Sunday, November 25, 2012

306. A Stupid Feeling


I dont know why, but I feel so bad.
I really really wanna have a talk with that person - A friend that can make my day.
A friend yang boleh buat aku ketawa walaupun masa aku tengah nangis.
A friend yang aku boleh cakap and tell everything and anything.
A friend yang aku boleh cakap bongok, bongek, mengong, sengal, samdol, 
sesuka hati aku, dan dia tak terasa pong. 
A friend yang aku boleh ketawa sedangkan dia tengah serius/marah. Serius aku suka gila part ni. 
A friend yang bila aku dengan dia, I dont feel sad at all. Yang aku rasa, hilang semua beban dalam kepala.
A friend yang tak bercakap pun soal hati dan perasaan, but still boleh buat aku happy sepanjang masa.

After all, I really miss that person. 

But -- Yea I know. I have to stop this stupid feeling.

He's already taken. 





Thanks reading !

Wednesday, November 21, 2012

305. Bukan Calon Isteri Pilihan


Sebab -

1. Selekeh

Hari tu aku order Pizza. Abang tu cakap setengah jam siap.
Lepas 40 minit macam tu, dapat message dari unknown. Pizza dah sampai.
Kalut-kalut aku sarung tudung , memang senget benget ah pakai tudung.
Pastu capai cardigan, tak sempat sarung, aci redah je letak atas bahu,
as long as cover t-shirt yang berlengan pendek.
Pastu sarung selipar, lari turun tangga.

But then, ohmai , salah sarung selipar ! *double facepalm*
Sarung selipar sebelah lain, sebelah lain.

Yadda yadda.

Aku rasa abang Pizza tu macam nak ketawakan aku,
sebab mula-mula dia nampak aku ,
aku nampak muka dia macam nak ketawa, tapi dia terus toleh amek Pizza, macam nak cover  -.-"

Aku, memang cover habes ah selipar tu.
Yang salah aku sarung tu, selipar member aku pulak tu, besar la jawab nye .
Sebelah kecik, sebelah besar  -.-"


Lelaki mesti suka perempuan yang kemas-kemas kan ? -.-"



2. Tak reti make up

Kawan aku , lelaki, tanya gini ,
"weh nape pompuan kne pkai bedak kt muke?"

Aku macam, mak aihhh, best nye soalan kau.
Aku jawab,
"kau g google. mne la aku tau asal dorg pkai.bg wangi kut"

Memang ah kan aku diketawakan. 
Tapi serius aku memang tak tau pun asal perempuan pakai bedak. 
Aku pun taktau apesal aku pakai bedak. Mungkin sebab aku perempuan kut ? HAHA.
Tapi , aku rasa, sebab utama aku pakai, sebab pakai bedak nampak berseri sikit, dan wangi. 
Bedak Baby Johnson wangi weh. 
Anyway, kawan aku ni cakap, orang lain semua bagi jawapan sama, which is, "kulit perempuan tak sama dengan lelaki".

Aku pun, "Ohhh sebab tu ke. Aku pun baru tau." Wahaha.

and dia, " kau ni laki ke pompuan ?" 

-.-"

Haihh. Umur dah boleh kawin, tapi , kalau dah pakai bedak pun main sapu jek, apetah lagi make up lain, memang tak pakai ah. 
Lelaki mesti suka perempuan yang pandai berhias kan. Tak mekap banyak pun at least, 
pakai jugak la kan foundation. 

Okay, fine fine. 

Oh btw, errr lelaki memang tak pakai bedak eh ?


3. Tak pandai berlembut. Ecehh

Sebenar nya tak pandai bermanja kut ? Wahaha. Dan membosankan.  -.-
Well, zaman sekarang, pepaham la kan orang kapel bercinta macam mane. Even budak sekolah pun,

"cayang, cayang cayang cayang tak ?"  
"papa, mama winduuuuu laaaaaa..."

and bla-bla-bla segala bagai. 
Dengan aku, memang tak ah nak suwwitttttt macam ni. Aku stakat saya awak jek. 
Teringat cerita tahun lepas, 

Dia : awak, kita guna saya awak je ke ?

Aku : aah la. nak guna apa lagi ?

Dia : errm...

Aku : apa ermm ? awak nak guna nama ke ?


Kalau taknak guna saya awak, kita guna nama je la yek. HAHA .
Memang ah kan lepas tu ade awek lain LOL !




____________________________________


Somehow aku rasa, this is why aku takde boyfriend. Hahaha. 
Dan calon suami. Isk isk.

Its not that I didnt try.
Aku ni jenis susah suka orang, tapi bila aku dah suka, kena reject pulak  -.-"
Tapi kan, kekadang rasa, aku kena reject sebab, aku pun suka reject orang.  Hehehe :p

Tapi kan.... sedih gak kan kena reject ni. 
Sobsobsob.

Kbye. 






Thanks reading !

Thursday, November 15, 2012

305. Buku baru , semua baru

Hari buka buku baru,
Tutup semua cerita lama,
Buang semua kenangan yang tak guna.

Buku kau, penuh kau dan dia,
Buku aku, takpe, biar kali ni aku sorang-sorang.
Eh, mungkin aku berdua, dengan Tuhan ?

Aku tak lupa, janji dulu - aku happy as long as kau happy.
Betul. Kita kan kawan sejak sekolah.

