Wednesday, April 10, 2013

323. Candy Crush Saga Level 135 ( Tips)

Level 135 ni kan, kira killer level gak la. Ecehh.
Teringat zaman sekolah, bila time exam je, mesti sebut subject kimia, fizik, add math as killer paper. Hehe.
Kimia masa zaman sekolah killer subject, tapi masuk zaman matrik, alhamdulillah boleh score A :D
Tapi add math sampai ke matrik tak pernah A, B je dua-dua sem. Haha.

Okay, back to the topic,
level 135 ni kan kena buat dua wrapped candies and then 'cross' kan dua-dua tu. Cross ke ek word nye? Haha. Okay taktau perkataan apa yang sesuai. Tapi maksudnya, wrapped candy 1 swap kan dengan wrapped candy 2. Haa gittew.

Memula, taktau pun camner buat wrapped candies. Haha. Nama je dah main sampai level 135, tapi tak pernah buat wrapped punya. Selalunya tetiba je dah jadi. Ahahh. So aku pun google. Main benda ni kan, untuk level yang susah tahap dua hari main tak lepas-lepas memang aku google :p Rupanya kan, untuk dapatkan wrapped ni kena buat T atau pun L. Haa macam gambar kat bawah ni.



[source: google]

Soo dah berjaya buat wrapped candy. Tapi tapi tapi, nak tunggu dapat buat tu bukan nya senang ye -.- Bila dah dapat buat satu, lepas tu kena buat lagi satu pulak. Belum pun buat candy kedua, yang pertama tu dah meletup dulu. Huhu. Stress dan hampir give up. Haha.

Rasanya 3 hari juga struggle to pass this level. Semangat waja. :P Dan akhirnya aku buat keputusan ecehhh untuk tengok video kat youtube. Keke. Dan boleh bukak SINI untuk tengok tips :D Dan sekarang dah level 141 dah pun. Hihhi.


Sampai tweet haa 135 ni impossible ehee. tapi 12 minutes later, yeayyy PASS!  :D



Actually, aku main benda ni guna Booster la jugak. Eheee. Nak buat guane, terdesak. Kalau tak guna, memang rugi habis sebab situasi aku ni, aku dah lepas 1 swap, dan tinggal lagi 1 je. Wrapped candies dua-dua dah ada, tapi jadi macam gambar kat bawah ni. Buruk nya la aku lukis  -.-'  Gasak la. Hehe. Plus, move left pulak tinggal lagi satuuuu jeeee. Jadinya, haruslah kita buat pilihan yang bijak, ye dak. Soo aku pun guna la booster lollipop tu, untuk smash candy yang menjadi pemisah antara wrapped candies tu. Haa gittew. Lepas dah smash, nanti wrapped candies yang atas tu turun la ke line bawah. Berbekalkan saki baki satu je move yang ada, laju je terus swap wrapped candies tu. Dan kemudian Sugar Crush! Yeayy level completed. Heheh.



Semangat kan aku main game ni. Haha.
Tips to success: main dengan penuh sabar, tengok betul-betul candies tu, dan jangan gelojoh make step laju sangat, dan jangan give up. Eheee.

Okay, thats all, have fun ye korang :D








Thanks reading !

Sunday, April 7, 2013

322. Candy Crush Saga (Lessons & Tips)

Haa ini lah game yang tengah aku addicted sekarang ni. Haha.
Tiap malam tidur lambat sebab main game nih.. Teruk nya perangai -.-'




Candy Crush Saga




Rasanya dah nak masuk 3 minggu kut aku main game ni, dan sekarang dah level 118. Hihhi.
Ada level yang senang, ada yang susah sikit, and ada yang payah gila. 
Ada yang main ikut suka hati, and ada yang kena atur strategi. 

Jadinya, entry ini bukan saja nak suruh korang buang masa jugak main game ni untuk suka-suka. Oh tidak. actually nak berkongsi, lessons yang aku dapat bila main game nih. Haaa.
Aku sangat la kagum dengan orang yang buat game ni, sebab kepala otak dia sangat laaa geliga. Haha.
Game ni nampak je macam game bebudak, tapi nak main ni pun kena fikir jugak tau. Kena tengok betul-betul macam yang kena gerakkan, kalau tak rugi la move kita. 

