Entry kali ni nak share pengalaman beli motor. Lebih tepat lagi, pengalaman seorang gadis beli motor sorang-sorang. Well, motor dan gadis, macam..tahu sangat ke pasal motor? Lelz. Mungkin ada sebahagian gadis-gadisyang terer habis pasal motor, tapi aku bukan dalam kategori tu hehe. Walaupun suka naik motor, tapi bab bab harga jenis spare part apa semua bagai memang fail ah.
Okay, back to the main point, minggu lepas aku pegi survey motor sebab nak beli. Naik motor yang aku guna sekarang, dah hampir 3 ke 4 tahun ntah guna (tak ingat), which is tu adalah motor sepupu aku, dan aku guna macam motor sendiri. Dua kali eksiden, habis penuh calar body motor tu -.-' Banyak kedai aku survey, kata Taman U, Taman Sri Pulai belakang UTM ni, sampai la ke Skudai Parade sana and Yamaha Centre atas sikit dari Skudai Parade tu. First time bawak motor sampai sana sorang-sorang. Oh yess, aku pergi survey sorang-sorang. Tengah tengah panas pulak tu. Sabar je lahh naik motor tengah panas. Memang makin gelap la kulit yang dah memang gelap ni -,-
Dan semua kedai yang aku pergi ni takde yang aku nak. Model ada, tapi kaler yang aku nak takde. Yang ada pun, last unit pulak. Sebab model tu dah diganti baru which is yang baru nye tinggi sikit dan besar sikit daripada yang lama. Jadi nya, walaupun hensem sangat dan memang berkenan sangat tapi memikirkan tak berapa sampai kaki ni *sobsobsobs* terpaksa la batalkan hasrat untuk angkut model baru. Nak angkut model lama, last unit kaler pink la pulak adoi. Pink lembut okay lagi tapi ni pink yang striking tak best huhuu.
Pergi survey motor of course la, tanya harga kan. dan if nak buat loan, kena tanya la deposit and bayaran bulanan berapa. Setiap kedai lain-lain harga nya. Walaupun model sama, tapi harga ada yang mahal ada yang murah. Thats why kena survey banyak kedai sebab nak cari yang paling murah hihhi. Ada kedai yang boleh deposit paling rendah rm500, ada yang paling rendah rm1500 (bergantung pada model motor). Untuk motor yang aku nak beli ni, ada satu je kedai yang boleh deposit minimum rm500. yang lain ada yang rm800, rm1500, rm2000 and rm2500 paling rendah. If korang berkemampuan tapi tak sampai tahap mampu bayar cash, korang at least bayar la deposit 1k atau 1k ke atas, sebab makin rendah deposit, jadi makin mahal harga motor tu.
Untuk setiap deposit yang korang tanya, make sure tanya sekali bulan-bulan kena bayar berapa. If buat loan setahun, berapa kena bayar sebulan. If dua tahun, dua tahun setengah, tiga tahun or empat tahun, berapa banyak kena bayar bulan-bulan. Semakin singkat tempoh loan, semakin rendah harga motor tu. but of course la semakin tinggi bayaran bulanan kan.
Selain tu jugak, tanya apa dokumen yang diperlukan. Kebiasaannya, yang kena ada IC, lesen motor, dan slip gaji, dan ada jugak kedai yang nak bil air/elektrik. Dah la mahal, lepas tu nak dokumen macam-macam pulak -.-' Dan aku mencari kedai yang tak perlukan slip gaji, sebab aku student mana ada slip gaji. Slip gaji mak bapak ade laa.
Perkara-perkara yang korang kena survey:
1) Ada tak model yang korang nak tu (Ready stock)
2) If tak ada model yang korang nak, order berapa hari boleh dapat
3) Harga
4) Deposit (Buat loan)
5) Bayaran bulanan (untuk berapa tahun loan)
6) Dokumen yang diperlukan
Lepas dah survey beberapa kedai ni, dah tapis-tapis, akhir nya ada dua kedai yang jadi pilihan. But of course, dua kedai ni ada kelebihan and kekurangan masing-masing yang mana memang tak boleh elak. Semua kedai aku pergi, memang ada kelebihan & kekurangan masing-masing. Tak ada pun yang complete perfect macam yang aku jangkakan. Maksud nya, contoh kedai A ada stok, tapi mahal. Kedai B tak ada stok, tapi murah. Kedai C, ada stok, murah, tapi kena ada slip gaji. Haa gitu la contoh nya kelebihan dan kekurangan.
