Wednesday, October 31, 2012

300. Eid Adha , 1433 H.


Dah hari ke berapa ni, baru nak buat entry raya. Yadda yadda. 

Untuk cuti raya haji kali ni, aku terpaksa ponteng kelas. Heww. Tapi somehow rasa macam, tiap sem aku ponteng kelas untuk raya. Ahahaha. Hari rabu malam aku dah blah balik, ponteng 1 kelas hari kamis sebab kalau aku balik hari kamis malam, pagi Jumaat baru sampai Kedah, memang tak nak ah time orang raya, aku dok tak mandi ag dalam bas tu  -.-"

Petang Khamis tu, aku ngan sepupu aku buat kuih siput. Hehe ! Nak buat dari raya puasa hari tu lagi, tapi asyik tak sempat jek. Ini buat pun sebab masa aku balik rumah one week before balik raya , aku dah cakap kat mak nak buat kuih siput. So balik je raya, tengok-tengok mak aku dah beli semua bahan =.=  So aku dengan rajin nye rajin la sangatttt pun buat lahhh. 


[ sipuk comel ]


Raya haji tahun ni macam meriah la sikit dari tahun lepas, sebab tahun ni kitaorang buat kenduri, share dengan maksu aku. Kenduri nya buat kat rumah maksu aku, sebelah rumah aku jek. 

Lepas orang dah habis solat raya, kitaorang pegi tengok dorang sembelih lembu, tiga ekor. Tahun ni mak aku letak nama aku untuk bahagian korban, so harus lah aku ada sekali time sembelihan , huhu !

After dah selesai semua, ikut sepupu aku g beraya rumah mak sedara dia. Kira mak sedara aku gak la. Ahah. Then, balik rumah, siapkan assignment. sobsobsob.

Dalam pukul 3 macam tu, dah mula la sibuk untuk kenduri. Potong daging and segala macam bahan untuk memasak. Aku men hentam jek potong. Alah nanti dah masak makan, takde nye dorang belek, telan jek. Haha. And kat luar rumah, dok rebus sup tulang. Hehe !

[semangat gyle adek aku robohkan reban ayam dia utk amek kayu. reban yg ayam dah taknak duduk. hehh]


Kitaorang jamu tetamu makan lepas maghrib. Sepatutnya lepas isyak tapi kebetulan malam tu jugak ada kenduri kat kampung sebelah, lepas isyak. So kitaorang pun tukar la jamu awal sket sebab orang-orang surau kena pergi kenduri kat kampung sebelah tu.

Sirius habis memasak semua memang dekat-dekat maghrib dah. Siap semua, gilir-gilir solat and potong daging rebus untuk cicah ayaq asam. Perghhhh sedapppppp behh.

Alhamdulillah, ramai yang datang. Sampai pukul 10 malam, baru lah boleh berehat sikit. Even penat tapi sukaaaaa.Hehhhh.

Tapi...lagi best kalau abah balik sambut raya sekali .  Huhu.


Okbye.







Thanks reading !

Friday, October 26, 2012

299. A Boy and A Girl - Maybe just temporary heart feeling, kan ?





DOWN
T____________T




***********************************************************

Aku pernah suka orang. Lama. Aku tak cakap, aku simpan. 
Sebab, kalau aku cakap pun, aku tak rasa dia punya rasa yang sama.
Tapi, aku tunjuk. Yes, aku tunjuk dengan perbuatan, macam aku suka kat dia.
Tapi aku rasa dia tak faham pun. Haha. 
Sebab kitaorang kawan baik. So kalau aku buat apa sekalipun, mungkin dia cuma anggap aku buat macam tu as a good friend. 
Lagi pun, kitaorang jauh, dan dia pun dah ada girlfriend masa tu,
so takkan la luah perasaan kat boyfriend orang pulak kan -.-"

Tapi tak lama lepas tu, dia single. dah kitaorang terus rapat.
And finally, after few years, lepas aku dah habis sekolah, aku confessed kat dia. Haha. 
Tapi aku kena reject - dia cuma anggap aku teman baik. 
Sampai sekarang, dah 8 tahun dah pun, dia cuma anggap aku tak lebih dari teman baik.
Tapi kitaorang dah takde la rapat sungguh macam dulu. 
Dia cintakan orang lain  :')

