Thursday, June 30, 2011

217. Ketawa penawar hati dan awet muda :D

Hai semua !

Aku sekarang dah jarang update blog, sebab memang tak ada masa nak update. Tipuuuuu. hahaha.
Ada masa cuma masa aku penat memang la kan tak ada idea pun nak update hapa.
Fyi, aku sekarang memang tengah cuti semester sampai September nanti. Tapi aku bukan nya cuti dok rumah saja, aku bekerja. Ikutkan hati, nak je dok rumah wekh. Main, makan, tidur, tengok tv,tidur, lepak, shopping, makan, tidur, main,bla bla bla. Tapi apakan daya, bak kata pujangga,
kekuatan itu perlu di bina dan di cari.
 Jadi, aku sekarang dalam proses mencari dan membinanya lahh. hahaha.

Apa kaitan aku kerja dengan bina kekuatan? Ngehh.

Hari-hari aku angkat dulang berisi makanan pesanan pelanggan, terkejar sana sini bila customer ramai, tu kira bina kekuatan tu wekh. Haha.
Takde la, actually, aku sekarang diserang penyakit tak boleh dok sorang-sorang. So dats why, aku kerja. Kerja kedai makan pulak tu. Aku suka tapi penat la hari-hari kerja pagi sampai petang. Dah la masuk kerja nya pukul 7, aku masuk pukul 7.30 la tapi. hahaha. Kelas pukul 8, aku pegi 8.30, kerja pukul 7, aku masuk la 7.30. hahaha. Aku akan ubah perangai ni bermula next sem ye. Jangan risau ye bos-bos yang nak amek saya bekerja nanti. kehkeh.

And yeahh, sekarang, dah hampir berbulan ni, aku memang tak boleh dok sorang-sorang, sebab kalau tak nanti aku macam-macam. Jadi, lepas habes kerja, aku tengok tv dengan kawan2 serumah, atau pun habeskan masa online, tak pun aku pegi merayau lepaking dengan kawan2. Dulu aku diam kut wekh. Sekarang ni je aku macam da paling bising je aku rasa. Hahaha. Dan aku sekarang pun, makin banyak ketawa. Well, you know,
ketawa tu penawar untuk hati yang sihat dan awet muda. 
Hehheh. ;D

Dan juga, dah hampir sebulan aku bekerja, since June 8th, which is lagi seminggu atau 9 hari lebih kurang insyaAllah cukup sebulan aku habiskan hari-hari dengan kerja di kedai makan tu, hari paling tak lupa ; June 18th. (:  Thanks for the day, and for the memories. ^^  And much much thanks too for June 22nd. ^^

Okay la, thats all. Dah lewat dan aku perlukan tidur yang cukup.

Last but not least, tak kira dalam mana pun korang jatuh, buat la apa cara pun untuk naik ke atas semula even  dengan cara merangkak sekali pun. trust me, di atas sana itu, ada seseorang sedang menanti anda (:  Soo, jangan terus biar diri berada di bawahh. wake up and smile for the people around you, for the people who will bright your days with his/her smile. ^_^

Good night peeps !
Thanks reading !

Wednesday, June 22, 2011

216. SALAH AKU KE SAMPAI KAU NAK MARAH AKU MACAM TU

Heyya people !

I am currently in UTM. dan aku bosan sorang-sorang macam nih. Naseb baik member aku ade desktop kat bilik, memang la dari tadi aku keje mengadap je. dah bosan facebook, twitter, tumblr, youtube, bukak blog la pulak. haha.


well, berdasarkan title entry nih, aku nak cerita sikit. hahaha. aku kalau bosan kan suka membebel. wahaha.

Semalam, aku gerak dari Kluang balik Skudai. And entah macam mana la, ini first time, aku tido dari Kluang sampai ke Larkin. >.< Biasa kalau aku tido dalam bus pun, sampai je tol Skudai mesti automatically aku akan terjaga, dan aku akan turun kat Sri Putri. Aku memang tak suka pegi Larkin. Aku pena pegi sekali je. Lepas tu memang aku taknak gi dah. Aku tak suka. Aku takut. But unfortunately, tempat yang aku tak suka tu la, tempat yang aku sampai semalam. Sabar je lah. mungkin badan aku terlampau penat sangat plus tak cukup rehat since siang hari aku kerja dari jam 7 sampai jam 5 petang, mungkin sebab tu aku tidur lena sangat dalam bus.

