Thursday, July 5, 2012

292. Sakit

Petang dua hari lepas, which is Isnin, lepas office hour,
aku mintak Kak Tikah ( officemate ) hantarkan pergi klinik.
Selsema.
Seriously aku bukan jenis sakit sikit pergi klinik,
tapi kali ni apesal entah, gedik. 

Turun je dari kereta, aku nampak sorang pakcik atas moto dari jauh tengok je aku.
Bila aku da sampai dekat dia, dia cakap,

"Sedih je muka"

Aku rasa macam langkah aku terhenti kat depan dia. 
Dan aku senyum sikit pada dia sebelum jalan masuk klinik.


Dr melayu yang berpangkat Haji, aku tahu selepas aku tengok namecard dia,
tanya, "demam ke?"
aku cakap, tak tahu la demam ke tak. tapi selsema.
Aku memang payah sedar yang aku ni demam.
Dia check suhu.
"Demam sikit"
Oh...
"Demam asmara ke?"
Erkk. Demam sakit hati...
Dia bagi aku mc satu hari.


Akak-akak balik kerja, tanya dah okay belom.
Aku cakap, dah.
Akak tu pegang dahi.
"Dah ape, panas je lagi ni."


Aku tak pandai cakap aku tak okay.
Aku cuma boleh luah aku tak okay, dengan tulisan.


Esok nya Rabu, aku masuk office as usual. 
Officemates cakap muka aku macam orang sakit.


Muka aku nampak sakit, sebab hati aku sakit.
Sakit yang Allah saja yang tau,
betapa terlalu sakit, sampai semua yang aku renung nampak kosong,
dan aku cuma boleh tanya, "kenapa?" 


Aku harap Tuhan lembutkan hati aku..
sebab aku taknak terus menanggung rasa sakit ni.......

aku tak faham kenapa ubat semua kaler pink


Untuk awak, ada akal, guna. Tuhan bagi akal bukan untuk disia. 



Untuk diri sendiri, percaya, Tuhan sayang. 
Nanti sampai masa, mati, tamat semua. 


Untuk korang, moga buku baru kita kali ni lebih cantik dari buku-buku sebelum ni. :')





Thanks reading !

Saturday, May 26, 2012

291. Every single thing has pros and cons.

Assalamualaikum.

Hai. Dah lama tak update. Hehe.

Seriously sangat busy, sejak posting ke KL ni. Yes KL.
Sebelum ni I intern kat JB kan, but then kena posting sini, so minggu ni dah masuk minggu keempat di sini.
Area Semarak, bangunan Anjung Felda. Heee.

Selama dah hampir sebulan kat sini,
jujur I cakap, I suka dengan kerja kat sini.
Memang penat sikit kekadang, kerja pagi sampai jam 6, ngadap coding jek,
memang ah penat mata, penat otak.
But still okay for me. Lagi pun, kerja sini kira tahap-tahap okay la. Takde la pening sangat kepala. Plus, work yang I buat tu, people will use it. So rasa macam, takde la buat sia-sia. Buat something yang ada hala tuju. Yang kita sendiri dah tahu, people memang akan guna.

Another positive thing here, is tempat tinggal, rumah.
Rumah besar, internet unifi, bilik aircond, bilik air setiap bilik,
tak payah bayar sewa and bils. Semua company bayarkan.
Very lucky kan ?

Yeahhh.


Tapi, ada juga negative thing berkaitan rumah ni. Tak tahu bersyukur memang gini. Erkk -.-"
Balik kerja terkurung je dalam rumah, nak pergi stesen LRT kena mintak tolong orang hantarkan,
segan jugak asyik susahkan orang je. huhu.
Kalau kat JB, duduk dalam UTM, senang nak keluar pegi memane. Jalan kaki je pergi ambil cab. Tak pun call je cab. And JB ada ramai kawan rapat. Habis kerja, malam nya borak-borak, gelak-gelak, ronda-ronda, lepak-lepak. Best !
Tapi kat KL.....sunyi. Ada sorang je yang dekat hari-hari.  :(


Another negative thing is, bilik kat UTM tu, rugi bayar sewa ! Dua bulan tak duduk bilik !
zzzzzz ! -..-
And Wimax pun rugi untuk dua bulan. Bayar pun bukan boleh guna. Takde line langsung tengah KL ni. Ciss.


Okay, dah ngantuk.

Oh before I end,
nak tulih sikit lagi, untuk staff2 and bos-bos,
if my face look stress, always refused to continue working in KL,want to go back to JB, always saying stresss, its not because of the work.
Seriously, not because of the task and the work that I have to do.
When I refused to continue here, its not because of the work, not because of too many task given.
I love my work here.I'm okay with that.

But the stress is more to the environment here.
I miss my life in JB. I miss my friends there,talk talk talk and then laugh together.
I miss when I can in out any time anywhere I want, without trouble others.
I am happy living there.




So, conclusion is - I love to stay in JB, and I like my work in KL.

Nothing perfect would be in this world.
Every single thing has pros and cons.

Selamat malam.





Thanks reading !