Sunday, June 29, 2014

333. The Haura Shop - Mega Sale Ramadhan 2014


Assalamualaikum & very good afternoon everyone. 


The Haura Shop MEGA SALE RAMADHAN is on, 
starting from TODAY 29th June until 28th July 2014




Place your orders now. sms/whatsapp 013-5925359


Happy Fasting to all muslimin muslimat :)







Thanks reading !

Saturday, June 21, 2014

332. Pengalaman Survey & Beli Motor - Part 1

Assalamualaikum. Hi korangg.


Entry kali ni nak share pengalaman beli motor. Lebih tepat lagi, pengalaman seorang gadis beli motor sorang-sorang. Well, motor dan gadis, macam..tahu sangat ke pasal motor? Lelz. Mungkin ada sebahagian gadis-gadisyang terer habis pasal motor, tapi aku bukan dalam kategori tu hehe. Walaupun suka naik motor, tapi bab bab harga jenis spare part apa semua bagai memang fail ah.


Okay, back to the main point, minggu lepas aku pegi survey motor sebab nak beli. Naik motor yang aku guna sekarang, dah hampir 3 ke 4 tahun ntah guna (tak ingat), which is tu adalah motor sepupu aku, dan aku guna macam motor sendiri. Dua kali eksiden, habis penuh calar body motor tu -.-'   Banyak kedai aku survey, kata Taman U, Taman Sri Pulai belakang UTM ni, sampai la ke Skudai Parade sana and Yamaha Centre atas sikit dari Skudai Parade tu. First time bawak motor sampai sana sorang-sorang. Oh yess, aku pergi survey sorang-sorang. Tengah tengah panas pulak tu. Sabar je lahh naik motor tengah panas. Memang makin gelap la kulit yang dah memang gelap ni  -,-


Dan semua kedai yang aku pergi ni takde yang aku nak. Model ada, tapi kaler yang aku nak takde. Yang ada pun, last unit pulak. Sebab model tu dah diganti baru which is yang baru nye tinggi sikit dan besar sikit daripada yang lama. Jadi nya, walaupun hensem sangat dan memang berkenan sangat tapi memikirkan tak berapa sampai kaki ni *sobsobsobs* terpaksa la batalkan hasrat untuk angkut model baru. Nak angkut model lama, last unit kaler pink la pulak adoi. Pink lembut okay lagi tapi ni pink yang striking tak best huhuu.


Pergi survey motor of course la, tanya harga kan. dan if nak buat loan, kena tanya la deposit and bayaran bulanan berapa. Setiap kedai lain-lain harga nya. Walaupun model sama, tapi harga ada yang mahal ada yang murah. Thats why kena survey banyak kedai sebab nak cari yang paling murah hihhi. Ada kedai yang boleh deposit paling rendah rm500, ada yang paling rendah rm1500 (bergantung pada model motor). Untuk motor yang aku nak beli ni, ada satu je kedai yang boleh deposit minimum rm500. yang lain ada yang rm800, rm1500, rm2000 and rm2500 paling rendah. If korang berkemampuan tapi tak sampai tahap mampu bayar cash, korang at least bayar la deposit 1k atau 1k ke atas, sebab makin rendah deposit, jadi makin mahal harga motor tu.


Untuk setiap deposit yang korang tanya, make sure tanya sekali bulan-bulan kena bayar berapa. If buat loan setahun, berapa kena bayar sebulan. If dua tahun, dua tahun setengah, tiga tahun or empat tahun, berapa banyak kena bayar bulan-bulan. Semakin singkat tempoh loan, semakin rendah harga motor tu. but of course la semakin tinggi bayaran bulanan kan.


Selain tu jugak, tanya apa dokumen yang diperlukan. Kebiasaannya, yang kena ada IC, lesen motor, dan slip gaji, dan ada jugak kedai yang nak bil air/elektrik. Dah la mahal, lepas tu nak dokumen macam-macam pulak -.-'  Dan aku mencari kedai yang tak perlukan slip gaji, sebab aku student mana ada slip gaji. Slip gaji mak bapak ade laa.


