Dah hari ke berapa ni, baru nak buat entry raya. Yadda yadda.
Untuk cuti raya haji kali ni, aku terpaksa ponteng kelas. Heww. Tapi somehow rasa macam, tiap sem aku ponteng kelas untuk raya. Ahahaha. Hari rabu malam aku dah blah balik, ponteng 1 kelas hari kamis sebab kalau aku balik hari kamis malam, pagi Jumaat baru sampai Kedah, memang tak nak ah time orang raya, aku dok tak mandi ag dalam bas tu -.-"
Petang Khamis tu, aku ngan sepupu aku buat kuih siput. Hehe ! Nak buat dari raya puasa hari tu lagi, tapi asyik tak sempat jek. Ini buat pun sebab masa aku balik rumah one week before balik raya , aku dah cakap kat mak nak buat kuih siput. So balik je raya, tengok-tengok mak aku dah beli semua bahan =.= So aku dengan rajin nye rajin la sangatttt pun buat lahhh.
[ sipuk comel ]
Raya haji tahun ni macam meriah la sikit dari tahun lepas, sebab tahun ni kitaorang buat kenduri, share dengan maksu aku. Kenduri nya buat kat rumah maksu aku, sebelah rumah aku jek.
Lepas orang dah habis solat raya, kitaorang pegi tengok dorang sembelih lembu, tiga ekor. Tahun ni mak aku letak nama aku untuk bahagian korban, so harus lah aku ada sekali time sembelihan , huhu !
After dah selesai semua, ikut sepupu aku g beraya rumah mak sedara dia. Kira mak sedara aku gak la. Ahah. Then, balik rumah, siapkan assignment. sobsobsob.
Dalam pukul 3 macam tu, dah mula la sibuk untuk kenduri. Potong daging and segala macam bahan untuk memasak. Aku men hentam jek potong. Alah nanti dah masak makan, takde nye dorang belek, telan jek. Haha. And kat luar rumah, dok rebus sup tulang. Hehe !
[semangat gyle adek aku robohkan reban ayam dia utk amek kayu. reban yg ayam dah taknak duduk. hehh] |
Kitaorang jamu tetamu makan lepas maghrib. Sepatutnya lepas isyak tapi kebetulan malam tu jugak ada kenduri kat kampung sebelah, lepas isyak. So kitaorang pun tukar la jamu awal sket sebab orang-orang surau kena pergi kenduri kat kampung sebelah tu.
Sirius habis memasak semua memang dekat-dekat maghrib dah. Siap semua, gilir-gilir solat and potong daging rebus untuk cicah ayaq asam. Perghhhh sedapppppp behh.
Alhamdulillah, ramai yang datang. Sampai pukul 10 malam, baru lah boleh berehat sikit. Even penat tapi sukaaaaa.Hehhhh.
Tapi...lagi best kalau abah balik sambut raya sekali . Huhu.
Okbye.
Sirius habis memasak semua memang dekat-dekat maghrib dah. Siap semua, gilir-gilir solat and potong daging rebus untuk cicah ayaq asam. Perghhhh sedapppppp behh.
Alhamdulillah, ramai yang datang. Sampai pukul 10 malam, baru lah boleh berehat sikit. Even penat tapi sukaaaaa.Hehhhh.
Tapi...lagi best kalau abah balik sambut raya sekali . Huhu.
Okbye.
2 comments:
pics lauk-pauk kenduri yg da siap msak xde ke? huk3 (T_T)
Aah kan, takde amek gamba langsung -.-"
Post a Comment