Dipendekkan cerita, kawan aku si Alia & May, datang pick up aku kat Larkin, and terus pegi melantak kat bandar. Ini first time aku datang makan sini. sedap dan murah. dan...ini jugak lah first time, aku tak faham kenapa perlu dia marah bila aku tak nak bagi nombor telefon =.="

Cerita nya macam ni.
Aku tengah makan dan tiba-tiba sorang waiter datang. Handsome, tinggi, gaya model. kalau jadi model kira boleh la. Dia cakap, "awak ade nombor telefon tak?" Aku terkejut la. Aku toleh tengok dia. Dengan muka pelik aku tanya, "nombor siapa?" sebab aku taktau dia cakap dengan aku ke dengan kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku pun pandang dia jugak but he keep asking me, ade nombor telefon tak. dan aku rasa itu soalan paling bodoh. how come la dia boleh tanya soalan macam tu, kalau dah dia sendiri nampak hp aku terbentang elok atas meja sebelah pinggan aku. erghh. jadi, aku jawab, "takde". dan dia terus lagi tanya soalan yang sama. memandang kan hp aku mmg atas meja, dan dia tak faham jawapan aku, jadi aku jawab je lah, ade. dan dia nak nombor aku, dan aku cakap la, aku tak nak. kalau korang kat tempat aku, korang bagi ekh nombor? memang la muka dia hensem, tapi, ishh, tak berani lah. kawan ramai ramai bahaya la. kalau dia minx facebook mungkin aku bagi.

lepas tu, aku terus sambung makan. dah mmg aku pegi nak makan. dan selepas tu, dia boley lalu belakang aku dan cakap, "ingat kau cun sangat?" WHATTA? ade aku cakap aku cun? -.-"  dah tau aku tak cun, yang nak nom. fon aku buat hapa, pastu aku tak bagi nak marah2. memang aku blur dan tak faham, dia tinggi &hensem k, aku ni pendek & tak cun . ouchh. =.= macam mana la dia boley mintak nombor aku, dan marah bila aku tak bagi.

memang sampai aku habes makan, dia keje lalu belakang aku dan mengata aku. mengata macam marah-marah la. persoalan nya di sini, salah ke aku tak bagi nombor, sampai dia nak marah aku cmtu sekali? =.=

dah nak balik tu, sorang gi bayar, lagi sorang bawak aku gi kat kereta. takut wekh. lelaki panas baran mental macam tu, siyes aku takut. aku harap sangat, aku takkan jumpa lagi lelaki macam ni. ya Allah, lindungi hambaMu ini . amin.

bukan salah aku kan tak bagi nombor.fon ?


serabut.
Thanks reading !

Wednesday, June 15, 2011

215. NUR KASIH THE MOVIE

Assalamualaikum !

Olla ! dan hai semua !

Lama aku tak hupdate kan. hahaha. kalau update pun macam la ada orang nak baca. ye dak? =.=

Tapi frankly speaking, aku tak kesah pun apa yang aku tulis kat sini orang baca ke tak. sebab itu bukan motif sebenar aku buat belog. Apa yang aku coret kat sini, saja nak buat kenang-kenangan, kut nanti dah tua kepala dah nyanyuk ( sekarang pun dah pelupa =.= ) nanti boley lah laki ehem2adeorangnakkawendgnkaukehaura aku bukak belog aku ni dan baca kan semula kenangan2 aku ni. boley jugak aku ingat zaman muda mudi aku. wahaha. :P

okay okay, lupakan aku melalut ape entah. straight to the main point. ekceli aku nak update pasal aku punya vacation (betul ke ejaan camtu? ) ke korea last few weeks, tapi still not in mood untuk buat entry panjang, dan gambar pun belum letak lagi watermark so nanti nanti lah bila aku dah betul rajin aku update pasal tu okay. lagi sekali, macam la ada orang nak baca. wahaha. perlu ke aku ulang penjelasan kat atas tu?