Perkara-perkara yang korang kena survey:
1) Ada tak model yang korang nak tu (Ready stock)
2) If tak ada model yang korang nak, order berapa hari boleh dapat
3) Harga
4) Deposit (Buat loan)
5) Bayaran bulanan (untuk berapa tahun loan)
6) Dokumen yang diperlukan


Lepas dah survey beberapa kedai ni, dah tapis-tapis, akhir nya ada dua kedai yang jadi pilihan. But of course, dua kedai ni ada kelebihan and kekurangan masing-masing yang mana memang tak boleh elak. Semua kedai aku pergi, memang ada kelebihan & kekurangan masing-masing. Tak ada pun yang complete perfect macam yang aku jangkakan. Maksud nya, contoh kedai A ada stok, tapi mahal. Kedai B tak ada stok, tapi murah. Kedai C, ada stok, murah, tapi kena ada slip gaji. Haa gitu la contoh nya kelebihan dan kekurangan.


Untuk dua kedai yang masuk short list aku, simply name them A and B.

Kedai A:  Stok takde, kena order. Deposit paling rendah rm500. Perlukan slip gaji walaupun student. Staff tak friendly. Service tak bagus, macam kita ni takde duit nak bayar and macam kita tak serius nak beli. Tapi kedai ni masuk short list sebab deposit rendah and bayaran bulanan untuk 3 tahun paling murah berbanding kedai lain.


Kedai B: Stok ada (ready stock). Deposit paling rendah rm1500. Bayaran bulanan untuk 3 tahun mahal sedikit berbanding A. Tak perlu slip gaji jika student. Bos (taukey kedai) friendly sangat. Service tip top (bagi aku la hehee)



Lepas dah dapat short list ni, hari kedua aku pergi semula kedai A sebab aku plan nak bayar deposit 1k je. sebab duit selebihnya nak guna untuk bayar benda lain. Tapi model yang aku nak takde. Kalau nak jugak, dorang boleh cari tapi harga jadi mahal berbanding biasa sebab model tu dah last unit. Macam tu pulak dah. Then, aku nak amek model lain which is masuk dalam list jugak in case model aku nak sangat tu takde, tapi model tu pun takde ready stock jugak. Kena order. So, aku pun balik fikir dulu lah. If kali ketiga aku datang lagi kedai tu, haa memang confirm bawak duit sekali la beli huhuu.



Then, hold seminggu pasal beli motor ni sebab busy dengan hal lain, plus pergi Conference kat UTHM tiga hari. Then, hari ni (Sabtu) petang tadi, aku pergi semula kedai B. Setelah fikir punya fikir, aku macam, takpe lah mahal sikit pun, service okay, bos baik sangat, sambut aku dengan senyuman lagi kikiii. Model yang aku nak sangat tu, ada tapi deposit 2k dan kaler tak best, kaler pink striking. Aku nak kaler hitam takde huuu. Dan yang agak kecewa nye, model lagi satu pun takde kaler yang aku nak. Datang minggu lepas ada, datang minggu ni dah takdeee. Kecewa gila haha. Yang ada putih dan hijau. Aku nak kaler pink seakan merah. Bukan pink striking k. Kaler hijau dah siap ada plate, boleh angkut terus tapi tak nak kaler terang-terang ni. Jadi nya, disebabkan aku malas nak fikir banyak, dan setelah tanya pendapat mak, maksu, adik-adik, aku pun pasrah la amek je la kaler putih. Mula-mula tengok, aku belum buat keputusan lagi. Lepas keluar kedai, call tanya mak, then masuk kedai semula, "jadi la uncle saya amek kaler putih" tapi sempat jugak tanya "kalau kaler merah order berapa hari?" huuu. 7 hari baru dapat. Aku malas tunggu lama, sebab nak settlekan cepat-cepat so pasrah aje lah dengan kaler putih. Maybe takde rezeki untuk naik kaler merah T___T



So, dokumen yang diperlukan cuma IC dan lesen motor sebab aku student lagi. Bayar deposit rm1500 dan buat loan 2 tahun setengah. Kelakar masa aku duk tanya bayaran bulanan ni. Aku asyik cakap mahal je untuk setiap tahun yang dia kira haha. Sebab dalam kepala otak duk compare dengan kedai A. Memang kedai B ni mahal sikit. Beza sikit je tapi. Tapi rasa puas hati la beli kat situ, sebab uncle tu baik sangat dengan customer, even aku ni cuma seorang student yang dia tau memang takde duit tapi nak gak beli motor haha. Still dia layan baik jee.