Okay, berbalik kepada lessons yang aku nak share tu ;  the main point is-- Never ever give up no matter how hard the thing is. 

Haa tudia. Tak kira la susah macam mana pun, jangan putus asa. Sebab, semua benda ni ada jalan nya, ada penyelesaiannya, dan ada kejayaannya. Macam main Candy Crush ni, ada level yang susah tahap kau stress gila-gila, tahap istigfhar tak henti-henti sebab geram sangat, tahap maki hamun sebab tak lepas-lepas level, haaa tak kira lah sampai tahap apa pun yang penting nya jangan putus asa. Terus je cuba banyak kali, sebab bila kita tak dapat yang tu, rupanya Dia nak bagi yang lebih baik. InshaaAllah. Serius tak tipu. Bila main benda ni, kekadang tu tak boleh lepas sebab tinggal lagi satu jelly je yang unclear. Tak ke kau rasa nak mengamuk habes. Tapi takpe, kau main je lagi. Haaa rupanya tak boleh memang yang tadi, sebab main yang next round ni lagi cepat menang and dapat lagi banyak markah! Haaa gitteww. 

Samalah juga macam kehidupan kita ni. Kita buat macam-macam, tak jadi jek. Jangan give up. Cuba je lagi. Kalau tuhan taknak bagi yang ini, Dia bagi yang lain yang lebih baik. Kalau tuhan taknak bagi kali ni, Dia bagi lain waktu dengan ganjaran yang lebih banyak sebab kita bersabar dan tak mudah putus asa dan terus usaha. Sama lah macam study, usaha usaha usaha. Mintak pertolongan Allah. Hidup kita ni, memang tak boleh lari dari mintak tolong dari Dia. Even main Candy Crush ni pun, dalam hati aku duk doa, 'ya Allah, bagi la lepas bagi la lepas'  , hehe :p

Anggap lah setiap kesusahan tu ujian untuk ganjaran yang lebih hebat. Dan disebalik setiap kesusahan tu ada kebaikan dan hikmah nya. Contohnya, frust nak keluar dating tak dapat, abe busy memanjang, bersangka baik lah. Tuhan taknak kita dating selalu selagi belum kawen. kuikui  :p Tapi, kalau busy memanjang sangat, message call kita seminggu sekali pun jarang, tapi facebook dok comment dengan pompuan, haaa ni jangan bersangka baik sangat. Doa lah banyak-banyak mintak pertolongan Tuhan supaya berikan petunjuk. am talking based on my experience. I used to be in that place. memang, aku mintak tolong Dia. sebab cuma Dia yang boleh tolong. Aku kan jenis susah percaya benda buruk2 ni kalau tak tengok dengan depan-depan. Setakat tengok kat fb, and dengar orang cakap, susah la nak caye sket. Jadinya, aku harap sangat, kalau benda tu memang betul, tunjuk lah depan aku, biar aku tengok sendiri supaya aku boleh percaya. Haaa memang terus ada depan mata. Tak pernah-pernah terserempak selama dalam hubungan tu, tapi bila tengah masalah cenggini, mohon tolong Dia supaya bagi terserempak, terus terjumpa terserempak dalam mall. Elok je berdua. Haa. 

Nasihat saya, untuk yang heartbroken cam saya ni, bila dah jadi macam ni, dan kita yang kedua, jangan la berebut dengan yang pertama tu. Biar orang hancurkan hati kita, jangan kita hancurkan hati perempuan lain. kuikui. Walaupun sakit dalam hati tu, Tuhan je yang tau, bersabarlah. Marah si jantan tu, jangan marah yang pompuan. kecuali lah kalau kita yang first, pmpuan tu second, haa yang ni marah dua-dua. :p

Haaa ni apesal aku tetiba masuk cerita lain pulak nih. ciss ciss. 
Okay lah korang, selamat beramal. *tetiba*

Oh btw, game ni boleh download dari google play untuk Android. Kalau takde smartphone, boleh je main kat Facebook! :D






Thanks reading !