NUR KASIH THE MOVIE


NKTM release 19hb mei kan.
aku balik semula ke skudai hari rabu malam. khamis pagi dah ada kat skudai la. alone. budakbudak lain pakat dok bekubang kat rumah lagi. haih. jeles betul waa =.=
aku punya flight ke korea 23hb jam 1.55 pm. Jadi, hari yang ada untuk tengok cuma Jumaat, Sabtu, Ahad.
Khamis mmg out sebab aku malas nak keluar sorang-sorang. Jadi satu hari suntuk aku habiskan masa duduk sorang-sorang kat bilik. sangat best kan? :3

So, Jumaat tu aku plan la dengan member nak tengok wayang cite nih. tapi...tak tengok pun.. =.=
sebab aku nak pegi bank dulu, dan dia pun nak pegi bank jugak nak update buku bank dia, haa memang lah punya ramai orang, sampai ke petang baru siap hal bankbank ni. memang mak dia suruh balik awal. memang tak tengok lah wayang.

tapi takpe. no matter how hard it is, i wont give up ! hahaha.
jadi, esok nya sabtu, member aku yang akan ke korea jugak tu, dah balik skudai. kira aku takde la sorangsorang lagi. tapi dia balik petang. sehari sebelum tu, which mean hari jumaat, memang dia dah text bagitau nak tengok nur kasih. jadi.. jeng jeng jeng... malam nye kitaorang ada meeting pasal korea. okay ekceli, meeting tu cancel ye and we are not been told. terbaik kan? kalau tahu cancel, awal-awal lagi kitaorang dah blah pegi tengok Nur Kasih. hampeh betul.

Memang lepas tu, tengok jam dah dekat 10.30, memang kalut-kalut pegi. Aku dah check sebelum tu, tayangan pukul 10.30 ada. sampai je, terus beli tiket, seat yang kosong tinggal empat je. tu pun  satu sane, satu sini. kira takde yang untuk duduk dua orang. disebabkan taknak yang midnight punya, malas nak balik lewat malam sangat, so amek jugak la duduk jauh-jauh pun. tapi.... hahaha. ini siries lawak k. korang tau, in the end aku dan member aku tu dapat jugak duduk sebelahsebelah. tahu macam mana? aku duduk atas lantai. =.=

punya la semangat nak tengok nur kasih, lantai tangga pun sanggup wekh as long aku boley nampak screen. hahaha.

sebenarnya masa kitaorang masuk tu, panggung dah gelap. dah la penuh. memang tak nampak langsung mana kosong. cari nombor seat pun tak jumpa pulak tu. hahaha. jumpa satu je seat kosong. tape la, aku suruh kawan aku duduk situ, bia aku duduk kat bawah. bersila kat situ. hahaha.

and, yes, for sure, movie ni buat mata aku basah. ala..korang pun macam tu jugak kan. hahaha
tapi..aku tak suka la dia tuka orang lain untuk watak tua nur dan adam. sirius aku nak  gelak tengok part tu. haha. and yes, part tua tu buat jalan cerita tu nampak pening sikit. kalau tak buat macam tu, mungkin lagi okay kut. chewahh.

"cantik nye bang, macam lukisan."
"lukisan Allah.."

(=

p/s : aku suka OST OST filem ni. sangat sweet. ;)




Ekceli nak terus sambung pasal KARAK, tapi dah mengantuk pulak. so esok esok je la. haha

k,thankbye.







Thanks reading !

Monday, June 6, 2011

214. KOSONG






There are five remedies for the heart

  • The company of the pious
  • Recitation of the Qur’an
  • Emptying the inner self (of vices)
  • Praying during the night
  •  Crying at dawn
~ Abdullah Anaki




hanya Tuhan yang tahu.
Thanks reading !

Saturday, June 4, 2011

213. Do you still remember me?

  Remember me?
I used to be your favourite hello, your hardest goodbye
I used to be the person you wanted to talk most,
and will miss if you didnt get to talk to me.
I used to be someone you wanted to be with everyday and night
I used to be the first thought in your mind in the morning and the last thought before you go to sleep
I used to be the person who you wished to see me smile when I'm down
and who wished I didnt cry
I used to be the most beautiful person to you
Yeah, I used to be that person.
Do you still remember me?


Thanks reading !

Thursday, June 2, 2011

212 . I REBLOG THIS...



We all have that boy; he's the boy we try to pretend we aren't looking for as we make our way to class. He's the boy that we lie about and claim not to care about anymore. He's the boy that gives you the cliché butterflies, complete with the weakness in the knees. He's the boy we're thinking about as we read this. I think every single girl has this boy, and every single girl will remember him forever- he's not the one for us, but he'll always be somewhere in our hearts.




Thanks reading !