Untuk dua kedai yang masuk short list aku, simply name them A and B.
Kedai A: Stok takde, kena order. Deposit paling rendah rm500. Perlukan slip gaji walaupun student. Staff tak friendly. Service tak bagus, macam kita ni takde duit nak bayar and macam kita tak serius nak beli. Tapi kedai ni masuk short list sebab deposit rendah and bayaran bulanan untuk 3 tahun paling murah berbanding kedai lain.
Kedai B: Stok ada (ready stock). Deposit paling rendah rm1500. Bayaran bulanan untuk 3 tahun mahal sedikit berbanding A. Tak perlu slip gaji jika student. Bos (taukey kedai) friendly sangat. Service tip top (bagi aku la hehee)
Lepas dah dapat short list ni, hari kedua aku pergi semula kedai A sebab aku plan nak bayar deposit 1k je. sebab duit selebihnya nak guna untuk bayar benda lain. Tapi model yang aku nak takde. Kalau nak jugak, dorang boleh cari tapi harga jadi mahal berbanding biasa sebab model tu dah last unit. Macam tu pulak dah. Then, aku nak amek model lain which is masuk dalam list jugak in case model aku nak sangat tu takde, tapi model tu pun takde ready stock jugak. Kena order. So, aku pun balik fikir dulu lah. If kali ketiga aku datang lagi kedai tu, haa memang confirm bawak duit sekali la beli huhuu.
Then, hold seminggu pasal beli motor ni sebab busy dengan hal lain, plus pergi Conference kat UTHM tiga hari. Then, hari ni (Sabtu) petang tadi, aku pergi semula kedai B. Setelah fikir punya fikir, aku macam, takpe lah mahal sikit pun, service okay, bos baik sangat, sambut aku dengan senyuman lagi kikiii. Model yang aku nak sangat tu, ada tapi deposit 2k dan kaler tak best, kaler pink striking. Aku nak kaler hitam takde huuu. Dan yang agak kecewa nye, model lagi satu pun takde kaler yang aku nak. Datang minggu lepas ada, datang minggu ni dah takdeee. Kecewa gila haha. Yang ada putih dan hijau. Aku nak kaler pink seakan merah. Bukan pink striking k. Kaler hijau dah siap ada plate, boleh angkut terus tapi tak nak kaler terang-terang ni. Jadi nya, disebabkan aku malas nak fikir banyak, dan setelah tanya pendapat mak, maksu, adik-adik, aku pun pasrah la amek je la kaler putih. Mula-mula tengok, aku belum buat keputusan lagi. Lepas keluar kedai, call tanya mak, then masuk kedai semula, "jadi la uncle saya amek kaler putih" tapi sempat jugak tanya "kalau kaler merah order berapa hari?" huuu. 7 hari baru dapat. Aku malas tunggu lama, sebab nak settlekan cepat-cepat so pasrah aje lah dengan kaler putih. Maybe takde rezeki untuk naik kaler merah T___T
So, dokumen yang diperlukan cuma IC dan lesen motor sebab aku student lagi. Bayar deposit rm1500 dan buat loan 2 tahun setengah. Kelakar masa aku duk tanya bayaran bulanan ni. Aku asyik cakap mahal je untuk setiap tahun yang dia kira haha. Sebab dalam kepala otak duk compare dengan kedai A. Memang kedai B ni mahal sikit. Beza sikit je tapi. Tapi rasa puas hati la beli kat situ, sebab uncle tu baik sangat dengan customer, even aku ni cuma seorang student yang dia tau memang takde duit tapi nak gak beli motor haha. Still dia layan baik jee.