Its okay la. 
Awal tahun lepas ye ah, masa dia bagitau aku dia cintakan someone dan orang tu bukan aku,
korang boleh faham sendiri ah kan ape aku rasa.
Tapi.. fikir-fikir balik, dia memang patut pun cari someone yang dekat dengan dia, 
and boleh selalu ada untuk dia. 
Aku ni jauh, payah nak ada selalu. Boleh ada kat handphone je la, pe barang kan.
Macam raya hari ni -  dia cakap dia sorang2 kat rumah, dan aku cuma boleh tanya, kenapa tak ikot family raya ?
Memang patut pun dia reject aku sejak dulu. Haha. 
Orang yang dia cinta, terus datang rumah hantar makanan  :)
Soooooo  aku memang tak layak pun. Haha.


Okay, abaikan. 

-

Sejak dari tahun lepas sampai sekarang, aku cuba move on.
Sebenarnya, yang aku terima someone sebelum ni, sebab nak move on la. Haha.
Tapi - tahan 8 bulan jek - sebab , takde jodoh. Hehe.
Ah lupakan la. 
At least, dia tolong aku move on. 
Tuhan takkan saja-saja hadirkan seseorang tu dalam hidup kita.



[ saya nak kita, forever ]



Haihhh. Benda gini semak otak betol la. Haihhh.


-.-


It's just,Temporary,But give it time to know it's realBefore you're readyTo face it and begin to healYour life's worth livingFor someone give their all to feelTheir heart's stopped beatingSo give yourself another chance to changeWith tomorrow comes a better day

It's time to startTo face the things that you fear mostTo know you're better off aloneTo stand up fighting with your will to carry onIt's only thenWill you see sides that you don't knowYou're finding paths just take them slowAnd step by step you'll findIt's easy to forgetDon't forget



Thanks reading !

Saturday, October 13, 2012

298. Produk Minyak Kelapa Dara aka. VCO (Virgin Coconut Oil) Bio4Cure

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera  :)


Entry kali ni nak promote produk yang saya jual. Hehe. Oh before that, hari ni mood sopan, so nak guna kata ganti diri, saya. Hehh ;D


 As shown in the picture above, ini la produk-produk yang saya jual. --  Minyak kelapa dara (untuk minum) , losyen kelapa dara, sabun kelapa dara, sabun limau purut.  Produk-produk ni produk Bio4Cure keluaran Perusahaan Tradisional Herba Sari.

Actually, dah mula guna dan jual sejak tahun 2010 lagi, cuma tak pernah jual online. Ini baru nak mula jual secara online  :)  Tapi untuk student UTM, boleh beli by-hand, saya boleh deliver ke kolej anda :D  atau yang area skudai, atau johor bahru, boleh datang ambil di UTM, ehhe.


Minyak Kelapa Dara ( Virgin Coconut Oil) -- boleh diminum ( for drink )

RM 24

- Boleh diminum begitu saja.
- Boleh dicampurkan dengan minuman ( panas atau sejuk )
- Boleh disapukan pada rambut, melebatkan rambut
- Boleh digunakan sebagai conditioner rambut dan scalp kepala, merawat kelemumur
- Di sapu pada kulit untuk merawat penyakit eczema, gatal -gatal kulit, ruam, ruam lampin, kulit kering, dan sebarang masalah kulit.
- Merawat masalah tumit dan kulit tapak kaki ( keras, berkematu, pecah-pecah )
- Merawat sakit gout, resdung, mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi, buasir



Testimoni  : 


1. Merawat buasir
My dad ada sakit buasir, and memang selalu la pergi check doktor and makan ubat hospital. sebab abah saya dia memang , sakit je mesti pegi hospital.  Abah jenis rajin makan ubat hospital and sangat follow arahan doktor. Huhu. But then sejak saya kenal produk ni, saya suruh abah minum minyak kelapa dara ni. Mana la tahu kan, dengan izin Tuhan, boleh rawat sakit buasir abah, dan tak perlu makan ubat hospital lagi. Makan ubat hospital selalu, bukan nya elok sangat, ye dak. Dan alhamdulillah, sekarang abah dah takde makan ubat buasir lagi. Abah minum kelapa dara ni je. Dah takde masalah buasir lagi.  :)  