Aunt yang duk isi online untuk pendaftaran tu baik. Dia panggil aku amoi. Uncle tu panggil aku adik -.-' Sementara tunggu siap daftar tu, aunt tu sembang-sembang kosong pasal cuaca panas. Aku pun buat-buat la ramah hihhi. and terkejut jugak la bila aunt tu cakap, panas ni nanti puasa lagi, puasa lagi seminggu kan, bila haa. Dia tarik kalendar. Hari ahad kan? Minggu depan. I was like, chinese pun alert eh orang melayu start puasa bila huuu.



Oh btw, masa duk tunggu urusan pembelian ni siap, aku duk tengok la poster 135LC atas meja kedai tu. 135LC and 125ZR motor aku minat sangat sejak zaman sekolah hahaa. Tapi sah sah la tak mampu beli uhukss, dan rasa macam tak sampai kaki je untuk bawak haha. Motor Dash adik aku pun tak leh bawak sebab kaki tak berapa sampai jejak bawah  -.-'  Mamat-mamat hensem yang naik motor jenis gini, memang makin terserlah kehenseman dorang :')   Then, tiba-tiba ada customer lelaki tegur aku. Aku reply dengan muka agak blur sebab tak kenal langsung tapi dia borak macam dah kenal. Budak utm jugak agak nye.


"Beli motor ke"
"Haa?Aa..Aah"
"Kenapa motor tu tak okay ke?"

(Aku terdiam sekejap sebab dalam kepala duk fikir, dia tahu ke aku naik motor apa?)

"Nak laju lagi eh?"

Aku blur lagi. 
(Motor yang beli baru ni boleh laju ke?)

"Beli 135LC ke?"
"Eh tak lah.."
"Oohh duk tengok tengok tu ingatkan beli LC."

Tokey kedai yang tolong jawab " 135LC nanti beli "


Akhir nya baru faham, patut lah duk tanya pasal nak laju lagi. Rupanya dia ingat aku beli LC. Alahai kalau lah mampu beli dan mampu bawak, beli dah haha. Sebelum tu, ada customer lain peramah jugak, "ambil yang tu la besar" sambil tunjuk kat deretan motor motor besar. Aku balas, "tak sampai kaki." Kemain ye perli huhuu. 


Okay, tu serba sedikit yang aku boleh kongsikan dengan korang especially gadis-gadis yang pertama kali nak beli motor. Mana la tahu, kena pergi sendiri. Tapi sejujurnya aku tak galakkan anak gadis pergi sorang-sorang walaupun siang hari, naik motor pulak tu. Better pergi berteman. Kalau boleh, dengan kawan yang tahu pasal motor. If tak ada kawan yang mahir pasal motor, make sure korang google dulu pasal model yang korang nak dan baca review dan comment/pendapat rider lain tentang motor model tersebut. Member aku lelaki pun pergi survey motor bawak member temankan. Aku yang perempuan ni pulak g sorang sorang haha. Terkejut dia dapat tahu aku g sorang.


"kenapa ko tak ajak member ko tu teman? boleh pulak ko pergi sorang." 


Biasa lah hidup kat Johor ni, tak ramai kawan dan takde kawan rapat, so nak taknak memang kena keluar sorang huhuu. Kalau kat Kedah, pun takde kawan rapat jugak hehee, sebab aku sekolah asrama kat bandar, so memang takde kawan rapat kat kampung, harapkan sepupu sendiri je kawan paling rapat yang akan teman aku pergi sana-sini. 



Okay, jumpa lagi next entry. Nanti dah dapat motor, aku update part 2. hehe.


Thanks reading !

Saturday, June 14, 2014

331. The Haura Shop - Promosi Jun Sensual Plus Serum

Hiiii.

Promosi Jun !! Jimat sangat sangat tauuuu.


Combo Set A :
5 bottles (boleh campur) Sensual Plus Serum  + 1 tube Mistine Egg White Peel Off Mask 


Combo Set B :
1 box (boleh campur) Sensual Plus Serum  + 1 tube Mistine Egg White Peel Off Mask 



Promosi sah sehingga 30 Jun 2014  :)



Tunggu apa lagi? Jom cepat cepat beli produk hot ni :D



sms/whatsapp 013-5925359
PM -->  https://www.facebook.com/messages/thehaurashop



Jemput singgah
TheHauraShop


Terima kasih  :)




Thanks reading !