Aunt yang duk isi online untuk pendaftaran tu baik. Dia panggil aku amoi. Uncle tu panggil aku adik -.-' Sementara tunggu siap daftar tu, aunt tu sembang-sembang kosong pasal cuaca panas. Aku pun buat-buat la ramah hihhi. and terkejut jugak la bila aunt tu cakap, panas ni nanti puasa lagi, puasa lagi seminggu kan, bila haa. Dia tarik kalendar. Hari ahad kan? Minggu depan. I was like, chinese pun alert eh orang melayu start puasa bila huuu.
Oh btw, masa duk tunggu urusan pembelian ni siap, aku duk tengok la poster 135LC atas meja kedai tu. 135LC and 125ZR motor aku minat sangat sejak zaman sekolah hahaa. Tapi sah sah la tak mampu beli uhukss, dan rasa macam tak sampai kaki je untuk bawak haha. Motor Dash adik aku pun tak leh bawak sebab kaki tak berapa sampai jejak bawah -.-' Mamat-mamat hensem yang naik motor jenis gini, memang makin terserlah kehenseman dorang :') Then, tiba-tiba ada customer lelaki tegur aku. Aku reply dengan muka agak blur sebab tak kenal langsung tapi dia borak macam dah kenal. Budak utm jugak agak nye.
"Beli motor ke"
"Haa?Aa..Aah"
"Kenapa motor tu tak okay ke?"
(Aku terdiam sekejap sebab dalam kepala duk fikir, dia tahu ke aku naik motor apa?)
"Nak laju lagi eh?"
Aku blur lagi.
(Motor yang beli baru ni boleh laju ke?)
"Beli 135LC ke?"
"Eh tak lah.."
"Oohh duk tengok tengok tu ingatkan beli LC."
Tokey kedai yang tolong jawab " 135LC nanti beli "
Akhir nya baru faham, patut lah duk tanya pasal nak laju lagi. Rupanya dia ingat aku beli LC. Alahai kalau lah mampu beli dan mampu bawak, beli dah haha. Sebelum tu, ada customer lain peramah jugak, "ambil yang tu la besar" sambil tunjuk kat deretan motor motor besar. Aku balas, "tak sampai kaki." Kemain ye perli huhuu.
"kenapa ko tak ajak member ko tu teman? boleh pulak ko pergi sorang."
Biasa lah hidup kat Johor ni, tak ramai kawan dan takde kawan rapat, so nak taknak memang kena keluar sorang huhuu. Kalau kat Kedah, pun takde kawan rapat jugak hehee, sebab aku sekolah asrama kat bandar, so memang takde kawan rapat kat kampung, harapkan sepupu sendiri je kawan paling rapat yang akan teman aku pergi sana-sini.
Okay, jumpa lagi next entry. Nanti dah dapat motor, aku update part 2. hehe.
12 comments:
part 2 mana???
nice info! malina
Kedai B tu kt mana?
Anon - Part 2 belum update hehe..
Kay- kat Taman Universiti, Skudai Johor :)
Boleh bagitau nama kedai tu tak..TQ
Kedai B tu dekat area mana ye? Nama kedai tu apa?
Kedai kat Taman U, Skudai.
Opher Motor Sdn. Bhd.
22, Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti, Skudai, 81300, Johor Bahru, Johor, 81300
Boleh whatsapp sy untuk direction, 013-5925359
Kedai kat Taman U, Skudai.
Opher Motor Sdn. Bhd.
22, Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti, Skudai, 81300, Johor Bahru, Johor, 81300
Boleh whatsapp sy untuk direction, 013-5925359
Salam. Hee dulu saya pun pernah membeli motor juga. Taukeh kedai kata harga hutang lebih tinggi dari harga tunai.
Wassalam. memang pun hee. Tapi tak mampu bayar cash, student lg, so kena hutang jugak hehe.
Salam. Kalau niat nak bayar cash, kena sediakan dokumen apa ye?
Bagus cara awak cari motor... ada survey...
Saya sebenarnya baru selesai hasilkan satu ebook mengenai cara-cara beli motosikal...
Jika kawan2 sudi, jemput singgah blog saya...
www.gearjahat.com
Post a Comment