Wednesday, June 11, 2014

330. Malas habiskan master ?

Assalamualaikum.


Bosan kat lab.


Tadi pergi pos barang, abang kaunter tanya,

"Tak habis lagi belajo?"

"Sambung master.."


Dah lama kan tak update pasal Master. Master by research yang aku tengah buat sekarang ni. Dah sem 3 dah pun. Lagi 2, 3 bulan masuk sem 4. Pastu habis  in shaa Allah. Harap sangat habis cepat tapi taktau la..banyak dugaan untuk habiskan Master T__T


Saja la google "malas habiskan master".. ramai yang kongsi kan liku-liku dan cabaran dorang menghabiskan master. Patut lah aku  macam banyak halangan je untuk siapkan master ni, rupanya memang, banyak halangan untuk habiskan master & phd. Memang ramai yang mengalami keadaan sebegini, di mana di tengah jalan kau patah semangat, hilang semangat, takde semangat, stress, serabut, macam-macam masalah, macam-macam fikir dalam kepala, sampai tahap malas, mengadap thesis pun tak mampu, apatah lagi nak hadam segala jenis journal. Phewww. Sejujurnya, semua ni aku sedang alami dan sejujurnya sangat la penat melayan dan melawan keadaan ni. Dan aku dah sampai tahap, maaaalassssss sangat sangat.


Nangis tak yah cakap la. Aku jenis simpan, pendam. Nak luah pun, taktau nak luah kat sape wakakkaww. So simpan aje lahhh. Bila dah tak tahan sangat, dengan masalah peribadi, dengan masalah itu, masalah ini, haa nangis je lahh akhirnya. Tapi sepupu aku cakap, normal la buat master banyak nangis -.-'


Korang yang perempuan, kalau dah ada bf, kawen la dulu sebelum sambung master, takpun kawen masa tengah buat master/ phd. Bukan apa, at least ada teman rapat yang boleh bagi semangat dan dorongan, yang boleh jadi powerbank untuk recharge energy bila malas zzzz dan takde semangat. Dan, senang ada tempat nak luah perasaan, nak cerita masalah, nak hilangkan sunyi sepi, nak happy happy setelah penat otak buat research. Serius penting ada kawan, teman, waktu buat research ni sebab kau akan stress, penat, so memang perlukan teman untuk hang out, lepak-lepak. Paling penting, ada teman untuk cerita-cerita & recharge energy huuuu.



Tapi kalau takde, macam aku ni  *sobss nangis bawah bantal*  dah la duk single room, memang aku bercakap dengan dinding ah kan hari-hari. Takpun call mak untuk bercakap. Tapi kalau call hari-hari, mak aku tanya pulak kenapa duk call -,- Okay kalau lom ade bf/tunang/suami, korang cuba la duk bilik double ke, at least ada kawan untuk bercakap. Takpun, kalau nak duk single room jugak (selalunya master & phd memang orang prefer duk single room) bila sedih sangat, nangis je kat Tuhan. Dia je satu-satu nya yang kita ada dan selalu ada untuk  kita tiap masa kita perlu. Aku pernah sedih sangat sampai peluk quran sampai tertidur nangis. Emosi kita akan banyak terganggu dan unstable waktu belajar ni so luangkan masa happy happy dengan kawan-kawan sangat penting.


Zaman degree, kawan ramai. So tak terasa stress. Teringat zaman degree, bosan ke stress ke sedih ke, aku jalan je g bilik kengkawan. Kitaorang duduk satu blok, satu aras. Duk double room. Bilik depan, bilik sebelah, selang 2, 3 bilik, semua bilik member-member. Nak pegi toilet pun, aku singgah dulu bilik dorang. Member aku slalu cakap, "takde toilet kat sini" haha sebab selalu on the way nak g toilet tu, sempat lagi aku singgah bilik dorang ahaha. Tiap -tiap malam, lepak makan reramai kat Arked Meranti. Buat master ni, tapau makan sorang-sorang kat bilik wehh. Bosan nya Tuhan saja la yang tahu. Kekadang tak tahan sangat bosan, balik je la Kedah. Tapi tu lah, tak boleh selalu cuti, dan tak boleh cuti lama T__T


Okay, ceritanya sekarang ni, aku nak habiskan master cepat cepat tapi dah takde semangat. Ada masa nya aku rajin, ada masa nya aku malas sangat sangat sampai taknak sentuh apa-apa kerja. Best nye kalau ada orang tersayang bagi semangat.. huhuu :p 


Allah, kuatkan hati.




Thanks reading !

3 comments:

Fathiah Ibrahim said...

HAI...
sama la saya sekrg ni tgh sambung master jgk...full research...aduhai tak tahu la apa masalah saya sekarang..malas tahap maximum.. supervisor saya pulak bagi kerja bertimbun sampai saya tak tahu yang mana satu nak dahulukan...my research atau kerja dia...saya smbung belajar sambil buat projek dgn sv...saya tlg dia siapkan research on divorced tapi saya juga boleh gunakan data tu utk my thesis.. nak cari responden pun susah..stress...sampai sekarang bab 2 saya masih lompong...saya mcm tak de minat lansung utk membaca..saya sedar perubahan saya ni.. saya bru tersedar yang ranjau2 dlm master ni buat saya lemah sangat.............+____+ balik bilik hostel saya dah penat, nak makan nak tdo.. saya rasa saya terlalu manjakan diri saya.. arhhhh dilema betul.

Nazirul Mubin Bin MOhd Noor said...

Dah habis ke Master?
Saya baru masuk fasa thesis, minggu depan 22.2.2016.
Dan boleh relate dengan penulisan di atas.

Haura Malina said...

Hi @Fathiah Ibrahim,

Hehe..malas tahap maximum tu biasa la hihhi. Research kena banyak sangat membaca. Dan kuasai problem untuk research awak tu. Kalau tak nanti jadi masalah untuk VIVA, macam saya hihi. If kerja sv tu ada kaitan dengan research awak okay la tu..boleh guna data nya kan. All the best ya!


Hi @ Nazirul Mubin Bin MOhd Noor,

Sekarang tengah tunggu VIVA. Saya masa sem 3 & 4, dah tak dapat elaun, so saya buat kerja part time setahun. memang tergendala research. Slow sangat progress. Naik sem 5, saya kawen pulak. Naik sem 6, saya pregnant hihhi. Nak tukar ke part time masa sem 5, supervisor tak kasi. Ni masih struggle untuk VIVA april ni.

Nasihat saya, prepare data awal, tahu isu masalah topik research tu, and siapkan result cepat sebab bila result last minute, boleh jadi result tu tak valid @ masalah dengan data.

If takde komitmen dengan kerja/family, cuba fokus betul2 rsearch. All the best ya!