Wednesday, June 11, 2014

330. Malas habiskan master ?

Assalamualaikum.


Bosan kat lab.


Tadi pergi pos barang, abang kaunter tanya,

"Tak habis lagi belajo?"

"Sambung master.."


Dah lama kan tak update pasal Master. Master by research yang aku tengah buat sekarang ni. Dah sem 3 dah pun. Lagi 2, 3 bulan masuk sem 4. Pastu habis  in shaa Allah. Harap sangat habis cepat tapi taktau la..banyak dugaan untuk habiskan Master T__T


Saja la google "malas habiskan master".. ramai yang kongsi kan liku-liku dan cabaran dorang menghabiskan master. Patut lah aku  macam banyak halangan je untuk siapkan master ni, rupanya memang, banyak halangan untuk habiskan master & phd. Memang ramai yang mengalami keadaan sebegini, di mana di tengah jalan kau patah semangat, hilang semangat, takde semangat, stress, serabut, macam-macam masalah, macam-macam fikir dalam kepala, sampai tahap malas, mengadap thesis pun tak mampu, apatah lagi nak hadam segala jenis journal. Phewww. Sejujurnya, semua ni aku sedang alami dan sejujurnya sangat la penat melayan dan melawan keadaan ni. Dan aku dah sampai tahap, maaaalassssss sangat sangat.


Nangis tak yah cakap la. Aku jenis simpan, pendam. Nak luah pun, taktau nak luah kat sape wakakkaww. So simpan aje lahhh. Bila dah tak tahan sangat, dengan masalah peribadi, dengan masalah itu, masalah ini, haa nangis je lahh akhirnya. Tapi sepupu aku cakap, normal la buat master banyak nangis -.-'


Korang yang perempuan, kalau dah ada bf, kawen la dulu sebelum sambung master, takpun kawen masa tengah buat master/ phd. Bukan apa, at least ada teman rapat yang boleh bagi semangat dan dorongan, yang boleh jadi powerbank untuk recharge energy bila malas zzzz dan takde semangat. Dan, senang ada tempat nak luah perasaan, nak cerita masalah, nak hilangkan sunyi sepi, nak happy happy setelah penat otak buat research. Serius penting ada kawan, teman, waktu buat research ni sebab kau akan stress, penat, so memang perlukan teman untuk hang out, lepak-lepak. Paling penting, ada teman untuk cerita-cerita & recharge energy huuuu.



Tapi kalau takde, macam aku ni  *sobss nangis bawah bantal*  dah la duk single room, memang aku bercakap dengan dinding ah kan hari-hari. Takpun call mak untuk bercakap. Tapi kalau call hari-hari, mak aku tanya pulak kenapa duk call -,- Okay kalau lom ade bf/tunang/suami, korang cuba la duk bilik double ke, at least ada kawan untuk bercakap. Takpun, kalau nak duk single room jugak (selalunya master & phd memang orang prefer duk single room) bila sedih sangat, nangis je kat Tuhan. Dia je satu-satu nya yang kita ada dan selalu ada untuk  kita tiap masa kita perlu. Aku pernah sedih sangat sampai peluk quran sampai tertidur nangis. Emosi kita akan banyak terganggu dan unstable waktu belajar ni so luangkan masa happy happy dengan kawan-kawan sangat penting.


Zaman degree, kawan ramai. So tak terasa stress. Teringat zaman degree, bosan ke stress ke sedih ke, aku jalan je g bilik kengkawan. Kitaorang duduk satu blok, satu aras. Duk double room. Bilik depan, bilik sebelah, selang 2, 3 bilik, semua bilik member-member. Nak pegi toilet pun, aku singgah dulu bilik dorang. Member aku slalu cakap, "takde toilet kat sini" haha sebab selalu on the way nak g toilet tu, sempat lagi aku singgah bilik dorang ahaha. Tiap -tiap malam, lepak makan reramai kat Arked Meranti. Buat master ni, tapau makan sorang-sorang kat bilik wehh. Bosan nya Tuhan saja la yang tahu. Kekadang tak tahan sangat bosan, balik je la Kedah. Tapi tu lah, tak boleh selalu cuti, dan tak boleh cuti lama T__T


Okay, ceritanya sekarang ni, aku nak habiskan master cepat cepat tapi dah takde semangat. Ada masa nya aku rajin, ada masa nya aku malas sangat sangat sampai taknak sentuh apa-apa kerja. Best nye kalau ada orang tersayang bagi semangat.. huhuu :p 


Allah, kuatkan hati.




