumaat, Sabtu, Ahad.
Khamis mmg out sebab aku malas nak keluar sorang-sorang. Jadi satu hari suntuk aku habiskan masa duduk sorang-sorang kat bilik. sangat best kan? :3
So, Jumaat tu aku plan la dengan member nak tengok wayang cite nih. tapi...tak tengok pun.. =.=
sebab aku nak pegi bank dulu, dan dia pun nak pegi bank jugak nak update buku bank dia, haa memang lah punya ramai orang, sampai ke petang baru siap hal bankbank ni. memang mak dia suruh balik awal. memang tak tengok lah wayang.
tapi takpe. no matter how hard it is, i wont give up ! hahaha.
jadi, esok nya sabtu, member aku yang akan ke korea jugak tu, dah balik skudai. kira aku takde la sorangsorang lagi. tapi dia balik petang. sehari sebelum tu, which mean hari jumaat, memang dia dah text bagitau nak tengok nur kasih. jadi.. jeng jeng jeng... malam nye kitaorang ada meeting pasal korea. okay ekceli, meeting tu cancel ye and we are not been told. terbaik kan? kalau tahu cancel, awal-awal lagi kitaorang dah blah pegi tengok Nur Kasih. hampeh betul.
Memang lepas tu, tengok jam dah dekat 10.30, memang kalut-kalut pegi. Aku dah check sebelum tu, tayangan pukul 10.30 ada. sampai je, terus beli tiket, seat yang kosong tinggal empat je. tu pun satu sane, satu sini. kira takde yang untuk duduk dua orang. disebabkan taknak yang midnight punya, malas nak balik lewat malam sangat, so amek jugak la duduk jauh-jauh pun. tapi.... hahaha. ini siries lawak k. korang tau, in the end aku dan member aku tu dapat jugak duduk sebelahsebelah. tahu macam mana? aku duduk atas lantai. =.=
punya la semangat nak tengok nur kasih, lantai tangga pun sanggup wekh as long aku boley nampak screen. hahaha.
sebenarnya masa kitaorang masuk tu, panggung dah gelap. dah la penuh. memang tak nampak langsung mana kosong. cari nombor seat pun tak jumpa pulak tu. hahaha. jumpa satu je seat kosong. tape la, aku suruh kawan aku duduk situ, bia aku duduk kat bawah. bersila kat situ. hahaha.
and, yes, for sure, movie ni buat mata aku basah. ala..korang pun macam tu jugak kan. hahaha
tapi..aku tak suka la dia tuka orang lain untuk watak tua nur dan adam. sirius aku nak gelak tengok part tu. haha. and yes, part tua tu buat jalan cerita tu nampak pening sikit. kalau tak buat macam tu, mungkin lagi okay kut. chewahh.
"cantik nye bang, macam lukisan."
"lukisan Allah.."
(=
p/s : aku suka OST OST filem ni. sangat sweet. ;)
Ekceli nak terus sambung pasal KARAK, tapi dah mengantuk pulak. so esok esok je la. haha
k,thankbye.
2 comments:
o ada gak eh orang macam tu? =.=
saba ye nak :)
org mcm ape ni jimah?
macam salah entry je? -.-"
Post a Comment