aku mintak Kak Tikah ( officemate ) hantarkan pergi klinik.
Selsema.
Seriously aku bukan jenis sakit sikit pergi klinik,
tapi kali ni apesal entah, gedik.
Turun je dari kereta, aku nampak sorang pakcik atas moto dari jauh tengok je aku.
Bila aku da sampai dekat dia, dia cakap,
"Sedih je muka"
Aku rasa macam langkah aku terhenti kat depan dia.
Dan aku senyum sikit pada dia sebelum jalan masuk klinik.
Dr melayu yang berpangkat Haji, aku tahu selepas aku tengok namecard dia,
tanya, "demam ke?"
aku cakap, tak tahu la demam ke tak. tapi selsema.
Aku memang payah sedar yang aku ni demam.
Dia check suhu.
"Demam sikit"
Oh...
"Demam asmara ke?"
Erkk. Demam sakit hati...
Dia bagi aku mc satu hari.
Akak-akak balik kerja, tanya dah okay belom.
Aku cakap, dah.
Akak tu pegang dahi.
"Dah ape, panas je lagi ni."
Aku tak pandai cakap aku tak okay.
Aku cuma boleh luah aku tak okay, dengan tulisan.
Esok nya Rabu, aku masuk office as usual.
Officemates cakap muka aku macam orang sakit.
Muka aku nampak sakit, sebab hati aku sakit.
Sakit yang Allah saja yang tau,
betapa terlalu sakit, sampai semua yang aku renung nampak kosong,
dan aku cuma boleh tanya, "kenapa?"
Aku harap Tuhan lembutkan hati aku..
sebab aku taknak terus menanggung rasa sakit ni.......
Untuk awak, ada akal, guna. Tuhan bagi akal bukan untuk disia.
Untuk diri sendiri, percaya, Tuhan sayang.
Nanti sampai masa, mati, tamat semua.
Untuk korang, moga buku baru kita kali ni lebih cantik dari buku-buku sebelum ni. :')
4 comments:
awak, jaga kesihatan elok-elok. semoga semua akan jadi baik-baik sahaja. in sya Allah. :)
awww... thank youu awak ! :')
moga cepat sembuh. jgn lupe makan obat tau.
kalo sedeyy...bacalah al-quran.
kalo rasa nak nanges...biarlah atas sejadah.
ape2 hal, boleyy roger mak or kawan2 terdekat.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. (^v^)
haha, thankyou cimon.
betul awak ckp,
kalo rasa nak nangis, biarlah atas sejadah :'D
Hari raya puasa dah lepas,
saya wish utk raya haji la, hehe
selamat hari raya haji ;)
Post a Comment