aku suka malam
entah
mungkin kerana ada bulan dan bintang
mungkin kerana dapat lelapkan mata agar tak fikir apaapa
entah
tapi sebenarnya aku gelisah bila malam tiba
kerana entah
gelisah resah jadi satu
aku rindu
aku suka malam
entah
kerana aku suka tengok bulan
aku suka tengok bintang
bintang selalu ada temani bulan
tapi kadangkadang bulan tak muncul pun kan?
tapi bintang setia ada menanti
entah
hati aku pun begitu..mungkin..
tapi sebenarnya aku tak suka malam
entah
melihat langit kelam
sunyi
sepi
macam hati aku..mungkin
aku suka siang
entah
ada matahari
cerah menyinar ceria
tapi tak macam hati aku..mungkin
aku suka siang
ada langit biru berawan putih
cantek
dan bibir milikNya ini akan mengukir senyuman
tiap kali berdiri di balkoni melihat langit biru
entah
sebenarnya aku suka malam dan siang
sebab itu rahmat Tuhan
tanpa siang, tak akan ada pertemuan
tanpa malam, tak akan ada kenangan
mungkin...
dan aku suka
bila fajar tiba
aku berdiri di balkoni
bayu sejuk pagi
nyaman
tapi pipi aku akan hangat
basah
dengan mutiara yang mengalir dari mata
yang sebenarnya dari hati
tapi kemudiannya aku akan senyum nipis segaris
dan bibir akan bergerak perlahan menyebut namanya
dan kemudiannya, di atas sejadah
aku ceritakan pada DIA
kamu tak tahu..tapi DIA tahu..
segala dalam hati..aku yang satu..
entah
mungkin aku terlalu..rindu..mungkin..
4 comments:
emm..kami2 kan ada untuk teman akak haura.. :')
:)
sabar ek...
slalu2 laa blk kg...menatap wajah ibu...buat pengubat rindu d hati
(^v^)
cimon : kalau dekat mcm skudai pegi jb, mmg tiap2 ari balik T_T
Post a Comment