Thanks reading !

Sunday, June 8, 2014

329. The Haura Shop - Mistine Egg White Peel Off Mask

Assalamualaikum, dan hi korang.

Entry kali ni nak cerita pasal Mistine Egg White Peel Off Mask yang tengah hot kebabomm sekarang ni :D




Ramai yang tahu kan, putih telur sangat bagus dijadikan sebagai masker muka sebab putih telur banyak khasiat untuk wajah, dan dapat menyelesaikan masalah kulit kering dan kulit berminyak, dan kulit kombinasi (kering dan berminyak 'T' zon). Putih telur menjaga, merawat, dan memberi nutrisi tambahan pada pori-pori kulit wajah kita. Putih telur pun bagus tau untuk hilangkan jerawat dan bekas jerawat :D


Teringat zaman sekolah dulu rajin sapu telur kat muka hikss. Dulu tak kenal lagi mask kat kedai-kedai, so guna cara tradisional guna putih telur je ehee. Pastu kuning telur yang tak digunakan tu, simpan dalam peti ais untuk beberapa hari tapi ended up buang ke tong sampah jugak -.-' So tak berani buat selalu sebab nanti tak pasal kena marah dengan mak sebab membazir telur huhuu. Mak beli telur untuk makan, kita duk guna sapu kat muka pulak kan -,-


Dan sekarang lepas jumpa produk best nieeee  Mistine Egg White Peel Off Mask, ya Allah best nyeeee sebab boleh buat masker telur kat muka tiap-tiap minggu hikss :D


Dan yang lagi best nyeeeeee, lepas pakai mask ni, rasa lembut sangat muka, and rasa bersih. Nampak glowing berseri gitu skin hikss.

Korang kena cuba tauuu! sebab masker putih telur memang bagus! Kalau ada blackhead whitehead, pores, dengan putih telur ni dapat hilangkan blackhead whitehead korang tuuu dan dapat kecilkan pores haaa. Masker putih telur ni kira legend ah, tradisi ni dah lama berpuluh tahun dah. Dan sekarang dah zaman moden ni, dorang keluarkan putih telur dalam bentuk tube macam ni, haa lagi senang. Picit then sapu je terus kat muka :)

Dan yang lagi best nye, masker ni takde langsungggg bau hanyir telur.




Haa ni keratan daripada majalah pasal kebaikan masker putih telur  :)


Okay, macam mana nak order Mistine Egg White ni? Senang jeee, korang boleh order thru The Haura Shop . Dah LIKE belum page ni? Kalau belum, LIKE la kalau sudi ehee ;D Korang pm tau untuk order. Click je link ni  https://www.facebook.com/messages/thehaurashop .

Atau nak cepat cepat order, PM kekadang reply lambat sebab kita tak tengok Fb 24 hours.. korang boleh sms/ whatsapp 013-5925359 . In sha Allah will reply as fast as possible ;)

1 tube ni boleh tahan  1-2 bulan.. so memang tak rugi sangat beli. Harga pun murahh je ;)


KELEBIHAN EGG MASK :
- Menanggalkan sel2 kulit mati dengan berkesan
- Dapat menganjalkan serta melicinkan kulit
- Membantu menghilangkan blackhead & whitehead
- Memudarkan parut-parut halus
- Mengecilkan pori-pori kulit muka
- Mengecutkan jerawat
- Mengatasi kesan sunburn pada wajah
- Menyejukkan dan menenangkan kulit
- Mengurangkan masalah kulit berminyak
- Juga membantu mencerahkan kulit
- Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh diguna lelaki/wanita



CARA PEMAKAIAN EGG MASK :
1. Cuci/basuh muka dengan sabun/cleanser sedia ada dan keringkan
2. Sapu mask pada seluruh muka secukupnya (kecuali bibir & mata)
3. Tunggu 15-20 minit sehingga mask benar2 kering
4. Tarik mask perlahan2 dari bawah ke atas
5. Rasai wajah yang lembut, halus dan lebih bersih!
6. Guna 2-3 kali seminggu untuk hasil optimum



** Tips: Simpan mask dalam peti sejuk beberapa minit sebelum guna buat pemakaian anda terasa lebih segar!


Mistine Egg White Peel Off Mask


1pcs RM 14
2pcs RM 26
3pcs RM 34

add Postage RM6 (sm), RM9 (ss)


SMS/ Whatsapp 013-5925359 



:)







Thanks reading !

