Sunday, November 7, 2010

147. Rahsia Cara Wanita Berjalan

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


note : saya copy-paste dari Facebook ya. harap maklum.

Soo..Setelah diteliti cara berjalan cik haura, (chewwah), adalah dengan ini diumumkan bahawa.. Okay, tolonglah jangan skema =.="

straight to the point, korang tau aku yang mana? 
yang nombor 3 tu tau takk. Huhu.

ada bukti tauu,,
masa kat matrik dulu, aku pernah kena tegur sebab jalan tunduk..
budak laki mana ntah aku tak kenal tibatiba tegur, 
                   "kang langgar tiang r tuh."

muahahah ! hambek kauu. ekceli, 2 3 kali dahh aku jalan nak langgar tiang sbb tunduk sangat kan, sampai tak nampak tiang depan mata. hakhak.


so, kalau jalan tunduk, makna nya.. Jeng jeng jeng !!

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


Jom kita buat ulasan satu persatu.
1. memiliki sifat tertutup. 
aku tak faham pun ayat nihh. sifat tertutup tu camne ek? tutup aurat tuh aku faham la.(tutup la sangat).  Huhu. Okay, abaikan.

2.hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya.
Hmm. tak tau la nak kata, depend pada mood la. Aku sembang je dengan semua orang especially girls.  kalau lelaki, aku kurang sket la. Bukan kurang sket, kurang banyak. hahah. kalau ade yang IM fb aku tuhh, memang takdenye aku layan, kecuali kalau ade hal penting sangat. kalau sje nak borak kosong, nak tnye nama, dok mana, dah makan belum, sehat ke tak, ade no fon tak (itu mmg sengaje buat aku rasa nak delete terus dari fwen list) memang masuk kategori tak akan dilayan. huhu. kecuali kalau member2 rapat, itu tak payah tggu dorang IM aku, sebab aku sendiri yg akan IM dorang. haha.  tapi..kau ada kawan lelaki  yang kau rapat ke cik haura oi? hahah. aku takde. -.-'

3.Boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia.
Ehem ehem. no comment. kehkeh.
Tengok keadaan la wei. Kalau dah orang tu sepuluh kali pesan jangan cite kat owg, takkan kau nak g cite jugak, kan?
Tapi bab2 ngutuk orang atau yang ade kaitan dengan mengaibkan orang, itu bukan jenis aku okay. Tak baik tau bukak aib orang. Tuhan pun tutup aib kita. HUhu. Tapi kalau aku terlepas marah kat manusia, itu maknanya aku memang marah dan sakit hati sangat ! Aku pun manusia gak, ade hati ade perasaan gakk. wuwuwu. kalau dah dua tiga kali aku cakap jangan jangan jangan, tapi buat jugak, memang la aku bengang. hoho.

4.Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini   tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Totally right ! tapi sekali dah boley takluk, aku sayang sampai SANA. so sila jangan takluk. hahah.



Okay. tu je. Banyak kan aku membebel? Sebab aku tengah bosann. haha.
daa.


p/s : nampak gaya cam jadi andartu jek.tak kawen. kehkeh.

love come without reason, kan?



tengok langit malam, tengok bulan, tengok bintang,
chantek kan?
psssttt...make ur wish before the eyes closed. 

gud nite. 




Thanks reading !

5 comments:

Albert said...

Apa-apalah asalkan hang bahagia :) tapi kalau boleh berbanyaklah sikit bergaul...

Unknown said...

bukan x byk bergaul lah
kurg bergaul dgn lelaki kalo takde urusan pnting.. hee.

Emilia Emira said...

luckily xde yang jalan tak pijak tanah..hehe

cimon said...

kalo jalan tak pijak tanah tu...hantu namenye.

heheh (^v^)

p/s: risau slalu lihat pompuan bawak kete menatap lurus ke depan jek...takut tereksiden plak gara2 dia.

Unknown said...

emilia emira : haha. ade2. tp bkn manusia. huhu.

cimon : bukan bwak kete mmg kne tgk dpn ke? *blurr