2. Merawat Gout
Kawan abah, mengidap sakit gout. Abah cerita, kawan dia ni memang selalu ulang-alik hospital. Jadi, abah suggest minum minyak kelapa dara ni. Alhamdulillah, sekarang kawan abah dah takde ulang-alik hospital lagi  :)


3. Merawat darah tinggi
My mom pun amalkan minum minyak kelapa dara ni, hari-hari . Mak minum sehari sekali je. Should be two times per day, tapi nanti cepat habis, hehe, so mak minum sekali je sehari.  Mak sebenarnya ada darah tinggi. Most of warga emas ada darah tinggi kan. Tapi mak pernah pegi check kat doktor sekali je, and doktor sahkan ada. Lepas tu mak dah tak nak pergi check lagi, sebab my mom memang paling tak suka makan ubat hospital. Berbeza dengan abah, huhu. Ada sekali tu, mak pening kepala sangat. Biasa nya darah tinggi kan, kalau tak jaga makan, memang sakit kepala kan. contoh nye, terlebih makan daging . So mak terus minum kelapa dara, then alhamdulillah, sakit kepala hilang, alhamdulillah sihat walafiat. :)


4. Merawat thyroid
My kakak angkat, doktor sahkan mengidap sakit thyroid. and you know what, doktor tu suggestkan untuk minum minyak kelapa dara. Seee doktor pun suruh minum minyak ni. Huhu :)  Korang boleh google, memang ada info pasal Minyak Kelapa Dara rawat thyroid.




Cara kitaorang minum minyak kelapa dara ni --  Minum one cap of minyak kelapa dara ( penutup botol minyak kelapa dara) / satu sudu plastik, dan kemudian minum air. 





Losyen Kelapa Dara (VCO losyen)
RM 16 - Out of Stock

- Tidak boleh di minum ( untuk kegunaan luaran sahaja )
- Boleh disapukan pada rambut -- melebatkan rambut
- Boleh digunakan sebagai conditioner rambut dan scalp kepala -- merawat kelemumur
- Di sapu pada kulit untuk merawat penyakit eczema, gatal -gatal kulit, ruam, ruam lampin, kulit kering, dan sebarang masalah kulit.
- Merawat masalah tumit dan kulit tapak kaki ( keras, berkematu, pecah-pecah )
 - Di sapu pada muka untuk merawat kulit muka berminyak, jerawat, jerawat batu, jeragat, resdung
- Memudarkan parut 


Saya cuma jual dua jenis losyen ni. Yang merah tu Lotus, dan yang ungu Lavender. Dua-dua wangi. Lavender sesuai untuk pelajar yang stress study,  atau dekat-dekat nak exam -- boleh sapu kat dahi , release stress  :)




Testimoni :


1. Kulit muka berminyak, dan biji-biji kecil di dahi.
Ini tuan tanah punya testimoni. Hehe. sebab kulit muka saya memang jenis oily and suka naik biji-biji kecil kat dahi, pastu jadi parut  :(  Serius memang sebelum guna losyen kelapa dara ni, bangun pagi je, mesti muka macam kuali penuh minyak. Memang muka berminyak sangat. Tak suka tau. Tapi lepas guna losyen ni, alhamdulillah, bangun pagi dah takde lagi macam kuali penuh minyak, hehe. Setakat sikit-sikit tu biasa la kan. Tu pun kekadang jek. And biji-biji kecil kat dahi pun dah tak naik lagi bagai cendawan tumbuh selepas hujan :)  sampai sekarang saya memang sapu losyen ni kat muka setiap malam sebelum tidur. 