Wednesday, June 4, 2014

327. Aku minat bisnes ke?

Assalamualaikum  dan hiii 


Tiba-tiba malam ni rajin update belog. Lepas solat isyak tadi la, duduk sekejap merenung masa depan yang bila la agak nye aku leh kawen ehh, yang kita tak boleh nak expect pape, tapi kena yakin Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita :) and I just realized that aku sekarang ni tengah buat dua perkara yang aku suka; mengajar budak2 dan run business. Pada usia 24, baru aku dapat buat dua benda yang paling aku minat. Minat sejak kecik, sejak sekolah rendah. Usia 24 tahun, baru dapat laksanakan minat tu. Allah. Kalau lagi awal mesti lagi best kan hehee. Tapi Allah lebih tahu the best time for me :)


Okay, Aku minat bisnes ke? Hehee.


Sejak kecik, aku suka main jual2. Hehee. Main jual sayur haha. Aku kan duk kampung, so segala jenis daun and bunga sampai ke pokok rumah jiran aku kutip daun daun and pucuk pucuk untuk buat jual. kacang ada, kubis ada, sayur tu, sayur ni macam macam la haha. Setiap kali main, mesti aku jugak yang nak jadi penjual, sebab aku memang suka. orang lain takleh jadi, aku je boleh :p


Then, naik sekolah rendah, aku jual jual jugak hehee. Aku start jual kerepek. Beli kerepek dalam paket besar tu kat kedai borong, pastu balik rumah paketkan kecik kecik, pastu  layur lilin huhuu. Modal nya of course la all on mak kan :p Tapi hasil jualan semua aku yang sapu huahua. Lepas tu darjah 5 kut tak silap, aku jual teddy lak. Teddy kecik. Boleh la buat keychain. Ada 3 size. Paling kecik, medium, large. Teddy tu aku buat sendiri, guna getah rambut yang jenis tebal. Aku belajar masa program anak angkat. Dulu kampung aku rajin ambil anak angkat. Dorang duduk la kat umah sape sape yang nak. Maksu aku ambil dua orang. Dorang cikgu tadika. Dorang la yang ajar buat teddy. Pastu aku buat jual hihi.  Laku gak wehh. Cikgu-cikgu pun beli. Modal nya all on abah aku pulak :p Bahan-bahan nye abah beli kat kL, kat mydin murah. Tapi macam biasalah hasil jualan semua aku yang sapu hikss.


Naik sekolah menengah, masa tingkatan berapa entah, aku jual topup. Duk asrama kan. Memang topup laku. Walaupun dilarang bawak handphone tapi biasa la, bawak jugak :p  Penting weh handphone masa belajar, sebab aku jenis stay up memalam buat homework and study, tapi aku kena main mesej. Kalau tak, nanti aku tido. so nak stay awake, aku kena main mesej hehee. Sampai sekarang habit ni tapi sejak dah beberapa tahun aku takde kawan utk mesej *sobsobsob* sunyi sepi je henfon, aku terpaksa jugak lah paksa diri stay up sorang sorang. Nak wat cmner, otak aku tengah tengah malam baru cergas sket haha.Haa berbalik pada jual topup, aku jual sekejap je. 2, 3 bulan je kut. Sebab takde modal nak bankin banyak-banyak. Aku duk bankin sikit2, tak sampai seminggu dah habis jual. Aku duduk asrama, susah nak g bank selalu. Pastu aku stop. Lagi pun, abah aku asyik tanya je ada untung tak, berapa untung zzzzz, dia risau aku jual benda takde untung -,-


