Assalamualaikum to all muslims !
dan salam sejahtera pada semua.
Haura tengah study etika ni, tapi berhenti kejap sbb tengok video kat youtube,
link kawan, DilaSamah bagi.
bila tengok je terus rasa nak update kat belog !
nak berkongsi dengan kalian !
tadi macam nak convert to mp3, boley download.
kalau loading video kang lembab pulak bandwidth korang. huhuhu
tapi aku tau, wifi korang yang super power punya,
jadi no hal la kan luangkan 11:33 saat untuk dengar dan hayati video ni ?
ala..11:33 saat je, tak rugi ape pun aihh. ilmu. ;D
jam 2.54 am masa aku tengah dengar video ni,
terussss rasa nak menangis,
siriusly, aku takut dengan mati T__T
semalam ke malam bila entah, aku ada terbaca, tak ingat kat mana,
tapi artikel2 kat tenet ni la, ihsan google,
aku tak berapa ingat ayat tu, tapi lebih kurang macam ni la maksudnya,
"orang yang beriman akan gembira dengan kematian, kerana kematian itu adalah pertemuan mereka dengan Allah dan Rasul-Nya"
atau mungkin aku baca ayat tu dalam buku yang aku baca semalam? mungkin.
aku malas nak selak cari.
dannn....persoalan PENTING yang keluar di benak dan minda aku....
.
.
.
.
.
.
.
.
orang macam aku ni macam mana?
T___T
takut la mati. dosa banyak !
jadi jadi jadi,
kena kuat kena kuat kena kuat
berada di jalan yang Allah redha !
kena kuat kena kuat kena kuat
beribadah kepadaNya !
kena kuat kena kuat kena kuat
bersabar dengan segala ujian !
nak jadi baik macam yang Tuhan nak, bagi aku memang payah, sebab orang yang baik akan selalu diuji, (takkan beriman seseorang itu selagi dia tak diuji ) tapi menjadi baik seperti yang Tuhan nak adalah TAK MUSTAHIL !
the key is, dekatkan diri dengan DIA, selalu mohon padaNya agar beri kita petunjuk dan sentiasa ketuk hati kita bila kita dah macam nak tersasar sikit dan minta agar kuatkan hati kita dengan setiap ujian.
hee.
ohh btw, di bawah ni aku listkan serba sedikit main point dari video di atas, yang mana adalah amat patut untuk kita renungi sejenak, dan tanyakan pada diri, agaknya bila tarikh dan saat kematian kita ? dan adakah sudah cukup bekalan amal kita untuk di bawa ke alam kubur nanti ?
"kita ketawa lebih2, kita tak hiraukan sedara2 kita yang lain, kita membazir, kita kutuk mengutuk, mcm mana kita boleh masuk syurga kalau kita hidup mcm ni,,"
"lelaki dan perempuan islam buka aurat sana sini , kita tak pernah rasa apa2 bila tgk benda tu , kita x rasa kesian pada dia, dan tempat(neraka) yg dia nak pergi tu tak memberikan ketakutan pun pada kita, "
"walaupun kita solat kuat, bila kita lihat perempuan buka aurat, kita tahu yg dia akan ke neraka tapi ke neraka tu tak membayangkan ketakutan pun pada kita"
"mengingati mati bukan bemakna menghentikan kita dari terus hidup,tetapi org yang mengingati mati adalah orang2 yang betul2 menghargai kehidupan hakiki"
"kalau kita nak selamat,kita mestilah menjaga antara satu sama lain"
"tetapkan dalam hati bahawa Allah lah segala-galanya."
dan dalam video ni pun ada membuktikan, betapa senangnya Allah nak ambil nyawa kita yang ternyata milik Dia. bila bila masa Dia boleh ambil. tak kira lah sama ada kita dah sedia atau pun tidak.
semua orang pernah buat silap. dan tak ada orang yang akan selamanya di jalan yang salah sekiranya dia benar-benar mahu berubah dan sentiasa berusaha untuk berada di jalan yang Allah redha.
jadi jangan pernah berputus asa kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
jangan cakap "aku tak layak sebab aku banyak buat dosa."
sapa cakap macam tu, aku lempang. hahaha.
Allah Maha Pengampun.
selangkah kita cuba dekat dengan Dia, beribu langkah Dia datang pada kita. (:
baca Love Letter hari-hari okay. semoga dibuka pintu hati,
berat mana pun nak melangkah, cuba jugak selangkah dua,tanpa kenal erti penat lelah. okay?
dan rakan-rakan sekalian, aku tau korang hari-hari bukak tenet,
jadi..adalah sangat elok sekiranya korang habiskan banyak masa di internet ni dengan menimba ilmu-ilmu yang berguna, di dunia dan akhirat (:
daripada korang sekadar online untuk buang masa di facebook dan twitter.
bukan tak boleh social networking tu, cuma, kadang-kadang benda tu sangat banyak keburukan, mostly facebook la. sebab kat situ orang akan revealed everything including benda-benda yang sepatutnya hanya jadi tatapan orang-orang yang halal bagi kita, tapi kita tunjuk kat semua orang. =.= dan social networking ni juga buat kita lagha, lebih banyak buang masa dgn benda tak berfaedah daripada buat benda yang berfaedah. sehari dua takpe, tapi kalau dah hari-hari 5 6 jam kau buang masa kat situ tanpa buat benda faedah yang lain, pe jadah nya?
jadi..sambil beronline tu, luangkan lah juga masa untuk beronline dengan Tuhan, yang menciptakan kita.
sambil menyelam minum air, tak salah kan? hehe.
wallahualam.
nak sambung study nih, esok paper ke-4 !