This disease makes me feel down.
Ya, kadang-kadang serius rasa down gila.
Rasa macam tak nak jumpa siapa-siapa. Tak nak keluar mana-mana.
Malu. Segan.
Tapi memang tak boleh ah. Kelas kena pergi, perut kena isi.
Takkan nak duk berkurung kat bilik je kan.
So, nak tak nak, tebalkan je muka jalani hidup macam biasa.
Padahal dalam hati Tuhan je la tahu.
Tapi apa pun, aku patut bersyukur, sebab Tuhan uji sakit macam ni je.
Sakit yang tak bahaya kut, cuma buat kau rasa malu and kurang self confidence.
Tapi risau jugak sebenarnya, takut sakit ni boleh jadi lebih teruk and buatkan aku hilang nikmat yang satu ni. :( Harap-harap everything just be fine, and penyakit ni takde la melarat makin teruk. Actually sakit ni, bila aku kerap mengadap laptop, and kerap tidur lewat, mata aku dah jadi tak betul sikit. Doktor cakap masalah saraf. Dah letak ubat tapi sama je :( Masa cuti dua bulan hari tu, dah okay dah, sebab takde mengadap laptop sangat, tapi masuk je semester, lepas seminggu terussssss jadi balik. Tipu la kalau cakap tak sedih. Dah feel down tu kan, mesti la sedih sekali.
Cuma boleh doa je , supaya one day akan kembali okay dan normal macam biasa.
Dah la minggu ni kena attend kenduri, kena jumpa ramai orang, ermmm malu nye nanti :(
O Allah, give me strength.
2 comments:
Ye ke...sabar lah. Penyakit tu kan penghapus dosa2 kecil. Doa lah pada Allah Taala agar terus diampunkan dosa awak, dikurniakan nikmat iman, istiqamah dlm beribadah, nikmat kesihatan, nikmat usia muda, nikmat al-quran & syurga. (^v^)
ameen !
TQ ! :)
Post a Comment