Assalamulaikum.
Cerita 1:
Entah lah kenapa hari ni aku marah sangat dan sakit hati sangat. Memula satu masalah, lepas tu datang lagi satu hal. Sakit hati bila orang buat hal yang sebenarnya boleh settle dengan mudah, tapi buatkan ia jadi satu masalah hingga buat aku marah sangat, Ya Allah, ku mohon keampunanMu.
Aku sangat sedih bila aku marah, dan aku sangat nak nangis bila aku sangat marah. Marah sampai nak nangis paham dak. Aku sangat, benci, sangat, bila orang buat aku betul-betul marah. sebab bila aku sangat marah, aku tak boleh simpan benda tu. Aku tak boleh diam. Aku kena cari siapa2, lepas tu cerita bla bla bla. Dan aku rasa, sikap begini sangat la tak bagus, kerana takut bila kita bercerita nanti macam kita mengata atau mengaibkan orang pulak :\
Jadi, sedaya upaya aku cuba untuk tidak marah. Atau sedaya upaya aku cuba pendamkan kemarahan tu. Dan ukir senyum manis. Aicehhh :p Tapi...ada kalanya sungguh tak mampu :(
Ya Tuhan , ampuni dosa kelantangan bicara mulut dan hati ku tatkala aku marah. Sungguh aku mohon pertolonganMu, berilah lah aku kesabaran yang tinggi, agar aku mampu bersabar dengan segala masalah yang datang. Amin.
Cerita 2:
Mula dari petang tadi sampai aku decide untuk tulis entry ni, aku buang masa untuk tengok isu-isu dan baca comments di beberapa page politik di Facebook.
Okay sebenarnya aku tak suka kait pasal politik kat blog aku -,-
Tapi...tapi...tapi..mahasiswa pun ada hak berpolitik jugak apa , kehhkehh :P
Dan ya, banyak soalan muncul di benak :
i. Adakah mengutuk dan memaki hamun dan melabel seseorang itu dengan kata-kata kesat perlu bagi seseorang yang mahu memperjuangkan keadilan, menegakkan agama Islam, dan untuk menghapus kezaliman ?
ii. Adakah dikira berdosa atau tidak sekiranya kita menggunakan kata-kata kesat melemparkan cacian pada manusia yang berbuat kesalahan/tidak mengamalkan suruhan Tuhan? Sekiranya berdosa, bagaimana kah sekiranya kita mati sebelum sempat memohon maaf pada orang-orang yang sering kita maki dan hina ?
iii. Begitu juga, bagaimana sekiranya kita mati sebelum sempat memohon ampun dan maaf pada orang-orang yang telah kita aniaya ?
iv. Adakah Rasulullah saw. mengajar kita untuk berkasar bahasa dengan orang yang perlukan bimbingan agama dan doa saudara2nya ?
http://kodokoala.blogspot.com/2012/12/subhanallah-beginilah-cara-rasulullah.html
http://www.ustazshauqi.com/2008/07/sikap-pemaaf-dan-lemah-lembut.html
Jaga hati itu memang bukan mudah.
Apatah lagi, yang kita mahu itu, yang kita suka itu, tetap itu yang kita nampak benarnya. Pantang dicuit, pasti hati laju untuk membalas.
Bila tidak mampu, cubalah, cubalah jaga jari jemari anugerah Allah dari menaip kata-kata kesat, yang menyakiti. Cubalah, jaga jari jemari anugerah Allah, dari menaip kata-kata yang boleh menjadi syak wasangka dan fitnah. Cubalah untuk tidak menuturkan segala kesat yang ada di hati. Sekurangnya bila kesat itu di hati, itu hanya antara kita dengan Ilahi, tapi bila kesat itu kita pertontonkan pada ramai, adakah elok begitu ? Mungkin untuk langsung tidak, mungkin kita tak mampu, tapi cubalah elak. Tapi kalau tak mampu elak jugak, sekali dua takpe tak ? -.-"
Boleh lemparkan rasa marah, tapi biarlah dengan cara lebih bijak dan berhemah. :)
Tapi tu la kan kita ni, kalau marah nasihat cakap lembut-lembut, bukan nya nak dengar sangat. True story -,-
p/s - Macam Islamik pulak post ni -.-" Bukan apa, sedih tengok kebanyakan remaja Islam kita. Kita berjuang untuk agama, tapi pertuturan kita tak jaga. Semoga Allah memberi kesedaran dan keampunan pada diri saya sendiri dan kita semua. Harap takde yang mengata, pakai jeans, tudung tak labuh, ade hati cakap pasal agama. T^T Doakan saya agar diberi hidayah untuk menjadi yang lebih baik. In shaa Allah. Ameen.
Thanks reading !