2. Jerawat
Ini pun testimoni tuan tanah. Hehe. Sape yang tak pernah naik jerawat kat muka ? Budak belum cukup umur jek yang belum pernah naik jerawat, haha  :P   Selalunya, dekat-dekat nak datang bulan tu, mesti naik sebiji dua. Kalau tak kat hidung, kat dagu . Kalau tak kat dagu, kat atas mulut. Kadang-kadang, naik kat dua-dua tempat terus. Huhu. Tapiiiiiii  , relakss jangan stress-stresss, sapu je losyen ni kat jerawat tu. InsyaAllah, sehari dua lepas tu, mesti kecut, dan kemudian hilang, hehe ! Memang itu yang saya buat sejak guna produk kelapa dara ni, naik je jerawat, memang terus sapu losyen ni. Alhamdullillah berkesan pada saya, dan insyaAllah berkesan pada semua yang guna produk ni  :)  


3. Parut di jari kaki akibat kasut
Ini testimoni dari kawan saya. One of my friend ni, hujung jari kaki yang anak tu, macam jadi parut hitam sikit. Ala, setengah orang kan, bila pakai kasut yang ketat sikit bahagian jari, nanti jadi macam hitam sikit kat tepi jari anak tu kan, so kawan saya ni kes nya macam tu la. Dia sapu losyen kelapa dara ni kat bahagian parut hitam tu. Then lepas beberapa kali sapu, dia bagitahu saya yang parut tu makin pudar dan terus takde :D


4. Eczema, gatal-gatal kulit
Kalau gatal je kaki, terus sapu losyen ni, tak payah garu-garu lagi. Hehe. Alhamdulillah berkesan merawat eczema dan kulit kering. :)





Sabun Kelapa Dara
 RM 12 

-  Merawat kulit muka berminyak
- Memudarkan jeragat
- Merawat jerawat, jerawat batu
- Memudarkan parut jerawat di muka
- Melicinkan dan membersihkan kulit muka
 - Merawat resdung



Testimoni  :


1. Jerawat batu 
Ini adik lelaki saya punya testimoni. Heh. Adik lelaki saya sorang ni, muka dia ada masalah resdung dan jerawat batu. Seriously, saya akan membebel kat dia bila tengok muka dia penuh jerawat batu. Tolong ah, muka dah hensem tapi pipi macam sarang tebuan. Saya dah la jenis tak suka tengok dia tak jaga muka. And excuse me, bukan perempuan je tau kena jaga muka, lelaki pun kena jaga jugak tau. Especially muka jenis naik jerawat batu, tolong lahhhh do something untuk pulihkan semula kulit muka anda. Huhu. So bila  muka adik saya da penuh jerawat batu, saya ape lagi, terus suruh dia guna sabun kelapa dara ni. My bro ni jenis tak pakai pencuci muka. Lelaki kan, bukan rajin sangat guna produk pencuci muka. Tapi for this time, saya membebel - bebel paksa guna jugak. Saya kan jarang ada kat rumah, sebab belajar kat UTM, so one months after kalau tak silap, saya balik rumah, then saya macam, eh muka hang, bersih nya ? Rupa nya dia pakai sabun kelapa dara ni la, hilang jerawat skali ngan parut-parut haa. Memang tak nampak langsung muka pernah ada jerawat batu. Alhamdulillah berkesan  :)  Dan sekarang ni pun, memang naik je jerawat, dia rajin la sikit sabun muka. Kalo tak, ham ham hampeh la kannn. Dia memang tak rajin pun jaga muka -.-  Saya jek yang rajin membebel suruh dia jaga. Haha.


2. Merawat dan membersihkan kulit muka
Ini testimoni dari kawan-kawan di UTM. Some of my friends here, dorang guna sabun kelapa dara ni. Lepas guna satu, alhamdulillah sampai sekarang berterusan guna. :)  Sesuai untuk semua jenis kulit. Bila tanya dorang, okay ke guna sabun ni, sebab mula-mula dulu saya cuma suggest untuk dorang cuba guna sabun ni, and tak sangka pulak, lepas dah habis satu, dorang nak lagi. Huhu. Dorang cakap okay dengan kulit muka, muka tak berminyak.  :) 




Sabun Limau Purut

RM 12

-  Merawat kulit muka berminyak
- Memudarkan jeragat
- Merawat jerawat, jerawat batu
- Memudarkan parut jerawat di muka
- Melicinkan dan membersihkan kulit muka
 - Merawat resdung

