Wednesday, January 23, 2013

310. Yeayyyy! Dah boleh kawen ! Hiks :p


.ALHAMDULILLAH. SEGALA PUJI BAGI ALLAH PEMILIK SEMESTA ALAM.


Muka happy lulus PSM 2 :D


Happy dah boleh grad. Hehe.

Hari ke-2 presentation. I came to the faculty to meet my supervisor.
and Nana in this picture ,  have finished her presentation and got passed too  :D



Weeeeee. Alhamdulillah. Kami dah boleh grad ! Hehe C:


Sungguh, syukur alhamdulillah sangat-sangat. Terima kasih, ya Allah , hanya Kau saja yang permudahkan urusan kami dan membantu segala penat lelah kami. Hanya Kau saja yang memberi kami rezeki dan kejayaan ini. Andai hanya dengan segala usaha, namun tanpa ke-izinanMu pasti kejayaan ini masih bukan mampu kami miliki. :')


Terima kasih juga pada JPA yang telah menanggung pembelajaran saya selama 3 tahun setengah di UTM ini.  Sungguh sangat terima kasih. Biasiswa JPA sangat banyak membantu mengurangkan bebanan ibu bapa saya.


Terima kasih peluk cium pada mak abah, yang sangat banyak memberi bantuan. yang tak pernah sekalipun mengungkit apa yang diminta. yang tak pernah sekalipun mengeluh tiap kali anak perempuan ini call mengadu perlukan duit untuk print report dan thesis. sangat sanggup bersusah payah demi anak perempuan yang sorang ni. sungguh rasa bersalah kerana kerap meminta. sungguh tak termampu rasa untuk membalas segala yang kalian berdua curahkan. sungguh sangat rindu pada kalian. sungguh kejayaan ini hadiah untuk kalian. sungguh doa agar Allah sentiasa merahmati dan melindungi kalian. ameen. 


Terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan yang sangat-sangat banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu. Akhirnya penat lelah kita, tidak sia-sia. Alhamdulillah. Cuma sekarang, tunggu masa untuk baling topi bersama saja  :'D



TERIMA KASIH ! 
HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI JASA BAIK KALIAN SEMUA. 



:')





p/s - errr mak, akak dah boleh kawen kan ? Hehehe. ;p





Thanks reading !

4 comments:

cimon said...

Tahniah ~~!!!

Da boleh kawen skrg. Lulus. :P

Hik3 (^_^)

p/s: da dpt offer keje?

Unknown said...

Haha. Tak, belum dapat ag. Takde mintak mane2 keje lagi. huhu

ojayanie said...

Thniah sayang kita *hugs !

Unknown said...

Thankyou syg! *hugs*