Jangan risau,
Sejemput pun tak marah,
Secubit pun tak nangis.
Cuma, penat.

Betul. Kita kan kawan.

Cup, aku kena cari kawan baru la kan ?

Eh, mata masuk habuk pulak.


Bye.




Thanks reading !

Wednesday, November 7, 2012

304. Harga Promosi VCO Bio4Cure Products





Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Untuk makluman, harga produk Bio4cure yang dimaklumkan dalam entry ini adalah harga promosi, dan bukannya harga jualan asal (bukan promosi).  Promosi sebab pertama kali jual thru online :)

Promosi ini bermula dari tarikh entry tersebut di post iaitu 13 Oct sehingga 30 Nov 2012.  

Harap tidak lagi berlaku salah faham bagi harga produk-produk ini ye. :)


Untuk maklumat lanjut , dan untuk mengetahui harga jualan sebenar, boleh visit page ni  ( klik sini )


Thankyou. 


Thanks reading !

Tuesday, November 6, 2012

303. I feel down



This disease makes me feel down.
Ya, kadang-kadang serius rasa down gila.
Rasa macam tak nak jumpa siapa-siapa. Tak nak keluar mana-mana.
Malu. Segan.
Tapi memang tak boleh ah. Kelas kena pergi, perut kena isi.
Takkan nak duk berkurung kat bilik je kan.
So, nak tak nak, tebalkan je muka jalani hidup macam biasa.
Padahal dalam hati Tuhan je la tahu.

Tapi apa pun, aku patut bersyukur, sebab Tuhan uji sakit macam ni je.
Sakit yang tak bahaya kut, cuma buat kau rasa malu and kurang self confidence.




Tapi risau jugak sebenarnya, takut sakit ni boleh jadi lebih teruk and buatkan aku hilang nikmat yang satu ni. :(  Harap-harap everything just be fine, and penyakit ni takde la melarat makin teruk. Actually sakit ni, bila aku kerap mengadap laptop, and kerap tidur lewat, mata aku dah jadi tak betul sikit. Doktor cakap masalah saraf. Dah letak ubat tapi sama je  :( Masa cuti dua bulan hari tu, dah okay dah, sebab takde mengadap laptop sangat, tapi masuk je semester, lepas seminggu terussssss jadi balik. Tipu la kalau cakap tak sedih. Dah feel down tu kan, mesti la sedih sekali.

Cuma boleh doa je , supaya one day akan kembali okay dan normal macam biasa.
Dah la minggu ni kena attend kenduri, kena jumpa ramai orang, ermmm malu nye nanti :(


O Allah, give me strength.











Thanks reading !

Monday, November 5, 2012

302. Dikala takde elektrik... Jeng jeng jeng




Memandangkan akan blackout dalam masa yang begitu lama, so me and the gang dengan penuh tak puas hati, ahhahaha, cari port untuk melepak la, haihh. Takkan nak duk saja kat bilik tu, kipas x fungsi, internet takde, laptop yang bateri tahan tak sampai dua jam pun, memang tak ah kan nak stay kat bilik dalam keadaan macam tu. 

Oh, sebelum tu, to make it clear, aku bagitau dulu lah, geng kitaorang ni ada 12 orang. tapi for today, ada 10 je sebab lagi dua orang balik rumah. 10 yang ada di UTM ni, sorang tu tak join kitaorang melepak sebab pergi rumah mak sedara dia. Jadi tinggal lah 9 orang budak comel. Yang comel-comel ni, sebulat suara nak melepak Starbucks. Okay no, actually my roommate memang the day before dah plan nak duk starbucks waktu blackout ni. Aku pun plan nak melepak luar, cuma x serius sangat la. After wake up pagi ni, pegi bilik Didi , and dia tiba-tiba cakap pasal Starbucks. So aku pun, haa jom lah pegi lepak sana, Starbucks CS. and then, member2 yang lain pun nak join jugak g CS. Yang lawak nya, 5 of us, g Starbucks CS, and another 3 g Starbucks Bukit Indah. Sumpa comel ! Hahaha. 

Memang ah aku bawak laptop bagai, nak buat assignment la konon. Tapi hampeh. Buat nya sekejap je, merayau je lebih. Haha. Yadda yadda. Masalah betul bila xde letrik ni. Terpaksa lepak luar, dan membawa kepada window shopping, dan tanpa sengaja TERbeli  :b


No electricity in UTM brings me here LOL !  :B
Ni bukan lunch ye, ni  breakfirst. Breakfirst pun hebak kemaing  -.-"


And this is what we called lunch !  Beef for me, and chicken for didi.
Kitaorang berdua je sebab yang lagi 3 orang tu, dorang da melantak McD, hihhi. 


Habis lunch pun dah pukul 4, terus pergi surau solat asar, and bila dah masuk jam 5, dah takde mood dah untuk sambung buat kerja. Sooooooooo  dengan rasa tak bersalah nya, pergi window shopping dan shopping lah skali. Ahhahhaa. 


Mohon takde lagi buat pembaikan time student ada kat UTM ni. Assignment tak jalan, duit je yang laju menderu bagai air takde tebing. Hewwww.  ;p  Padahal salah sendiri, pergi CS tu sape suruh  T____T

Okbye. 







Thanks reading !

Thursday, November 1, 2012

301. Hi November.



May I be the lucky one ?

Plisssssssss







Thanks reading !