Wednesday, June 22, 2011

216. SALAH AKU KE SAMPAI KAU NAK MARAH AKU MACAM TU

Heyya people !

I am currently in UTM. dan aku bosan sorang-sorang macam nih. Naseb baik member aku ade desktop kat bilik, memang la dari tadi aku keje mengadap je. dah bosan facebook, twitter, tumblr, youtube, bukak blog la pulak. haha.


well, berdasarkan title entry nih, aku nak cerita sikit. hahaha. aku kalau bosan kan suka membebel. wahaha.

Semalam, aku gerak dari Kluang balik Skudai. And entah macam mana la, ini first time, aku tido dari Kluang sampai ke Larkin. >.< Biasa kalau aku tido dalam bus pun, sampai je tol Skudai mesti automatically aku akan terjaga, dan aku akan turun kat Sri Putri. Aku memang tak suka pegi Larkin. Aku pena pegi sekali je. Lepas tu memang aku taknak gi dah. Aku tak suka. Aku takut. But unfortunately, tempat yang aku tak suka tu la, tempat yang aku sampai semalam. Sabar je lah. mungkin badan aku terlampau penat sangat plus tak cukup rehat since siang hari aku kerja dari jam 7 sampai jam 5 petang, mungkin sebab tu aku tidur lena sangat dalam bus.

Dipendekkan cerita, kawan aku si Alia & May, datang pick up aku kat Larkin, and terus pegi melantak kat bandar. Ini first time aku datang makan sini. sedap dan murah. dan...ini jugak lah first time, aku tak faham kenapa perlu dia marah bila aku tak nak bagi nombor telefon =.="

Cerita nya macam ni.
Aku tengah makan dan tiba-tiba sorang waiter datang. Handsome, tinggi, gaya model. kalau jadi model kira boleh la. Dia cakap, "awak ade nombor telefon tak?" Aku terkejut la. Aku toleh tengok dia. Dengan muka pelik aku tanya, "nombor siapa?" sebab aku taktau dia cakap dengan aku ke dengan kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku pun pandang dia jugak but he keep asking me, ade nombor telefon tak. dan aku rasa itu soalan paling bodoh. how come la dia boleh tanya soalan macam tu, kalau dah dia sendiri nampak hp aku terbentang elok atas meja sebelah pinggan aku. erghh. jadi, aku jawab, "takde". dan dia terus lagi tanya soalan yang sama. memandang kan hp aku mmg atas meja, dan dia tak faham jawapan aku, jadi aku jawab je lah, ade. dan dia nak nombor aku, dan aku cakap la, aku tak nak. kalau korang kat tempat aku, korang bagi ekh nombor? memang la muka dia hensem, tapi, ishh, tak berani lah. kawan ramai ramai bahaya la. kalau dia minx facebook mungkin aku bagi.

lepas tu, aku terus sambung makan. dah mmg aku pegi nak makan. dan selepas tu, dia boley lalu belakang aku dan cakap, "ingat kau cun sangat?" WHATTA? ade aku cakap aku cun? -.-"  dah tau aku tak cun, yang nak nom. fon aku buat hapa, pastu aku tak bagi nak marah2. memang aku blur dan tak faham, dia tinggi &hensem k, aku ni pendek & tak cun . ouchh. =.= macam mana la dia boley mintak nombor aku, dan marah bila aku tak bagi.

memang sampai aku habes makan, dia keje lalu belakang aku dan mengata aku. mengata macam marah-marah la. persoalan nya di sini, salah ke aku tak bagi nombor, sampai dia nak marah aku cmtu sekali? =.=

dah nak balik tu, sorang gi bayar, lagi sorang bawak aku gi kat kereta. takut wekh. lelaki panas baran mental macam tu, siyes aku takut. aku harap sangat, aku takkan jumpa lagi lelaki macam ni. ya Allah, lindungi hambaMu ini . amin.

bukan salah aku kan tak bagi nombor.fon ?


serabut.
Thanks reading !

No comments: