Wednesday, October 31, 2012

300. Eid Adha , 1433 H.


Dah hari ke berapa ni, baru nak buat entry raya. Yadda yadda. 

Untuk cuti raya haji kali ni, aku terpaksa ponteng kelas. Heww. Tapi somehow rasa macam, tiap sem aku ponteng kelas untuk raya. Ahahaha. Hari rabu malam aku dah blah balik, ponteng 1 kelas hari kamis sebab kalau aku balik hari kamis malam, pagi Jumaat baru sampai Kedah, memang tak nak ah time orang raya, aku dok tak mandi ag dalam bas tu  -.-"

Petang Khamis tu, aku ngan sepupu aku buat kuih siput. Hehe ! Nak buat dari raya puasa hari tu lagi, tapi asyik tak sempat jek. Ini buat pun sebab masa aku balik rumah one week before balik raya , aku dah cakap kat mak nak buat kuih siput. So balik je raya, tengok-tengok mak aku dah beli semua bahan =.=  So aku dengan rajin nye rajin la sangatttt pun buat lahhh. 


[ sipuk comel ]


Raya haji tahun ni macam meriah la sikit dari tahun lepas, sebab tahun ni kitaorang buat kenduri, share dengan maksu aku. Kenduri nya buat kat rumah maksu aku, sebelah rumah aku jek. 

Lepas orang dah habis solat raya, kitaorang pegi tengok dorang sembelih lembu, tiga ekor. Tahun ni mak aku letak nama aku untuk bahagian korban, so harus lah aku ada sekali time sembelihan , huhu !

After dah selesai semua, ikut sepupu aku g beraya rumah mak sedara dia. Kira mak sedara aku gak la. Ahah. Then, balik rumah, siapkan assignment. sobsobsob.

Dalam pukul 3 macam tu, dah mula la sibuk untuk kenduri. Potong daging and segala macam bahan untuk memasak. Aku men hentam jek potong. Alah nanti dah masak makan, takde nye dorang belek, telan jek. Haha. And kat luar rumah, dok rebus sup tulang. Hehe !

[semangat gyle adek aku robohkan reban ayam dia utk amek kayu. reban yg ayam dah taknak duduk. hehh]


Kitaorang jamu tetamu makan lepas maghrib. Sepatutnya lepas isyak tapi kebetulan malam tu jugak ada kenduri kat kampung sebelah, lepas isyak. So kitaorang pun tukar la jamu awal sket sebab orang-orang surau kena pergi kenduri kat kampung sebelah tu.

Sirius habis memasak semua memang dekat-dekat maghrib dah. Siap semua, gilir-gilir solat and potong daging rebus untuk cicah ayaq asam. Perghhhh sedapppppp behh.

Alhamdulillah, ramai yang datang. Sampai pukul 10 malam, baru lah boleh berehat sikit. Even penat tapi sukaaaaa.Hehhhh.

Tapi...lagi best kalau abah balik sambut raya sekali .  Huhu.


Okbye.







Thanks reading !

Friday, October 26, 2012

299. A Boy and A Girl - Maybe just temporary heart feeling, kan ?





DOWN
T____________T




***********************************************************

Aku pernah suka orang. Lama. Aku tak cakap, aku simpan. 
Sebab, kalau aku cakap pun, aku tak rasa dia punya rasa yang sama.
Tapi, aku tunjuk. Yes, aku tunjuk dengan perbuatan, macam aku suka kat dia.
Tapi aku rasa dia tak faham pun. Haha. 
Sebab kitaorang kawan baik. So kalau aku buat apa sekalipun, mungkin dia cuma anggap aku buat macam tu as a good friend. 
Lagi pun, kitaorang jauh, dan dia pun dah ada girlfriend masa tu,
so takkan la luah perasaan kat boyfriend orang pulak kan -.-"

Tapi tak lama lepas tu, dia single. dah kitaorang terus rapat.
And finally, after few years, lepas aku dah habis sekolah, aku confessed kat dia. Haha. 
Tapi aku kena reject - dia cuma anggap aku teman baik. 
Sampai sekarang, dah 8 tahun dah pun, dia cuma anggap aku tak lebih dari teman baik.
Tapi kitaorang dah takde la rapat sungguh macam dulu. 
Dia cintakan orang lain  :')

Its okay la. 
Awal tahun lepas ye ah, masa dia bagitau aku dia cintakan someone dan orang tu bukan aku,
korang boleh faham sendiri ah kan ape aku rasa.
Tapi.. fikir-fikir balik, dia memang patut pun cari someone yang dekat dengan dia, 
and boleh selalu ada untuk dia. 
Aku ni jauh, payah nak ada selalu. Boleh ada kat handphone je la, pe barang kan.
Macam raya hari ni -  dia cakap dia sorang2 kat rumah, dan aku cuma boleh tanya, kenapa tak ikot family raya ?
Memang patut pun dia reject aku sejak dulu. Haha. 
Orang yang dia cinta, terus datang rumah hantar makanan  :)
Soooooo  aku memang tak layak pun. Haha.


Okay, abaikan. 

-

Sejak dari tahun lepas sampai sekarang, aku cuba move on.
Sebenarnya, yang aku terima someone sebelum ni, sebab nak move on la. Haha.
Tapi - tahan 8 bulan jek - sebab , takde jodoh. Hehe.
Ah lupakan la. 
At least, dia tolong aku move on. 
Tuhan takkan saja-saja hadirkan seseorang tu dalam hidup kita.



[ saya nak kita, forever ]



Haihhh. Benda gini semak otak betol la. Haihhh.


-.-


It's just,Temporary,But give it time to know it's realBefore you're readyTo face it and begin to healYour life's worth livingFor someone give their all to feelTheir heart's stopped beatingSo give yourself another chance to changeWith tomorrow comes a better day

It's time to startTo face the things that you fear mostTo know you're better off aloneTo stand up fighting with your will to carry onIt's only thenWill you see sides that you don't knowYou're finding paths just take them slowAnd step by step you'll findIt's easy to forgetDon't forget



Thanks reading !