Seteress main Candy Crush. Makin lama makin susah. Sekarang dah level 425, hehe. Oh anyway, level 376 adalah level paling lama aku stuck. Almost 3 weeks tak lepas level tu. Hingga akhirnya aku terpaksa google cara untuk hack, dan main tipu. hehe.
Okay, bukan nak cerita pasal candy crush. Nak cerita pasal master dan betapa seteress nya sejak belakangan ini :(
Seperti sedia maklum, ecehh, (macam lah ada yg ikuti perkembangan aku kat blog ni, lulz) aku sambung belajar peringkat Sarjana (master) di UTM. Degree kat sini, master pun kat sini. Senang. Dah biasa dengan UTM. Sekarang dah hampir 4 bulan dah buat master ni. Awal-awal dulu tak stress sangat. Tiap minggu kena submit progress report, masih okay lagi. Sekarang, haa amek dah berminggu tak submit :( Bukan sebab taknak buat, atau takde progress but seriously kepala macam dah tak boleh cerna apa yang dibaca, dan dah tak boleh karang ayat summarize apa yg faham dan arghhh tension tau tak. Makin hari banyak kena baca, banyak kena faham, kena paksa faham, kena paksa paksa paksa faham, makin lama makin deep deep deep sesuatu topik tu, makin kena faham dan kena tau lebih dalam.
Seriously, rasa nak QUIT. :(
Aku, sejak tingkatan 4 ada masalah sakit kepala bila aku terlalu paksa otak untuk faham sesuatu benda yang memang sukar nak difahami dan memang macam impossible untuk aku faham dan ambil masa untuk faham. Macam, kau baca kau tak faham. Tapi kau kena paksa jugak untuk faham. Macam kau buat addmath, tapi kau tak reti buat. Tapi kau kena buat jugak sampai betul tu jawapannya! But at least add math, tak dapat full mark, dapat jugak la markah sikit-sikit. Tak dapat final answer pun, cikgu bagi jugak markah utk kira-kirasebelum dapat jawapan final. Tapi master, kau ingat boleh kalau tak dapat final answer? Haa memang tak grad la kau. Proses awal tahu, lepas tu next proses untuk dapatkan jawapan tu, tak tahu. Masak.
Itu lah masalah aku sekarang. Apa yang aku kena buat. Kalau nak improve ni, kena macam mana. Apa current problem research ni sekarang. Apa algorithm and techique bla bla bla. Duhhh.
So..pada yang nak sambung master, sebelum korang sambung tu fikir la betul-betul. Ni untuk master by research k. By course takde masalah sangat kut. Okay, master by research,
1. Sila pastikan tajuk research korang. kalau boleh, pastikan korang ada basic topik tu and tahu pasal topik tu and minat topik tu.
2. Kalau topik tu bukan minat korang, tak ada basic, sekurang-kurangnya pastikan korang jenis cepat belajar dan cepat faham.
3. Kalau topik tu memang langsung korang tak tahu apa-apa, sila pastikan korang ada minat untuk kaji dan baca dan memahami tentang topik tu.
4. Pastikan korang rajin mengarang ayat buat report dan memang takde masalah nak summarize benda yang kita sendiri tak berapa nak faham dalam ayat yang membentuk perenggan-perenggan yang boleh membuatkan kita jadi faham. Ek?
Emm 4 tu je kut. Eheh. Kalau korang tak pasti kan empat-empat tu ada, ermm ermm ermm, kemungkinan korang boleh jadi macam aku sekarang ni. Jadi lost, jadi stress, jadi tak boleh nak go on, rasa macam tak boleh teruskan belajar ni, rasa macam sakit sangat kepala cuba faham topik yang memang tak pernah belajar langsung dan takde asas langsung. Memang la degree belajar sains komputer, master pun sains komputer tapi department lain. Huhu. Degree kebanyakan projek kena develop apps ke, website ke, game ke, sistem ke. Research ni kena kaji deep lagi. Nak propose framework, benda baru. Benda yg orang lain dah kaji, dan kau kaji pulak kekurangannya dan kau propose benda baru untuk mengatasi kekurangan tu/meningkatkan mutu dan kualiti benda tu. Zzzzzz.
Hujung bulan 8, kena complete chapter 1 and chapter 2 :(
Tell me, macam mana nak tulis benda yang kita tak faham dan taktau? *nangis*
Hmmm.