Lebih sesuai untuk merawat kulit berjeragat, sebab tekstur nya kasar. Untuk yang takde masalah jeragat, lebih disyorkan untuk guna sabun kelapa dara.  Dan lebih sesuai juga digunakan sebagai sabun badan -- untuk membuang daki, kehitaman di celahan, dan untuk yang mengalami masalah badan berbau :D



 Testimoni -


1. Memudarkan dan menghilangkan jeragat
Testimoni mak saya. Hehe. Mak saya muka dia memang ada jeragat. Biasa la kan yang dah berumur, selalu nya ada jeragat kan. Tak semua, tapi ada sesetengah yang ada, and my mom is one of them yang ada masalah ni. so my mom mula guna ni, kalau tak silap sejak tahun lepas lagi. Lepas guna satu, ada yang tanya, guna produk apa, muka makin okay, jeragat makin kurang nampak. Then apa lagi, mak terus la promote sabun limau purut ni. Hehe. So kawan-kawan mak pun cuba guna jugak. Alhamdulillah, lepas guna satu, nak lagi.. Hehe. Sampai sekarang ni, mak masih guna sabun ni. Saya pun nampak muka mak nampak makin okay  :)  Dan sebab tu saya cakap sabun ni sesuai untuk merawat kulit yang ada jeragat. Saya cakap berdasarkan apa yang saya nampak depan mata  :)




     ----------------------------------------------------------------------------------------------------



Sabun Susu Beras Thai 
RM 5 -- jual dalam utm sahaja 


Saya memang guna sabun susu beras thai. Dah biasa guna sabun ni, dan sesuai dengan kulit muka, so saya taknak tukar produk. Saya pernah stop guna sabun susu beras ni, dan guna pencuci muka Neutrimetics yang apricot tu, tapi kulit jadi mengelupas.Kulit muka saya ni jenis sensitif pada produk berasaskan bahan kimia. Kalau pakai pencuci yang berasaskan bahan kimia, mesti muka mengelupas  :(   Lepas tu tukar guna sabun susu beras semula, sampai la sekarang. Pencuci muka Neutrimetics guna kadang-kadang je dalam 2 kali seminggu untuk cuci muka waktu malam, untuk cerahkan kulit muka dan nak habiskan . Membazir beli kalau tak habiskan. Hehe. Dan saya takkan guna waktu siang sebab nanti kulit berminyak. Guna sabun susu beras, kulit muka tak berminyak sepanjang hari  :)  But lately saya selalu guna sabun limau purut, untuk hilangkan bintik-bintik hitam kat bahagian hidung.  Macam banyak pulak kan saya guna. -.-"   Neutrimetics is good, tapi saya memang tak boleh guna selalu, sebab muka saya nanti mengelupas. Jadi sekarang, sabun limau purut dan sabun susu beras je. Dan sebelum tidur, saya sapu losyen kelapa dara Lavender kat bahagian muka supaya tak berminyak dan tak naik biji-biji kecik  :)



So, apa lagi, jom laaa beli ! Hehe.  Untuk minyak kelapa dara untuk minum tu, kalau taknak minum sebab muda lagi kannn, takde sakit pape, boleh belikan untuk ibu bapa anda. Tak mahal pun, RM 20 je, untuk kesihatan ibu ayah. InsyaAllah, membantu mencegah dan merawat penyakit . Student pun boleh minum, bagi hari-hari anda bertenaga. Yang kena study sampai lewat malam pun boleh minum, bantu bagi tenaga untuk stay up. Untuk losyen pulak, sebotol RM12 jerrrr.  Dan untuk sabun, RM10 je.  Cepat-cepat beli. Apa salahnya cuba jinakkan diri dengan produk berasaskan bahan semulajadi pulak kan. :) Produk-produk kelapa dara ni, keluaran orang kampung. Pakcik ni proses sendiri kat rumah dia. Baru-baru ni, dia ada masuk TV1 . :)





Untuk sebarang pertanyaan atau rasa nak cuba produk-produk ni, 
boleh email saya di haura.malina@gmail.com
atau sms/whatsapp 013-5925359
atau
 klik link di bawah, Like page and PM me :) 




mari mari mari sihatkan kulit muka dan tubuh badan dengan bahan semulajadi  !  ;D



*Update harga  April 2014



Produk lain:

Thanks reading !