Rasanya topup adalah yang akhir aku jual. Lepas tu aku dah takde jual pape. Masuk matrik pun takde jual pape. Matrik aku rajin study, so takde masa untuk benda benda lain haha. Gila rindu zaman matrik. Serius weh aku memang sangat rajin. Duk kat lantai buat keje sampai 2, 3 pagi. Pastu esok nye bangun pagi g kuliah pulak kul 8. Pastu waktu study week, aku sibuk g jumpa lecturer tanya soalan2 yang aku tak faham huuhu. Biasa la hati tengah berbunga, so semangat tu lain sikit. Aku suka bila aku happy, aku akan lebih semangat, lebih rajin buat kerja. So aku memang sangat stress bila aku sedih, sebab aku takleh nak buat kerja pape. Teringat lagi, masa dapat result exam matrik masa sem 1, lepas called mak aku, aku terus called budak yang aku tengah suka time tu. Tapi dia takde, ibu nye yang jawab. Aku baik dengan ibu dia. So aku bagitau je lah aku dapat result bagus hihhi. Biasalah, benda benda happy mesti nak je share dengan orang yang kita sayang kan. Tapi masa sem 2, hati dah tak berbunga sangat, dah layu sikit, so result aku pun layu jugak la sikit -,-


Then masuk UTM, Skudai aku jual VCO. Start 2010 kut, tak ingat sangat. Aku jual untuk suka-suka je sebab aku memang guna benda tu. Tapi takleh beli sikit, pakcik (pengeluar) tu taknak pos kalau nak satu je, so aku beli banyak2 untuk aku dan family guna, dan untuk jual. Masa tu buat la jugak Fb page tapi tak reti marketing dan aku tak serius sangat, so aku just jual untuk kawan2 je. Page tu pun memang kawan2 aku je yang like haha. Aku malu nak marketing and exposed kat orang ape aku jual -.-'


Then aku jual topup semula. Masa semester berapa entah, tak ingat dah. Aku siap letak tanda kat pintu, topup ada/topup habis. Hehe. Tapi tu la, kesian kat roommate aku, orang asyik ketuk pintu je. Masa jual topup ni, adik aku yang belajar poli tolong jual kat kawan2 dia sekali. So memang laku la. Tengah tengah malam duk suruh topup. Biasa la budak budak, bercintan, gayut tepon habis kredit, aku la yang kena topup kat dorang tengah tengah malam. Next semester nya, aku tak jual dah. Busy dengan PSM 1 kalau tak silap, ke PSM 2 entah. Aku tak jual sebab nanti orang duk ketuk pintu, takpun duk mesej suruh topup, kang stress pulak aku huhuu.


Lepas tu masa cuti semester tahun 2012 kut, okay aku memang pelupa sikit -.-'  duk rumah takde buat pape kan, dan masa tu femes felt craft, so apa lagi aku habiskan cuti dengan jual felt craft. Aku suruh adik aku amek order kat kawan2 dia kat sekolah haha. Budak sekolah suka la keychain kan. Ramai order, sampai penat gak la aku duk menjahit felt tu hari-hari. Sampai tengah malam menjahit siapkan order. Ditambah pulak aku ni menjahit lambat -,-  Pastu dengan dorang req macam2, memang makin lambat la. Tapi best sebab aku suka jahit jahit haha. Oh, adik aku dapat la upah sket2. Dia banyak tolong cari customer. Then lepas tu, aku dah habis cuti sem, aku dah tak ambil tempahan. Ada lagi yang nak order, tapi adik aku gtau la aku dah balik Johor semula. Lagi pun aku dah start busy dengan PSM time tu, so aku dah tak buat felt craft.


Itu lah last business yang aku buat. Semua nya aku buat temporary je, just untuk suka-suka cari duit poket. Lepas tu dah busy dengan PSM 2, aku dah takde jual pape kecuali VCO tapi tak serius.


Tapi sungguh, aku memang minat sangat jual jual ni, aku suka main duit haha. Lepas habis SPM, aku apply uni course business. Dapat tapi aku tak pegi sebab antara diploma  dan matrik,  aku nak matrik. Family aku jenis tak support sangat business ni. Maybe bagi dorang, business ni income tak tetap, and boleh takde income/muflis/bankrup bila-bila masa je. Yelah, aku faham tu. Business involves risks. Tapi apa je yang takde risiko, semua ada risiko.


Aku selalu cakap kat mak aku, sejak zaman skolah lagi, aku slalu cakap,


"laki (suami) kak nanti ada business."


Pastu mak aku cam biasalah ketawa, dan cakap cari yang kerja kerajaan la, ada gaji tetap tiap bulan, terjamin sikit. Oleh itu, disebabkan mak aku asyik cakap camtu je bila aku gtau nak kawen dengan businessman, so aku pun menyimpan impian cewah. 


Masa kawan dengan yang 8 tahun kawan tu,  aku kan suka sangat kat dia, so aku ada impian untuk masa depan kitaorang kiki. Dia, belajar tak tinggi, kerja pun sekejap kerja sana, sekejap kerja sini, kira zaman remaja dia terumbang ambing. Tak tau la kenapa aku suka dia weh haha. Aku tak penah kisah semua tu lololol. Biasa la perempuan, bila dah sayang blerghh. Sampaikan aku penah cakap kat mak aku, duduk pondok buruk pun takpe, asalkan hidup dengan orang yang kita sayang. The worst part of me. I'll do anything untuk orang aku sayang and I hate it -,-


Okay, back to impian aku cakap tu, memandangkan mak aku tak berapa berkenan aku nak kawen dengan orang business, atas sebab pendapatan tak kukuh, jadi aku memang nak sangat kerja kerajaan. By hook or by crook, aku kena dapat kerja kerajaan supaya bila aku kawen dengan businessman, at least aku ada fixed income tiap bulan. So kalau jadi apa-apa, ujian Allah kita tak duga, at least aku ada income bulanan and boleh tolong support husband kesayangan aku heheee. Memang ni impian dan angan-angan aku sejak dulu. Jadi masa dengan budak aku suka tu, memandangkan dia takde kerja tetap, dan aku minat laki yang ada business, so aku berazam untuk kumpul modal bila dah kerja nanti, dan buat loan untuk buka bisnes untuk budak aku suka tu. Means aku bagi modal untuk dia buat apa-apa business la macam bookstore ke. sebab aku memang sejak sekolah nak ada bookstore sendiri, sebab aku memang suka kedai buku hehee. Dah masuk, rasa taknak keluar je kalau boleh. So aku nak ada kedai buku sendiri. Budak aku suka tu dia leh la bukak cyber cafe dalam bookstore aku, nanti leh orang datang bookstore, minum & makan cake skali, atau guna pc (bukan utk game) hehee. Gila kan simpan impian camni haha. 


But for sure Allah is the best planner. It has been almost 4 years that we started to become a friend. Just a normal friend. And frankly speaking, I dont even have any feeling towards him anymore :) I finally can accept that he should be just a friend. I dont get jealous anymore, I dont even care what's he doing, how's his life, and I dont have any excited feeling to tell every single happy and sad thing to him. After all, I know that he doesn't deserve  me. I deserve someone better. Yes, I deserve someone better :) 


Okay, aku dah melalut ke zaman purba pulak kuangkuang.


Well, in business, kita kena ada orang-orang yang boleh bagi sokongan. Dalam business, akan ada jatuh bangun, sakit, kecewa, penat, perit, payah semua ada. Untuk dapat hasil yang manis tu, takkan senang-senang dapat camtu je. Jadi, sokongan dari orang sekeliling atau orang yang rapat dengan kita sangat sangat penting. Macam aku,  family aku memang bukan jiwa business, and persepsi dorang if aku buat business, takkan jadi nye, so dorang jarang la bagi semangat. Bagi dorang, baik aku kerja yang menjamin masa depan sket. Haa gittew. But ofcos la, aku tetap simpan impian jugak ada business sendiri cuma untuk modal, aku kena tunggu aku kerja dulu huhuu.


Tapi, sama macam kita tak jangka ujian yang Allah beri, kita pun tak jangka manis yang Allah bagi :)  It all started when I get to know someone who has passion in business, since about 6 months ago. I like his spirit. And maybe, because of him, I am where I am now. He is a person for me to talk or asking about business, teach and guide me, and an only person that I have to ask for support in business. I owe you. :)


So, I am currently run The Haura Shop . It  is still new just about 3 months old. Finally, at the age of 24, I have an online shop and run my own business. Tho it just a small business, but every something big starts with a small step kan :)  Hope it will become bigger and bigger hehe, in shaa Allah, aminn. 


The Haura Shop.  Jemput singgah, LIKE dan sila lah beli if ada yang berkenan :p


Jemput singgah The Haura Shop ye korang yang singgah blog ni. Jemput LIKE skali hehe. Anyway, boleh godek-godek previous entries tentang Sensual Plus Serum and VCO. Nak update entry baru tentang Mistine Egg White Mask tapi tak tau la bila nak update nye -.-'


Thats all. Thanks for reading :)






Thanks reading !